Ads 468x60px

Ustaz ada datang rumah saya ke semalam?

Saya mendapat panggilan dari seorang pesakit yang pernah datang ke RIDAM. Sudah dua kali pesakit tu mendapat rawatan di RIDAM.

Pn Z: Assalamualaikum..Apa khabar Ustaz?

Saya: Waalaikumsalam. Khabar baik. Macam mana keadaan Pn sekarang? Dah sembuh?

Pn. Z: Alhamdulillah.. Hari ni baru betul-betul lega. Sengal dan bisa badan dah hilang sama sekali. Terima kasih ye Ustaz..

Saya: Syukurlah.. Jangan lupa sujud syukur. Saya cuma doakan saja. Kesembuhan tu kan milik Allah..jangan lupa tu.

Pn. Z: Saya tahu Ustaz.. Ni telefon pun ni nak tanya ni. Boleh ke?

Saya: Erm...tanyalah.. Apa dia?

Pn. Z: Semalam Ustaz ada datang rumah saya tak?

Saya: Semalam? Saya kat RIDAM dalam 3 hari ni. Setiap malam ada pesakit. Kenapa tanya macam tu?

Pn. Z: Macam ni.. Semalam saya sorang je tinggal kat rumah. Anak-anak dan suami pergi rumah mak...

Saya: pastu?

Pn. Z: Masa tu lah saya rasa badan saya sakit semula. Macam dah separuh mati dibuatnya Ustaz..

Saya: Erm..apa kaitan ngan saya pulak?

Pn. Z: Masa saya sakit tu, saya cuma ingat nak baca Al-Fatihah jer.. Entah kenapa masa tu saya asyik dok ulang ayat "iyya kana' budu wa iyya kanas ta'in' banyak kali... Saya mula rasa pitam dan makin sakit..

Saya: then...

Pn. Z: Masa tulah saya nampak Ustaz ada kat hujung kaki saya. Ustaz dok baca ayat yang Ustaz suruh saya amal tu.

Saya: Ayat mana Pn.?

Pn. Z: Alah, surah As-Saffat ayat 7 tu lah...Ustaz dah lupa ke?

Saya: Erm..maaflah..banyak sangat yang saya suruh pesakit amal.. Kemudian..

Pn. Z: Pastu, saya nampak Ustaz tarik pakai tangan kanan Ustaz.. Demi Allah Ustaz, saya nampak macam semut hitam keluar dari celah kaki saya.. Banyak tu...

Saya: Dah tu, 'saya' yang awak nampak tu ada kata apa-apa kat awak tak?

Pn. Z: 'Ustaz' tak kata apa-apa. Lepas 'benda' tu keluar, sakit saya terus hilang.

Saya: Erm..saya yang awk nampak tu buat apa pulak?

Pn. Z: Lepas dia tarik, dia terus tadah tangan berdoa. Saya tak paham bahasa arab.. Tapi banyak jugaklah perkataan syukur dalam doa tu.. Kemudian dia keluar bilik saya..

Saya: Awak tak kejar dia ke?

Pn. Z: Saya kejar. Tapi bila saya keluar dari bilik, Ustaz dah tak ada. Saya cuba call ustaz, tapi tak dapat..Betul ke Ustaz datang merawat saya?

Saya: Kebetulah handphone saya habis bateri semalam. Saya tak pernah datang umah awak pun. Umah awak pun saya tak kenal..Tak apalah...anggaplah itu bantuan Allah...Tak mustahil kalau Allah izinkan..kan?

Pn. Z: Tapi peliklah Ustaz..Tak apalah kalau macam tu..Yang penting saya dah sembuh..

Saya: Eloklah tu kalau pikir macam tu...Saya ada kejer skit nak buat ni.. Kita sembang lain kali yer..

Pn. Z: Erm...baiklah Ustaz...Saya minta diri dulu.. Assalamualaikum..

Saya: Waalaikumsalam...

