Ads 468x60px

Cabaran Rawatan di Limbang, Sarawak

Pada 28 September 2010, saya dijemput merawat ke Limbang, Sarawak bagi rawatan stroke separuh badan.

Dengan menaiki AirAsia seawal jam 7:50 pagi, saya sampai ke Labuan sebelum menaiki Exress Feri ke Limbang. Di Labuan, saya bertemu sahabat lama dan tak sangka pula diusung ke rumahnya untuk berubat. Begitulah adat menjadi perawat...

Jam 2 petang, saya mula menaiki feri ke destinasi yang dituju.. Sepanjang berada di dalam feri, saya diperhatikan seorang lelaki yang akhirnya dia 'menguji' saya dari belakang.. Memang terasa hawa panas gelombang yang dipancar pada saya dari arah kiri badan..

Seraya itu, saya memandangnya sambil tersenyum.. Saya bacakan ayat akhir dalam amalan ayat 4 untuk membenteng diri.. Seingat saya,pada ulangan bacaan yang ke-21, mukanya macam kena bakar..serba salah dia bila saya berpaling padanya sambil tersenyum.. Kemudian, dia berpaling ke tingkap seakan-akan melihat ombak yang bergelumbang. Saya lupakan hal tersebut kerana sesi 'ujian' sudah selesai.

Sampai di Limbang sekitar jam 4:50 petang, saya dijemput suami pesakit dan dibawa ke kedai makan tomyam di pekan Limbang. Kemudian, saya dibawa ke rumah pesakit dan di sinilah cabaran rawatan bermula.....

Malam 28 September 2010

Selepas waktu Isyak, saya mulakan rawatan dengan mendiagnos penyakit pesakit. Memang saya pasti, penyakit yang dialami bukanlah penyakit klinikal dan ia telah pun disahkan sendiri oleh pihak hospital.

Untuk makluman, stroke akibat gangguan punyai simptom fizikal tetapi berbeza sedikit dari stroke klinikal. Orang yang terkena serangan stroke klinikal tidak terasa anggota stroke nya bila disentuh berbanding dengan stroke gangguan...

Setelah sesi rukyah, saya gunakan kaedah pasung telur untuk menarik gangguan yang ada. Alhamdulillah, kaki pesakit sudah boleh digoyangkan. Saya berehat sebentar untuk laluan makan malam. Memang seronok makan lauk kampung di Limbang...rasanya pun tak lari dengan menu di Semenanjung..

Saya menyambung sesi rawatan pada pesakit. Pesakit memang mengalami masalah lenguh bahu di bahagian kanan. Tapak tangan kiri saya letakkan di pangkal bahu dan tangan kanan saya pula memegang tangannya. Pada tika ini, saya bacakan ayat saraf dan beberapa ayat ahzab dan di minda, saya qasadkan aura putih agar ianya melingkari abdomen yang sakit tersebut.

Selang 5 minit bacaan bermula, pesakit mula kerasukan. Berkali-kali dirayu agar dia dilepaskan. Ingat saya pada diri, syaitan dan jin jangan percaya pada berunding. Maka saya 'kelar maghrifat' sedikit pada lehernya. Setelah puas dengan sesi dialog, saya 'tarik' gangguan yang mengganggu dengan diisi dalam botol.

(pihak yang tak setuju dengan kaedah ni jangan mencemarkan blog RIDAM dengan pendirian diri. Cukuplah sesi 'panas' yang lepas. Buat hal masing-masing k)

Alhamdulillah, lenguh bahu pesakit hilang serta merta dan sudah boleh diangkat.. Syukur pada Allah..

Saya berehat sebentar kerana kepenatan. Ketika sedang berehat di luar rumah, terasa sangat mengantuk yang amat sangat. Keluarga pesakit pun terasa begitu. Firasat diri mengatakan seperti ada 'barang' yang tertanam di rumah pesakit. Dengan kaedah scanning, saya merasai Aura negatif dari barang yang ditanam sejauh 2 meter persegi.

Syukur pada Allah, petunjuk firasat yang diguna akhirnya menjumpai barang tersebut di tanam di bawah akar pokok di hadapan rumahnya iaitu DEBU TULANG MANUSIA yang disimpul dalam plastik.

Saya tawarkan bahan sihir yang dijumpai dan tempat barang sihir tersebut saya bakar dengan sedikit diesel. Petua ini biasanya akan mengundang padah pada penyihir.. :D

Rasa mengantuk dan lesu hilang serta-merta. Keluarga pesakit sendiri merasa kelainan suasana rumahnya.

Sesi rawatan berakhir sekitar jam 2:15 pagi..

