Ads 468x60px

Dubaan yang besar.. RM17 ribu!!!

Assalamualaikum..

Pada kali ini, ingin saya memohon maaf dan seribu keampunan kepada peminat RIDAM kerana tiada story yang dipaparkan sepanjang 2 minggu ini. Sebenarnya, klinik saya ditutup ekoran masa saya yang sibuk dalam penyediaan Program Motivasi & Konsert Nasyid yang dianjurkan oleh syarikat saya.

Pada kali ini juga, ingin saya luahkan isi hati dan berkongsi sedikit pengalaman sejak saya berhenti dari 'makan gaji' demi career baru saya dalam bidang rawatan Islam secara komersial.

Setiap apa pekerjaan yang kita pilih, tentu ada risiko dan ujian. Kalau nak dikira peritnya pengalaman 'makan gaji',panjang jugaklah ceritanya. Bekerja sendiri pun ada cabaran dan risiko yang perlu dilalui. Cuma best 'kerja sendiri' ialah dari segi masa. Kitalah BOS, dan kitalah KULI. So, masa kerja dan rehat, kita tentukan sendiri.

Sepanjang hampir 4 tahun RIDAM ditubuhkan, pelbagai ragam pesakit dan pelbagai ujian telah saya lalui. Saya pernah diberi cek kosong yang kononnya hadiah 200 ribu sebagai penghargaan perubatan. Saya juga pernah difitnah mempunyai hubungan dengan isteri orang. Ada 2 kes, saya bertumbuk (mempertahankan diri) di halaman RIDAM ekoran fitnah mereka yang tidak senang dengan amal fardhu kifayah yang dibuat.

Selain itu, saya pernah dihina sebagai ANJING kerana gagal merawat. Dengan hina, saya dihalau dari rumah pesakit tanpa dibayar 1 sen pun. Hari tersebut pula, saya merawat dalam keadaan demam....

Setakat difitnah membela jin, telinga saya ni dah lali mendengarnya. Pernah juga beberapa kes saya mengadap 'pem-fitnah'. Bila dah berdepan, dia hanya diam membisu.. :D Tapi bila difikirkan, sampai bila saya nak 'serang'? Mulut tempayan boleh la tutup. Mulut manusia nak tutup macam mana....?

Ada juga beberapa kes lampau, RIDAM sendiri ditabur barang sihir untuk menutup pandangan kedatangan pesakit. Beberapa kali pesakit mengadu sesat bila nak ke RIDAM. Ada juga pesakit nampak RIDAM tutup sedangkan rawatan dijalankan seperti biasa.

Bila direnungkan ujian Allah ini, saya pernah beberapa kali 'patah semangat' untuk meneruskan perjuangan. Mujurlah ada isteri yang memahami. Setiap kali saya ditimpa musibah, Pn RIDAM menjadi tunjang semangat saya. Sayu bila saya lihat dia menangis mendoakan kesejahteraan saya selepas solat. Mana nak cari BINI macam ni. Saya redha kehidupannya dunia dan akhirat.

Dua minggu yang lepas, saya mencuba dalam bisnes event management. Selain menceburkan diri dalam bidang rawatan Islam, saya juga ingin berdakwah dalam cabang yang lebih luas. Bila difikirkan, dakwah saya terbatas bila dalam rawatan kerana ianya hanya berkait dengan pesakit dan keluarga pesakit. Orang luar macam mana pula?

Niat saya hanya satu... Tanamkan ISLAM dalam hati sanubari masyarakat...!
Bersama rakan kongsi, saya tubuhkan syarikat dan berbincang. Maka dari perbincangan kami, Program Motivasi dan Konsert Nasyid diadakan pada 14 Mei 2010 yang lalu.

Modalnya saya pinjam dari seorang sahabat. Berbelas ribu gak la....

Sepanjang 2 minggu, saya dan rakan seperjuangan membuat promosi habis-habisan. 7 ribu flyers dapat kami edar dari Kerteh ke Balok, Pahang. Kain rentang pula digantung di 4 tempat yang strategik. Rumah, Masjid, Sekolah dan orang awam di pusat membeli-belah turut diedarkan.

Dengan bantuan artis nasyid jemputan, program yang dianjur turut diiklankan dalam Berita Harian (ruangan aktiviti) 2 hari berturut-turut. Dalam Radio pahang juga diumumkan...

Ujian

Bila tiba masa yang ditunggu, menangis air mata bila mengenangkan penonton yang hadir. Target penonton sejumlah 2000 orang hanya dihadiri seramai 40 orang sahaja....! Tiada kata-kata yang dapat di luahkan pada malam program tersebut. Terduduk saya kesorangan ditangga dewan program.

Manakan tidak, gaji pekerja pun tak dapat dibayar. Mujurlah mereka faham dengan keadaan program tersebut. Sayu saya bila mereka kata, "tak apalah ustaz. Kami halalkan gaji kami. Ustaz ajak kami ni pun dah kira okey..Masa kami tak terbuang...".

Mana nak letak MUKA.....Allah sajalah yang tahu perasaan saya masa tu.

Dengan sambutan hambar pada malam program tersebut, saya BERHUTANG 17 RIBU... Tiada apa yang boleh saya lakukan.. Pendapatan saya pun bukanlah tinggi... Mana nak cari duit sebanyak tu....?

Malam itu, saya meminta izin dari isteri untuk tidak pulang ke rumah. Saya nak bersendirian....

Setelah direnung pada perjalanan program, barulah saya sedar...

1- Malam yang sama, ada program motivasi usahawan (percuma).
2- Malam yang sama, ada program karaoke berlangsung
3- Malam yang sama, ada koncert hari ibu berlangsung
4- Malam yang sama, ada Perlawanan (live) Badminton di televisyen..

Secara tak langsung, program saya punyai persaingan yang hebat..! Maka bertambah murung diri bila memikirkannya.

Selepas dari program itu, saya belajar untuk redha dan pasrah dengan dugaan yang hebat ini. Hidup perlu diteruskan. Anak bini perlu diberi 'makan'...

Pohon doa dan ehsan mereka diluar sana untuk doakan dan membantu, agar saya berjaya membayar hutang yang ditanggung.. Moga Allah membalas jasa baik kalian.

Terima kasih kerana membaca luahan hati saya ini..
 
Blogger Templates