Pening jugak bila difikirkan. Sesekali risau juga sebab kejadian begini boleh membawa fitnah.. Yang saya lakukan selepas merawat pesakit ialah mendoakan mereka ketika solat tahajjud. Mungkin doa ini di makbulkan Allah. Wallahualam...

Doanya:

"Ya Allah...aku memohon atas sifat Ar-Rahman dan Rahim-Mu. Kau sembuhkanlah pesakit yang datang ke RIDAM. Jadikanlah kesembuhan itu sebagai nikmat untuk mereka agar mereka lebih beribadat kepada-Mu. Moga mereka terhindar dari kesulitan. Ya Allah... jika bukan aku yang menjadi rasi untuk ubat mereka, Kau datangkanlah dari kalangan makhlukmu untuk mengubati mereka.. Moga Kau terima doaku... Amin"

Jiranku PELESIT tegar

Hanya seorang pesakit yang datang ke RIDAM pada sebelah malam semalam..Maka, sesi rawatan pun berakhir sekitar jam 10 malam. Sebaik sahaja pesakit pulang, saya ambil angin duduk di luar rumah. Disamping melihat pondok yang separuh siap dibina bagi kegunaan jemaah yang datang.

Selain kedatangan pesakit ke RIDAM, ada student saya dari seminar rawatan, pelajar persendirian, pelajar Silat Marcom, group PEKIDA, sahabat handai dan sanak saudara. Adakalanya, ruang menunggu tidak cukup untuk menampung tetamu yang datang. Maka sebagai inisiatifnya, saya bercadang meluaskan pusat rawatan yang sedia ada disamping membina pondok lanskap di bahagian depan kiri rumah. Dengan jumlah keseluruhan kos yang bernilai RM10 ribu, maka tidaklah mampu untuk saya realisasikan sekali gus. Saya buat sikit-sikit dahulu mengikut budget yang ada. Nilai RM10 ribu ni pun dah kira hampir jimat sebab saya sendiri yang jadi tukangnya... hehehehe..Lainlah kalau ada nak sponsor...Saya terima jer kalau itu boleh membantu..

Sebelah RIDAM ialah rumah yang tiada penghuni. Seringkali saya mendengar bunyi batuk atau ehem bila saya ambil angin diluar..Dah nama rumah kosong, biasalah kalau 'ada' yang menyinggah.. Maka saya buat tak tahu je lah..

Cuma semalam, bukan main 'gentle' lagi tamu rumah sebelah tu. Dah lama sangat kot niat nak tonjolkan diri. Maka dia tunjuklah siapa 'dia' sebenarnya...

Dalam samar bawah lampu tiang elektrik, saya lihat seorang perempuan yang kurus berpakaian baju compang camping.. Dari jauh dapat dilihat jarinya yang berkuku panjang. Hampir 5 minit di tunjukkan dirinya. Tatkala itu, anak bongsu keladi saya di dalam rumah menangis. Risau juga bila difikirkan anak di dalam rumah..

Maka apa yang saya lakukan ketika itu ialah mengambil segenggam pasir dan dilipat dalam baju. Kemudian, saya ramas silang pasir tersebut melalui lipatan baju yang dipakai sambil membaca Al-Furqan:13 sebanyak 11 kali.

Semakin kuat saya meramas, terdengar suaranya batuk menahan sakit. Seraya dia menganggat tangannya tanda dia mengalah.

"Kau dok menumpang rumah jiran aku ni kenapa?! Dah tak ada rumah lain ke?! Kalau nak sangat menumpang, kau gi lepak rumah orang jahat! Tak pun kau gi lepak rumah orang tak bayar zakat!"

Dia mengangguk berkali-kali...

"Aku nak kau berambos! Keluar dari kawasan ni!

Tak lama kemudian, dia beredar. Saya hanya memerhatikan saja. Terdengar suara isteri memanggil.........

Tersedar
Masyaallah, rupanya saya terlena di kerusi depan rumah.. Tak pasti itu mainan tidur atau pengalaman kebatinan. Apa yang saya ingat ialah ketika duduk memerhatikan pondok lanskap yang separuh siap dibina..

