Ads 468x60px

Petanda Halangan Awal Mengubat Ke Terengganu

Semalam, saya dijemput ke Kuala Terengganu untuk merawat pesakit yang mengalami masalah penyakit klinikal yang agak kronik..

Umur pesakit ini sudah 64 tahun dan mengalami masalah lemah badan, sakit saraf (sukar berdiri) serta masalah buah pinggang. Dia juga mempunyai masalah kencing manis dan jantung.

Sebagai peringatan dari pengalaman lepas, pesakit yang mempunyai masalah jantung harus dirawat secara berhati-hati dan elakkan dari menyergah atau membaca rukyah dengan nada yang teramat kuat kerana ia mungkin menyebabkan kejutan yang akhirnya boleh menghadirkan serangan jantung mengejut..

Pesakit jenis ini juga seeloknya TIDAK DIGALAKKAN DUDUK BERLUNJUR ketika sesi rukyah dibacakan. DiGALAKKAN DUDUK ATAS KERUSI SANDAR ke arah pintu rumah kerana dengan petua lama ini, insyaallah, kesembuhannya lebih ketara...

-----------

Sehari sebelum saya bertolak ke Terengganu, anak pesakit menelefon saya dan menyatakan masalah penyakit ayahnya. Semasa sesi perbualan kami di telefon, tapak tangan saya terasa pijar seperti merasai haba air panas yang menggelegak.. Dari itu, saya perhatikan yang kes ini bukan kes mudah...

Tambahan lagi, anaknya memberitau saya bahawa ayahnya pernah meracau dan menyebut perkara yang bukan-bukan...

-----------

Diringkaskan cerita, saya bersama orang kanan RIDAM (Herman) bertolak dari Kemaman sekitar jam 4:30 petang. Memang jangkaan kami, majlis berbuka puasa akan berlangsung di tepi jalan sahaja sepanjang perjalanan kami..

Dari cuaca yang normal, kami tiba-tiba meredah hujan yang amat lebat semasa masuk ke Kerteh. Berulang kali saya membaca doa Nabi Yunus agar dimudahkan perjalanan kerana berasa seperti ada sesuatu yang menghalangi perjalanan kami.

Alhamdulillah, saya diberi ilham untuk mengubah haluan ke Terengganu melalui jalan Lebuh Raya Jabur dengan memotong jalan pintas dari arah Paka. Tiba di pekan Ajil, kami singgah sebentar untuk membeli makanan berbuka puasa di Pasar Ramadhan.

Melihat jam sudah pukul 7 malam, kami mulakan semula perjalanan ke Terengganu. Sekitar 5 minit masuknya waktu maghrib, kereta kami tiba-tiba dihalangi seekor anjing. Nasib baiklah brek kereta sempat di tekan. Syukurlah kereta tak terbabas....

Kami berbuka puasa di tepi jalan di Wakai Tapai dengan bekalan yang dibeli.. Selesai berbuka puasa, kami teruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Memang adat saya, kalau nak berubat, seeloknya saya kena mandi terlebih dahulu agar badan dan minda terasa fresh bagi memudahkan konsentrasi dalam rawatan. Kalau tak sempat mandi pun, saya akan mengambil wudhuk terlebih dahulu.

Kami singgah di stesyen minyak Caltex untuk mandi dan solat Jamak Qasar di surau stesyen minyak berkenaan.

Alhamdulillah, perjalanan seterusnya amat mudah dan kami tiba di rumah pesakit sekitar jam 9 malam...

---------

Pada malam kedatangan saya, pesakit tiba-tiba berasa sihat walaupun tidak sepenuhnya. Memang sebelum ini, ragam kesembuhan penyakit seperti ini biasa terjadi bila saya sampai ke rumah pesakit. Jika tidak dirawat, kesakitan itu akan datang semula sebaik sahaja perawat pulang.. Inilah salah satu trick jin yang mengganggu manusia...

Seperti biasa, saya lakukan sesi soal jawab terlebih dahulu bagi mendiagnos penyakit pesakit dari sudut klinikal. Soalan berkaitan gangguan akan ditanya selepas permasalah klinikal sudah dikenal pasti. Memang sudah dijangkakan, pesakit mengalami masalah sihir yang serius.. Namun, saya memohon pada Allah agar dipermudahkan urusan rawatan dan kesembuhannya sejak awal perjalanan lagi.. Moga-moda doa saya dimakbulkan Nya..

---------

Sekali lagi, saya lakukan teknik Rukyah Ekspress.. Memang terasa seperti haba dari belakang badan pesakit. Pesakit juga berasa seperti sesuatu bergerak di tempurung lututnya.. Hasil semakan secara batin, ada 5 gangguan yang mengganggu mangsa. Satu daripadanya jenis On/Off dan sering berkeliaran di dalam rumah pesakit. Jenisnya dikatakan dalam panggilan orang Melayu sebagai 'Hantu Raya'..

Diringkaskan cerita, saya gunakan telur sebagai medium memindah gangguan yang dialami. Memang kebas tangan saya sewaktu melakukan proses 'tarik'.. Tapi syukur, kesembuhan penyakit beransur kurang..

-------

Alhamdulillah...pesakit sudah boleh berdiri dengan mudah. Memandangkan ianya masih baru, saya nasihatkan pesakit agar tidak aktif berlebihan sekitar 2 hingga 3 hari.. Orang tua kata, "takut urat terkejut.."..

Saya bekalkan bahan rawatan yang siap dirukyah dan tidak lupa hadiahkan produk terbaru RIDAM (Aura Balancer) sebagai tambahan dalam rawatan.

-------

Sekitar jam 11:30 malam, kami memohon izin untuk pulang..
Semoga kesembuhan pesakit kekal ke akhir hayat dan ianya membantu peningkatan ibadah pesakit pada Allah.. Amin..

Awak Sakit Apa?.....Semua Sakit Ustaaaaaaaaaaaaaaaz..

Lewat malam semalam, saya dihadiri sepasang suami isteri dari Dungun, Terengganu. Saya menerima kes mereka (walaupun letih bertarawih) kerana mereka sebenarnya bekerja dan menetap di Kepong, Kuala Lumpur. Lusa, mereka akan pulang ke sana.

Pesakitnya adalah si Isteri lingkungan umur 30an.

Seperti kebiasaan sebelum rawatan, saya mendiagnos penyakit pesakit dengan kaedah temuramah dan pemerhatian sepanjang sesi perbualan dengan pesakit. Pada peringkat awal, saya selalunya akan bertanyakan simptom tanda gangguan dahulu seperti mimpi yang dialami, kaitan dengan bayangan ataupun kes berdebar tanpa sebab. Ternyata, pesakit tiada tanda-tanda tersebut. Maka saya bertanya lagi:

"Sakit apa lah awak ni..?"

Dengan muka seposen pesakit tu jawab, "Tak tahulah Ustaz.. Semua sakit Ustaaaaaazz.."

Jika simptom gangguan tiada, saya lanjutkan pula scan saraf. Hasil daripada picitan point-point saraf badan, pesakit juga mengalami masalah darah kotor, kolestrol tinggi, migrain, sakit tulang pinggul (akibat jatuh) dan masalah rahim tinggi..

Saya dudukkan pesakit di ruang rawatan. Pada kali ini, saya menggunakan kaedah RUKYAH EKSPRESS setelah saya perolehinya melalui malam tahajjud & meditasi 1 jam selama 7 malam berturut-turut. Kaedah ini akan mula diajarkan pada batch pertama sesi Seminar di Sarawak & Sabah selepas Aidilfitri ini.. Insyaallah..

Dengan izin Allah, tangan dan kaki pesakit menggeletar. Kepalanya terhuyung-hayang dan dia melentok-lentok menahan sakit di bahagian belakangnya. Semakin kuat ayat yang dibaca, pesakit kelihatan seperti hendak pitam. Saya hentikan rawatan,. Ternyata kesannya amat kuat dengan kaedah yang baru saya terima ini.. Alhamdulillah..

Saya lakukan ritual mata batin dan di situ kelihatan kelibat wajah ibu pesakit... Hasil dari pengalaman lepas, kes sebegini memerlukan rawatan dalaman terlebih dahulu bertujuan untuk melemahkan gangguan sebelum menjalani proses rawatan yang sebenar.

Saya bekalkan limau nipis, air, minyak zaitun dan Minyak Aura Balancer (produk baru RIDAM) yang sudah dirukyah dengan ayat terpilih pada pesakit bagi rawatan dalaman selama 41 hari.. Kemudian pesakit dikehendaki datang untuk rawatan yang sebenar.

