Ads 468x60px

Mayat Hidup

Pasangan dari Pahang datang ke RIDAM semalam. Kesian melihat pasangan ni. Keduanya kurus melidi.

Seperti biasa, RIDAM pastikan pesakit yang datang telah membuat rawatan di hospital dan disahkan sihat dari sudut klinikal namun, mereka masih terasa sakit. Hal ini yang akan dibawa ke rawatan alternatif Islam.

Dari simptom gangguan yang ditanya dan 'scanning' yang dibuat, si suami terkena tempias sihir yang asalnya ditujukan pada isterinya. Maka, RIDAM bertindak memilih subjek yang paling kuat terkena serangan kerana mungkin puncanya berada di situ.

Rawatan dimulakan dengan rukyah bersama. Suami isteri tersebut duduk berlunjur beriringan manakalan RIDAM memulakan sesi bacaan rukyah dari arah point belakang. Ternyata, tiada apa yang berlaku. Hairan..... Tiada apa-apa tindak balas yang terjadi... Pesakit duduk seperti biasa....

*RIDAM mengesyakki, ini sihir tanpa jin

Maka, untuk kesan yang lebih baik, RIDAM kecilkan skop rawatan yang lebih khusus. Rawatan ditumpukan pada si isteri terlebih dahulu. Pada kali ini, kaedah 'mata batin' digunakan bagi mengesan punca yang ada. Fokus permulaan ditumpukan pada rumah pesakit terlebih dahulu.

Dengan izin Allah, RIDAM dan pesakit menemui punca penyakit yang ada. Dilihat (secara sirr), ada 2 tompok tanah kubur yang diletakkan di rumah pesakit iaitu di pasu bunga bahagian hadapan rumah dan di halaman pagar belakang rumah.

Kaedah 'pindah' diguna menggunakan tenaga pesakit sendiri. Secara batin, 'barang' tersebut dilupuskan.

Alhamdulillah, kesan ketara dapat dilihat selepas proses rawatan. Pesakit dibekalkan dengan telur yang dirukyah(untuk menambah berat badan) dan bahan am rawatan yang lain. Moga kesembuhan diizinkan Allah. RIDAM hanya berikhtiar.
 
Blogger Templates