Ads 468x60px

Wanita baju merah di tepi jalan Tasik Chini

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Saya minta maaf byk2 la sbb tak leh nak update story kat blog RIDAM ni..Masa saya selama 3 minggu memang fix dooh lalu kata ore kelate.

Setiap hari, tempahan rawatan padat dari pukul 9 pagi hingga sekitar jam 2 pagi keesokkannya..Itu tak termasuk lagi rawatan jarak jauh yang memerlukan saya berada di atas tikar sejadah hampir 3 jam. Sepanjang tiga minggu ni, saya hanya sempat tidur selepas subuh dan akan bangkit sebelum 9 pagi. Mata saya pun dah lebam sebab tak cukup tidur..Mungkin lepas ni saya nak masuk hutan semula..Nak berehat sebentar sambil dengar bunyian alam. Kemudian saya nak bercuti 3 hari dengan keluarga. Kalau masa tu handphone saya off, paham-paham jelah yer...

Kebetulan pagi ni saya tak mengantuk, boleh lah saya kongsi sedikit perihal pengalaman rawatan. Saya percaya, ramai pembaca RIDAM hauskan story....

Semalam, saya dihubungi bekas pesakit yang memerlukan rawatan. Cuma kali ini keadaannya agak terdesak. Namun, tidaklah dapat saya penuhi permintaannya kerana badan saya teramat letih dan bisa merawat santau dari seorang pesakit disiangnya masih terasa.

Antara kesiankan diri dan kesiankan pesakit, perasaan saya berbelah bagi. Maka setelah difikirkan risiko yang bakal dihadapi jika merawat dalam keadaan uzur, pilihan saya adalah menolak kes tersebut seketika.

Petang tadi, pesakit bersama ahli keluarganya datang dengan 3 buah kereta. Dah macam kenduri di RIDAM. Saya mempersilakan tetamu yang hadir masuk ke RIDAM. Menurut cerita keluarga pesakit, kelmarin, mereka baru balik dari Nilai secara convoi setelah menghadiri perkahwinan anaknya. Dari Nilai, mereka memilih lebuhraya Muadzam Shah sebagai laluan pulang ke Kemaman.

Ketika melalui persimpangan Tasek Chini, kesemua mereka melihat seorang wanita berbaju merah duduk di tepi jalan keseorangan. Dah la jalan tu dikelilingi kelapa sawit, lampu jalan pun tiada dan jauh dari penempatan manusia. Mana mungkin ada wanita yang berani duduk keseorangan dalam keadaan begitu.

Selang 10 minit melepasi kelibat wanita tersebut, salah seorang ahli keluarga kerasukan. Kemudian, kerasukan beralih pada ahli keluarga yang lain. Hampir kesemua ahli keluarga dirasuk kecuali ahli lelaki yang keras semangat. Ada juga ahli keluarga di kereta belakang melihat kelibat perempuan itu di bonet kereta keluarga di depan. Keadaan itu membantutkan perjalanan hinggakan mangsa histeria terpaksa ditenangkan di tepi jalan. Beberapa kali mereka menyinggah di tepi jalan hinggalah sampai di Balok, Pahang. Ketika itulah mereka menelefon saya.

Oleh kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan, mereka memanggil seorang bomoh di kawasan tersebut bagi rawatan sementara. Menurut cerita mereka lagi, gangguan yang merasuk juga ada menyebut tujuannya mengganggu..

Semuanya kerana DENDAM! Dendam apa?
Kerana melanggarnya di tengah jalan. Katanya kepalanya pecah!

Kan bangang namanya! Dah KAU duduk tengah jalan sapa suruh! Kau tu dah la jin. Bukan semua manusia leh nampak kau! Dah la jalan tak ada lampu... : Kata salah seorang ahli keluarga pada jin yang merasuk pada malam kejadian.

Kehadiran mereka di RIDAM tinggal 45 minit saja lagi sebelum masuknya waktu Maghrib. Pening kepala untuk saya sudahi rawatan jika di scan secara perseorangan. Tentu ianya akan mengambil masa.

Maka, seperti kebiasaan, jika saya buntu, saya akan mengambil wudhuk. 90% badan kita terdiri daripada air. Dengan air, sistem badan akan menjadikan kita tenang. Dengan tenang, kita akan berfikiran waras. Dengan akal yang waras, kita akan mudah menemui jawapan.

Ya...jawapan ilham yang saya nanti untuk membantu mereka yang kesusahan. Pada Allah saya panjatkan doa..

Alhamdulillah, saya akhirnya mendapat ilham bagi membantu mereka. Keseluruhan pesakit (seramai 10 orang) saya kumpulkan dalam satu kumpulan. Mereka disuruh berlunjur mengadap ke arah pintu dan berpegangan tangan. Mana yang bukan muhrim, saya suruh lapik dengan kain ketika berpegangan.

Selanjutnya, mereka dikhendaki memejam mata dan berzikir dengan kalimah ALLAH sebanyaknya. Saya memimpin zikir tersebut hingga mereka merasa 'dzuk' dengan kalimah ALLAH tersebut. Biarkan hati mereka hanya terisi dengan nama ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.

Kaedah ini juga saya isikan dengan logik sains. Badan manusia mempunyai 2 cas yang mengalir di dalamnya iaitu cas negatif dan positif. Aliran ini mengalir melalui intipati dalam tubuh yang dibawa melalui bendalir badan. Cas ini boleh dirasai melalui tapak tangan.

TAPAK TANGAN! Ya, ilham ini juga timbul bila saya terbayang lampu TESTPEN yang menyala bila nod negatif dan positif disentuh dengan jari tangan. Jadi, bila pesakit berpegangan tangan, cas negatif dan positif akan boleh melaluinya. Dan laluan ini juga turut sama boleh dilalui jin yang mengganggu. Untuk itu, saya membaca rukyah dengan bertawakkal untuk mengesan aliran maksima tenaga negatif pada salah seorang pesakit dikalangan kelompok tersebut.

Alhamdulillah, pesakit yang dihadapan saya mula kerasukan. Pada mulanya, saya tawarkan secara baik agar jin tersebut keluar tanpa paksaan. Oleh kerana dia bertegas untuk kekal di jasad pesakit tersebut, saya tiada pilihan lain kecuali MEMBUNUH NYA.

BUNUH JIN? Macam mana pulak itu?

Secara terangan, memanglah susah kalau di akal fikiran logik, jin dapat dibunuh. Tapi itu semua kan kuasa Allah..Saya sendiri pun tidak menjamin jin tersebut mati atau tidak..

Cuma yang saya lakukan adalah dengan bertawakkal di samping mengamal kaedah yang dipelajari.

Saya letakkan besi rawatan di tengkuk pesakit. Seterusnya saya membaca Doa Hati Al-Quran dari petikan ayat surah Al-Kahfi. Kemudian saya baca surah Yasin:82 dan buat gerakan tangan seperti menyembelih.

Selepas itu, pesakit menggelepur seperti 'ayam kena sembelih' dan rebah. Saya kemudian 'tawarkan' dia dengan surah Az-Zumar:42 dan pesakit sedar kembali.

Dengan ini, masalah yang dihadapi keluarga pesakit telah selesai.

Semuanya dengan izin Allah. Saya hanya beriktiar dan selebihkan saya tawakkal pada-Nya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
 
Blogger Templates