Saya doakan pesakit tersebut cepat sembuh dan keluarlah gangguan yang mengganggunya. Amin

* Mungkin kebetulan, takdir, ujian atau gangguan jin, pasangan suami isteri ini masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 6 tahun berkahwin dan disahkan normal oleh doktor. wallhu'alam...

Cerita Tipu @ Rekaan shj... Ilmu Parang Terbang bolehkah dipelajari?

RIDAM pada kali ni sajer-sajer nak ceritakan cerita tipu hanya untuk latihan penulisan. :D

Al-Kisah, pada suatu malam yang hening, RIDAM dok syok layan facebook. Tiba-tiba..jeng..jeng..jeng...RIDAM dihubungi oleh seorang peminat rawatan Melayu Kuno yang juga seorang perawat sambilan. Sembang-punya sembang, tiba-tiba masuklah bab ilmu parang terbang ni. Satu soalan yang di tanya, 'ilmu parang terbang ni boleh belajar ker?'..

RIDAM yang tak ada ilmu ni pakai jawab jer lah dengan pendapat yang tak seberapa ni dengan jawapan 'boleh' dan 'tidak boleh'..

Dia bertanya lagi...'kenapa boleh' dan 'kenapa tidak boleh'. Maka, RIDAM yang memang tak ada ilmu ni pun jawablah dengan panjang lebar..

RIDAM kata, ilmu Parang Terbang tu adalah 'Ilmu Bangkit' dalam istilah ilmu Melayu Lama. Ilmu Bangkit ni boleh menjadi dua hala iaitu Membangkitkan Jin atau Membangkitkan Barang.

Ilmu Bangkit Jin ni adalah Ilmu Mendampingi Jin dan ianya dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Tumpang Khadam, Teman Pelindung dan sebagainya. Dan hukum mempelajari ilmu ini adalah HARAM..

Manakala ilmu bangkit barang pula pelbagai jenis dimana membangkitkan sesuatu barang agar ia 'hidup' bagi tujuan tertentu. Contohnya ilmu parang terbang, parang panjang, parang kentot, parang lonjong, parang kayu, parang batu dan pelbagai jenis ilmu bapak parang selain ilmu terbang barang yang lain seperti batu, kayu, besi, ranting dan seangkatan dengannya.

Maka si perawat sambilan pun bertanyalah lagi kepada RIDAM yang tak ada ilmu ni.. 'barang hidup tu macam mana Ustaz..?'

RIDAM dengan perasaan gundah-gelananya pun menjawab..'Barang apa pun dalam dunia ni adalah HIDUP. Dalam Quran pun ada beritahu. Banyak ayat yang menyuruh sekalian makhlukNya bertasbih kepadaNya iaitu:

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Hasyr :1)

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Di
“Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(Al-Jumu’ah :1)

“Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; hanya Allahlah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” (At-Taghaabun:1)

Jadi, dalil yang mengatakan SEKALIAN MAKHLUK itu hidup ada dinyatakan dalam Al-Quran iaitu bilamana disuruh bertasbih pada Allah.

Apa ada dalam bumi? Macam-macam ada kan...? Batu, kayu, besi, pokok, angin dan macam-macam lagi lah... Kesemua makhluk ini mempunyai zarah atau atom hidup di dalamnya termasuklah dalam diri Manusia. Ia makhluk HIDUP.

Jadi pasal Ilmu Parang Terbang tu, zarah dalam parang tu dibangkit untuk berkomunikasi dengan tujuan tertentu.

Ilmu Parang Terbang ni ada dua jenis iaitu HALAL dan HARAM.

HARAM
kalau kandungannya disertai dengan mantera memuja selain Allah atau tujuan menunjuk-nunjuk atau seumpamanya.

HALAL
kalau pengamal Parang Terbang mintak pada Allah dengan doa halal seperti dari ayat Al-Quran/ Zikir untuk terbangkan parang mencantas orang zalim dikala sudah tiada kekuatan diri melawan mereka.

------------

Si perawat tadi bertanya lagi pada RIDAM. 'Kalau macam tu, kenapa tak guna ilmu parang terbang ni agar boleh catas kepala orang Israel zalim di Palestin tu..? kan senang..?'..

Maka dengan machonya, RIDAM menjawab sambil mengujinya...

'saudara..awak pernah tak pagar rumah dengan Al-Quran / Zikir bila merawat?'

Dia pun jawab...'pernah...kenapa?'

'apa tujuan awak...?'

Dia pun jawab lagi dengan confident nya.. 'untuk melindungi isi rumah dari gangguan jin dan orang yang zalim...'

RIDAM pun tak habis-habis lagi tanya...'zalim tu ditujukan pada siapa?'

Sekali lagi dia jawab..'orang jahat la...pencuri ker...perompak ker...orang niat jahat ker...'

Ditanya lagi oleh RIDAM...'SETUJU TAK kalau saya kata Israel kat palestin tu ZALIM dan ORANG JAHAT..?'

Dengan over confident nya dia jawab lagi...'SETUJU...! '

Lalu, RIDAM pun tanyalah soalan maut padanya.. 'Habis tu, KENAPA AWAK TAK PAGAR JER SELURUH PALESTIN TU DARI ORANG ISRAEL TU...? kan lagi senang...? '

Maka dengan kesiannya dia menjawab.. 'terkena saya USTAZ...'

Maka, tergelak-gelak lah RIDAM bila membaca jawapan sebegitu di ruangan chat facebooknya... Tak sangka, bumi tak habis pijak, dah berangan dok sentuh langit...

Orang tua kata apa? Hah....Gajah depan mata tak nampak, nyamuk kat belakang pintu leh pulak nampak..

Dah tu, Orang moden kata apa pulak? .. senang jer, SERBAN atas kepala berbelit TAK SEDAR.. kain selendang orang yang lalu kat pasar malam perasan pulak...

-----

Maka RIDAM menambah lagi cerita kelentongnya itu..Kata RIDAM dalam chit-chatnya di facebook dengan hamba Allah tersebut...

'Jangan terus letak hukum.. BELAJAR DULU dan NILAI kan..jangan pulak melencong ke Tempat Membeli Belah di Nilai pulak...

Nama amalan mungkin sama.. Tapi AMALAN tak semestinya sama..

-----

Tapi yang RIDAM terkejut bila si PERAWAT tu tak mengalah lagi tu....Dia tanya lagi...
"Tapi Nabi tak ajar Ustaz...?' Kenapa PERLU belajar..."

Apalagi, RIDAM sound la balik.. 'Bila pulak saya kata PERLU BELAJAR? Ada ke saya kata PERLU?' Tak ada kan..? '

Terkontang-kanting member tu nak jawab... Mati akal dia...Tapi dia control lagi..
'Maksud saya, kenapa perlu, bagi orang yang nak belajar.. Nabi tak ajar kan..?'

Ish..ish..ish...tak paham-paham lagi budak tua ni....RIDAM pun add lagi statement kelentongnya..

'Kalau setakat nak tahu dengan syarat ilmu tu mendekatkan diri pada Allah, kenapa tidak boleh..? Mintak pun pada Allah, agar parang tu boleh catas kepala orang zalim kan..?Bukan mintak pada parang.... Kan konsep doa digunakan. Nak takwil apa lagi....?' Lagipun, kalau nak mintak parang tu catas semua kepala orang zalim Israel, perawat tu kena ada di sana.. Ilmu Parang Terbang ni disyaratkan bilamana pengamal berada dalam keadaan darurat iaitu darurat yang berkait dengan bangkit jatuhnya Islam. Bukan suka-suka leh demo... PENGAMAL dari Malaysia ni nak g palestin macam mana..? Bukan leh suka-suka masuk palestin.. Kena ada tujuan diplomatik...

Yang dalam kes 16 Mei 1969 tu kan dalam keadaan darurat dimana pengamal sendiri (Kiyai Salleh) ada di situ...'

Maka, si perawat sambilan tu pun surrender la.. Dekat 10 minit dia tak reply chat RIDAM hinggalah di reply..

'tima kasih sheikh..! saya dah faham'

Dan RIDAM dengan selamba pun balas.. 'baguslah kalau dah faham...Sebab letih jugaklah nak ceritakan kisah kelentong saya ni pada awak.. Boleh la saya 'pergi dengan aman..'

Dengan terkejutnya dia menaip lagi...'pergi mana Ustaz.......?????'..mungkin dia jangkakan 'pergi' tu sama dengan 'mati' kot...

