Ads 468x60px

Bahana Sihir

Semalam, RIDAM sekeluarga keluar ke bandar Kemaman untuk membeli barang keperluan harian. Begitulah rutin RIDAM setiap 3 hari. Bila stok bekalan rumah dah habis, satu family keluar shopping.

Dalam pada itu, RIDAM juga ke bengkel kereta untuk menukar komponen kereta baru RIDAM yang rosak. Terima kasih RIDAM ucapkan pada Encik A yang menghadiahkan kereta pada RIDAM. Macam mana RIDAM leh dapat kereta tu?

Kisahnya begini..
Encik A merupakan mangsa sihir yang menderita selama 26 tahun. Simptom yang dialami ialah serangan penyakit kulit yang kronik hingga menyebabkan dia mengalami akut stress yang melampau. Selama 26 tahun inilah, dia malu untuk berdepan dengan masyarakat. Rutin kehidupannya hanya ke tempat kerja dan berkurung di rumah. Segala keperluan rumah dibeli oleh isteri dan anaknya. Mujurlah Puan F orang yang setia dan penyabar.

Ketika mula-mula datang ke RIDAM satu ketika dulu, ruang menunggu RIDAM berbau hanyir, kesan dari bau kudis dibadannya. Memang diikutkan RIDAM tidam mahu mengambil kes tersebut kerana dirasakan tidak mampu merawat dengan ilmu yang tidak seberapa.

Namun, setelah beberapa kali dirayu, RIDAM memohon tempoh 3 hari untuk 'melihat' ubat Encik A melalui amalan ilham yang pernah diajar guru.

Malam pertama setelah tahajjud, solat hajat dan Istiqarah, RIDAM bermimpi melihat pesakit dimandikan di bawah air terjun yang datang dari dua simpang air yang turun ke bawah. Dikala itu, belakang badan pesakit ditepuk RIDAM beberapa kali sambil membaca surah Al-Mukminun:115-116 beberapa kali. Kesan daripada itu, badan pesakit yang berkudis menjadi kemerahan dan keluar air bisa dari liang romanya.

Malam yang kedua pula, RIDAM bermimpi melihat pesakit ditampal sisik ikan siakap yang dicampur dengan air mawar dan tepung ubi. Kesan daripada sisik ikan tersebut, kudisnya mengering dan tercabut sepertimana sisik yang ditampal kering airnya.

Malam yang ketiga pula, RIDAM bermimpi melihat pesakit dimandikan air rebusan kayu manis, cekur dan daun kelor di bawah bulan penuh. Kesan daripada mandian tersebut, badan pesakit kembali mulus sepertimana orang lain.

Maka genap 3 hari, Encik A datang lagi ke RIDAM dan dimaklumkan akan petunjuk diberi. Dia dengan tanpa banyak berfikir terus setuju dengan rawatan pelik tersebut. Kebetulan pada masa itu, RIDAM tidak se sibuk sekarang. Jadi boleh lah RIDAM luangkan masa merawatnya selama 3 hari di Kuala Lumpur.

Untuk mandian di bawah pancur air, lokasi rawatan dilakukan di Sungai Lentang, Pahang (dekat laluan highway Janda Baik).

Alhamdulillah... kesan rawatan yang diberi, Encik A telah pulih sepenuhnya.

Memang nazar Encik A kalau dia sembuh, mahu dia berikan sebuah kereta pada mereka yang menolongnya. Walaupun berkali-kali RIDAM menolak, dia berkeras hinggakan menangis dia bila RIDAM mahu menolak hadiah yang diberikan.

Akhirnya, RIDAM terima juga sebagai hadiah. Terima kasih Encik A. Yang menyembuhkan bukan RIDAM..tapi Allah SWT. RIDAM hanya berikhtiar dan membantu dalam doa.

Moga diberkati Allah dan dilimpahi rezeki selalu buat Encik A sekeluarga.. Amin
 
Blogger Templates