Ads 468x60px

Sihir TANPA jin - penerangan dan kaedah merawat.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang diamalkan bertujuan untuk menyerang pihak lawan. Jika disenaraikan bentuk sihir secara keseluruhan, memang panjang la ceritanya.Apa yang nak dikongsikan pda hari ini adalah perbezaan sihir yang menggunakan jin DENGAN sihir yang tidak melibatkan jin.

Aper kebender lak tu....?

Sihir menggunakan jin:
Sihir jenis ini mudah ditemui dalam kes merawat. Simptom yang dinyatakan oleh Abdul Wahid Salam Bali juga kebanyakkannya merujuk kepada sihir yang melibatkan penggunaan jin. Ada yang senang dan ada yang susah. Semuanya bergantung kepada keizinan Allah s.w.t jua.

* Akidah perawat juga sebahagian faktor kesembuhan penyakit kerana biasanya, akidah yang mantop menunjukkan seseorang itu bersih hatinya. Bila bersih hatinya, hubungannya dengan Allah terutama bab doa tidak akan ditolak. Wallahu'alam

Sihir TIDAK menggunakan jin:
Kes seperti ini amat jarang ditemui.Namun, untuk keberhasilan sihir jenis ini, pengamalnya perlulah mempunyai ilmu kebatinan dan ilmu hitam yang tinggi sepertimana wali-wali syaitan yang dikutuk Allah dan makhlukNya di alam ini.

Pengamal sihir jenis ini kebiasaannya amat kuat syiriknya.

* Seperti yang sedia maklum, tidak ada kuasa pun pada syaitan / jin melainkan dari keizinan Allah. Syaitan amat sukakan manusia yang syirik pada Allah. Bila seseorang itu syirik, maka dia (syaitan) akan memberi imbuhan sepertimana yang dikhendaki oleh si syirik tersebut.

Tapi, takkan Allah makbul bila orang nak buat jahat?

Persoalan di atas bukan hak kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah. Apa yang perlu kita ingat ialah di dunia ini, adanya konsep Ujian dan Bala. Mungkin Allah makbulkan permintaan pengamal sihir adalah sebagai Ujian untuknya. Atau mungkin juga ia adalah nikmat dunia namun menjadi Bala di akhirat akhirnya.

Simptom Sihir Tanpa Jin

Sihir jenis ini banyak melibatkan sakit anggota badan dan pesakit masih sedar dan waras pada waktu sakit.
1-Terasa ada semutan dalam anggota badan.
2-Ngilu atau pedih dalam urat nadi terutama di urat kaki.
3-Stroke sebelah kiri.
4-Badan berbau busuk walau dibasuh dengan sabun.
5-Sakit tumit kaki.

Untuk itu kepada perawat sekalian, jangan lah berputus asa jika anda merawat kes seperti ini. Banyakkan bersabar dan jangan lupa nyatakan pada pesakit. Sihir jenis ini perlu mengambil masa untuk sembuh. Ini kerana, perawat perlu menghadapi pengamal sihirnya secara terus samada secara fizikal atau batin.

Tips kepada perawat jika merawat sihir jenis ini:


1- Bacakan surah Al-Kautsar 10x sebelum tidur dan doa kpd Allah untuk memohon jalan penyelesaiannya jika pesakit sudah di rawat.
2- Amalkan surah Al-An'am:103 100x setiap hari selama 7 hari berturut-turut selepas solat maghrib. Malam ke-8, jazamkan ayat ini sebanyak 6000x. Inyaallah, anda akan diperlihatkan punca dan kaedah merawatnya. Mungkin juga anda dapat berdialog dengan penyihir secara batin.

* Perlu diingat, pengamal sihir jenis ini punyai ilmu kebatinan yang tinggi. Silap-silap, dia tahu anda sedang memperhatikan beliau.

3- Untuk itu, buatlah pagar diri dengan membaca Yaasin:9 sebanyak 3x dalam satu nafas. Tahan nafas seketika dan sedut nafas kembali. Bayangkan anda dilingkari aura energi al-quran yang dibaca. Insyaallah, cctv pengamal sihir tidak akan mengesan anda.

Tips untuk merawat pesakit jenis sihir tanpa jin:

1- Bacakan ayat rukyah sepertimana biasa dan tiup di ubun, belakang tengkuk, dada, belakang dada, tulang sulbi,tangan dan kaki pesakit.
2- Sebaiknya, pesakit berubat dalam keadaan dia berpuasa.
3- Bacakan Al-Furqan:23 dan tiup pada seluruh anggotanya sambil niat 'memecah' serangan sihir yang dihantar.
4- Kemudian, bacakan ayatul kursi di belakangnya sebanyak 7 kali sambil membayangkan anda memotong simpulan tali dibelakangnya setiap selesai satu ayat dibaca.
5- Bekam pada point Ka-Hil dan Ummu Mughits jika berkesempatan.
6- Buat isyarat tangan anda seperti pisau dan belah dari bawah tengkuk menghala ke bawah hingga ke bahagian tulang sulbi. Anda juga boleh menggunakan kayu, besi atau pen sebagai alat belahan jik merawat pesakit bukan muhrim. Sambil belah, anda baca "wal yatalat thof wala yush irun na bikum ahada".

7- Kemudian, bacakan 7x "” Wama Romaita iz Romaita, Wala Kinnalllaha Roma ” dan tiup ditempat belahan tadi.

8- Bacakan juga Yasin:58 sebanyak 7x dan tiup ditempat belahan.
9- Akhir sekali, bacakan "La tataharraku zauratan bi'znillah" sambil mengusap ditempat belahan dengan membayangkan belahan tersebut telah tertutup.

