Ads 468x60px

Makcik Takleh tido la Syakirin...

Saya didatangi pesakit yang mengadu mengalami masalah imsomania yang serius. Sudah hampir 4 bulan dirinya tidak dapat tidur.. Kalau letih, dia hanya mampu baring dan memejam mata. Namun, tiada nikmat tidur yang dirasakan.

Saya pegang kepalanya dan saya bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x, Ayat Kutbah (innallah hawa mala ikatahu yisollu na 'alannabi......) 7x, Ayat akhir surah Al-Baqarah 1x dan doa antara 2 sujud dalam solat (robbigh firli, warham ni....).

Kemudian, saya mengambil sehelai kertas dan di atasnya saya tulis ayat dari peristiwa Al-Kahfi. Kertas tersebut saya suruh letak dalam bantal tidurnya. Air Saffron juga saya rukyah dgn ayat yang sama.

Pagi tadi, saya menerima panggilah telefon dari pesakit tersebut. Alhamdulillah, tidurnya sudah kembali normal..

Amalan ini saya ijazahkan pada sesiapa yang nak cuba. Insyallah mujarab....
 
Blogger Templates