RIDAM pun jawab... 'PERGI SAHUR....bye..Assalamualaikum..'

Kemudian RIDAM shutdown laptopnya dan makan sahur bersama isteri tersayang..

TAMAT

............................................................................................

kisah di atas tiada kaitan dengan yang hidup,yang mati,yang bersongkok, berkopiah, tidak berketayap atau yang berserban sekalipun. Semua cerita di atas hanyalah cerita & pendapat rekaan semata-mata tanpa ada niat memburuk-burukkan pihak lain.

Maka, diharap kisah rekaan di atas tidak akan mewujudkan perbalahan atau saman-menyaman diantara sesama manusia atau pun makhluk jin yang masih hidup.. Sekian.. :D

Mentera & Serapah..salahkah pengamalannya?

Assalamualaikum..

Kali ini saya tampil untuk berdepan dengan tajuk yang 'panas' kerana banyak MANUSIA di luar sana yang belum mengerti hakikat penggunaan Serapah & Mantera. Rata-rata bahan bacaan, seminar atau ceramah mengatakan Mentera & Serapah adalah HARAM.. Sedangkan kenyataan mereka itu berkemungkinan akan membawa mereka kepada penambahan dosa tanpa mereka sedari..

Kenapa saya berkata begitu...? (nak kena RIDAM ni...)

Kerana ungkapan HARAM pada isu penggunaan Mentera & Serapah ditujukan secara umum. Secara tidak langsung, pengamal mentera & serapah di pihak yang benar akan terkena tempiasnya dari masyarakat awam seperti dilabel khurafat, bida'ah dan sesat.. Kan berdosa tu kalau orang yang tak bersalah di label begitu semata-mata kerana ungkapan HARAM secara umum...

Mentera dan Serapah terbahagi kepada 2 iaitu HARAM & HALAL.

Jenis HARAM
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan meminta pertolongan selain dari Allah.

Jenis HALAL
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan HANYA meminta pertolongan pada Allah semata-mata.

Contoh mentera:

'Hey Senggoro.
Aku sembahkan 7 ekor jin.
Di atas batu putih. Terlak hitam. Dibawah atap separuh.
Dengan berkat lailahaillallah, Muhammadurrasulallah'

Mentera di atas boleh menjadi 2 hukum pengamalannya iaitu:

1)HARAM jika tidak tahu makna, tashdiq hati pada sesuatu selain Allah & amal secara membabi-buta.

2)HALAL jika tahu makna, tashdiq hati pada Allah dan suci pengamalannya..

Saya nyatakan makna mentera serapah di atas iaitu-

Hey Senggoro:
Senggoro adalah bahasa lama Kelantan iaitu bermaksud YANG MAHA TINGGI.
Siapa yang Maha Tinggi? Tentu Allah bukan.. :D

Aku sembahkan 7 ekor Jin:
Jin yang disebut bukan ditujukan pada Makhluk yang bernama Jin. Tapi ianya merangkumi asas bahasa arab iaitu TIDAK NAMPAK. Dalam quran kan ada sebut beberapa kata dari asas perkataan jin iaitu Jannah(syurga), Junnah(perisai), Janin, Jannullail(kepekatan malam).

7 ekor jin pula di istilahkan kepada 7 anggota sujud iaitu kepala, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.. Jumlahnya akan jadi 7 kan? Maknanya lagi difahami sebagai 7 anggota badan yang kena serangan (penyakit) secara tak nampak (ghaib).

Di atas batu putih, Terlak hitam, Di bawah atap separuh:
Di atas batu putih bermaksud warna putih pada biji mata.
Terlak hitam bermaksud warna hitam di tengah biji mata
Di bawah atap separuh bermaksud bulu mata.

Jadi, ketiga-tiga ayat ini bermaksud Mata...

Dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulallah:
Yang ni tak payah terang lah.. Kita ni orang Islam patutnya dah tahu...kan?

-------

Jika saya terangkan kesemua makna mentera serapah di atas, ia akan jadi begini..
Hey Senggoro (Wahai Yang Maha Tinggi, yakni Allah)
Aku Sembahkan 7 ekor Jin (Aku serahkan seluruh anggota badanku pada Mu)
Di atas batu putih, Terlak hitam, di bawah atap separuh
(moga-moga dapatku lihat kesembuhan melalui mataku ini)
Dengan berkat Lailahaillallah, Muhammadurrasulallah.

Salah ke mentera serapah di atas?

Ada yang tanya, "Kenapa tak baca macam maknanya Ustaz? kan leh elak fitnah?"

Jawapan:
Kita kena faham bahawa orang dulu amat sukakan puisi, sajak dan pantun. Senang cerita kira bahasa Sastera la... Jadi, penggunaan sastera tinggi ini sudah menjadi amalan orang dulu-dulu dimana ianya penuh dengan makna tersirat dan tersembunyi agar kita lebih belajar dan memahami hakikat kehidupan.Bahasa Al-Quran juga kan bahasa Sastera Arab tinggi...

Manakala sesebuah mantera serapah (kes Halal sahaja) sudah diamalkan dan diberkati sekian lama..Jadi, siapa yang ambik ijazah dan mengamal mantera serapah tersebut hanya perlu sambung Berkatnya dari pengamal dari generasi ke generasi..

Contohnya jika si A amal doa ni 30 tahun..Kemudian di turunkan pada si B yang kemudian di amal lagi 20 tahun.. Jadi berkatnya dah jadi 50 tahun..Begitulah seterusnya jika ucapan mantera & serapah ini diturunkan dan seterusnya di amalkan..

Jika mula dari asas (contohnya nak amal makna mantera serapah di atas), berkatnya akan dimulai dari '0' kerana ia ucapan doa yang masih baru....

Soalan lagi:
Baik pakai ayat Al-Quran jer ustaz? Lagi berkat...

Jawapan:
Memang kalau nak dikira, penggunaan ayat Al-Quran adalah yang sebaik-baik pengamalan. Tapi kalau baca berjela-jela, fahamnya tidak buat apa walaupun tak berdosa tak faham maknanya.. Bila nak berdoa atau merawat, perlulah faham maknanya.. Barulah ikhtiar dan luahan kita pada ALLAH lebih mantop...

Seringkali kita tengok tok bomoh, dukun atau pawang (jenis HALAL shj) berubat cepat baik berbanding Perawat Islam Moden. Kenapa?

Sebab apa yang mereka baca, mereka faham maknanya.. Jadi, penyerahan diri dan taqarrub pada Allah dalam diri mereka lebih yakin & kuat. Yang Perawat Islam Moden ni dok baca Rukyah berbakul-bakul...bila tanya, makna apa tak tahu...

----

Sebab tu kita lihat, tok bomoh, dukun atau pawang baca perlahan dalam rawatan. Salah satu sebab nak elak fitnah la.. Kalau nak terang satu per satu pada pesakit makna mentera yang dibaca, jawabnya tak merawat la.... Tapi lain pula pada sesetengah penceramah yang mengatakan tok bomoh baca perlahan sebab puja Jin...kan dah jadi fitnah tu.... :D

-----

Sebab itu kita jangan terus 'serang' dan buat ungkapan sebarangan tanpa kita usul periksa.. Kalau tak faham atau mushkil, kita tanya dan jangan beri teguran yang mengaibkan.. Berilah teguran yang berhikmah...Jangan pakai 'sound' jer...

----

Pada yang buat statement HARAM pada mantera serapah tu, cepat-cepatlah bertaubat dan sambung lagi pengajian dalam bidang ni..

-----

Artikal ini ditulis mewakili sahabat saya (pengamal rawatan mantera serapah halal) setelah meluahkan kekecewaannya pada sesetengah perawat & ustaz-ustaz yang buat statement tanpa usul periksa...
-------
Tambahan:
Jika nak berubat, perhatikan syariat perawat seperti solatnya, agama dalam keluarganya dan tatacara kehidupannya samada menepati syarak atau tidak....
Wassalam..

RIDAM Promo Video

Sekali-sekala layan buat animation best gak

video

Testimoni Khafiat Yasin 41

Assalamualaikum..
Khafiat Yasin 41 adalah satu lagi ikhtiar hajat dengan menggunakan amalan Surah Yasin yang di yakini (dengan izin Allah) mujarab dan berkesan.

Amalan ini adalah amalan ahli Hikmah terdahulu yang diberi ilham dan petunjuk dari Allah.