10- Bekalkan pesakit dengan air rukyah selama selama seminggu serta meminum minyak zaitun(olive oil) yang dirukyah dengan ayat syifa' dan yasin:9. Sukatan minum minyak zaitun ialah 2 sudu pada pagi dan petang sblm makan.

11-Lakukan rawatan ulangan seminggu berikutnya jika belum sembuh.

Insyaallah, penyakit sihir tersebut akan sembuh jika berkat kesabaran, amalan, tauhid pada Allah dan taqarrubnya pesakit pada Allah.

# Amalan ini diijazahkan oleh guru saya: Cikgu Ani dan Poksu Nor Bachok.
Kiranya ingin mengamal amalan ini, syaratkan menyedekahkan bacaan Al-fatihah kepada guru sebagai penerima amalan.

Ilmu dan berubat adalah jalan usaha. Yang menyembuh hanyalah Allah jua.
Wallahua'alam.

Perjalanan Perjuangan

Assalamualaikum...

Semasa saya melayari blog-blog rawatan yang dikendalikan oleh sahabat perjuangan, saya bersyukur kerana banyaknya kursus atau seminar perubatan sedang dianjurkan bagi memudahkan ilmu merawat penyakit secara alternatif Islam berkembang sekaligus membantu mereka yang memerlukan.

Seminar atau kursus perubatan yang kini pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengingatkan nostalgia lama dalam saya menuntut ilmu ini dengan segala susah-payah dan pahit gentir sebelum memperolehinya. Kalaulah dari dulu ada seminar perubatan seperti hari ini, alangkah mudahnya perjuangan. Mereka seharusnya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan. Ikutilah dan pelajarilah...

Sejak dari umur saya 10 tahun, saya memang sudah sedia terdedah dengan perkara mistik bila emak saudara saya sendiri diberi kelebihan oleh Allah ilmu berkenaan merawat penyakit misteri. Saya memanggilnya Mak Ngah. Mak Ngah saya memang menerima ujian yang kuat sebelum dia boleh merawat. Dia juga antara mangsa sihir. Mungkin dengan berkat kesabarannya, dia mendapat kurniaan begitu.

Entah kenapa, sejak dari itu, saya berazam untuk mengusai ilmu mistik setelah melihat betapa azab dan sedihnya keadaan pesakit yang dirawat Mak Ngah.Mama saya juga pernah menjadi mangsa sihir. Setiap kali selepas solat, saya tidak lupa berdoa kepada Allah agar dimudahkan jalan bagi saya mempelajari ilmu ini.

Pernah juga saya minta nak belajar dengan Mak Ngah.Tapi dia menolak kerana mengatakan saya masih kecil. Berkali-kali di minta, akhirnya dia meletakkan syarat selepas umur saya 17 tahun baru boleh belajar dengannya.

Pengalaman pertama:
Seingat saya ketika berumur 10 tahun (sekitar bulan September), saya melihat dua orang pesakit datang ke tempat Mak Ngah saya berubat pada hal orang kedua (nenek bongkok 3) itu adalah jin saka yang menumpang. Dari itu, saya hanya mencuba membacakan Ayatul Qursi sebanyak 7 kali dan hembus pada nenek tersebut.Saya bayangkan hembusan yang dibaca seakan-akan angin ribut yang kuat menuju ke arahnya. Pada masa yang sama, Mak Ngah meneruskan rawatannya. Dengan izin Allah, hancur luruh semua anggota badan nenek tersebut dan pesakit sembuh. Saya tidak pasti samada Mak Ngah tahu atau tidak akan hal itu. Tapi, senyumannya ke arah saya semasa rawatan mungkin dia tahu.

Mulai dari itu, saya menjadi pembantu Mak Ngah secara senyap jika berkesempatan bersama waktu beliau merawat. Hal itu saya diamkan sehingga saya remaja.

Dilawat Jin Islam:
Ketika berumur 14 tahun, saya mengidap penyakit campak yang menyebabkan sukar untuk tidur malam. Rasa gatal dan miang tersebut saya adukan pada Arwah nenek yang menjaga saya. Pada malam itulah (sekitar jam 2 pagi), saya mendengar ketukan pintu diiringi dengan salam sebanyak 3 kali. Nenek dah tidur pada ketika itu. Lantas, saya bingkas bangun dan membuka pintu tanpa rasa sedikit pun perasaan gementar.

Subhanallah...di hadapan saya berdirinya seorang lelaki yang putih bersih kulitnya. umurnya sekitar umur nenek. Katanya dia adalah jin Islam. Dah lama diperhatikan saya. Sejak dari saya dilahirkan lagi. Dia menggelarkan dirinya Bapak. Pada waktu itu, dia menyuruh saya mengikut bacaan sepotong ayat Quran dan kemudian dijelaskan bersama maksud serta surahnya. Saya ikut membacanya tanpa rasa sedikitpun perasaan gementar. Kemudiaan dia menyuruh saya tidur dan beredar.

Alhamdulillah, sejak dari itu, saya tidak lagi berasa gatal atau miang pada badan walaupun kesan merah campak masih ada. Seminggu kemudian, keadaan saya kembali normal.Saya adukan hal ini pada Mak Ngah.

Selepas mendengar hal tersebut, Mak Ngah hanya tersenyum. Katanya tiada yang mustahil kalau Allah nak membantu. Allah kan Maha Penyayang...

Mencari...

Sepanjang persekolahan peringkat menengah, saya mencari guru dan ilmu perubatan mistik. Niat saya hanya satu iaitu hendak membantu mereka yang sakit.

