Ads 468x60px

Makcik Takleh tido la Syakirin...

Saya didatangi pesakit yang mengadu mengalami masalah imsomania yang serius. Sudah hampir 4 bulan dirinya tidak dapat tidur.. Kalau letih, dia hanya mampu baring dan memejam mata. Namun, tiada nikmat tidur yang dirasakan.

Saya pegang kepalanya dan saya bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x, Ayat Kutbah (innallah hawa mala ikatahu yisollu na 'alannabi......) 7x, Ayat akhir surah Al-Baqarah 1x dan doa antara 2 sujud dalam solat (robbigh firli, warham ni....).

Kemudian, saya mengambil sehelai kertas dan di atasnya saya tulis ayat dari peristiwa Al-Kahfi. Kertas tersebut saya suruh letak dalam bantal tidurnya. Air Saffron juga saya rukyah dgn ayat yang sama.

Pagi tadi, saya menerima panggilah telefon dari pesakit tersebut. Alhamdulillah, tidurnya sudah kembali normal..

Amalan ini saya ijazahkan pada sesiapa yang nak cuba. Insyallah mujarab....

Dibatalkan - Seminar Rawatan Islam di Kelantan

Pihak RIDAM memohon maaf di atas PEMBATALAN seminar rawatan Islam yang akan di adakan pada 26 Jun 2010 ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Insyaallah, pihak RIDAM akan membuka kelas pengajian di Kelantan dan akan diberitahu kelak. Terima Kasih.

Kena Serang Lagi

Tiga hari yang lalu, RIDAM didatangi pesakit muda (9 tahun) yang sakit perut. Sudah 3 kali dibawa ke hospital, doktor kata tiada apa-apa kompilasi penyakit.......

Ibunya ada mengatakan yang dia bermimpi melihat ular 2 hari sebelum anaknya mengadu sakit perut...

Pening...penyakit apa pulak ni...?

Maka, diringkaskan cerita, saya baringkan pesakit di katil rawatan. Kemudian, tangan saya letakkan diperutnya.. Saya mulakan dengan bacaan rukyah merawat penyakit yang berkaitan dengan perut...alhamdulillah..sakitnya hilang serta merta..

tapi...tak sampai 10 minit, sakitnya datang balik...

Saya buat rawatan rukyah kali yang ke dua....kesan masih sama..sakit berulang selepas seketika dirasakan sembuh..

setelah diamati, baru saya teringat.Ketika sesi rukyah dibacakan, saya merasakan perutnya seperti ada 'ular' bergerak...apa kebenda pulak ni...?

Saya memberi pesakit minum 2 sudu cuka epal yang siap dirukyah..Moga-moga, kesan asid akan memberi tindak balas pada 'sesuatu' dalam perutnya...erm...masih sama...sakit berulang selepas seketika dirasakan sembuh..

Ikhtiar seterusnya, saya bekam pada point saraf perut...adus...masih sama jugak...

Last sekali, saya guna kaedah refleksologi....pun masih sama...

Apa jenis gangguan la ni... Untuk itu, saya minta pesakit pulang dulu...Tak semena-mena kepala saya pening...Insyaallah, saya akan ikhtiarkan secara persendirian di malam nanti...

Malamnya......

Selesai solat hajat untuk merawat pesakit disiang hari tadi, saya kepenatan..Teknik Cara Tidur telah saya sudahi dan puncanya telah dikenal pasti..

Pesakit ini punyai saka keturunan. Dengan izin Allah, jin ular yang ada dalam badannya telah saya bunuh..

Saya tertidur keletihan...

Dalam tidur, saya bermimpi didatangi Puteri yang cantik rupa parasnya..Tapi datangnya bukan dalam senyum...saya masih ingat dialognya serba sedikit..

Saya: siapa kamu?

Puteri: cis...tadi nampak hebat sangat.! aku pun mu tak kenal?

Saya: Manalah aku tahu mu ni saper....ni datang niat baik ke buruk ni....? Kalau buruk maaflah...aku bukan nak musuh ngan mu..

Puteri: Mu dah musuh ngan aku doh tadi...!

Saya: La...bila pulok aku musuh ngan mu?...Mu pun aku tak kenal...!