Senarai Testimoni Pengamal:

1)Ahmad Imran (masalah sihir) - Puchong - SMS
Salam Ust. Saya dah buat 7 malam untuk masalah gangguan pada isteri saya. Orang yang disyakki accident dan meninggal. Isteri saya dah beransur kurang.

2)Jalaludin (pelaris) - Banting - Telefon
Salam Ust. Saya cuba jer. Lepas buat amal khafiat Yasin 41 ni 3 malam, saya tiup pada air 1 baldi. Air tu air yang sama... Kemudian, saya spray depan kedai setiap kali buka & tutup. Dah nampak kelainannya Ustaz..terima kasih Ustaz..

3)Muhd Soleh (rawatan jarak jauh) - Kota Kinabalu - E-mail
Salam Ust. Cuma nak ucapkan terima kasih sebab sudi ijazahkan Amalan Khafiat Yasin 41. Banyak mujarab untuk rawatan jarak jauh. Saya selesa dengan kaedahnya... Terima kasih Ustaz Syakirin..!

4)Pn.Lela (anak nakal) - Penang - SMS
Slm Ustaz! Anak saya dah tak agresif macam dulu. Saya ikut cakap Ustaz suruh baca pada air hujan malam jumaat. Jenuh nk tunggu hujan mlm jumaat turun.. Saya minta tolong dgn saudara saya di KL tadahkan.. Terima kasih Ustaz..

5)Pn. Kamsiah (suami curang) - Singapore - email
Slm. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada Ustaz sebab ajar saya kaedah Yasin 41 tu.. Suami saya dah kenal rumah, saya dan anak-anak. Dia pun dah tak pergi nightclub lagi.. Ramadhan tahun ni adalah yang paling gembira selama 16 tahun kami kawin! Terima kasih Ustaz..

-----------------------------------------

Kalau nak dikira, berpuluh SMS, email dan panggilan yang RIDAM terima sejak buku Amalan Yasin 41 dijual. Dalam ikhtiar, kita gabungkan dengan ikhtiar zahir dan ikhtiar batin. Insyaallah, dengan kesungguhan tersebut, moga doa kita dimakbulkan.. Insyaallah..

Ayya...itu apa bunyi oooo...?

Sudah lama saya tidak berjumpa Rasyid. Rasanya sudah 4 tahun.. Tapi alhamdulillah, kami bertemu di awal ramadhan tahun ini semasa saya asyik membeli juadah berbuka puasa di pasar ramadhan..

Rasyid ni asalnya Cina Budha dan memeluk Islam sudah 5 tahun. Saya jumpa dia pun secara tak sengaja iaitu semasa solat Jumaat di masjid negeri, Kuantan..

Bila lama dah tak jumpa, banyak gak la yang dibualkan..

Rasyid: Lu Syakirin, sekarang ini buat apa?

Saya: Oooo..Saya dah dekat 4 tahun buka pusat Rawatan Islam...

Rasyid: Oooo..banyak bagus itu kawan.. Lu kila itu ubat sama sihir, santau, saka itu macam ka?

Saya: Lebih kurang macam tu la..Tapi ikhtiar jer... Tak pandai pun.. Wah..! banyak juga Lu tau sekarang Rasyid...

Rasyid: Ayya..itu story, banyak ada dalam TV oooo... Tapi macam-maca itu teknik ada maa...Lu pakai cara apa bila mahu ubat olang...?

Saya: Saya baca Ayat Quran jelah... sembuh ke tidak, itu urusan Allah..

Rasyid: Erm.. baca bagus tak apa. Ini ada satu therapist, baca macam budak tadika...

Saya: Ish... jangan komen macam tu.. May be lidah dia dah macam tu kot.. Niat dia baik nak tolong orang tu..

Rasyid: Yelah...tapi janganlah show dalam Youtube.. ayya...itu apa bunyi oooo...?

Berkali-kali saya katakan jangan sesekali komen orang padanya.. Kang tak pasal-pasal kena offer saman... Saya katakan padanya, berubat secara Al-Quran itu hukumnya harus.. Bilamana membacanya, kadang-kadang loghat bunyi yang kita dengar tak sama..

Contohnya bila kita dengar orang Melayu, Orang Yaman, Orang Afrika atau Orang Mekah baca, lain sikit la.. Tapi dah sebutan macam tu, kadang-kadang jadi terikut... Biarlah...


----------------------------------------------------------------------

Walaubagaimana pun, elok kiranya kita baca Al-Quran dengan sebutan yang baik dan jelas bunyinya. Pada yang baca macam budak sekolah tadika, baik kita baca secara perlahan. Apatah lagi nak menunjuk dalam youtube.. Bukan apa, dari menjadi fitnah, masyarakat bukan Islam pun dok tengok.. Buek Malu jo.....


-------------------------------------------------------------------------

Saya juga mendapat maklum balas dari beberapa pelajar RIDAM dan peminat Rawatan Islam. Ada yang telefon, ada yang SMS dan ada yang E-mail... Datang cara ghaib tak ada lagi..:D

Rata-rata bertanyakan teknik-teknik rawatan dan ada yang menyebut beberapa nama penceramah yang kononnya 'MEMBASUH' teknik rawatan orang lain..

Setiap kali saya mendengar atau membaca topik ini, saya akan tersenyum kerana saya tahu, TOPIK INI TIDAK AKAN HABIS DIBINCANGKAN. Malahan mungkin ianya akan berakhir dengan pelbagaian andaian, fitnah dan mungkin adanya pergaduhan serta saman-menyamankan....:D

Daripada kesimpulan yang boleh saya nyatakan hasil maklum-balas pihak yang bertanya ialah:

1. Ilmu Allah itu luas.
Jangan sesekali kita menidakkan ilmu orang lain dan berasa yakin dengan pegangan diri. Kalau rasa diri kita tu betul, maka kita jumpa orang yang berkenaan dan kita dakwah padanya. Jangan pulak kita nak tunggu orang yang kita kata, datang jumpa kita. Bukankah pendakwah yang mencari si Jahil? Tapi kalau orang yang kita kata tu datang, jangan pulak kita heboh pada kengkawan dia datang nak serang kita pulak..... :D

2. Perawat Islam itu contoh peribadi mukmin
Ada beberapa perawat yang lantang percakapannya. Kadang-kala laser mulut dok mengata orang. Tapi tak sedar diri sendiri pun kurang keperibadiannya. Ramai juga perawat yang belajar ilmu Hakikat dan Tarekat. Tapi jarang yang menguasai ilmu Makrifat. Sedangkan kita sendiri tahu, hakikat pengajian ilmu sebegini adalah untuk mensucikan hati dan diri agar bebas dari segala sifat kotor serta sebagai panduan untuk mendekatkan diri pada yang Khaliq.. Kalau mulut dok asyik mengata orang, rasanya tak payah dok pamer status pengajian yang ada. Yang rosak pengamalnya, tapi ilmu pengajian yang dapat nama...

3. Sombong tak bertempat
Hal ini sudah sedia maklum bila perawat tu rasa ilmunya hebat. Tiada yang lebih hebat kecuali ilmu Allah.. Ilmu manusia yang paling hebat atas dunia ni pun ibarat titisan air di jari kalau nak dibandingkan dengan air selautan.


------------------------------------------------------------------

Hal berubat dengan Al-Quran

Saya pasti dan yakin bahawa berubat dengan Al-Quran adalah HARUS. Tapi kita kena pastikan bahawa bukan ayat Al-Quran yang menyembuh.. Yang menyembuh adalah tertakluk di bawah kuasa Allah. Ayat tidak ada power....!

Memang kalau di lihat, betapa hebatnya Al-Quran (dengan izin Allah) boleh digunakan dalam merawat penyakit. Boleh dikatakan hampir setiap ayat dan surah boleh digunakan dalam merawat penyakit dengan izin Allah.

Tapi tidakkah kita sedar, bagaimanakah timbulnya kepelbagaian kegunaan Al-Quran ini?
Siapa yang Allah beri petunjuk atau ilham dalam kepelbagaian kegunaannya?

Dalam Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa:-

' maka bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui'
(sebahagian ayat An-Nahl:43)

Untuk itu, jika kita melihat dengan lebih telus, Al-Quran boleh diaplikasi dengan pelbagai cara bila hendak digunakan dalam rawatan penyakit. Ada yang perlu hanya baca, ada yang baca kemudian tiup, ada yang menulis kemudian dilebur dengan air, ada yang diqasadkan dengan minda pada penyakit agar penyakit itu sembuh dan pelbagai kegunaan aplikasi Al-Quran selagi ianya dengan cara halal, bersih dan tidak syirik.