Banyak jugaklah pahit maung yang ditempuhi.Antaranya saya pernah dihalau dari guru sendiri kerana lewat hanya 5 minit ke tempat belajar. Pernah duduk di dalam sungai separas dada dari lepas isyak hingga sebelum subuh sebagai syarat amalan. Pernah diuji berzikir dalam liang kubur selepas jam 12 malam. Pernah dilempang dan disepak terajang oleh guru. Bab kena marah toksah cakap la. :D Pernah ditinggal sesat dalam Hutan Gunung Tebu selama 2 hari oleh guru. Sesat bila nak pergi menuntut. Kemalangan waktu nak pergi jumpa guru. Jumpa guru kaki nombor ekor (ni jenis tok guru loyar buruk!).Kena tindih jin masa tidur. Pengsan sewaktu latihan dan banyak lagi la..Kalau diceritakn semua pengalaman, sebulan pun tak habis kalau nak update dalam blog ni.

Ingat pada perjuangan saya dahulu, saya rela 'ikat perut' dari berbelanja semata-mata nak gunakan wang tersebut untuk tambang perjalanan ketika menuntut dan membeli sedikit buah tangan pada guru. Mana saya dengar ada guru yang hebat, tak sabar-sabar saya nak jumpa. Walaupun sepatah ayat yang diajar, itulah rezeki ilmu pada saya. Pernah saya menuntut dengan Pak Nasation di Johor selama 6 bulan bertandang ke rumahnya, hanya sepotong ayat (doa Nabi Yunus) yang diberinya. Namun, saya anggap itu sudah cukup. Guru dah bagi (walau sepotong ayat) dah kira bagus dari tak bagi langsung. Betulkan?

Saya rasa, cukup sudah perihal perjuangan untuk saya ceritakan. Cuma kalau ada pelajar saya atau pembaca blog yang ingin sedekahkan Al-Fatihah, Selawat atau doa selamat pada guru-guru saya, saya alukan dan mengucapkan jutaan syukran yang tidak terhingga. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Senarai Guru:
- Ibu saudara dan Bapa saudaraku; Cikgu Rohani dan Cikgu Mat di Tanjong Mas, Kelantan.
- Almarhum Pak Halim di Kampung Tar Tujuh, Pasir Mas, Kelantan.
- Pakcik Halim di Kampung Batu Gajah, Kelantan
- Pak Jab di Kampung Cabang Empat, Kota Bharu, Kelantan
- Almarhum Ayah Ku di Tumpat Kelantan.
- Almarhum Tuk Cikgu Lah, di Pasir Puteh, Kelantan
- Haji Ibrahim di Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Almarhum Kiyai Haji Supian di Tenggarong, Indonesia.
- Almarhum Tok Zali di Kuala Lipis, Pahang
- Pak Sattar di Kampung Paloh Rawa, Machang, Kelantan
- Almarhum Ustaz Amin di Bera, Pahang
- Almarhum Pak Nasation di Yong Peng, Johor
- Wak Por di Sungai Merab, Bangi, Selangor.
- Pok Su di Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu
- Ustaz Omar di Ampang, Selangor
- Ustaz Amir di Kapar, Selangor

Ragam Pesakit

Ketika saya membeli makanan di Pasar Malam kemaman semalam, saya terlihat bekas pesakit (Pn. N) berjalan bersama anak-anaknya. Saya sedar yang dia juga melihat saya tapi mengelak dari bertegur sapa. Kalau boleh lari, agaknya lintang pukang dia menyorok.

Kisahnya bermula begini.....

Pn. N datang ke RIDAM kerana ingin mengubati hatinya yang terlampau rindu pada bekas suaminya.

* Pn. N ni janda

Dia juga mengesyakki yang dia turut disihir oleh bekas suaminya tersebut. Adakalanya, dia terasa nak cium-cium atau nak peluk-peluk bekas suaminya tu bila bekas suaminya ke rumah menghantar lauk buat anak-anak. Dari simptom yang dinyatakan, saya mengesyakki Pn. N dikenakan sihir pengasih.

Maka, yang memeningkan kepala saya ialah dialognya sebelum rawatan:

Saya: Nama penuh Pn. N apa?
Pn. N: Perlu ker ustaz?
Saya: Perlula...saya nak buat record ni..

*Pn. N memberikan nama penuhnya

Saya: Nama ibu?

Pn. N: La..ustaz nak buat apa nama ibu saya? Nama penuh saya kan dah cukup..

Saya: Adus...mengikut kata guru saya, adalah lebih elok pesakit di bin / binti kan kepada nama ibunya. Hubungan ibu dengan pesakit lebih rapat berbanding ayah kerana dialah yang melahirkannya. Sedikit sebanyak perkara ini membantu dalam proses rawatan dengan izin Allah...

* Setelah panjang lebar dok ceramah, barulah bagi nama ibunya..tu pun teragak-agak nak bagi..

Saya: Suami puan kejer kat mana? Nama apa?

Pn. N: Tak perlu tau la Ustaz..Kalau tak tau Ustaz tak boleh berubat ker?

Saya: La..yang payah sangat awak ni kenapa? Macam mana la nak berubat kalau dok berahsia sampai macam ni..

Pn. N: Saya takut la Ustaz nak kasi nama. Nanti ustaz beritahu dia.

Saya: Tak ada kerjanya saya nak jumpa bekas suami awak tu..Ni hah..saya nak rekod dalam borang pesakit ni..

Pn. N: tapi....

Saya: Mcm ni lah, kalau dah payah sgt, toksah berubat la....

* Setelah dikata begitu, barulah Pn. N beri nama suaminya.

Saya: Ni soalan terakhir. Puan kerja kat mana pulak?

Pn. N: Kerja kat sini-sini jer..

Saya: Yelah, company mana, sebagai apa?

Pn. N: Adalah..kerja biasa-biasa jer..