Puteri: Mu g bunuh anok aku tu bakper....?!!! Aku ni mok dia...mu tok pikir ker....!?

Saya: Anak mu hok mano pulok ni...?

Puteri: Hok tadi mu buak lepas sembahyang tadi!!!

Saya: La, mana aku tahu tu anok mu....kalu aku tahu, tok la aku bunuh...Aku bagi amaran doh kang...ajok cakap dia tak nok...budok tu nak hidup...anok mu g kaca (ganggu) tu bakper..? Tanggung la............! Celako punya jin!

Puteri: Hoh...nok main kasor doh ni...Ambik ni..!
* Lantas dihayunkan tongkat ke arah saya...Tak sempat elak...tongkat kena ke dada

*Terbatuk-batuk saya menahan sakit...Macam nak pecah dada saya ni..

Puteri: Sedap...?

Saya: Mu main pukul curi macam tu...Saper-saper pun tok sempat elak....!

Kemudian, saya duduk posisi jurus yang pernah diajar guru.. Saya mulakan bacaan ayat akhir dalam amalan ayat 4....

"Allahuakbar.....Ya Zal Jala Li Wal Ikram....! Kullu nafsin zaa ikatul maut..! Wallahu ghalibun 'ala amrih...!"

*Saya lancarkan gelombang jurus api padanya...

Puteri: Woi ustazzzzzzzzzz.....! Mu pakai ilmu apa ni hah! Habis sakit aku ni...

Saya: Ha...tadi bukan main...Baru pandai sikit dah nak belagak...! Aku beritahu member aku Tok Belagak baru tahu...!

* Entah macam mana nama Tok Belagak pun keluar daaa....

Puteri: Aku mengalah.....tapi satu aku nak beritahu kau...keturunan budak tu dah ada perjanjian..kau memang tak dapat lawan sumpah tu..

Saya: Sumpah aper?! Aku tak kira...kau mesti putuskan...!

* Seraya itu dia hilang dan saya terjaga...

Tak tahu itu mainan tidur atau petanda mimpi nyata..Tapi yang confirm, sejak dari mimpi hingga saya menulis cerita ini, sakit di dada masih belum hilang....

Pesakit tu sudah sembuh kata ibunya...

Wallahu'alam...

Buku Modul Pengajian RIDAM

Assalamualaikum
Untuk makluman pembaca sekalian, stok untuk E-Book Panduan Lengkap Menjadi Perawat Islam sudah kehabisan dan DIHENTIKAN buat sementara waktu.

Ini kerana, saya sedang menfokuskan penyediaan Buku Modul PLMPI dalam versi baru yang akan diterbitkan selewatnya bulan Ramadhan tahun ini.

Didalam silibus modul yang akan diterbitkan nanti, intisarinya sedikit sebanyak diambil 50% dari buku PLMPI dan ianya ditambah dengan isi yang lebih padat dan berguna. Pada kali ini, modul PLMPI akan menfokuskan bahagian pengajiannya dengan lebih mendalam dan padat.

Buat masa ini, modul yang akan diterbitkan akan membicarakan topik berikut serta dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:-

1-Alasan untuk mengubat, ciri-ciri & kriteria muallij (perawat) dan sebab kenapa ilmu ini perlu dipelajari.
2-Asas merawat penyakit secara am & panduan merawat mengikut petua masa,hari, tempat sendiri, tempat pesakit, keadaan kecemasan dan rintangan yang perlu diketahui.
3-Pengetahuan merawat Sihir, Santau, Saka, Susuk, Ilmu Hitam secara lebih mendalam.
4-Pengetahuan berkenaan pelbagai jenis kaedah pagar diri secara islami.
5-Pengetahuan melawan jenis-jenis jin kerasukan seperti spesis ular, beruk, pontianak dan lain-lain.
6- Pengaktifan mata batin dengan disertakan latihan senaman pengaktifan.(insyaallah dgn ilustrasi bergambar!)
7-Petua mengelak dan gerak silat kunci pesakit yang kerasukan. (ilustrasi bergambar)
8-Kaedah pengasih, pemisah dan pelbagai jenis kaedah pagar rumah/premis untuk merawat pesakit.
9-Pelbagai Kaedah jarak jauh untuk merawat pesakit.
10-Amalan perlindungan diri sebelum menerima risiko dari jin, bomoh dan manusia khianat.
11-Membuat pelaris untuk membantu mengubat pesakit
12-Kaedah masuk ayat
13-Ayat amalan diri sepanjang zaman.

