Ads 468x60px

Santau Angin

RIDAM dihadiri seorang pesakit bersama 2 kakaknya. Sebelum kedatangannya, saya merasa senak perut yang amat sangat dan ini antara lumrah diri saya jika pesakit yang akan datang mengalami masalah santau yang serius.

Simptom pesakit yang berlaku ialah serangan sakit belakang yang berubah-ubah. Pesakit juga gering (kurus melidi) dan sering rasa lemah badan. Dari segi klinikal pula, semakan doktor mengatakan pesakit mengalami Gastrik.

Untuk semakan ringkas, saya menekan point-point saraf badan dan memang ternyata dia mengalami penyakit Gastrik. Namun, hal sakit belakang yang sering berpindah bukanlah puncanya dari penyakit Gastrik.

Saya duduk kan pesakit di ruang rawatan. Memang sebelum rawatan, saya pagar diri dengan ayat 'besi', panduan dari serangan senak perut yang berlaku pada saya sebelum kedatangannya. Macam biasa, external precaution diberi pada pesakit dengan di sembur air rukyah di tiga bahagian utama badan iaitu muka, tapak tangan dan tapak kaki.

Belum mula lagi pesakit dirawat secara detail, dia dah termuntah-muntah.. Alahai..

Pada pengalaman lepas, hal ini terjadi pada pesakit santau yang baru saja diserang. Biasanya serangan begini tak sampai lagi tempoh satu bulan. Jadi insyaallah.. peluang kesembuhan tu mudah lah sikit.

Selepas 'di masukkan ayat' pada pesakit, saya menyuruh pesakit baring mengiring. Di point pinggangnya, saya 'alin' kan dengan limau lipis sambil diulang ayat surah al-mukminun:115-116 berulang kali.

Syukur pada Allah atas izin kesembuhan-Nya, sakit yang dialami sembuh serta merta.

Memandangkan hal ini mungkin berulang di lain kali (samada dalam bentuk penyakit yang lain), saya menasihati pesakit agar berwaspada dan selalu memohon berada pada lindungan Allah sentiasa dengan menjaga syariat yang diwajibkan pada umat Islam.

Semoga pesakit sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu.
 
Blogger Templates