Saya masuk ke rumah dan solat Isyak sebelum tidur.. Wallahu'alam

Pancung Batang Pisang

Malam Pertama
Puan N dan suami serta ahli keluarganya datang ke RIDAM. Hampir 3 jam dia menunggu untuk merawat ekoran ada 2 lagi pesakit yang saya ubati.

Bila tiba masanya, saya minta Puan N duduk di ruang rawatan. Dia enggan dan reaksinya berubah. Memang biasanya pesakit gangguan kronik enggan diubati. Adakalanya jin yang mengganggu akan keluar dari badan mangsa sebelum mangsa sampai ke tempat rawatan. Suami dan ibu bapa Puan N memujuknya agar duduk di ruang rawatan.

Melihat kepada reaksinya begitu, saya berikan segelas air rukyah untuk diminum. Jenuh jugaklah suami Puan N memujuknya untuk minum. Setelah berhempas pulas memujuk, dia akhirnya minum.

Reaksinya berubah normal. Saya mulakan rawatan sepertimana rawatan yang saya lakukan. Dia kerasukan dan bercakap merapu. Sesekali dia menggerakan tangan dan jemari seperti lagak penari makyong.

Amaran dah diberi kepada gangguanaya di tubuh Puan N. Dah degil sangat, maka saya 'tarik' satu persatu. Memang bukan brand cap ayam gangguan kali ni. Badan saya terasa pijar seperti terkena cili. Serta merta pula saya mengantuk dan menguap beberapa kali. Penat badan memang tak dapat dibayangkan. Saya minta izin untuk rehat seketika bagi pengatur pernafasan dan memulihkan tenaga yang hilang.

Rawatan berikutnya juga amatlah menyeksakan. Saya pengsan seketika kerana terlampau berat gangguannya. Naik panik jugaklah ahli keluarga Pn N bila lihat perawat pula yang rebah. Isteri saya yang biasa dengan pengalaman melihat saya berubat menyuruh mereka bertenang. Saya akan sedar dan bangun sendiri...

Jam sudah menunjukkan pukul 2:30 pagi. Saya tangguhkan dulu rawatan untuk malam keesokkannya. Pesakit keletihan hinggakan perlu dipapah ke keretanya. Saya pula berubat diri sendiri kerana bisa badan yang dirasai. Saya mandikan diri dengan air limau yang dicampur air rukyah. Kemudian, saya solat Isyak seterusnya berwirid dan sujud syukur kerana pertolongan Allah sepanjang merawat pada hari tersebut...

Malam ke-2
Seperti yang dijanjikan, Puan N dan keluarga datang ke RIDAM sekitar jam 10 malam. Saya terus sambung rawatan yang dilakukan semalam. Cuma kali ini, saya tidak menggunakan botol atau telur rebus sebagai alat memasung jin. Untuk masalah kronik, saya gunakan batang pisang sepanjang lengan pesakit sebagai alat memasung. Hampir 10 batang paku 4 inci digunakan. Saya keletihan yang teramat sangat setelah proses rawatan selesai.

Malam itu, saya tidur lena.. Mungkin kerana tenaga saya habis diguna..Esok masih ada pesakit yang menunggu giliran seawal jam 8 pagi. Bantulah aku merawat hambaMu ya Allah.Amin

Hantu Sungai & Misteri Keriangan di Gunung Berkelah

Hari khamis yang lalu, saya bersama 3 orang rakan ber-rehlah di Gunung Berkelah, Pahang. Aktiviti begini memang hobi saya sebulan sekali. Ni lah masanya nak tenangkan fikiran dan bersuluk. Setiap hari dok dengar hingar bingar fenomena bandar, nak juga berehat bersama alam semulajadi.

Hari pertama
Kami sampai di kaki bukit sekitar pukul 5 petang. Selepas meletakkan kereta di kawasan yang sesuai, kami mulakan pendakian. Memang tak lupa pada petua guru setiap kali mahu meninggalkan kenderaan pada masa yang lama.

