Ads 468x60px

Ular SAKA

Agak lama saya tidak meng - update blog RIDAM. Maklumlah, masa saya sejak akhir-akhir ni banyak dihabiskan di dalam hutan. Saya mencari rezeki baru dengan mencari kayu gaharu. Yang terbaru, group kami nyaris bertembung dengan Sang Belang. Tapak pun masih basah lagi. Melihat pada saiz tapaknya, dianggarkan sang belang sebesar kerbau.. Kecut perut gak la.. Tapi alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar..

Balik saja ke RIDAM, berpuluh-puluh missed call dan sms diterima. Maka bertambah padat la jadual RIDAM.

Kes terbaru ialah gangguan saka ular dari seorang pesakit yang datang ke RIDAM. Melihat kepada penyakit kulit bersisik yang dialami, amatlah haru bila menyelami perasaannya..

Seperti biasa, saya merawat pesakit dengan kaedah sebelumnya,, Tak sampai 10 minit ayat rukyah dibaca, pesakit melentok-lentokkan badannya persis ular terkena garam. Maka, berdialog lah jin ular tersebut melalui badan pesakit. Walau sudah berkali-kali diberi amaran, di hentak pada point laluan jin dan teknik rawatan, jin tersebut masih belum keluar....

Ketika itulah saya teringat kepada petua Tok Ngah bila berdepan dengan spesis jin seperti ini..Kebetulan bahannya saya simpan.Batang rotan liar saya perolehi ketika melakukan ekspedisi di Hutan Sungai Loh satu ketika dulu.

Maka, rotan tersebut saya bacakan Al-Fatihah,4 ayat akhir surah al-hasyr dan doa hati quran dalam surah al-kahfi..kemudian, saya ketuk perlahan-lahan di belakang tulang sulbi pesakit.

Tak sampai 1o kali mengetuk, jin tersebut meronta-ronta ingin melepaskan diri tapi seperti ada halangan.Akhirnya, dia membongkar rahsia yang selama ini disimpan. Rupa-rupanya, moyang pesakit ada menyimpan kulit ular kering di bawah busut dikebunnya. Untuk menawarkannya, kulit ular itu harus dibakar sebagai tanda pemutus saka keturunan pesakit.

Sebaik sahaja saya mendapat kabar tersebut, keluarga pesakit menghubungi saudaranya yang mendiami rumah arwah moyang di Johor untuk mencari kulit ular tersebut. Alhamdulillah, barang yang dicari dijumpai sepertimana yang diberitahu oleh jin ular tersebut. Maka ketika itu, saya bacakan ayat pembatal melalui handphone untuk ditujukan pada barang yang dimaksudkan.

Dari cerita saudara pesakit di johor, kulit ular yang dibakar tidak meninggalkan abu! Ianya terus ngaib dengan api yang membakar kulit ular tersebut..

Berbalik kepada keadaan pesakit yang ada di RIDAM, badannya seperti mengerang kesakitan dan pengsan..Naik panik juga bila melihat keadaannya.. Kalau meninggal, haru-biru pulak jadinya.. Mujurlah pengsannya tak lama...alhamdulillah..

Pesakit tidak lagi berasa gatal walaupun kulitnya masih bersisik kemerahan.. Lazim, saya berikan limau rukyah untuk dimandikan, air rukyah sebagai minuman harian dan tepung gatal rukyah untuk merawat kulitnya..

Hari ini

Saya dihubungi pesakit mengatakan sisik dikulitnya tertanggal.. Hampir 80% kulitnya kembali normal.. Pesakit pula cerah orangnya..Insyaallah, ramai lah nanti yang masuk meminang melihat perubahannya... Amin

Walaupun bertalu-talu terima kasih diberi, saya ingatkan padanya agar lebih berterima kasih pada Allah kerana Dia yang menyembuh...saya hanya ikhtiar dan memohon doa sahaja.. wallahu'alam..
 
Blogger Templates