Tapi ada pihak yang dirasakan hebat cukup hanya mendakwah mengatakan AL-QURAN HANYA PERLU DIBACA jika nak merawat. BACA MESTILAH LANTANG katanya lagi. Tapi yang lawaknya, bila merawat 5 orang pesakit okay lah baca lantang... Masuk pesakit ke 6, bacaan pun makin hilang bunyi.. dan MAKIN LAJU... Masa tu pikir nak habis bacaan jer... Kadang-kadang tak sedar bacaan dan hilang seni bacaannya...

Kenapa?

Sebab suara dah serak...tekak dah pedih... mulalah mencari air... heheheeheh :D

Bayangkan kesan pada pesakit seterusnya... Adakah perlu alasan sakit tekak tak boleh merawat dengan Al-Quran? Masa tu baru lah dihalalkan cara baca perlahan pulak.. Suara pun tak lantang dah.. Buat pula alasan badan penat..... perawat - perawat...ish..ish..ish...cubaan..

Jin dalam badan pesakit bila dok tengok perawat pun baca macam kereta nak habis minyak, sengih jelah.. Sebab dah tahu dalaman pun macam tu gak...

Berbanding dengan mereka yang mengaplikasi Al-Quran dalam pelbagai cara. Kadang-kala mereka hanya merenung pesakit bila merawat. Dalamannya membaca dan di qasadkan Al-Quran sebagai ikhtiar penyembuh penyakit. Macam mana nak buat macam ni...? Hal ini dikatakan tenaga dalam...

Tenaga dalam adalah tenaga rohani... Banyak agama yang guna tenaga dalam.. Semua agama ada.. Pasal agama lain, toksah dok pikir la.. Yang kita perlu pikir adalah ISLAM..

Kita aplikasikan 'tenaga dalam' secara Islamik... Bagaimana?

Caranya mudah... Setiap niat, sebutan dan aplikasi perbuatan tenaga dalam dilakukan dalam kebenaran syariat iaitu:

1. Niat kerana Allah
2. Sebutan yang baik (doa,zikir,ayat al-quran) dan tidak ada sebutan yang kotor (memuja,menghina, syirik).
3.Aplikasi perbuatan yang dibolehkan seperti senaman nafas, meditasi Islam, khatam zikir dan sebagainya selagi tidak ke arah perbuatan penyembahan dan syirik pada Allah.

Soalan:Dah tu.. nak tahu perkara macam ni macam mana pulak?
Jawapan:Kena belajar la.....

Soalan:Mana nak belajar?
Jawapan:Cari lah...

Soalan:Mana nak cari?
Jawapan:Buku dan Orang yang berpengalaman...

Bila diperhatikan, kebanyakkan yang komen pasal teknik selain Rukyah ini HANYA BELAJAR DARI SATU GURU... Guru pun manusia... Kan dan beritahu di awal tadi, ilmu pada manusia hanyalah titisan di jari daripada selautan air. Bukannya lengkap hidup kalau belajar bertuankan seorang guru (atau beberapa guru dari aliran sama). Imam Syafie pun banyak berguru daripada beberapa kefahaman..

Contoh dah ada..tapi dok gak situ dengan ego diri.


--------------------------------------------------------

Saya rasa, artikal ini sudah lebih dari sekali saya nyatakan di bawah topik yang sama. Saya berharap artikal ini dijadikan panduan kepada mereka yang sempit pemikirannya..

Sila baca komen dan soalan yang diajukan pada RIDAM dibawah ini...boleh tolong jawab sekali.


Isi Kandungan email

Assalamualaikum W.B.T

Ustaz
Baru-baru ini saya telah menghadiri satu kursus rawatan Islam. Saya memang kagum dengan kaedah dan tunjuk ajar yang diberi. Tapi, bila bab demo, seorang peserta yang kerasukan tak dapat disembuhkan dengan bacaan pengajar.

Saya rasa, ini kifarah bila dia asyik kutuk teknik rawatan orang lain. Memanglah tak sebut nama, tapi cerita teknik tu kan ada dalam blog. Siapa pun boleh teka teknik sembelih, teknik mata batin dan nama teknik lain.

Memang malu la tengok bila yang diajar tak dapat diaplikasi dengan baik. Saya pun tergugat sama bila tengok bacaan perawat macam anak saya sekolah rendah. Dan yang buat saya terkejut bila salah seorang pe-rukyah beri alasan badan penat dan sakit tekak bila merawat.

Soalan saya:
1. Kenapa terjadi macam tu? Itu baru beberapa orang, kalau di pusat rawatan tak tahulah apa jadi nanti.
2. Berubat ni hanya dengan rukyah saja ke?

Sekian, wassalam..

Susuk - Nyah yang menuju 'jalan pulang'

Saya mendapat panggilan dari seorang Nyah sebaik sahaja selesai bersahur..

Nyah: Assalamualaikum.. Ni ustaz RIDAM ker?
Saya: Waalaikumsalam.. Ya..Siapa ni?
Nyah: Saya tak mengganggu ker? Ada 'benda' saya nak cakap ngan Ustaz ni..
Saya: Mengganggu tu tidak lah...tapi ni awal sangat ni..penting ker?
Nyah: Penting lah jugak Ustaz.. Tapi kalau saya mengganggu, saya call lain kali la yer..

* Sayu pulak bila dengar suara macam tu...Macam ada masalah jer..

Saya: Takper, awk leh cakap.. Tapi takleh lama la sebab lepas ni nak solat Subuh...dah habis sahur ni.. Awak dah sahur ker?

Nyah: Dah Ustaz..Awal lagi saya dah sahur..
Saya: Okay, kita ke main point, apa yang boleh saya bantu?
Nyah: Ustaz, saya nak tanya..Kalau kita dah ditakdirkan 'lembut' sewaktu dilahirkan hingga 'lembut' tu dibawa ke besar, salah ker Ustaz..

Saya: Oooo...'lembut' tu hanya dari pandangan kasar.. Manusia tetap kena pegang pada asas kejadian yang ditakdirkan atas dirinya.. Kalau dah azali dia tu berjantina perempuan, walaupun dia tu jenis 'kasar', kehidupan harian haruslah dilalui sebagai perempuan di sisi syariat. Begitu juga kalau sejak dilahirkan dia adalah lelaki, harus atas dirinya menjadi 'lelaki' tidak kira lembut atau ganas sifat peribadinya...

Nyah: Masalahnya Ustaz, saya ni bukan sekadar 'lembut'. Saya suka pada sama jantina. Tak ada nafsu bila tengok perempuan.

Saya: Astaghfirullah.................... maaf saya tanya, awak ni dah pernah lakukan %&^*&^%$ ker?

Nyah: Pernah ustaz...walaupun malu nak mengaku, saya 'buat' hampir setiap minggu.. Tapi saya dah clash dengan 'pakwe' saya.. sekarang jadi lonely..

Saya: awak kena bertaubat dah tu... Peluang masih ada lagi....

* terdengar nyah tu menangis

Nyah: Tapi ustaz, Allah nak ke ampunkan saya? Banyak sangat dosa saya ni Ustaz...

Saya: Jangan kerana dosa yang dirasakan susah untuk di ampun, kamu maintain upgrade dosa tu... Allah kan Maha Pengampun... Buat solat taubat...janji pada diri & Allah tak mahu buat lagi...Insyaallah, Dia akan ampun pada hambaNya yang insaf..

Nyah: Kalau Allah tak ampun gak macam mana Ustaz?

Saya: eh budak ni...Kan saya dah kata tadi...Allah tu Maha Pengampun.. Awak kena yakin.. mana lagi tempat untuk mengadu kalau tak pada yang Khaliq....

Nyah: Tapi saya tak tahu nak taubat macam mana Ustaz,, Bila saya niat nak taubat, badan rasa sakit-sakit..

*Seraya itu, saya terbayang jarum-jarum emas dan seekor 'sang raya' yang berbulu besar..

Saya: Awak ada pakai susuk ker...?

Nyah: Ada Ustaz...5 batang semuanya.. Salah ker Ustaz?

Saya: La... pakai susuk kan adalah perkara Syirik... Awak kena taubat nasuha dah ni....

Nyah: Tapi, nenek yang masukkan susuk ni kata tak apa sebab susuknya boleh keluar sendiri bila 40 hari lagi nak mati..

Saya: Oooo..hebat benor susuk nenek tu... Nabi pun tak tahu bila wafat, ini kan pulak susuk... Awak dah kena tipu tu... Saya nak tanya, ada tak awak kena tindih atau mimpi makhluk macam beruk....?