Caranya... saya bacakan doa pemagar pada seketul batu dan letakkan ditengah-tengah bumbung kereta. Kemudian saya buat Pagar 4 Al-Ikhlas serta qasadkan agar kereta dilindungi Allah dari kecurian atau sebarang bencana.

Trak awal pendakian tidaklah susah kerana laluan pendakian sudah disediakan oleh kerajaan Negeri Pahang..Terima kasih pada pihak yang bermurah hati menyediakan laluan tersebut.



Level 1 - Gunung Berkelah
Namun, untuk sampai ke level 2 pergunungan, pendakiannya agak mencabar. Jika dilihat pada ketinggiannya, orang yang berbadan besar memang susahla nak mendaki..Tapi syukur, sampai juga kami di level 2. Oleh kerana saya terlupa laluan asal (pernah datang ke sini sekitar 5 tahun yang lalu), kami mendaki di kawasan yang curam laluannya. Hari dah semakin gelap. Kami pada masa itu masih di dalam hutan yang dikelilingi pokok buluh dan tanah jerlus. Hati semakin bimbang dengan keadaan tempat yang didaki.. Melihat kepada jam sudah pukul 6:45pm, saya selaku ketua pasukan bercadang untuk patah semula ke level 2. dan menyeberangi sungai untuk berkhemah.

Untuk menyeberangi sungai yang deras airnya, kami bersepakat untuk menggunakan tali sebagai langkah keselamatan. Jika terjatuh dalam air yang deras tersebut, mungkin nyawa melayang kerana curam terjunan ainya setinggi 60 kaki! Kami menyeberangi sungai seorang demi seorang diketuai saya. Walaupun hari sudah gelap, perjalanan kami lancar dengan bantuan lampu suluh yang dibawa. Nasib malang menimpa sahabat kami yang terakhir bila seliparnya terjatuh ke dalam sungai dan hanyut ke bawah.

Di situ, kami pacakkan khemah dan menyediakan juadah makan malam. Nasib baiklah nasi sudah siap dibawa. Tak perlulah kami bersusah payah menanak. Malam itu, kami makan nasi putih berlauk sardin dan ikan pari bakar. Memang menyelerakan bila makan ketika lapar.

Sekitar pukul 12 malam, kami tidur merehatkan badan. Hari esok masih jauh perjalanan kami.....

Hantu Sungai Tersekat
Sekita pukul 3 pagi, saya terjaga dari lena bila terdengar suara mendengus diluar khemah. Walaupun takut, saya gagahi untuk mengintai dari celah pintu khemah. Takut juga kalau Sang Belang yang menyinggah....

Dari celah pintu khemah, saya melihat makhluk yang kurus melidi cuba untuk masuk ke kawasan tapak perkhemahan kami. Bentuknya seakan badan manusia cuma fizikalnya agak pelik jika dilihat. Tangannya panjang mencecah lutut. Badannya pula bongkok dan mukanya panjang ke bawah. Sesekali terbau hamis seperti ikan busuk. Beberapa kali makhluk itu cuba memasuki kawasan tapak khemah kami. Saya menghela nafas dan mengucapkan syukur berulang kali. Memang setiap kali saya berkhemah, pagar 4 Al-Ikhlas tidak dilupakan. Dengan izin Allah, kawasan perhemahan tidak terancam.. Saya menyambung tidur selepas makhluk tersebut beredar. Alhamdulillah..

Hari Kedua
Kami bersarapan pagi dengan air teh-o dan maggi goreng. Pendakian dimulakan seawal jam 9 pagi. Kali ni perjalanannya memang mencabar. Syukur pada Allah sekali lagi bila trak pendakian yang sebenar rupanya perlu dimulai dari tapak kami berkhemah. Kalau ikut laluan asal semalam, jawabnya tak sampai kami ke destinasi...

