Ads 468x60px

Pancung Batang Pisang

Malam Pertama
Puan N dan suami serta ahli keluarganya datang ke RIDAM. Hampir 3 jam dia menunggu untuk merawat ekoran ada 2 lagi pesakit yang saya ubati.

Bila tiba masanya, saya minta Puan N duduk di ruang rawatan. Dia enggan dan reaksinya berubah. Memang biasanya pesakit gangguan kronik enggan diubati. Adakalanya jin yang mengganggu akan keluar dari badan mangsa sebelum mangsa sampai ke tempat rawatan. Suami dan ibu bapa Puan N memujuknya agar duduk di ruang rawatan.

Melihat kepada reaksinya begitu, saya berikan segelas air rukyah untuk diminum. Jenuh jugaklah suami Puan N memujuknya untuk minum. Setelah berhempas pulas memujuk, dia akhirnya minum.

Reaksinya berubah normal. Saya mulakan rawatan sepertimana rawatan yang saya lakukan. Dia kerasukan dan bercakap merapu. Sesekali dia menggerakan tangan dan jemari seperti lagak penari makyong.

Amaran dah diberi kepada gangguanaya di tubuh Puan N. Dah degil sangat, maka saya 'tarik' satu persatu. Memang bukan brand cap ayam gangguan kali ni. Badan saya terasa pijar seperti terkena cili. Serta merta pula saya mengantuk dan menguap beberapa kali. Penat badan memang tak dapat dibayangkan. Saya minta izin untuk rehat seketika bagi pengatur pernafasan dan memulihkan tenaga yang hilang.

Rawatan berikutnya juga amatlah menyeksakan. Saya pengsan seketika kerana terlampau berat gangguannya. Naik panik jugaklah ahli keluarga Pn N bila lihat perawat pula yang rebah. Isteri saya yang biasa dengan pengalaman melihat saya berubat menyuruh mereka bertenang. Saya akan sedar dan bangun sendiri...

Jam sudah menunjukkan pukul 2:30 pagi. Saya tangguhkan dulu rawatan untuk malam keesokkannya. Pesakit keletihan hinggakan perlu dipapah ke keretanya. Saya pula berubat diri sendiri kerana bisa badan yang dirasai. Saya mandikan diri dengan air limau yang dicampur air rukyah. Kemudian, saya solat Isyak seterusnya berwirid dan sujud syukur kerana pertolongan Allah sepanjang merawat pada hari tersebut...

Malam ke-2
Seperti yang dijanjikan, Puan N dan keluarga datang ke RIDAM sekitar jam 10 malam. Saya terus sambung rawatan yang dilakukan semalam. Cuma kali ini, saya tidak menggunakan botol atau telur rebus sebagai alat memasung jin. Untuk masalah kronik, saya gunakan batang pisang sepanjang lengan pesakit sebagai alat memasung. Hampir 10 batang paku 4 inci digunakan. Saya keletihan yang teramat sangat setelah proses rawatan selesai.

Malam itu, saya tidur lena.. Mungkin kerana tenaga saya habis diguna..Esok masih ada pesakit yang menunggu giliran seawal jam 8 pagi. Bantulah aku merawat hambaMu ya Allah.Amin
 
Blogger Templates