Nyah: Ada ustaz.. sejak saya pakai susuk tu la... Nenek tu kata tak apa..Mula-mula takut gak, tapi lama-lama saya buat biasa jer....

Saya: Astaghfirullah....tu lah Jin yang dok ganggu kamu tu... Macam mana nak berubah kalau ada sekatan macam tu...

Nyah: Ustaz takleh tolong saya ker...tolonglah Ustaz...

Saya: Kalau awak betul-betul nak bertaubat...Insyaallah, saya akan cuba ikhtiarkan... Tapi kena bawa ubat bila jumpa saya la..

Nyah: Ubat apa ustaz....?

Saya: Sila bawa daun kelor 3 ranting, air mineral 3 botol dan limau nipis 49 biji...boleh?

Nyah: Insyaallah Ustaz...nanti bila saya dah ada bahannya, saya call Ustaz...

Saya: Kalau macam tu, kita stop dulu perbualan ni.. Saya nak solat dulu.. Kita nanti sembang lain kali yer...

Nyah: Okay la Ustaz.. Assalamualaikum...

Saya: Waalaikumsalam....


Berubat

Diringkaskan cerita, Nyah tu datang ke RIDAM selepas 3 hari perbualan kami.

Pada peringkat awal rawatan, saya berikan campuran air daun kelor rukyah dan sedikit garam bukit. Hampas daun kelor tersebut saya suruh sapu pada tempat susuk dimasukkan...

Ada 5 tempat point susuk dimasukkan iaitu:
1) dahi - 1 jarum
2) bawah bibir - 1 jarum
3) pipi kanan _ 1 jarum
4) buah dada - 2 jarum

Bab bahagian buah dada yang jem sket ni.. Walaupun dia lelaki, tapi bila dah dimasukkan silikon, dah cantik lebih pada perempuan... Naik segan dibuatnya...

Dah tak ada cara lain, saya suruh tutup bahagian dadanya dengan kain perca yang saya gunting untuk nampak bahagian point susuk itu sahaja... Selebihnya tak perlulah saya tengok... meremang semacam bulu tengkuk ni....

Kemudian, saya letakkan tapak tangan di ubun-ubunnya.. Saya bacakan doa rawatan Susuk sehingga 21 kali ulangan.. Naik kebas gak la mulut ni membaca... lama tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Dengan izin Allah, akhirnya susuk tersebut keluar satu-persatu.. Susuk bahagian bawah mulut u susah sket.. Saya kena gak korek sedikit dagingnya untuk ambil susuk tu... Alhamdulillah, semua susuknya telah dikeluarkan...

Susuk pada nyah ni senang sedikit dikeluarkan sebab dari proses memasukkan hinggalah menjaga susuk dilakukan dari jin yang sama.. Jadi, jin tu juga saya arahkah padanya untuk keluarkan susuk tersebut..Kemudian, jin tu saya pindahkan ke tempat lain dengan izin Allah..

Ada juga susuk yang hanya berdamping dengan jin ketika proses memasukkan susuk itu sahaja.. Bila dah ada dalam badan, jin tu akan pulang ke bomohnya.. Jenis ni ambik masa antara 40 hingga 100 hari baru dapat dikeluarkan...

Berbalik pada Nyah tadi, dia terus sujud syukur di depan saya bila lihat susuknya dapat dikeluarkan.. Berkali-kali dia berjanji pada saya untuk bertaubat.....

Saya katakan padanya agar jangan janji apa-apa pada saya.. Janji pada diri dan pada Allah...

Saya bekalkannya dengan air rukyah, limau nipis untuk mandian selama 7 hari dan saya suruh dia beli bebapa pil vitamin untuk menguatkan semula badannya... lepas buang susuk tu, memang tak selawa ketika susuk berada dalam badannya.. Saya suruh dia jadi handsome..bukan jadi comel....

Pesakit pulang dengan penuh keinsafan selepas rawatan dilakukan...

Pesanan

Saya mendapat panggilan telefon dari seorang lagi Nyah seminggu berikutnya..

Nyah 2: Assalamualaikum... Ni Ustaz Syakirin ker?

Saya: Waalaikumsalam... Yer...siapa tu?

Nyah 2: Saya Kamal(bukan nama sebenar)...kawan Syazwan(bukan nama sebenar). Ustaz kenal Syazwan....?

Saya: Syazwan mana yer....?

Nyah 2: Alah Ustaz.. ustaz ada berubat dia minggu lepas...Dia pernah cerita kat saya Ustaz buang susuknya...

Saya: Oooo...yang itu.. nama dia Syazwan ker? Tak terlintas pulak nak tanya nama betul dia ari tu..Kenapa?

Nyah 2: Ni yang saya call ni.. Nak beritahu, Syazwan 'dah tak ada' Ustaz...

Saya: Tak ada macam mana tu maksud awak...

Nyah 2: Dia meninggal Ustaz... dia kemalangan.... Mangsa langgar lari...

Saya: Innalillahiwainnailaihiroji'un.......

Nyah 2: Saya call ustaz ni lepas baca nota dalam beg duitnya...Dia tulis atas tisu... Dia kata, kalau jadi apa-apa pada dia, dia suruh maklum pada Ustaz...

Saya: Oooo begitu.. Berapa lama awak kenal dia..?

Nyah 2: Dah 10 tahun Ustaz...kenapa?

Saya: Keluarga dia macam mana? Dia tahu tak?

Nyah 2: Kalau Ustaz kenal sejarah hidup dia, memang Ustaz akan sedih.. Ustaz nak tahu ker...?

Saya: Ceritalah...mungkin boleh jadi teladan pada orang lain...

Nyah 2: Dia tu anak yatim Ustaz.. Dari lahir, dia tak tahu siapa mak bapak dia sebab dia dibesarkan di rumah anak yatim... Kat rumah anak yatim tu lah dia diliwat senior hampir setiap hari.. Sebab tertekan, dia lari ke KL dan jumpa saya... Sayalah yang bela dia Ustaz...

Saya: Oooo...awak kerja apa?

Nyah 2: Malu gak nak cerita.... Tapi...ringkas saya katakan, saya kerja di Lorong...Saya rasa Ustaz pun paham kerja apa tu kan?

Saya: Erm....

Nyah 2: Lebih kurang 2, 3 bulan ni lah dia kata nak jadi lelaki tulen.. Dia nak bertaubat... Lepas dia baca blog Ustaz, saya tengok ada perubahan hinggalah dia jumpa Ustaz..

Saya: Saya cuma tolong jer... Tak buat apa-apa pun....

Nyah 2: Ustaz kalau tengok mayatnya kat hospital memang sejuk hati Ustaz... Bersih sungguh..

Saya: Erm..apa lagi tanda yang awak lihat pada arwah...?

Nyah 2: Dahinya berpeluh....

Saya: Syukurlah...itu tandanya sahabat kamu mungkin terpilih mati dalam keimanan... Kamu tak nak jadi macam dia ker...

*terdiam sekejap...

Nyah 2: Tulah yang saya fikir ni... Orang macam saya ni leh taubat ker Ustaz...?

Saya: Apalah takleh nyer...kawan kamu tu boleh.....

Nyah 2: Nantilah saya fikirkan... Bila saya dah bersedia, saya call Ustaz lagi yer..

................................................................................................

Selepas perbualan itu, Nyah 2 still tak berjumpa saya.. Mungkin dia jumpa perawat lain kot.. Mintak-minta cepat-cepat lah dia bertaubat...Apa yang berlaku pada 2009 ini hanyalah ikhtiar rawatan dan penyembuhnya hanya Allah SWT...

Tiada yang lebih hebat kecuali Allah SWT. Susuk hanyalah dakyah syaitan agar manusia tamak pada dunia... Jauhi susuk..Kuatkan Iman dan perbanyakkan bekal untuk ke dunia kekal... Insyaallah...hidup kita akan selamat..

Sekian...

Kelebihan Malam Ramadhan

• Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

• Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

• Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

• Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

• Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

• Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

• Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

• Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

• Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

• Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

• Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

• Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
o - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
o - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
o Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

• Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
 Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
 Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

• Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

• Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

• Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

• Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

• Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Selamat menyambut ramadhan di ucapkan pada pembaca, penyokong, peminat dan pembangkang RIDAM. Semoga di bulan yang penuh dengan gandaan pahala ini, dapat kita nikmati dan lalui dengan hati yang sabar, tenang dan ceria di bawah lindungan Allah SWT sentiasa.