Sepanjang pendakian, ada 3 aras laluan bahaya yang perlu ditempuhi. Aras 5 terletak di kawasan berbatu yang punyai jurang setinggi 100 kaki. Mujurlah tali dibawa. Sekali lagi tali tersebut diguna sebagai alat bantuan pendakian. Dah macam rembo lagaknya...

Aras 6 pula terletak di lereng air terjun yang laluannya hanya boleh dilalui secara mengiring.Tiada tempat berpaut boleh kami gunakan sepanjang 5 meter laluan tersebut. Jika dilihat pada jurang ditepi laluan, lemah sendi dibuatnya. Saya pula memang fobia pada ketinggian....Mujurlah ada dikalangan sahabat kami yang kurus badannya. Setelah dia mendaki dikawasan tersebut, beg dan alatan dihulur padanya untuk memudahkan kami yang lain mendaki..Sekali lagi kami berjaya melalui cabaran tersebut.

Aras 7 pula terletak dilereng bukit tanah merah. Di sini juga kami menjumpai tapak Sang Belang.. Risau jugaklah dibuatnya..Laluan ini perlu melompat jika hendak ke seberang. Ditambah pula dengan laluanya berada di bawah seketul batu yang besar. Kami kena melompat secara membongkok! Mujurlah ada sebatang pokok di tengahnya. Kami bertaut pada pokok tersebut dan melompat ke seberang. Sekali lagi kami mengucapkan syukur kerana berjaya melalui laluan bahaya tersebut.

Destinasi
Kami akhirnya sampai di Aras 8 sekitar jam 1 petang. Memang itulah destinasi kami. Di kawasan itu, terletaknya air terjun setinggi 150 kaki yang mengalir ke dalam kolam batu seluas 4 padang futsal. Memang cantik pemandangannya. Namun, kami terasa hampa kerana keadaan gelora airnya yang laju boleh membahayakan diri jika tapak khemah dibuat di situ. Memang silap kami kerana mendaki di musim tengkujuh...Padan muka kami...hahahahaahah




Aras 8 Gunung Berkelah



Kami ambil keputusan berkhemah di kawasan bawah. Memang keselamatan kami terjamin jika berkhemah di situ, tapi bekalan air pula yang menjadi masalah kerana jaraknya jauh dan menjunam. Sekali lagi kami bersyukur kerana CoolBox besar yang dibawa boleh kami jadikan tempat simpanan air. Kami pastikan air ditakung sebelum malam untuk kegunaan masakan, wudhuk dan minuman.






Misteri Keriangan di malam hari
Malam itu, kami menjamu selera dengan ayam goreng, sosej, daging burger dan maggi. Memang melantak habis..Mungkin nak cover penat mendaki siang tadi.

Sekitar jam 11 malam, saya terdengar suara sekeluarga mandi di air terjun tersebut. Ada suara kanak-kanak, ibu dan bapa..Macam sekeluarga.. Memang hairan bila mendengar suara sebegitu. Tapak perkhemahan kami adalah satu-satunya tapak yang boleh dipacakkan khemah. Lagipun air deras dan dalam. Kanak-kanak memang mustahil untuk dibawa ke Aras 8 Gunung Berkhelah kerana laluan perjalanannya sukar dan merbahaya. Tiada pula saya lihat cahaya pelita atau lampu di kawasan perkhemahan selain tapak kami.. Siapa la tu?

Saya bertanyakan pada sahabat yang lain dan mereka juga mendengar bunyi yang sama. Dipendekkan cerita, kami bersepakat buat tak tahu jer dengan bunyi tersebut. Dah masuk hutan katakan, macam-macam leh jumpa dan dengar. Bukan nak kacau orang pun..Kami datang nak beriadah...Biarkanlah..

Selipar yang hanyut dijumpai
Kami mulakan perjalanan pulang sekitar jam 9 pagi selepas bersarapan dengan nasi goreng dan sosej bakar. Perjalanan turun sepatutnya separuh dari masa pendakian, tapi oleh kerana banyak aras yang kami singgah untuk bergambar dan mandi manda, kami sampai di aras 1 sekitar jam 1 petang. Di situlah sahabat kami berteriak keriangan bila sebelah seliparnya yang dihanyutkan air pada hari pertama dijumpai semula dicelah batu. Memang seronok tengok lagaknya. Macam tak pernah jumpa selipar....