* Saya dah malas nak melayan lagi bab-bab tanya ni..Bidang pekerjaan pesakit amat perlu diketahui. Hal ini saya pelajari semasa mengambil kursus Pegawai Keselamatan & Pekerjaan (Safety Officer) di NIOSH, Bangi satu ketika dahulu. Ibn Sina amat mementingkan latarbelakang pekerjaan pesakit kerana ianya turut mempengaruhi penyakit yang dihidapi pesakit samada dari segi emosi atau fizikal.

Saya terus lanjutkan pada proses rawatan seperti biasa tapi terus-terang cakap hati saya dah 'tawar' bila mengubatinya.

Hal kesembuhan saya serahkan pada Allah..Saya hanya berdoa...

Sampai sekarang, kalau terserempak Pn. N di mana-mana, dia confirm akan menyorok.. Saya pun tak tahu sakit apa lagi yang ada kat dia tu..

pesakit...pesakit....

Diserang

Assalamualaikum w.b.t

Artikal ini ditujukan khusus untuk perawat Islam, bakal perawat Islam dan masyarakat am.

Tiga hari lepas, saya dikunjungi pesakit wanita veteran yang mengalami masalah tidak dpt tidur malam, sesak dada dan bengkak kaki kanan. Dipendekkan cerita, saya merawatnya dengan bacaan rukyah yang sentiasa diamalkan.

Dengan izin Allah, penyakit yang dideritai pesakit sembuh serta merta.Sesudah itu, pesakit pulang dengan gembira.

Malam itu, saya merasakan mata saya amat berat untuk ditutup walaupun sudah menguap beberapa kali.Saya merasakan ada 'sesuatu' yang tidak kena. Lantas, saya ambil wudhuk dan melabuhkan semula kepala di bantal. Saya ulang beberapa kali doa susah tidur dan alhamdulillah saya terlena.

Saya bermimpi didatangi jelmaan pesakit yang saya ubati tadi. dia mengangkat jari telunjuk sebagai tanda amaran yang saya sedia faham maksudnya. Sebelum sempat saya berdialog, saya tersedar selepas mendengar tangisan anak sulong saya. Saya beristighfar panjang.

Kebiasaannya, jika saya mengalami mimpi buruk, saya akan ambil wudhuk sebelum menyambung tidur semula. Dikala menjejak kaki ke lantai, tapak kaki saya terasa amat sakit. Namun, saya gagahkan juga untuk ke tandas.

Saya juga membuat 'diagnos' pada diri saya sendiri melalui kesan iridiologi, refleksologi dan point saraf.Tulang kaki juga di periksa takut-takut ada kesan retak tanpa disedari..

Masyaallah...semua normal...Apa pulak la ujian ni?

Saya membuat aturan nafas mata batin selepas solat dhuha pada paginya. Alhamdulillah, punca telah saya temui. Dari gambaran yang diamati, saya teringat kepada pesakit veteran yang saya ubati sahari sebelumnya. Memang saya lupa nak 'pagar diri' sewaktu merawat beliau. Kesan sakit yang dialami adalah 'infection' dari pesakit tersebut.

Saya yakin dengan kekuasaan Allah bahawa Dia-lah yang menentu segalanya.Pada kali ini, apa yang terlintas di fikiran saya hanyalah dua perkara iaitu Minyak Zaitun dan doa nabi Yunus.

Gerak hati mengatakan agar saya mengamalkan zikir tersebut sehingga sembuh. Minyak zaitun itu pula saya rukyah dengan doa syifa kemudian disapu pada tempat sakit.

Alhamdulillah, sakit yang dialami berkurangan dan saya tidak lagi berjalan terhenjot-henjot sewaktu artikal ini dikarang.

Jika difikirkan, besar juga dugaan sebagai perawat ini. Namun itu bukanlah penghalang bagi saya untuk terus membantu disamping berdakwah pada mereka yang memerlukan. Ujian yang saya lalui ini saya anggapkan sebagai 'hadiah' dari Allah kerana:

1- Allah masih sayang pada saya. Kesakitan itu menjadikan saya cekal dan peringatan untuk saya lebih bertawakkal pada-Nya.
2- Ia adalah peringatan untuk saya tidak lalai dan membuat benteng diri sebelum merawat.
3- Juga sebagai panduan untuk perawat khususnya.

'Ya Allah...teguhkan imanku, kuatkan semangat ku, bantu aku dalam perjuangan dan lindungi aku dari serangan musuh-Mu...amin'

Wallahua'lam

VCD rawatan terbitan RIDAM. Terbaru di Malaysia!!




Atas permintaan dan cadangan teman seperjuangan, RIDAM telah menerbitkan sebuah modul pembelajaran dalam bentuk Video untuk pelajaran di rumah.

Antara dimuatkan adalah Tatacara asas rawatan, Kaedah merawat, mengikat pesakit, membuat air jampi, memagar kediaman dan teknik pasir sungai.

Harga runcit: RM15SM & RM18SS
Harga termasuk pos: RM21SM , RM26 Sarawak , RM28 Sabah.

Design cover VCD: En. Azahar - Untuk tempahan grafik/web, sila hubungi 0126919264

"Tolong Ustaz...Saya dah tak tahu nak buat apa."

Sewaktu hendak menghamparkan kepala dibantal semalam, saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari pesakit yang pernah 2 kali datang ke RIDAM kerana masalah saka.

Sewaktu merawat pasangan suami isteri ini di RIDAM, sakanya telah pun saya hantar (dengan izin Allah) di satu tempat perkampungan Islam di Kemaman.Namun begitu, isterinya kembali kerasukan.Dia (En. Z) menelefon saya kerana itulah pengalaman pertamanya berdepan dengan situasi sebegitu seorang diri.

