Ads 468x60px

Seks Tanpa Sedar - 18 tahun ke atas sahaja

Dua malam yang lalu, RIDAM dijemput merawat ke rumah seorang pesakit. Diringkaskan cerita, suami pesakit menjadi garang sebaik sahaja selesai 'malam pertama'. Kata suaminya, isterinya telah 'ditebuk tupai'.

Isterinya berkeras dengan mengatakan tiada siapa yang pernah dia tiduri selain suaminya. Maka dengan itu, kata sepakat diambil untuk menunjukkan kebenaran diri masing-masing. Entah kenapa, RIDAM pulak yang dipanggil sebagai saksi sumpah junjung Quran pasangan itu.

Terkejut gak RIDAM bila mereka mengatakan tujuan jemputan RIDAM ke rumah mereka. Kalau dari awal RIDAM tahu jemputan ke rumah pasangan ini semata-mata nak jadi saksi sumpah junjung Quran, tak mahu RIDAM bertandang ke rumah mereka....Siapa lah RIDAM untuk masuk campur urusan rumah tangga mereka..Sepatutnya, hal ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam..Lagilah layak..

Tapi rupanya, ada hikmah disebalik jemputan ini. Semasa si isteri hendak bersumpah dengan Quran dijunjung di kepalanya, dia kerasukan......

Pesakit: Panas..! Panas...! Aku taubat dah...! Aku taubat dah..!
(kata-katanya disusuli tangisan kesakitan)

RIDAM: Siapa dalam tubuh hamba Allah ni..?

Pesakit: Aku penjaga keturunan ni... Kenapa kau datang kacau aku.. Aku tak kacau kau pun..!

RIDAM: Aku dah dijemput..aku datang jelah.. Kau ker yang jadi punca semua ni...?

*Pesakit mengangguk...

RIDAM: Apa yang kau buat pada dia?

Pesakit: Aku lah yang ambik daranya.. Sejak dia umur 14 tahun lagi..

RIDAM: Masyaallah....kenapa kau buat macam tu? Kalau kau ni penjaga, apa hak kau nak buat macam tu..?

Pesakit: Aku mulanya memang tak ada niat.. Tapi lawa pulak bila aku tengok.. Aku pun ada nafsu....

RIDAM: Kau tak rasa bersalah ke pada suami tubuh ni?

*Pesakit diam..Hanya linangan air mata yang mengalir di pipinya

RIDAM: Dengar tak apa aku tanya ni...!?

*Seraya itu, jari manis kaki pesakit saya picit dengan lada hitam

Pesakit: Sakit la bodohhhhhh!!!!! Aku dengar lah ni!

RIDAM: Dah tu, kenapa kau tak jawab...!

Pesakit: Memang aku rasa bersalah.. Tapi benda dah jadi, nak buat camana?

* Menyirap darah RIDAM bila dengar jawapan macam tu...Tak ada rasa bersalah langsung!

RIDAM: Memang kau ni dasar kurang ajar.. Meh sini aku ajar sikit..!

*Point-point gangguan dicucuk dengan kuat. Biar rasa sikit....!

Pesakit: Sakit..! Sakit...!

RIDAM: Senang cerita, kau nak keluar tak dari tubuh ni..!?

Pesakit: Aku dah sayang dia...aku tak mahu keluar...!

RIDAM: Kau nak sakit ker nak keluar..?

Pesakit: Aku tak mahu sakit dan aku tak mahu keluar la bodoh...!

RIDAM: Ni dah melampau ni...Dah la porak perandakan rumah tangga orang...!

Pesakit: Kau peduli apa..!?

Melihat kepada kedegilan seumpama ini, RIDAM terpaksa gunakan kaedah tikaman agar dengan izin Allah, gangguan tersebut dapat dihapuskan..

RIDAM: Telah aku bagi amaran berkali-kali agar kau keluar..tapi kau tetap dengan kedegilan dan sifat angkuh..Malahan kau lawan aku pulak...Ini amaran terakhir, mahukah kau keluar dari tubuh ini selama-lamanya....?

Pesakit: Aku tak akan keluar...Buat lah apa yang kau nak.......!!!

Maka, sebagai ikhtiar terakhir, RIDAM gunakan amalan makrifat 'Pedang Hamzah'. Dimulai dengan ucapan salam dari ayat dalam surah Yasin, pedang kesayangan ini dipanggil berulang kali.

Setelah 'terasa' ianya di tangan, maka ditusuk ia ke rusuk kiri pesakit. Pada pandangan batin, mohon pada Allah agar ianya mengena gangguan yang berada ditubuh pesakit.

Setelah tikaman dibuat, pesakit menggelupur kesakitan. Seraya itu keluar bau busuk dari celahan kemaluan pesakit. Naik muntah jugaklah bila bau...

Alhamdulillah, gangguan yang dialami sudah tiada lagi. Pesakit kemudiannya dimandikan dengan ABR bersama sebaldi air oleh Ibunya sendiri..

Pada malam itu, rahsia selama 23 tahun akhirnya terbongkar bila ianya diceritakan oleh ibu pesakit. Menurut ibunya, arwah suaminya (ayah pesakit) merupakan bomoh ilmu hitam yang hebat. Memang ibunya tahu, syarat semasa menerima ilmunya ialah harus mengorbankan anak bongsu agar penerimaan amalan menjadi ampuh.

Tapi ibunya pendamkan rahsia ini kerana dilihat tiada apa-apa yang berlaku pada anaknya.

Anaknya pula menceritakan kisah dia bermimpi bersetubuh dengan seorang lelaki kacak. Hal ini berlaku semenjak dia berumur 14 tahun hinggalah malam sebelum RIDAM datang ke rumah. Memang dia ingat, kali pertama dia bermimpi berjumpa lelaki tersebut, terasa pedih dan keluar darah dari kemaluannya pada keesokkan paginya. Tapi hal itu dirahsiakan (kecuali pada kakaknya) kerana dilihat tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya setelah beberapa hari.

Final kisah rawatan ini, suami pesakit berkali-kali meminta maaf pada si isteri.. Syahdu jugak bila tengok.. RIDAM pun mengalir air mata bila melihat babak kemaafan ni.. Hubungan suami isteri ini akhirnya pulih dengan baik.

Kepada pengamal ilmu hitam, pintu taubat masih terbuka. Balik semula ke jalan Allah..Jangan diikuti jalan syaitan.. Kehebatan dunia tiada yang mampu melebihi kehebatan Allah kerana Dialah Maha Pencipta.. Kita ini hanya duli pada yang Maha..

Sekian..


 
Blogger Templates