Nantikan kemunculannya....

Roti Prata Telur...waduh..enaknyerrr...

Pengalaman berubat di singapura bersama sahabat baru-baru ini penuh dengan cerita dan rintangan. Ada yang ganas, yang biaser dan yang lawak...

Di negara singapura, saya terbatas untuk membawa peralatan secukupnya kerana risau dengan pemeriksaan ketat di bahagian imigresyen. Risau juga bila banyak yang perlu saya jawab bila ditanya penggunaan besi rawatan, alatan bekam, paku dan barang-barang lain. Jadi saya hanya berbekalkan Air Rukyah Saffron dan sedikit peralatan asas untuk merawat. Selebihnya saya serahkan pada Allah agar perjalanan mengubat dimudahkan.

Bersama bekas pelajar RIDAM (Haji Ahmed Ibrahim), jadual saya diatur sebaik mungkin. Kalau nak dikira semua pengalaman berubat di singapura, memanglah panjang ceritanya. Mungkin saya akan ceritakan di lain waktu.

Hanya sedikit Diari Perjalanan yang boleh saya ceritakan di sini.

(22 Mei 2010)

Petang:
Saya bersama pelajar RIDAM dari Singapura masuk ke Singapura dengan keretanya. Alhamdulillah, mudah perjalanan di awalnya.

Malam:
Saya dihantar oleh Haji Ahmed Ibrahim ke Hotel 81 Sakura di Jo Chiat Road. Pada malam ini, saya request untuk tidur berasingan dengan sahabat saya kerana perlukan pengamalan awal sebelum berubat keesokan harinya.

(23 Mei 2010)

Pagi:
Saya mengubat ayah mertua seorang sahabat yang mengalami masalah Akidah dan pengamalan yang dicampur adukkan.

Petang:
-Saya merawat seorang kenalan Haji Ahmad Ibrahim. Alhamdulillah, banyak barang sihir dapat dibuang secara mata batin.
-Saya juga merawat seorang makcik yang sudah puluhan tahun mengalami gangguan sihir.

Malam1:
Saya merawat seorang akak yang disihir. Badan penuh dengan Jin Bisu. Untuk memudahkan kerja, saya minta pada Allah untuk memindahkan KESEMUA GANGGUAN ke laut Johor. Alhamdulillah, misi berjaya dengan kaedah TRCT (Teknik Rawatan Cara Tidur). Panik keluarga pesakit bila saya pengsan hampir 10 minit. Sebenarnya, saya sedang berbincang dengan Haji Abdul Rahman (penjaga Jin laut Johor) di alam batin untuk memindahkan ribuan gangguan yang dialami pesakit. Misi berjaya..

Malam2:
Saya merawat seorang akak yang mengalami gangguan rumah berhantu.Banyak bulan gak la akak tu tak tidur.. Jin dapat ditarik keluar dan saya kurung dalam botol yang sudah dirukyah. Terkejut diorang bila saya tunjukkan wajah jin yang ditangkap menggunakan kamera 12 mega pixel! Saya hanya tersenyum...pengalaman...

Tengah malam:
Saya dihantar ke hotel untuk berehat.. Esok nak balik Malaysia dah..Macam jauh jer..

(24 Mei 2010)

Pukul 3 pm:
Saya dijemput Haji Ahmad dan menghantar saya ke Stesyen Bas Larkin, Johor.

Banyak-banyak pengalaman berubat, saya lebih suka menceritakan pengalaman Haji Ahmad Ibrahim merawat pesakitnya. Antara kesukaan makanan jin yang ditanya adalah:

Jin: Apa itu makanan..bulat-bulat..itu ada kuning atas..Sedap tu..
Haji Ahmad Ibrahim: Apa itu...?
Jin: Itu yang bulat-bulat...atas kuning itu taruk?
Haji Ahmad Ibrahim: Roti Prata telur ka?
Jin: Ha...itu lah...sedap tu..

Jin...jin....bab makanan pun dah advance sekarang....hehehehehee
 
Blogger Templates