Ads 468x60px

Jin Bisu 2

Pesakit yang dirasuk jin bisu pengsan lagi selepas 4 hari rawatan.

Naik hairan juga saya kerana 'si bisu' itu telah ditangkap. Dari cerita yang diperolehi, pesakit dipantau oleh Special Branch OKS sewaktu menawarkan tempat yang disyaki diletakkan barang sihir di pejabatnya.

Selepas itulah, pesakit kembali SAKIT.

Kali ini, saya amanahkan sesi rukyah pada orang kanan saya (Ustaz Azwan).Setelah dirukyah, pesakit itu membongkok hampir muka mencecah lantai. Rupanya Jin Nenek Kebayan.Dah 100 lebih umur jin ni.

Kali ni memang seronok juga la. Group RIDAM siap buat main-main lagi kat jin tu sampai jenuh dia nak menjawab. Dah lama sangat, saya mengambil alih tugas.

Memang jin tu mengaku yang dia baru sahaja dihantar. Yang dulu dah kena tangkap. Saya terus buat teknik tarik ekoran masa rawatan yang terhad. Ada lagi pesakit yang menunggu.

Alhamdulillah, pesakit terus sedar kemudiannya.

Akhir sudah rawatan, Group RIDAM ke rumah pesakit untuk mencari barang sihir. Apa yang ditemukan akan Tulang Puyuh yang disihir, tanah yang dicurah dengan minyak dan calitan kapur pada tiang kongkrit pagar rumah pesakit.

Semoga, OKS tidak lagi menyerang pesakit. Saya minta pesakit berlakon sedikit di depan OKS. Jangan tunjuk sihat sgt.

Saya juga bekalkan amalan agar minta dijauhi dari serangan sihir dan syaitan laknatullah. Wallahua'lam

Jin bisu

Semalam, saya merawat suami seorang guru yang mengalami masalah lemah sgt untuk bekerja, pening, dan pengsan sambil bergerak.

Apa benda pulak la pening sambil bergerak tu?

Macam ni, suaminya akan pengsan secara tiba-tiba. Kemudian, dia akan menganggat tangannya sambil bergerak berguling-guling.

Melihat kepada situasi tersebut, isterinya akan membacakan ayat-ayat Al-Quran dan tak lama kemudian, suaminya akan sedar.

Saya lanjutkan kepada proses rawatan. Pada awalnya, saya membacakan ayat-ayat rukyah dengan agak lantang.Saya ulang 7 kali ayat dalam surah Al-Fill dan pesakit mengangkat tangan minta diberhentikan.

Saya fikir, kalau dok layan, sampai sudah tak berdialog ni. Ni jenis bisu ni. Saya ringkaskan rawatan dengan menariknya jin tu keluar dari badan. Alhamdulillah, pesakit kemudiannya sedar.

Dari penilitian yang dibuat, si suami terkena angkara sihir dan OKS nya bekerja dalam satu pejabat! Saya minta pesakit tawarkan dengan air rukyah ditempat barang sihir yang disyaki dan buat mandian serta minum air rukyah selama 3 hari.

Setelah sedar, pesakit mengadu melihat bayangan beruk berbulu dihalaman rumah saya.Pada masa ini saya gunakan Teknik Mata Batin. Tapi bukan saya yang melakukan perjalanan.Saya arahkan pesakit yang melakukannya tapi di control oleh saya.

*Sebenarnya, teknik ini dipanggil TKR oleh AKRINE. Saya dah buat lama dah :D

Pesakit berjaya melihat beruk-beruk yang berada dihalaman. Saya arahkan pesakit melontarkan Teknik DBS pada bayangan yang dilihat. Alhamdulillah, bayangan yang dilihat pesakit hilang.

Apa yang berlaku ini adalah rahmat Allah. Saya hanya berikhtiar dan mohon diberi kemudahan dalam rawatan. Wallahua'alam

Jurnal Rawatan Ke Sarawak

Assalamualaikum

Sudah hampir 2 minggu saya tidak mencatit jurnal rawatan yang dilakukan akibat kesibukan masa yang amat sangat.

