Sihir Pemisah

RIDAM didatangi sepasang suami isteri yang mengalami masalah perhubungan yang serius. Kesan dari sihir ini juga mendatangkan kesan pada anak mereka.

Oleh kerana pasangan pesakit ni terlalu lama menerima bahang sihir ini, maka saya cadangkan agar 'berubat besar' dilakukan.

Saya suruh pesakit bawakan batang pisang (ukuran sehasta), 4 jenis warna kain (hitam, merah, kuning & putih), paku saiz 4" dan air untuk dijampi.

Rawatan pertama diberi pada si suami. Seperti rawatan yang lepas, saya lakukan kaedah rukyah dahulu. Memang pesakit dapat melihat beberapa jenIs makhluk secara 'sirr' ketika ayat-ayat rukyah dibacakan padanya. Pesakit juga terasa seperti ada 'sesuatu' bergerak-gerak di bahagian kaki, perut dan turut terasa pijar di bahagian kaki kirinya.

Maka, saya lakukan teknik pasung dan tarik bagi membuang gangguan yang ada.Alhamdulillah, kesan gangguan yang dialami hilang serta merta. Pesakit kedua pula ialah isterinya. Sama seperti rawatan pada s suami, pesakit merasa seperti semutan di bahagian kepala, bahu kanan dada dan bahagian perutnya. Sekali lagi kaedah pasung dan tark digunakan.

Rawatan yang akhir dlakukan pada anak lelaki pasangan ini. Anak lelakinya ini mengalami masalah Autism (hyperaktif) setelah dirujuk pada pakar kanak-kanak. Ada 2 gangguan pada pesakit ini dan rawatan 'masuk ayat' digunakan dengan ikhtiar agar penyakit autism yang dialami sembuh dan normal sepertimana kanak-kanak lain.

Rawatan berakhir sekitar jam 12 malam dan itu merupakan pesakit terakhir setelah merawat 7 lagi pesakit lain sejak jam 9 pagi....!

Oleh kerana kepenatan dan badan pun terasa pijar akibat banyaknya tenaga dalam serta fizikal yang diguna sepanjang seharian merawat, maka saya ke 7 eleven untuk membeli ais bagi terapi diri sendiri di rumah.

Esok masih ada pesakt yang menunggu.. Jika penat hari ini masih belum hilang, mungkin rawatan akan dibatalkan dan pesakit dimaklumkan..

2 Comments:

  1. abanglong7678 said...
    salam saudara boleh ke kanak2 autism boleh di rawat?jika boleh saya berminat utk memberi rawatan kepada anak saya.saya boleh di hubungi di alamat email abanglong7678@yahoo.com terima kasih
    BondaRyan said...
    Assalammualaikum..

    kami sekeluaga telah terkena ilmu ini dan ibu saya telah menderita hampir 5 bulan akibat perbuatan org yg telah meminta ibu saya minum air dari batang pisang.boleh saya tahu nombor telefon encik bagi tujuan perubatan.Kami hanya berusaha sebaik yang mungkin.TERIMA KASIH.

Post a Comment




Ssungguhnya, kesembuhan penyakit itu hanyalah dengan keizinan Allah. Kita perlu berusaha dan yakin akan ke-EsaanNya