Ads 468x60px

Roti Prata Telur...waduh..enaknyerrr...

Pengalaman berubat di singapura bersama sahabat baru-baru ini penuh dengan cerita dan rintangan. Ada yang ganas, yang biaser dan yang lawak...

Di negara singapura, saya terbatas untuk membawa peralatan secukupnya kerana risau dengan pemeriksaan ketat di bahagian imigresyen. Risau juga bila banyak yang perlu saya jawab bila ditanya penggunaan besi rawatan, alatan bekam, paku dan barang-barang lain. Jadi saya hanya berbekalkan Air Rukyah Saffron dan sedikit peralatan asas untuk merawat. Selebihnya saya serahkan pada Allah agar perjalanan mengubat dimudahkan.

Bersama bekas pelajar RIDAM (Haji Ahmed Ibrahim), jadual saya diatur sebaik mungkin. Kalau nak dikira semua pengalaman berubat di singapura, memanglah panjang ceritanya. Mungkin saya akan ceritakan di lain waktu.

Hanya sedikit Diari Perjalanan yang boleh saya ceritakan di sini.

(22 Mei 2010)

Petang:
Saya bersama pelajar RIDAM dari Singapura masuk ke Singapura dengan keretanya. Alhamdulillah, mudah perjalanan di awalnya.

Malam:
Saya dihantar oleh Haji Ahmed Ibrahim ke Hotel 81 Sakura di Jo Chiat Road. Pada malam ini, saya request untuk tidur berasingan dengan sahabat saya kerana perlukan pengamalan awal sebelum berubat keesokan harinya.

(23 Mei 2010)

Pagi:
Saya mengubat ayah mertua seorang sahabat yang mengalami masalah Akidah dan pengamalan yang dicampur adukkan.

Petang:
-Saya merawat seorang kenalan Haji Ahmad Ibrahim. Alhamdulillah, banyak barang sihir dapat dibuang secara mata batin.
-Saya juga merawat seorang makcik yang sudah puluhan tahun mengalami gangguan sihir.

Malam1:
Saya merawat seorang akak yang disihir. Badan penuh dengan Jin Bisu. Untuk memudahkan kerja, saya minta pada Allah untuk memindahkan KESEMUA GANGGUAN ke laut Johor. Alhamdulillah, misi berjaya dengan kaedah TRCT (Teknik Rawatan Cara Tidur). Panik keluarga pesakit bila saya pengsan hampir 10 minit. Sebenarnya, saya sedang berbincang dengan Haji Abdul Rahman (penjaga Jin laut Johor) di alam batin untuk memindahkan ribuan gangguan yang dialami pesakit. Misi berjaya..

Malam2:
Saya merawat seorang akak yang mengalami gangguan rumah berhantu.Banyak bulan gak la akak tu tak tidur.. Jin dapat ditarik keluar dan saya kurung dalam botol yang sudah dirukyah. Terkejut diorang bila saya tunjukkan wajah jin yang ditangkap menggunakan kamera 12 mega pixel! Saya hanya tersenyum...pengalaman...

Tengah malam:
Saya dihantar ke hotel untuk berehat.. Esok nak balik Malaysia dah..Macam jauh jer..

(24 Mei 2010)

Pukul 3 pm:
Saya dijemput Haji Ahmad dan menghantar saya ke Stesyen Bas Larkin, Johor.

Banyak-banyak pengalaman berubat, saya lebih suka menceritakan pengalaman Haji Ahmad Ibrahim merawat pesakitnya. Antara kesukaan makanan jin yang ditanya adalah:

Jin: Apa itu makanan..bulat-bulat..itu ada kuning atas..Sedap tu..
Haji Ahmad Ibrahim: Apa itu...?
Jin: Itu yang bulat-bulat...atas kuning itu taruk?
Haji Ahmad Ibrahim: Roti Prata telur ka?
Jin: Ha...itu lah...sedap tu..

Jin...jin....bab makanan pun dah advance sekarang....hehehehehee
 
Blogger Templates