Perbualan 1

En. Z:Assalamualikum Ustaz.Ingat saya lagi?
Saya:Waalaikumsalam. Yang mana ni? Maaflah, saya tak ingat.Ramai sangat pesakit saya.
En. Z:Saya Z++++ dari P+++.Yang datang dengan isteri saya ari tu.
Saya:Ooooo...Ingat-ingat.Macam mana isteri kamu?
En. Z:Ni masalahnya Ustaz. Dia kerasukan semula. Tolong saya Ustaz...Saya dah tak tahu nak buat apa..
Saya:Masyallah..kat rumah ada yang dewasa tak selain kamu dan isteri?
En. Z:Tak ada.Semua anak-anak kecil.Ni yang saya risau ni.
Saya: Sabar..Jgn panik..Insyallah, ada caranya. Jgn takut..Kamu ambil garam yang saya rukyah ari tu, masukkan dalam mulut. Nanti sedarlah tu..
En. Z:Okey Ustaz.Ustaz boleh stanby tak?Saya nak call lagi ni....
Saya: Saya tunggu.Jgn risau. jgn bergantung pada saya.Bergantung pada Allah..Insyaallah, saya doakan..

Perbualan 2

En. Z:Assalamualikum Ustaz...Saya dah bagi garam tu.Nampak macam dah sedar...

*kemudian, saya terdengar seperti orang meludah dibelakangnya..

En. Z:Ustaz! Isteri saya muntahkan balik garam tu.Mcm mana ni Ustaz..
Saya:Tenang-tenang..Air rukyah saya ada lagi?
En. Z:Ada Ustaz..
Saya:Awk basuhkan muka isteri dengan air rukyah tu kemudian azan 7 kali.Lepas tu call saya.
En. Z:Baik Ustaz..

Perbualan 3:

En. Z:Assalamualaikum Ustaz..Tak ada kesan la..Macam mana nak buat ni Ustaz?Tolong saya Ustaz..
Saya: Erm...suruh dia mengucap..
En. Z:Ha...dia dah mengucap..

*Saya mendengar isterinya mengucap tapi lain benar nadanya.

Saya: cuba dekatkan phone tu kat isteri, saya nak dengar dia mengucap

*Bila telefon didekatkan, memang dengar isterinya mengucap, tapi suaranya macam datuk tua.

Saya: Ni bukan isteri awak ni..Awak nak saya datang ke rumah ker?
En. Z: Boleh gak Ustaz, tapi tak menyusahkan ker?
Saya: Boleh..saya dtg dengan sahabat saya.dalam 1 jam saya sampai.

* Ketika itu isterinya melarang saya datang ke rumah.

En. Z: Ustaz, dia tak bagi datang la Ustaz.

* Saya tersenyum.....

Saya: dah memang dia..jgn dok layan.saya sampai lepas ni..

Maka saya telefon 2 orang sahabat saya sebagai teman dan saksi bila ke rumah pesakit.
Sewaktu nak bersiap tu lah, En. Z telefon lagi.

Perbualan 4:

En. Z: Ustaz, saya rasa takyah datang la.Isteri saya nampak mcm sedar.Dia tak kasi ustaz datang..
Saya: Erm..tu bukan isteri kamu..jgn dok layan.Tengok simptom dia betul-betul..
En. Z: Yelah ustaz.Ada gangguan lagi..Datang la ustaz...

* Sambil tersenyum, saya sediakan kelengkapan untuk dibawa antaranya air rukyah,tongkat,kain ikat dan besi rawatan.

Dah setengah perjalanan ke rumah pesakit, handphone saya pulak tertinggal. Maka saya patah semula untuk mengambilnya..Perjalanan sejauh 45km dimulakan semula.Jam menunjukkan jam 12:15 pagi.Saya singgah sekejap di kampung Kijal untuk mengambil sahabat saya..Namun, saya sesat dan terlajak.

Adus..Ni betul-betul gangguan ni..Perut saya pulak nak memulas..

*Memang dah macam kebiasaan, kalau kes-kes berat, perut saya akan sakit atau saya akan tersesat jalan bila nak pergi merawat..

Saya bacakan surah 'Waddhuha..." dan panjatkan doa agar di pelihara Allah dan semoga ditunjukkan jalan...Saya juga ulang Al-Fatihah:5 sebanyak-banyaknya..

Alhamdulillah, rumah sahabat saya ditemui dengan izin Allah.Perjalanan diteruskan.Dari itu, saya kuatkan zikir Doa Nabi Yunus agar dibantu Allah untuk sampai ke rumah pesakit.

Daerah tempat pesakit tinggal dah pun saya sampai.Namun, saya sering tersalah jalan untuk ke rumahnya hinggakan pesakit terpaksa tunggu di simpang jalan rumahnya.Syukur ke hadrat Allah, saya sampai dengan selamat.

Sewaktu berada dihadapan rumahnya, gerak hati mengatakan bahawa ada 5 jin yang mengganggu..Secara spontan, saya minta 5 biji telur rebus sebagai bekalan untuk mengurung jin tersebut dengan izin Allah. Paku sepanjang 2 inci setengah telah saya sediakan. Walaupun pada awalnya nak saya gunakan botol putih sebagai alat kurungan, pening jugak nak cari kedai malam-malam ni..

Terkejut jugak En. Z kerana telur kat rumahnya pada tika itu cukup-cukup ada 5 biji.Syukur pada Allah atas ilham yang diberi-Nya.Saya pun tak tahu mcm mana boleh terfikir pasal angka 5 tu..

Sebelum merawat, saya minta izin nak ke tandas.Perut dah sakit sangat.Tak tahan...!

Dari dalam tandas tu la, saya dengar isterinya kerasukan dan mcm jadi 'mainan' suami dan sahabat dok dialog dengannya.

Sebaik sahaja keluar, isteri pesakit yang kerasukan menunding jari ke atas saya.

Pn. Z: Tu dia ustaz celaka! Buat apa datang sini? Kau nak pisahkan aku yer?
Saya: Ish..apa cakap macam ni..