Namun begitu, saya rakamkan sedikit jurnal rawatan ke Sarawak bersama pembantu saya (Ustaz Azwan).

Jumaat: 10 April 2009
[10:20]
Kami menaiki MAS dari Kuantan dan transit sebentar di KLIA.Flight untuk ke Sarawak pukul 1:15.So, leh la isi perut dulu. Masyaallah, mahal sungguh makan kat airport tu. Dua orang makan+air berharga RM36.70 !!! sabor je la.Dah perut lapar, bayar je..

[1:15]
Naik flight dan fly ke Sarawak

[3:00 lebih]
Dijemput pesakit.Terus bawak gi makan. Tapi kami tak makan la sbb dah makan tadi kat KLIA. Cuma order air jer.

Di fahamkan, sekeluarga pesakit tidak balik ke rumah dah 2 hari!! Semuanya gara-gara takutkan gangguan yang ada dirumah. Hotel la tempat diorang pergi.

[5:30]
Sampai rumah. Ustaz Azwan nampak kelibat dipersekitaran rumah pesakit. Rumah pesakit ni dekat ngan hutan. Biasa la..Faham-faham je lah.

[10:30]
Sesi perubatan dimulakan.

Macam biasa, saya rukyahkan pada bahan ubatan.
Then, saya kesan gangguan yang ada disekitar menggunakan Teknik Mata Batin.
Erm...ni kes SAKA ni. So, buka pintu rumah dan ambil masa sebentar untuk bertafakur.Sebelum saya ke Sarawak, cerita pesakit dah saya rujuk pada guru saya. Atas nasihat beliau, SAKA yang ada perlu ditarik dahulu kemudian barulah merawat pesakit secara fizikal.

Proses menarik SAKA dimulakan.
Dari tafakkur yang dibuat, gangguan SAKA yang dialami pesakit melibatkan 3 penjuru iaitu (1)pada seorang ahli keluarga di Semenanjung, (2)pada isteri pesakit, (3)pada anak pesakit yang baru lahir.

Saya mulakan dengan bacaan ayat 'memanggil' dan Masyaallah, garang sungguh wajah SAKA dari semenanjung tu.Mukanya berkerutu dan banyak tulang dari kulit.Ada orang kata pelesit. Entahlah, saya lebih suka gelarkan Syaitan Laknatullah jer.

Pada ketika menarik SAKA pertama ini, serta merta anaknya yang baru lahir meraung dan menangis.Saya buat tak endah jer sebab itu hanyalah godaan untuk menghentikan rawatan.

Sesi kedua saya lakukan pada isteri pesakit.Kaedah tarik senafas saya gunakan dan energy yang ada pada isteri pesakit tak sekuat SAKA pertama tadi.

Yang terakhir, Saya lakukan juga teknik senafas pada baby pesakit. Alhamdulillah, proses menarik SAKA berjalan lancar dan baby tersebut diam serta merta.

Saya masih pelik kerana merasakan ada energi negatif dalam rumah pesakit. Ooooo...kes sihir pun ada juga ni. Pesakit juga menunjukkan kepada saya beberapa saki-baki serbuk putih yang dimasukkan oleh OKS dalam termos minuman pesakit.

Untuk itu, 'operasi keliling' dilakukan bagi mencari segala barang sihir yang mungkin ditabur dalam rumah. Rupanya banyak lagi barang sihir yang diletakkan dalam bilik utama pesakit terutamanya dalam almari baju dan bilik air.
Barang sihir juga diletakkan oleh OKS di luar rumah iaitu dalam sebuah lubang dipenjuru kanan luar pagar.

Bab-bab clean barang sihir ni, saya serahkan pada Ustaz Azwan.Kemudian, rumah dipagar dengan air garam sebagai syarat pendinding.

Sabtu (11 April 2009)

[Tengahari]
Pesakit dan isteri diajar amalan pendiding dan mengambil ijazah terus dari saya. Moga-moga diamalkan.

