Masyarakat nusantara memang terkenal dengan petua-petua lama. Petua-petua ini kadangkala menjadi, dan adakalanya tidak. Semuanya dengan izin Allah. Bila kita hendak mengamalkan petua, haruslah kita iktikadkan bahawa ikhtiar kita hanyalah mengamalkan petua tersebut. Hasilnya, kita letakkan pada Allah. Hanya Allah yang boleh MENYATAKAN pada tiap-tiap sesuatu.

Tebu Hitam 4 penjuru

Antara petua orang lama ialah menanam tebu hitam di 4 penjuru premis perniagaan. Dengan izin Allah, tenaga semulajadi yang ada pada pada tumbuhan ini boleh menghalang pengamal santau dan pembela pelesit dari mendekati premis.

Bagaimana ini berlaku? Adakah ianya syirik?

Ramai berpendapat, amalan sebegini mensyirikkan Allah.Padahal, jika kita tahu tujuan dan iktikad kita, amalan ini sebenarnya hanyalah satu ikhtiar batin.

Seperti yang kita faham, golongan jin hidup sepertimana manusia cuma bezanya mereka berada di alam lain.Alam yang berbeza dari pandangan kasar manusia.Golongan jin juga mempunyai keluarga, beranak pinak, berkahwin, hidup berhirarki, ada undang-undang dan sebagainya. Sepertimana manusia, golongan ini juga punya pantang larang dan sumpahan.

Sebagai contoh manusia, ada di antara mereka yang alergik dengan seafood. Ada pula yang alahan dengan debu dan sebagainya. Begitu juga kaum jin. Ada di antara spesis mereka yang alahan dengan barang tertentu.

Berbalik kepada tebu hitam yang ditanam di empat penjuru, itu adalah ilham pada mereka yang pernah mengamalkannya. Tapi kena faham, bukan semua spesis jin yang takut pada tebu hitam ni. Geng-geng 'sang raya' tidak memberi kesan apa-apa.Siap leh lalu lagi..

Ikan Puyu

Membela ikan puyu juga berkesan (dengan izin Allah) untuk mengesan petanda awal gangguan sihir. Jika diperhatikan kejadian ikan ini, sisiknya seperti pisau tajam yang melingkari tubuhnya. Biasanya, ikan ini akan menghentam dinding jika terdapat gangguan sihir di kawasan tersebut.

Akar hutan melintang

Akar hutan melintang boleh diletakkan melintang dihadapan premis atau kediaman. Dengan izin Allah, mereka yang membela 'sang raya' dan pengamal susuk tidak boleh melangkah masuk.

Daun Jelatang Gajah

Daun ini agar sukar diperolehi. Bentuknya sebesar tapak tangan, berbulu dan punyai asid yang tinggi. Untuk mengambil daun ini, pantangnya mesti diambil dengan tangan yang berlapik. Dengan kata lain, bolehla memakai sarung tangan. Ada pesakit saya yang melecur tangannya bila daun ini mengena kulit tangannya.

Jika di hutan, pokok ini digeruni binatang. Tiada binatang walau seekor semut yang hinggap dipokok ni.Sang belang pun tak lalu bawah pokok ni.

Daun ini seeloknya diletakkan di belakang atas pintu premis. Insyaallah, mereka yang mengamal ilmu hitam tidak boleh masuk ke dalam premis.

Kulit bersalin ular hutan

Dengan izin Allah, kulit bersalin ular hutan ini jika dibungkus dengan kain dan diletakkan di bawah meja makanan yang dijual, maka lakulah ia hingga licin. Bagi peniaga kedai makan atau pasar malam, iktiar begini kebanyakkannya menjadi.

Peniaga bidang lain pula meletakkan kulit ini di atas alang pintu premis. Maka ramailah mereka yang lalu teringin untuk masuk ke kedainya.

Pantangnya, kulit ini perlu di simpan bila premis menutup operasi perniagaannya. Kalau tak, maka ramailah pencuri yang mahu masuk ke premis..wallahu'alam..

Dimana boleh mendapatkannya?

Kulit ular hutan ini haruslah dari ular yang bersalin kulit bukan atas tanah atau dicelah akar.Memang sukar untuk mendapat kulit bersalin ular hutan ini.

Buat masa ini, sahabat saya masih mempunyai sekitar 10 stok kulit bersalin ular hutan dan menjualnya dengan harga RM300 setiap satu. Untuk membelinya, anda boleh menghubungi saya di talian 019-9891078 dan untuk makluman lanjut. ..

4 Comments:

  1. faizah said...
    Bukan ke ni termasuk dalam kategori tangkal/azimat yang tak di benarkan?
    faizah said...
    bukan ke ni termasuk dalam tangkal/azimat yang tak dibenar ?
    athirah_trah said...
    boleh saya tanya.. betul ke ade org ckp kulit ular ni leh guna untuk buat lupakan org lain klu letak bawah katil tempt tido?
    dzulhafizan afiq said...
    Saya ada kulit ular bersalin..siapa berminat boleh hubungi saya di talian 0198976316. Dzul.

Post a Comment




Ssungguhnya, kesembuhan penyakit itu hanyalah dengan keizinan Allah. Kita perlu berusaha dan yakin akan ke-EsaanNya