Ads 468x60px

Rambut keluar dari mulut

Saya menerima panggilan kecemasan dari seorang sahabat berkenaan kes kerasukan di rumah sepupunya. Oleh kerana saya sedang memBEKAM seorang pesakit pada ketika itu, maka saya minta menunggu selama sejam untuk saya sampai ke rumah pesakit.

Sewaktu saya tiba, 6 orang lelaki sedang memegang pesakit perempuan yang kerasukan. Pesakit yang melihat saya ketawa mengilai. Seram juga bila dengar dia mengilai.. Maka, untuk mengurangkan penggunaan tenaga, pesakit saya ikat dengan kain bagi mengelak dia meronta-meronta. Hal ini perlu kerana ada kes yang berlaku, pesakit meronta dan melarikan diri. Pening kepala pulak nak tangkap. Perlu diingat, alat untuk mengikat haruslah dari kain. Jangan menggunakan tali kerana pesakit mungkin luka atau terputus urat nadi. Tak pasal-pasal perawat berisiko untuk disaman..

Saya meletakkan besi rawatan di antara jari manis dan jari kelingking kaki pesakit. Meraung pesakit bila saya melakukan teknik reflek padanya. Selepas 10 minit bertarung, dia mengalah dan saya pasung sepertimana kaedah yang pernah diamal RIDAM sebelum ini.

Pesakit kembali normal dan sihat..Alhamdulillah..

RAWATAN KE-2

Saya sekali lagi dihubungi keluarga pesakit bila berlaku lagi kerasukan pada pesakit. Cuma kali ini, pesakit tidak agresif sepertimana sebelumnya. Pesakit dibawa ke RIDAM...

Hasil dialog diantara saya dengannya, masih ada satu lagi yang mendiami badan pesakit. Malam sebelumnya, dia menyorong dan pulang ke 'tuan'nya. Dengan izin Allah, saya berhasil memasung gangguan yang terakhir dan pesakit kembali sihat. Saya menyuruhnya minum air limau yang dicampur air rukyah dan menuruhnya mandi rukyah sebagai penutup rawatan.

REPORT

Sekali lagi saya dihubungi pesakit. Pesakit memaklumkan bahawa dia muntah darah dan keluar segumpal rambut dari mulutnya. Selepas itu, dia langsung terasa sihat. Rasa seperti kahak di kerongkongnya sudah hilang sama sekali.

Atas dasar itu, saya menasihatnya agar bersyukur dan lakukan perkara kebaikan. Nasihat saya juga pada diri sendiri dan padanya:

PENYAKIT ITU SEBAGAI TANDA ALLAH MASIH MENYAYANGI KITA DAN PENEBUS DOSA. DALAM SAKIT, HATI KITA AKAN MENGADU PADANYA LEBIH DARI KEADAAN KITA SEMASA SIHAT. BERSANGKA BAIK PADA ALLAH.. INSYAALLAH, HIDUP KITA AKAN DIRAHMATI..

sekian
 
Blogger Templates