[Petang]
Pesakit bawa kami jalan-jalan di bandar dan pantai glamour kat situ

[Malam]
Sesi scanning untuk mengetahui gangguan dalam keluarga pesakit dilakukan.
Caranya mudah sahaja.
Pesakit disuruh melakar susur galur keluarga dari generasi tua hingga ke generasi muda.Macam carta organisasi la.Alamat pun di tulis sama.
Saya kemudiannya bertafakkur dengan zikir surah Al-An'am sebanyaknya sambil menyelami nama dan alamat yang ditulis. Dari pengamatan yang dilakukan, kedua-dua pasangan suami isteri ini mempunyai gangguan. Si isteri mendapat gangguan SAKA manakala suaminya pulak punyai masalah gangguan sihir. Untuk merawat secara jarak jauh, kesannya agak susah kerana ianya memerlukan sepenuh konsentrasi dan tenaga yang cukup. Dalam kes rawatan ke rumah pesakit, saya menolak dengan baik kerana faktor risiko serangan yang mungkin timbul.

Sabtu (12 April 2009)
Flight kami bertolak pukul 6:30 pagi menuju ke KLIA.

[9:00 lebih]
Sampai ke KLIA dan telefon adik ipar untuk pinjam kereta. Flight seterusnya pukul 5:30 petang. Lama tu....

[10:30]
Keter dah dapat. Apa lagi, gerak lah kami ke Kelang untuk berjumpa keluarga mertua.

[5:30]
Berlepas ke Kuantan

[6:15]
Sampai di Kuantan. Balik rumah tido.Esoknya nak ke Jengka, Pahang.Ada satu kes lagi di sana.

Teknik Terbaru - DBS

Dua orang rakan sekerja datang ke RIDAM lewat petang tadi. Keduanya mengalami sakit yang sama iaitu:

1.Terasa ada cekaman pada bahagian belakang
2.Mengantuk keterlaluan
3.Malas ke tempat kerja
4.Pening bila masuk ke pejabat
5.Panas pedih pada kulit.

Hal ini terjadi dengan izin Allah selepas OKS (org kena syak) masuk ke bilik pejabat mereka dan memegang makanan yang dibeli sebelum mereka makan. Mereka juga melihat kelawar yang terbang di dalam bilik mereka. Kalau diikutkan, memang tidak logik dan pelik.Bilik mereka harus melalui 3 buah pintu besar dan ianya sentiasa dikunci jika tiada orang.Tingkap juga tidak pernah dibuka sepanjang mereka berkhidmat di situ.

Kelawar yang berterbangan dalam bilik mereka diketuk dengan kayu hingga mati dan kemudian dibuang dalam tong sampah. Selepas kejadian itu, sakit mereka semakin melarat.

Diringkaskan cerita, saya melakukan sesi rukyah sepertimana biasa.Cuma, kali ini, saya agak bersyukur kerana diberi ilham akan surah yang bersesuaian dengan penyakit yang dialami pesakit. Saya juga mendapat ilham pada teknik terbaru dan alhamdulillah, teknik ini membantu perawat untuk merawat pesakit dalam keadaan santai dan tidak menyakitkan.

Saya namakan teknik ini sebagai Teknik DBS (doa, bebola dan serang).

Hasilnya dengan izin Allah, pesakit akan sendawa & adakalanya muntah sebagai syarat jin keluar dari badan. Bukan hanya masalah gangguan jin, masalah penyakit klinikal pun boleh dirawat dengan TEKNIK DBS ini.

Berbalik kepada dua pesakit tadi, mereka sendawa tanpa henti hingga hilang penyakit yang dialami. Saya bersyukur pada Allah kerana diberi ilham terbaru ini.

Moga ianya membantu dan menguatkan syariat saya dalam membantu mereka yang memerlukan.
Amin..Ya Rabbul A'lamin

Gambar Kursus - kenapa ada bebola api dan garis kilat?

Ni gambar masa kat Seminar di Universiti Malaya tempoh hari. Seorang peserta menghantarnya melalui e-mail.




Di peha peserta berbaju oren dan biru.




di bahagian kiri muka peserta berbaju biru.




Di badan peserta berbaju biru yang sedang duduk.



Banyak sangat...Kira sendiri..
Ni gambar ramai-ramai yang sempat dirakam.Ramai yang dah balik.
 
Blogger Templates