Mimpi Ular

Seorang pesakit datang ke RIDAM bersama anaknya. Dia mengadu selalu sakit dada terutama menjelang maghrib dan adakalanya mimpi bertemu ular.

Saya tanyakan jumlah bilangan ular yang dilihat dalam mimpi untuk membuat kesimpulan dengan lebih detail.Katanya tak tentu. Kadang-kadang seekor..Kadang-kadang lebih dari itu..

Kemudian, saya tanyakan pula warna ular.Tujuan warna ditanya adalah untuk mengklasifikasi jenis level ular yang mengganggu. Petuanya begini:-

1-Kuning - Jin keturunan raja. Susah sket la nak halau
2-Hitam - Jin Kafir
3-Putih - Jin Islam
4-Batik - Saka keturunan
5-Merah - Belaan ahli sihir
6-Hijau - Tafrik/Jin menumpang/Jin Asyik

Selepas berpuas hati dengan hasil diagnos yang dibuat, maka saya lakukan rawatan sebagaimana rawatan sebelum ini. Petua tambahan, kalau merawat pesakit yang ada kaitan dengan gangguan ular, elok sentuh sedikit tapak kaki dengan buluh kuning. Jangan buat macam Laksamana Do Re Mi cucuk kaki Jason King sudahlah.. Tepuk ringan saja.. Memang meraung la kawan tu... hehehe

Berbalik kepada kisah rawatan, pesakit tadi terasa ada sesuatu menjalar bila saya bacakan surah Al-Mukminun:115-116. Maka saya ulang ayat tersebut berulang kali sampai hilang gangguan yang ada. Alhamdulillah, selepas sesi 'tarik-menarik' dibuat, maka hilanglah beban sakit yang ditanggung selama ini.

Bagi bekalan di rumah, saya bekalkan air rukyah dan Aura Balancer Ridam (ABR) untuk dibuat minum dan mandi. Selalunya, saya akan maklum pada pesakit untuk membuat pilihan samada membawa limau nipis 21 / 49 biji jika budget kurang. Dan jika mampu, limau nipis boleh diganti dengan ABR. Selain pelbagai kegunaan, ABR ini senang dibawa terutama pesakit yang musafir. Kat hotel pun boleh mandi asalkan syarat ada bekas takungan seperti timba, baldi atau tab mandi.

Sekian..

3 Comments:

  1. mlirik.com said...
    wah serep sekali bisa kemasukan jin
    MarY_z said...
    ada yang mengaitkan mimpi ular dengan jodoh, dan yang selalu juga dengar dikaitkan dengan gangguan. macammana nak beza kan?
    chitaki said...
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment




Ssungguhnya, kesembuhan penyakit itu hanyalah dengan keizinan Allah. Kita perlu berusaha dan yakin akan ke-EsaanNya