Ads 468x60px

Rendam...oh Rendam...Kenapa KAU dah DIAM?

Assalamualaikum...
Dah lama sgt sy tak update cerita perihal rawatan di blog RIDAM...Namun begitu, sy terpanggil dengan khabar dari seorang sahabat yang mengatakan ada komen berapi-api dari hamba Allah yang bernama RENDAM.....(semoga dibukakan pintu hatinya lebih terang dari lampu spotlight stadium Putra Bukit Jalil! )

Isu 1: yang diutarakan adalah pulangan baki duit bagi pembelian buku PMPI.

Seperti yang sedia maklum, harga runcit (belian terus) buku tersebut samada di RIDAM ataupun di Program Seminar RIDAM adalah RM26.00..Namun, setelah dikira kos pembungkusan,penghantaran dan jumlah buku melalui pesanan, harga buku tersebut adalah RM33.00 (utk Semenanjung Malaysia shj)..

Saya telah maklumkan dalam jadual harga (http://www.geocities.com/ridamweb/) akan perkara di atas.

Masalahnya, ada pembeli yang membuat transaksi sebanyak RM40.00 tanpa ditanyakan kemana baki wang itu pergi...

Jadi, cuba pembaca bayangkan..buku yang telah terjual di Semenanjung Malaysia sahaja adalah melebihi 7 ribu buah! Suku daripadanya membuat transaksi RM40 tanpa bertanya.

Secara jujur, saya tidak berkesempatan untuk bertanyakan hal itu ekoran masa rawatan dan program yang amat padat. Jadi, kemana duit baki itu pergi? !!

Terus terang saya katakan, baki yang lebihnya saya masukkan dalam tabung masjid setiap kali habis solat Jumaat.walaupun mungkin pembeli halalkan untuk RIDAM, saya tetap mengelak untuk mengambilnya......Tapi kalau nak sangat baki RM7 tu wahai RENDAM,sila la telefon saya..Tak usahlah nak komen kot blog ni...Apa?Penakut sangat ke nak tanya terang-terang?

Agaknya, baki RM7.00 tu buat budget makan sebulan kot.... :D

Harap pembeli berpuas hati dengan kenyataan ini...Saya pun silap sebab tak maklumkan.

Isu 2: Teknik AKRINE atau RIDAM...Siapa dulu....?

Ni satu lagi...Dah fanatik sangat ke wahai RENDAM?
Saya tidak mengutuk AKRINE...Malahan, Ustaz Majid adalah guru saya sewaktu program Seminar Rawatan Islam di Kuantan dulu..

Namun, kita lihat situasi ini:-

1) Buku PMPI terbit dahulu dari AKRINE...Dalam buku PMPI, kaedah Tikam Jin telah saya pohon keizinan dari Ustaz Majid untuk memuatkannya.

2) Teknik Mata Batin diajar terlebih dahulu dari Teknik TKR..Wahai Rendam, kau ada baca blog AKRINE tak...? Kan dinyatakan bahawa TKR itu adaptasi dari teknik RIDAM...Ke, power spek tak cukup power?

Teknik Mata Batin yang diajar melibatkan kebolehan perawat memantau penyakit gangguan secara sedar...Teknik ini boleh menjadi sehala atau dua hala.

Dua hala: Teknik ini memerlukan latihan yang bersungguh-sungguh di samping memohon pada Allah dan redha pada hasilnya.Teknik ini melibatkan Pesakit dan Perawat sama-sama menerobos ke alam batin bagi mencari punca penyakit dan merawat. Bukankah ini teknik kembara?

Sehala: Teknik ini melibatkan amalan sehala iaitu samada Pesakit sahaja atau Perawat sahaja mencari punca penyakit secara batin. Dalam seminar perubatan RIDAM terdahulu, Saya telah menggunakan teknik ini di akhir seminar bila melatih Perawat mengesan benda dalam kotak / beg yang diletakkan di depan dewan..Teknik ini sebenarnya teknik TKR yang diajar oleh Ustaz Majid dalam kursus beliau.

Saya mengajar teknik ini sebelum Ustaz Majid membuka kursus TKR. Wahai RENDAM, anda boleh tanyakan pada Peserta Kursus di Port Dikson dan di Kuantan....

Payah sgt ke nak tanya dari buat komen tak memasal ni...? Macam mana nak menuntut kalau komen pun celupar macam ni...Tak puas hati? Boleh call saya... :D

Saya bukanlah mahu membangga diri akan kelebihan yang diberi..Harus diingat bahawasanya ini hanyalah Mau'nah..Kadang-kadang jadi,kadang-kadang tidak...Yang penting adalah taqarrub kita pada ALLAH...bukan pada guru.....!

Kepada ustaz Majid, saya menyokong segala amalan beliau yang berteraskan Islam.Ustaz Majid tidak pernah berguru dengan saya,malahan saya juga jadikan dia tempat rujukan. Ilmu TKR yang diilham pada beliau bukan menuntut dari saya.Tkr yang diperolehi beliau adalah anugerah Allah pada beliau...Cuma, secara kebetulan saya menziarahinya, saya berpeluang membantu beliau merawat pesakit menggunakan teknik Mata Batin dan itu dijadikan beliau sebagai panduan.Dan adaptasi dari teknik RIDAM, beliau mendapat ilham merawat secara TKR...Boleh baca kat blog AKRINE la RENDAM...

So, jika anda (RENDAM) juga seorang perawat atau baru nak belajar merawat, banyak-banyak lah bertaubat dan bermunasabah diri...

Teman perjuangan menentang musuh ALLAH,
Sdr. Syakirin (RIDAM)

Video Rakaman RIDAM

Assalamualaikum..

Dah ramai sangat pembaca blog nak lihat rakaman rawatan kelolaan RIDAM. Pihak RIDAM menyiarkan rakaman rawatan dengan di 'blur' kan paparan video bagi keselamatan pesakit.
Selamat menonton..

1) Jin Bongkok 3
Ni baru umur 100 lebih dah bongkok. Angkara sihir dengki.




2) Jin Sendawa
Kesian pesakit ni.Sihir ditujukan pada ayahnya.Tapi, oleh kerana anaknya ni lemah semangat, kena penyakit medu angin tak henti-henti akibat gangguan jin.Check kat hospital normal.



3) Jin Hantu Raya
Ni jin jenis educated. Siap boleh speaking lagi dengan Ust Syakirin. Ustaz Azwan di kutuk mentah-mentah..Hehehe...Cubaan tu Ust Azwan..Cubaan...



Peta Lokasi RIDAM







Sila cetak peta lokasi untuk rujukan anda ke RIDAM

 
Blogger Templates