* Sambil itu saya kilas tangannya ke belakang dan bawanya ke ruang yang lebih lapang.Mulut Pn. Z tak henti-henti menyumpah saya..Saya hanya tersenyum dan kuatkan zikir dalam hati..

Kemudian, saya suruh sahabat saya (Ustaz Deli) mengikat 4 point utama pesakit dengan kain yang dah siap saya baca.

Pada mulanya saya ketuk lembut dibelakang pesakit dengan ranting nona. Macam mengejek lagi lah...Saya gunakan pula besi rawatan dengan melakukan teknik refleksologi..

Pada ketika ini, berkali-kali jin dalam badan tu minta ampun.Tak lama kemudian, Pn. Z tersedar..Adus..lari pulak dah jin ni..

Saya bacakan rukyah padanya dan ulang seberapa banyak ayat memanggil.Alhamdulillah, jin tadi masuk balik. Dalam kes begini, jin jenis On / Off kena dipasung dalam badan. Kalau lari lagi,nanti jin tu akan menyerang pesakit semula.

Pada kali ini, saya lembutkan sedikit pada sesi dialong..Masyaallah, jin tu dah jadi tafrik (jatuh hati pada manusia) dan jin tu lah yang saya hantar pada rawatan di RIDAM dahulu..Dah tak ada cara lain nampaknya..

Saya berikan pilihan padanya. (1)masuk ke dalam telur dengan rela hati. (2)Dibunuh dengan izin Allah kalau degil tak nak keluar (3)Masuk Islam dan saya hantar ke Mekah dengan izin Allah.

Pn. Z yang kerasukan mengelengkan kepalanya. Katanya, dia taknak berpisah dengan Pn. Z...Setelah dipujuk, akhirnya, dia mengucap kalimah syahada yang asalnya dia beragama Buddha..Alhamdulillah..

Selepas itu, saya ajarkan konsep tauhid padanya dan tanyakan kalau-kalau ada jin lain dalam badannya.Pn Z mengangguk.Ada jin bernama Ros(jin sihir). Saya panggil jin Ros berulang kali dan dia menjawab.

Jin Ros: Hah...ada apa Ustaz?
Saya: Erm...tentu kau dah dengar apa tawaran saya tadi kan? Kamu nak yang mana?
Jin Ros: Saya memang dah Islam Ustaz.Asal saya dari Siam.Saya nak ikut Rami(jin saka) ke Mekah..
Jin Ros: Baiklah, isyaallah kamu boleh ke sana.tapi kena bersumpah dahulu dengan nama Allah mengatakan kamu tak mahu kacau manusia lagi.Boleh?

Jin ros terus bersumpah sebanyak 3 kali.

Saya: Dah tu, kamu masuk dalam telur ni dulu. Lepas tu kita kira la kamu boleh ke Mekah atau tak.

*Jin Ros mengeleng kepala.Katanya tak nak masuk telur...Sakit nak keluar..

Saya rasakan macam Jin ni nak start lawyer buruk...Memang saya tak janji pun nak hantar dia ke Mekah..tu taktik jer..Setelah dipujuk, kedua-dua jin setuju nak keluar.

Proses menarik Jin Ros tersebut berjalan dengan lancar.Cuma Jin Saka tu keras sedikit bila ditarik.Pada waktu menarik tu la, saya melihat wajah pesakit sangat hodoh hingga saya palingkan muka saya dari melihatnya...

Syukur, proses menarik berjalan lancar.Panas jugaklah telur rebus tu..cuma hati masih sangsi.Saya masih rasakan ada kelibat di rumah tu.Terasa ada yang mengintai dari arah bilik belakang rumah.

Saya ulang surah Al-an'am sambil memejam mata..Masyallah, tika itu terlihat bayangan seorang lelaki bermisai lebat dari arah yang dirasakan...

Ketika itulah, saya disapa Pn. Z..Dia mengatakan bahawa dia diamanahkan oleh adik-beradiknya agar mengagihkan gambar keluarga yang dalamnya ada gambar Arwah Atuknya.Tapi dia tak mampu nak agihkan bila rasa 'semacam' bila tengok gambar tu..

Saya minta gambar tu dan terkejut jugak lah sebab gambar arwah atuk sama macam kelibat yang baru saya lihat di belakang rumahnya.

Saya segera ke bilik belakang. Di situ, saya lakukan ritual meditasi sambil membaca berulang-ulang Surah Al-An'am:103 dengan niat menghadirkan kelibat tadi..Dengan izin Allah, bayangan itu menunjukkan dirinya dan saya tarik dengan bacaan Surah Al-mukminun:115-116.Proses memasung berjalan dengan lancar...

Kelibat masih dirasakan..Kali ni kelibat perempuan. Saya ke blik stor utk objektif yang sama... Kemudiannya, saya ke rumah tamu semula kerana di situ ada kelibat kanak-kanak..kali ni, proses menarik lebih mudah..Mungkin sebab budak kot.. :D

Tepat jangkaan saya, total gangguan adalah dari 5 ekor jin.Semua itu dengan ketentuan Allah..saya bersyukur kerana mendapat bantuan-Nya sepanjang rawatan.

Saya alihkan pada Pn. Z untuk scanning terakhir dan tiada lagi gangguan padanya. Saya suruh mandikan dengan air rukyah yang dicampur dengan sedikit garam kristal rukyah dan memohon untuk pulang selepas itu.

Ingatkan kes dah selesai, gangguan masih ada rupanya..
(bersambung)

Sambungan: "Tolong Ustaz...Saya dah tak tahu nak buat apa."

Saya mendapat panggilan dari En. Z mengatakan isterinya sekali lagi kerasukan.menurut En Z, gangguan itu mengaku jin Ros..