Kami sampai di kaki bukit sekitar jam 3 petang dan berkemas pulang. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Bulan depan, tiada perancangan destinasi pendakian ditetapkan..Tapi memang akan ada pendakian..Bila dan dimana, belum ditentukan...Insyaallah

Gangguan Di Kamar Utama

Sebulan yang lalu, saya berpeluang merawat sepasang suami isteri yang mengalami masalah SAKA. Jika dilihat dari keadaan fizikal, saya kategorikan pasangan tersebut sebagai pasangan Islamik. Baik budi bahasanya, warak cara pemakaiannya dan jujur percakapannya.

Saya merawat mereka sepertimana kaedah rawatan yang saya lakukan sebelum ini. Dengan izin Allah, gangguan pada isteri hilang serta merta. Manakala si suami berkurang..

Pada malam saya merawat (setelah RIDAM ditutup), saya sempat menonton rancangan kegemaran saya di channel AXN. Memang telemovie CHUCK tak pernah saya miss setiap hari Khamis. Mungkin agak keletihan kerana merawat sejak dari pagi, saya terlelap sebaik sahaja rancangan tersebut tamat.

Antara lena dan tidak, saya terasa seperti ada 'orang' menggaru tapak kaki saya. Walaupun sudah ditempis beberapa kali, rasa seperti jari jemari di tapak kaki masih terasa. Saya tak anggap itu sebagai 'gangguan' pada mulanya. Mungkin mainan perasaan agaknya..Saya beralih tempat tidur di kamar utama..

Sewaktu tidur, saya terasa seperti badan saya terawangan. Lain macam je rasanya. Saya bukakan mata perlahan-lahan......

Masyaallah!
Jarak hidung saya dengan syiling rumah hanya sejengkal! Masa tu, nak baca bismillah pun tak ingat...Mujurlah saya teringat kepada petua guru...Kalau panik dan tak ingat bacaan, serah diri sepenuhnya pada Allah..Ulang sebanyak mungkin kalimah tu...Yakin Allah Maha Melindungi...

Maka, saya ulang sebanyak-banyaknya kalimah Allah..Saya serah segalanya-galanya padaNya.. Alhamdulillah, semangat saya kembali pulih..Saya boleh bertenang walaupun masih ada rasa gementar...

Saya bercakap dengan tenang..
"Dah la tu kacau orang nak tidur.. 'Kau' angkat aku tinggi sangat..Turunkanlah sket..Nak bergurau tak kena masa la..."

Sebaik sahaja saya tuturkan ayat begitu, badan saya terhempas di katil..Sakit jugaklah belakang dekat seminggu.. Naib baik jatuh atas katil...Kalau jatuh atas lantai rumah, tak tahulah...
Nasib baik jugak kamar saya tiada kipas syiling...Kalau tak, tak tahulah....

Esoknya, saya menelefon guru saya..Guru saya gelak jer bila dengar cerita saya tu..Gangguan dia lagi power.Kata guru saya:

"Itu baru kena angkat...aku dulu siap lumpuh lagi...Mujur 2 minggu je...Sabar...Nak test la tu..hehehehehe".

Erm...ni baru sikit ujiannya...Perawat senior kena macam mana agaknya?

Please Call...No SMS

Assalamualaikum..

Saya minta jasa baik mereka yang menghubungi RIDAM secara SMS sila hentikan..Kalau nak bertanya, sila TELEFON..

Hal ini telah saya nyatakan dalam ruangan sebelah kiri blog RIDAM.

Bukan saya sombong untuk membalas SMS, tapi kan nak balas memerlukan masa.Apatah lagi kalau panjang jawapannya...

Harap pihak yang SMS tu sila call..Lagi cepat,mudah dan terang jawapan yang akan diberi.

Harap Maklum
 
Blogger Templates