Ads 468x60px

Gi berubat KL balik ari

RIDAM baru sampai rumah pagi tadi dari KL. Baru petang semalam RIDAM and member turun sana untuk berubat seorang sahabat.

Memang banyak halangan gak la nok buleh sampai.. Perancangan awal untuk bertolak dari Kemaman ialah pada pukul 2:30pm. Tapi banyak sangat kerja pengeposan produk yang ditempah, pukul 5pm baru leh bertolak.

Jalan pulak jem kat Sungai Ular sebab ada roadblock.. Dah tergendala masanya.. Sampai kat exit Kuantan, kereta pulak semput. Kena pulak melencong ke bengkel.. Waaaaaa...rupanya plug kereta masuk air coz RIDAM baru jer 'cuci enjin' kat carwash... Nasib baik tak ada apa-apa..

Kira dari Kuantan, RIDAM gerak kul 6:15pm and okeylah speed. Kul 8pm sharp, sampai kat Tol Gombak..

Rumah pesakit pulak kat PJ..Cari punya cari, dekat sejam baru jumpa...Mujurlah jumpa.. Maka di situ berubatlah RIDAM...

Kami balik sekitar jam 4 pagi... Mengantuk toksah kata la... Nasib baik ada 2 driver...Boleh la tukar-tukar...

Kes kat KL tak la teruk sangat.. Senang ringkat cerita, pesakit ni ada serangan sihir..Tapi kerana dendam, mak and wife nya pun kena serang sekali.. Kedai nya pulak selamber kena curah minyak sihir.. Ramai orang nampak macam tutup jer kedai dia sedangkan meniaga macam biasa..

Lepas berubat pesakit and tawarkan sihir di kedainya, alhamdulillah, moga-moga selamat semuanya...

Sampai pagi ni pulak, dapat khabar buruk terbaru.. Mesin basuh RIDAM yang rosak tak dapat dibaiki kata mekanik..Spare part tak ada sebab jenama murah.. Kenalah beli mesin baru..

Lepas ni nak kuar beli mesin basuh.. Bye bye...salam..sekian..
 
Blogger Templates