Untuk makluman, jadual RIDAM di bulan RAMADHAN adalah seperti berikut:

1. Rawatan Bekam dan Refleksologi hanya di lakukan pada siang hari sahaja.
2. Rawatan Islam hanya dilakukan pada waktu malam (kecuali malam Jumaat) iaitu selepas 9:30 malam.

Setiap rawatan hanya dilakukan setelah ada temujanji. Pihak RIDAM tidak akan melayan kes 'singgah mengejut' bagi pesakit yang ingin melakukan rawatan tanpa temujanji dengan RIDAM terlebih dahulu.

Untuk maklumat harga rawatan atau hal-hal yang berkaitan, elok kiranya layari http://www.ridam.cjb.net/ .

Harap maklum.

I Can't fly young man....!

Teringat kepada kisah lama rawatan sewaktu saya belajar di Malaysia France Institute (MFI)dulu. Pada waktu itu, saya juga belajar secara sambilan di pusat rawatan refleksologi dengan Master Chin di Briekfield, Kuala Lumpur. Kalau nak belajar, manalah saya mampu nak bayar kosnya.. Jadi, saya mintak kerja. Walaupun dibayar hanya RM5 satu kepala, ilmu saya dapat. Kalau sehari dapat 10 pelanggan, dapatlah RM50. Cukuplah masa tu kehidupan sebagai pelajar..

Saya juga buat part-time membaiki komputer. Harga servisnya saya kasi separuh dari harga kedai. Maklumlah, duit kedai dah tak perlu sebab saya repair di bilik asrama kolej jer... :D

Bab merawat juga saya tak terkecuali. Boleh dikatakan hampir setiap minggu pesakit ambik saya ke rumah untuk berubat. Nak berubat di kolej memanglah tak boleh...

Banyak-banyak kes yang paling seronok ialah ketika saya dijemput ke Penang bagi mengubati seorang Dato' yang dirasuk jin dari Perancis...Biarlah saya gelarkan namanya Dato' N saja.

Dato' N ni baru seminggu balik dari Perancis atas urusan perniagaan. Balik jer dari Perancis, dia tak dapat cakap Melayu. Bahasa yang dok selalu guna ialah bahasa Perancis dan Inggeris (slang Perancis jugak). Naik hairan anak bini bila tengok Dato' ni. Nak kata dia pandai cakap Perancis, tak tahu bila pulak dia belajar.

Kalau dilihat dari keadaannya, tiada apa yang pelik pun tentang Dato' ni... Nampak normal jer...Makan, minum, tidur, semuanya macam biasa..Normal!

Mendengar kepada cerita isterinya melalui telefon, saya bersiap sedia ketika di awal perjalanan lagi. Dari stesyen bas pudu hinggalah saya sampai di Penang, hati saya tidak henti-henti membaca Doa NabI Yunus sebagai 'bekal' jika berlakunya serangan yang tidak diingini...


Saya diambil driver Dato' dan terus ke tempat yang dituju. Sewaktu sampai di muka pintu rumah Dato' tu, saya mendengar jeritan dari dalam rumah...

Dato': "What the hell you come here...!". "None of your business...&%*$#@$%^!"

Saya tahu, suara dalam rumah tu ditujukan pada saya. Tapi saya dengan selamba beri salam penuh. Masuk ke rumah Dato' tu, saya lihat dia dipegang anak-anak dan beberapa saudaranya... Matanya tajam merenung saya....

Saya: "Assalamualaikum.... who are you..? I not want to disturb you. But why you enter this body?"

Dato': "Hey...hang tok sah cakap English..aku paham la apa kau cakap..."

Isteri Dato': "Hey..! hari tu aku tanya hang ngeleng kepala.. Kata tak reti cakap Melayu..Aku dah panggil bomoh muda ni. Biaq sat gi bomoh ni ajaq hang.. "

Saya menunjukkan isyarat JANGAN pada isteri Dato'. Dalam pemerhatian saya, jin jenis ni boleh dibawa berbincang..

Saya: "Wahai hamba Allah. Sudi tak kalau saya suruh orang yang pegang tubuh ni lepaskan tangan diorang?"

Melalui badan Dato' tu, jin mengangguk.

Saya: "Tapi ada syaratnya.. Kalau nak dilepaskan dan tak nak sakit, kau kena kerjasama la. Bila tanya kau jawab. Kau juga tak boleh mengamuk. Boleh..?"

Sekali lagi jin tu mengangguk. Sebelum dilepaskan, saya buat isyarat pagar bulatan di sekitar tempat duduknya. Manalah tahu takut-takut jin tu berubah fikiran nak mengamuk pulak nanti.. 'Prevention is better than cure'.

Maka, badan Dato' dilepaskan..

Saya: "Saya hanya nak kau jawab dengan jujur. Ringkas saja soalannya. Siapa nama kamu? Asal kamu? Agama kamu dan kenapa ganggu Dato' ni?

Jin: "Nama saya Alice. Saya dari France. Saya beragama Kristian. Saya Protestan.."

Saya: "Ooooo..tapi kamu tak jawab lagi.. Kenapa kamu kacau Dato'..?

Jin: "Saya suka dia Ustaz.. He's very clean..."

Saya: "Clean..?"

Jin: "Ya...Ramai orang tak suka basuh kencing... tapi Dato' ni basuh.. Saya pun suka bau minyak wangi dia.."

Saya: "Mana kamu tahu dia basuh? kamu intai ya..."

Jin: " ya lah...saya sendiri yang tengok" . Dia kemudian tersenyum malu...

Saya: "Kamu ni ada-ada sajalah.. Beginilah, saya tak suka bunuh kaum kamu sebab kamu pun makhluk. Saya bagi kamu pilihan. Jika kamu sudi keluar dari tubuh Dato' ni, maka insyaallah, kamu akan selamat. Tapi jika tiada pilihan, saya akan membunuh kamu..Kamu nak kena bunuh..!"

Berkali-kali dia mengeleng kepala dan nampak ketakutan..

Jin: "Saya memang nak balik, makanan kat sini pedas-pedas.. Saya tunggu Dato' ni balik France, nanti saya keluarlah..."

Saya: "Kenapa kau tak keluar jer...Masuk boleh...datang boleh...pergi pun boleh la.."

Jin: "I can't fly young man...!"

Ketika itu saya teringat kepada hadis Nabi berkenaan jenis-jenis jin ni. Memang ada di antara puak mereka yang tak boleh terbang..

Saya meminta izin untuk berwudhuk dan solat hajat dari isteri Dato'.. Ketika di sujud yang terakhir, alhamdulillah, saya mendapat ilham untuk mengatasi masalah tersebut..

Saya mengadap Dato' yang kerasukan tu semula..

Saya: "Kalau saya tumpangkan kamu ke France kamu nak keluar tak..?"

Jin: "Nak...tapi macam mana..?"

Saya: "Kamu masuk kot mana ari tu?"

Jin: "Saya masuk ikut kaki..kenapa?"

Saya: " Kalau macam tu, insyaallah, saya akan keluarkan kamu melalui kaki tubuh ni.."

Dia mengangguk...

Saya panggil anak Dato' yang paling tua. Padanya, saya suruh semak jadual penerbangan ke Kuala Lumpur di Airport Bayan Lepas dan Jadual penerbangan mana-mana syarikat ke Perancis di KLIA. Saya minta secara detail iaitu masa berlepas, tarikh, pintu pelepasan di airport dan jumlah kekosongan penumpang.

Setelah semuanya tersedia, saya minta disewakan teksi. Teksi ini akan datang ke rumah dan disuruh (kononnya) menunggu seseorang di Airport Bayan Lepas. Bila sampai, pintu belakang harus segera di buka kononnya orang yang perlu dijemput suka begitu..

Kalau beritahu teksi tu untuk hantar Jin, confirm dia tak mahu punya.... hehhee

Saya: "Alice...sebelum kau keluar, sudi tak kalau kau memeluk Islam..."

Dia membentak dan mengeleng kepala...

Saya: "Baiklah...Islam tidak pernah memaksa untuk memeluk agamanya.. Tapi saya doakan kamu akan masuk Islam juga nanti... Kamu dah faham apa yang perlu kamu buat bila teksi sampai nanti...? tentu kamu dah dengar perbualan saya dengan anak Dato' ni kan?"

Dia mengangguk tanda faham...

Bila teksi tu sampai, saya melakukan 'Teknik Senafas' agar jin tersebut keluar dari badan. Memang terasa seperti hembusan angin keluar melalui kaki Dato' hingga ke pintu rumah..