Jin Ros..? Kan dah dipasung dalam telur..ni jin Ros mana lak ni?

Saya mengesyakki bahawa itu bukan Jin Ros..

Pukul 9:30 pagi, en. Z dan isterinya yang kerasukan sampai ke RIDAM. Tanpa melengah masa, isterinya turun dari kereta dan berjalan terhenjot-henjot ingin masuk ke RIDAM.Dah macam ZOMBI lagaknya..

Saya memegangnya dan dudukkan dia di ruang rawatan..Diringkaskan cerita, Jin itu adalah jin sihir hasil gabungan 3 pekerja suaminya yang sakit hati. Namun, cubaan sihir gagal dilaksanakan dan isterinya menjadi mangsa.Bila ditanya ke mana Jin Ros pergi, jin itu menjawab bahawa dia sudah dikurung dalam telur dan dibuang ke sungai.

Saya lanjutkan soalan. Kata jin-jin tu, mereka semua cabut lari sewaktu kedatangan saya semalam. Yang 5 berjaya ditangkap tu tak sempat lari.

Satu persatu sesi dialog dan menarik jin keluar dari tubuh Pn Z menjadikan total gangguan jin pada sesi hari ini shj mencecah 7 ekor. Sampai lembik Pn Z bila tersedar.Bukan setakat Pn Z, saya sendiri selaku perawat sampai tiada daya lagi nak merawat. Dari semalam saya belum tidur, hinggalah sesi rawatan semula di RIDAM berakhir jam 12:15pm.Bayangkan lah betapa penatnya.Tapi dah itu tanggungjawab, saya ikhtiarkan untuk menolong semampu yang boleh.

Dari kes gangguan yang dialami oleh En. Z dan Pn. Z hari ini, suka saya rumuskan seperti berikut:

Jenis jin yang mengganggu:

- Jin sihir ditujukan pada En. Z : 7
- Jin sihir ditujukan pada Pn. Z : 1
- Jin SAKA En. Z : 1
- Jin SAKA Pn. Z : 3

Total gangguan: 12 jin!!

Penyelesaian:
- Jin yang dimasukkan dalam botol: 1
- Jin yang dipasung dalam telur: 10
- Jin yang disembelih: 1

Gangguan pada saya-

- Dalam perjalanan ke rumah pesakit: Tersesat jalan, sakit perut, pening
- Sewaktu merawat di rumah pesakit: Perut terasa ditarik-tarik, sakit lutut serta merta, tangan kanan kebas, kepala pening.
- Sewaktu pulang ke RIDAM: kepala pening, kaki kebas, tangan menggeletar.
- Sewaktu menunggu pesakit sesi Emergency: Tak dapat tidur(sedangkan tak tidur lagi dari semalam!), dada berdebar dan sakit perut.
- sewaktu merawat di RIDAM: kebas peha kanan, sakit tumit kaki dan lesu.


Dari kes yang dihadapi, semua sihir dan saka yang ditujukan pada En. Z tidak mengena padanya dan semuanya ditanggung oleh isterinya (Pn. Z). Kenapa jadi begini?

Dari perbualan yang dilalui, saya menjumpai hikmat amalan yang pernah diberitahu guru saya dahulu (Allahyarham Kiyai Hj Suffian).

Kata beliau:
"Amalan Solat Tahajjud juga boleh menghindari sihir dan gangguan.Orang yang bertahajjud dijaga Allah dan dinaikkan darjatnya di sisi Allah".

Subhanallah...rupa-rupanya inilah amalan En. Z selama ini.Walaupun berjawatan besar, dia seorang yang rendah diri, tidak menerima rasuah dan istiqamah dalam ibadahnya.Dia juga mengamalkan solat tahajjud dalam rutin malamnya.

Hal ini menginsafkan saya dan semoga ianya menjadi renungan pembaca blog sekalian.Ingatlah bahawasanya orang yang mengingati Allah, maka Allah akan mengingatinya selalu.

Semoga ianya menjadi iktibar untuk kita semua.


*Saya nak tidur dulu...Kalau tak update kisah rawatan ni nanti tak ingat.Assalamualaikum (12:42pm)

Siri 1 - Seminar Perubatan Islam di Kemaman

Alhamdulillah, Seminar Perubatan Islam di Masjid Geliga, Kemaman, Terengganu berjalan lancar. Tahniah kepada peserta. Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan untuk diri dan orang lain.

Gambar: Penerangan oleh Sdr. Syakirin RIDAM







Gambar: Latihan mengaktifkan tenaga dalam.Salah satu usaha mengaktifkan deria mengesan gangguan dan barang sihir.







Gambar: Latihan mengesan aura pesakit.










Gambar: Pada seminar kali ini, peserta diberi latihan intensif iaitu mempraktikkan sendiri ilmu yang dipelajari dalam seminar sesama pelatih.Dengan kaedah ini, sedikit-sebanyak memberi pendedahan sebenar dalam usaha merawat pesakit.










Gambar: Demo rawatan dr Sdr Syakirin sendiri

Serangan Bunian

Minggu lepas, saya bersama 2 orang sahabat berkhemah di sebuah kawasan air terjun. Memang dah hobi saya suka berkhemah di hutan, di tepi sungai, air terjun atau pantai.Kalau dalam sebulan tak berkhemah, rasa tak puas. Hobi ini saya pupuk sejak dari zaman sekolah. Saya memang suka mendengar bunyian alam. Sekali-sekala nak jugak duduk jauh dari kebisingan kota.

Salah seorang sahabat yang turut serta beragama Kristian. Walaupun punyai perbezaan agama, hubungan persahabatan kami tetap erat kerana sifat saling menghormati antara satu sama lain.