29 September 2010

Saya terkejut dari tidur setelah bermimpi. Dalam mimpi tersebut, saya didatangi pesakit dan suaminya. Yang hairannya, pesakit sudah boleh berjalan! Jika itu benar, bermakna petanda peluang kesembuhan amat tinggi..moga-moga dimakbulkan Allah..

Sesi berubat diteruskan dan saya menghabiskan saki baki gangguan yang menyekat urat saraf pesakit. Syukur, kedua-dua kaki pesakit sudah boleh digerakkan walaupun masih sukar untuk bangun.

Barang sihir kedua (kain pesakit yang dijampi) juga dijumpai di penjuru depan rumahnya. Ianya turut di 'tawarkan' dan dibuang.

Malam 29 Sempember 2010

Entah kenapa, hati saya menegah untuk saya naik ke tingkat atas rumah pesakit(rumah 2 tingkat) . Di bahagian atas tersebut adalah tempat saya bermalam.

Saya juga asyik terlihat kelibat seseorang di bilik saya tidur ketika 'teknik mata batin' dipraktikkan..

Saya ke bilik pesakit dan menggunakan teknik mata batin padanya..

Pesakit disuruh 'keluar' dari badannya dan naik ke tingkat atas dan melihat bilik tempat saya tidur. Di situ, pesakit melihat seorang lelaki persis orang indonesia yang berkaian seperti orang silat. Dari lelaki tersebut, dia menyatakan bahawa kedatangannya adalah untuk berunding dengan saya kerana ada 'hutang' yang perlu diselesaikan.

Saya faham dengan maksud 'hutang' tersebut. Maksudnya, saya mencampuri urusan gangguan sihirnya..........

Memandangkan badan saya amat penat, saya gunakan energy pesakit untuk melawannya secara batin. Beberapa jurus api dilancarkan. Walaupun ada yang boleh dielak, lelak tersebut mula terasa kekalahannya. Dia cabut lari dan sempat berpesan untuk datang lagi kerana katanya ada barang yang tertinggal.. Pesakit sedar selepas itu..

Saya pula mengambil angin di luar dan di situlah terdengar seperti ada 'benda' jatuh di atas atap rumah pesakit. Bergegas saya ke bilik pesakit kerana bilik pesakit adalah satu-satunya ruang yang sempat saya 'pagar'. Dengan izin Allah, gangguan yang datang tidak dapat masuk ke ruang tersebut.

Sekali lagi teknik mata batin diguna pada pesakit dan kali ni, ruang tingkat atas rumah hingga ke tangga penuh dengan pelbagi spesis jin.. Semuanya menanti saya untuk menyerang..

Memang ketika itu saya tergaman. Kedatangan saya ke Limbang hanya seorang. Biasanya saya membaca orang kanan untuk kaedah lawan berjemaah. Tapi kali ini, hanya petunjuk Allah yang saya nantikan untuk keselamatan diri.

Firasat hati menyuruh saya membaca Yasin dengan kaedah tertentu bagi melawan gangguan di bahagian atas..

Bersama suami pesakit, kami membaca surah Yasin dengan qasad melawan gangguan. Pesakit pula disuruh 'diam' dengan teknik mata batin sepanjang sesi bacaan dilakukan.

Memang ketika membaca surah Yasin, tengkuk saya terasa pedih dan berulang kali perlu diulang. Sesudah bacaan, saya terbau seperti benda terbakar..hangit..

Pesakit pula menceritakan pengalamannya. Katanya, ketika saya membacakan surah Yasin, terlihat aura putih disekeliling saya. Seraya itu, datang seorang lelaki berjubah putih. Lelaki itu mengambil buih-buih aura tersebut dan disapu pada anggota badannya yang terkena stroke. Lelaki itu juga mengatakan yang dia insyaallah akan sembuh dalam 7 hari.. wallahu'alam

Pesakit juga melihat banyak mayat jin berkelimpangan dari tangga hingga ke ruang atas rumah. Ada yang terbakar, yang putus tangan, yang tercabut kepala dan macam-macam lagi.. Memang ngeri betul.. Kemudian, mayat-mayat itu hilang seperti hembusan kabus..

Sesi rawatan, langkah sedia dan serangan berakhir selepas subuh. Syukur, pesakit sudah kelihatan sembuh dan ceria.

30 September 2010

Saya dihantar pesakit ke Airport Limbang untuk pulang ke KL melalui Miri. Sempat juga saya bertemu Ustaz Ahmad dan Ustaz Ghani, selalu pengurus program RIDAM di Limbang pada 23hb Oktober nanti..

Saya harapkan pesakit sembuh dan dimudahkan urusan kehidupannya. Amin
 
Blogger Templates