Dipendekkan cerita, saya dan seorang lagi sahabat solat Isyak jemaah pada malamnya. Pada rakaat pertama, proses solat berjalan dengan baik.Namun, saya selaku Imam pada malam itu terganggu sebaik sahaja membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua. Mana tak terkejutnya. Makmum sorang jer..tapi yang jawab 'AMIN' macam makmum penuh satu surau. Masyaallah...bala apa pulak ni?..Tak khusyuk saya dibuatnya. Namun, saya teruskan mengimani solat hingga selesai.

Sewaktu dalam wirid, kepala saya terasa pening. Tapi, hal itu tak dpt saya luahkan pada sahabat saya yang menjadi makmum pada malam itu.Seorang lagi sahabat saya yang beragama Kristian dah lentok dalam kereta.

Saya semakin panik. Kepala semakin pening, tapi mulut saya tak dapat berhenti dari meneruskan zikir selepas solat. Pada tika itulah, pokok buluh dan pohon sekitar tempat kami berkhemah ditiup angin yang amat kencang. Dalam situasi angin kencang tersebut, saya melihat kelibat wanita cantik datang menghala ke arah saya. Dia memberi salam dengan baik. Salamnya saya sambut.

Saya: Waalaikumsalam.Ada apa wahai makhluk Allah.
Bunian: Nama saya Siti Fatimah.Saya bawa berita dari ayah.Dia ketua di sini.
Saya: Apa beritanya? - (Saya hanya melayan dengan ringkas)
Bunian: Hj Ali pelawa ustaz tinggal di sini dengan kaum kami dan...
Saya: Dan apa...?
Bunian: Dan kahwin dengan anaknya (pada tika ini, Siti Hajar tersenyum malu).

* Saya dah dpt mengagak kesimpulannya

Saya: Siapa anaknya?
Bunian: Saya la.... (senyumnya malu-malu...tapi saya pulak yang tergaman dan kecut perut).

Syukur..pada tika itu fikiran saya masih dalam lindungan Allah. Kita di Malaysia yang bermazhab Syafie tidak boleh berkahwin dengan jin!

Saya: Siti Fatimah.Saya minta maaf banyak-banyak sebab tak mampu tunaikan hajat ayah awak tu. Saya punyai isteri yang tidak bekerja dan 2 org anak yg masih kecil. Saya tahu dengan undang-undang bunian. Sudah tentu saya tak dapat pulang ke alam asal kan? Nak jumpa keluarga pun dengan mimpi kan?

* Siti Fatimah mengangguk perlahan. Ketika itu, saya lihat matanya bergenang mcm nak menangis.

Bunian: Tapi Ustaz tetap boleh jumpa walaupun kot mimpi. Jumpa jugak kan?
saya: memanglah jumpa, tapi tak sama. Saya minta maaf. Kirim salam pada Hj Ali.Cuma pohon keizinan untuk bermalam di sini kalau ini tempat kamu.Esok saya balik.

*Siti Fatimah tidak menjawab. Dia hanya berlalu pergi dengan langkah yang agak marah kalau dilihat dari gayanya.

Saya kemudiannya tersedar. Saya lihat ke arah makmum yang asyik berzikir.Mcm tak berlaku apa-apa...Saya tunggu jugak kalau-kalau sahabat saya tu lihat saya didatangi Siti Fatimah..tapi last-last, mcm tiada apa yang berlaku.

Selesai solat, saya rasa tak sedap hati. Saya ambil keputusan untuk pulang. Namun, sahabat saya (kristian) tak mahu pulang sebab katanya esok nak mandi air terjun disebelah hilir. adus...kena mengalah la jawabnya. malam tu kami tak tidur sebab berbual kosong. Walaupun begitu, hati saya tak tenang.Terasa ada satu bencana yang mungkin akan saya hadapi....

Kami bersembang hingga masuk waktu subuh...Selesai solat subuh berjemaah, kami terdengar seperti langkah kumpulan manusia melihat kami. Kami mengambil keputusan untuk berdiam diri. Sebaik sahaja terbit matahari, tiada lagi gangguan yang dialami.

Kami bertolak sebelum zohor dan sampai ke rumah pada pukul 2 petang.

Kisah bermula:

Mulai malam selepas saya pulang dari berkhemah, suhu badan saya naik panas mendadak. Jangka suhu menunjukkan bacaan 39.6 celcius!!! Masyaallah, ujian apa pulak ni? Ditambah pula, isteri saya mengadu melihat saya mengigau setiap malam sambil menyebut "aku taknak kahwin dengan mu!!!aku dah ada bini!!!"...

Hari ke-4, demam saya masih belum kebah (hilang).selama 4 hari itulah juga saya melihat kelibat Siti Fatimah. kadang-kadang terasa ada makmum sewaktu saya solat berseorangan..

Tiada pilihan lain, saya adukan pada Guru saya...

Kata guru, bunian tu memang nak sangat kawin dgn saya.Dia suruh saya berubat dengan segera sebelum bunian itu kacau isteri dan anak-anak untuk saya setuju..

Tapi mcm mana nak berubat kalau diri sendiri yang sakit?

Pada tika ini,guru saya mengajar isteri saya untuk mengubati saya. Disuruhnya membaca Al-Fatihah 17 kali, Ayatul Qursi 17 kali, 3 Qul (setiap satu 17 kali) dan selawat sebanyak 17 kali pada sebaldi air.

Saya pula dikhendaki duduk berlunjur dihadapan rumah selepas jam 12 malam untuk dimandikan.

Alhamdulillah, sebaik sahaja selesai rawatan mandian, suhu badan saya beransur pulih.Saya sihat sepenuhnya selepas hari ke-5.

Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa Bunian yang nak pinang saya? Dah tak ada manusia ker yang nak kahwin dengan saya? Saya termenung sendirian bila memikikan hal ini. Wallahua'lam
 
Blogger Templates