Tidak lama kemudian, Dato' tersedar... Rupanya, dia tak tahu pun dia dah balik Malaysia...! Terpinga-pinga melihat dia bertanya pada anak isterinya... kesian..

Tiga hari kemudian, saya bermimpi berjumpa Alice.. Dia dah sampai dan mengucapkan terima kasih kerana tidak mengasarinya tempoh hari.. Dia pun bercadang nak masuk Islam katanya sebab jumpa Jin lelaki dari Yaman di Perancis...

Semoga Allah memberikan hidayah pada Alice. Amin..

Santau Pisau Gillete....!

Sepasang suami-isteri datang ke RIDAM untuk mengadu masalah penyakit yang dialami. Si suami berasa pedih-pedih pada badannya. Katanya terasa seperti terkena cili...pijar sangat-sangat.....

Isteri pula sakit dibahagian kerongkong... Dia syak terlekat tulang ikan.. Tapi bila di X-Ray, doktor kata tak ada apa-apa.....dah 3 bulan katanya...

Saya mengubati suaminya terlebih dahulu.. Memang semasa meletakkan tangan dibahagian belakang badannya, saya terasa seperti 'sesuatu' menular ke dalam badan. Tak semena-mena saya terasa gatal..Miang sungguh rasanya.. Dari simptom yang dirasakan, saya mengesyakki si suami terkena Santau...

Maka saya ambilkan satu botol penuh garam bukit RIDAM dan campurkan dengan setengah gelas air rukyah.. Saya suruh dia minum dan rehan sekitar 15 minit untuk bahan tersebut mengalir dalam tubuh..

Tapi tak sampai 10 minit, suaminya muntah-muntah... Dari pemerhatian saya dan pesakit bila melihat dalam muntahnya, terlihat seperti hama halus yang bergerak-gerak.. Masih hidup lagi.. Suaminya pula hilang serta-merta penyakit yang dialami.. Cuma suaminya keletihan sebab perut dah kosong..tenaga pun dah habis..

Pada isterinya, saya gunakan kaedah yang sama... Waduh...tiada kesan nampaknya...

Maka, saya carikan Daun Kelor. Kemudian, daun tersebut saya tumbuk dalam sukatan yang sesuai untuk rawatan bersama campuran air rukyah dan 3 cubit beras.. Saya berikan air tapisan tersebut untuk diminum sebanyak 3 gelas..

Selang setengah jam, pesakit muntah darah.. Naik panik gak saya dan suami pesakit. Tapi gerak hati mengatakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.. Saya bagi isyarat tangan pada suami supaya bersabar seketika...

Tidak lama kemudian, si isteri memuntahkan kepingan besi nipis dari mulutnya bersama lendir berwarna hitam......

Bila dilihat, masyaallah....! tak pernah saya mengubati Santau yang mengeluarkan pisau gillete..! Tak berkarat lagi pisau tu....

Saya tanya kat pesakit.."awak ada makan pisau gillete ke selama hidup ni?". "ish...mana ada ustaz...nak pegang pun kena hati-hati..ni kan pulak nak telan..."

syukurlah, sakit pesakit dah sembuh.. Saya berikan habbatus sauda' bersama campuran madu untuk dibuat rawatan dalaman bila pulang ke rumah nanti...

Apa-pun, pengalaman sebegini adalah yang pertama dalam rawatan santau. Setakat keluar paku, kaca, rambut, makanan sihir tak hadam, ulat, anak lintah, kaki katak dah biasa sangat dah...

Semuanya dengan izin Allah..Saya hanya berusaha... Wallahu'alam

Pengalaman Menuntut Bersama Allahyarham Kiyai Haji Suffian

Assalamaualaikum
Sudah ramai yang bertanya saya berkenaan Allahyarham Kiyai Haji Suffian dan perjalanan saya menemuinya. Insyaallah, paparan kisah ini akan diterbitkan dalam bentuk Novel KISAH BENAR pengalaman RIDAM suatu hari nanti.

Pada kali ini, saya akan coretkankan perjalanan ringkas pengalaman saya bertemu Allahyarham Kiyai Haji Suffian di Tenggarong Indonesia.

Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir untuk ke Tenggarong seumur hidup saya. Apatah lagi nama daerah tersebut tidak pernah saya dengari. Semuanya bermula ketika saya bekerja di Penang sebelum masuk ke Universiti Teknologi Mara Dungun (tak habis pun U ni..).

Ketika di Penang, saya bekerja di Kilang Jabil Circuit di Bayan Lepas. Di situ, saya bekerja sebagai Operator Pengeluaran dan tinggal bersama rakan sekerja seramai 16 orang di Flet Bayan Lepas. Bayangkan kalau 16 orang duduk berkongsi rumah flet 2 bilik. Kalau tengah bulan hari minggu, jawabnya boleh tidur sampai depan pintu tandas la..

Boleh dikatakan hampir setiap malam (hari off) saya ke Masjid Bayan Lepas. Di situ, saya rapat dengan Ustaz Abu Bakar yang juga pekerja kilang di Seagate. Saya panggil dia ustaz sebab ilmu agamanya cukup tinggi walaupun dia bekerja dalam bidang teknikal. Bukan asal total didikan agama pun...

Antara perkara yang selalu saya bincang dengannya adalah berkenaan hal rawatan Islam. Boleh dikatakan acap kali dalam nasihatnya, dia suruh saya cari ilmu tersebut lebih mendalam di Indonesia... Tapi indonesia kan luas? Daerah mana yang perlu saya tuju. Pada hemat saya di kala itu, saya hanya fikirkan Jakarta, Bali, Bandung, Lombok dan Acheh. Itupun saya tahu dari TV dan surat khabar...

..

Mimpi

Sebelum saya ke Tenggarong, saya pernah bermimpi bertemu seorang lelaki tua yang alim wataknya. Boleh dikatakan hampir setiap malam saya bermimpi berjumpanya. Setiap kali bertemu, dia menyuruh saya ke Mulawarman.

Naik pening kepala saya sebab nama Mulawarman tak pernah saya dengar. Saya Cuma mengagak itu salah satu daerah Indonesia sebab bahasa orang tua tersebut ialah dalam loghat Indonesia.

Berangkat

Tiba masa yang dituju (duit dah cukup), saya ke KLIA untuk menempah tiket. Banyak-banyak syarikat yang saya lihat, Garuda lebih murah tambangnya. Maka saya beli lah tiket ke Jakarta.

Pasal naik kapal terbang saya tak risau sebab dah ke Mekah sebanyak 2 kali sebelumnya. Setakat perjalanan 2 jam 15 minit apalah sangat. Nak ke Mekah pun dekat 11 jam...

Sampai di Jakarta, saya buntu nak ke mana... Mana aku nak pergi ni..? Kejer giler betul aku ni.....

Bantuan

Sedang duduk di kafe dalam airport kat Jakarta tu, saya ditegur seorang lelaki dari indonesia yang berpakaian ala-ala geng Tabligh..Memang tepat dia teka saya ni anak Malaysia sebab katanya, cara orang Malaysia dressing berbeza dengan cowok Indon.


Saya bertanyakan berkenaan Mulawarman padanya... Syukur pada Allah, dia ni pakar sejarah Indonesia. Mulawarman tu sebenarnya adalah kerajaan lama di Tangga Arung yang kini di kenali sebagai Tenggarong di Kalimantan Timur.

Dari dia, saya mendapat petunjuk untuk ke sana. Oleh kerana asyik berbual, sampai sudah saya lupa nak tanya SIAPA NAMANYA....

Ke Tenggarong

Dari Jakarta, saya ambil tiket ke Balik Papan. Perjalanan pun tak lama. Cuma sekitar 2 jam saja.

Waktu sampai di Airport Sepinggan, terkejut gak la dengan pemandangan di Balik Papan ni. Kalau kat Malaysia, kira lebih sikit dari Bandar Kerteh. Bandar Balik Papan ni bandar Minyak. Banyak orang kaya-kaya kat sini. Rumah pun besor-besor belako.... Pantai dia fuhhhhh....cantik habis....

Dari Balik Papan, saya naik bas ke Tenggarong melalui Samarinda. Jalan kat situ kalah jalan Janda Baik di Malaysia... Kecut perut gak la...

Perjalanan Cuma 2 jam setengah.. Tapi badan memang penat habis sebab bas banyak sangat break mengejut. Naik lenguh badan rasanya....


Di Tenggarong

Sampai di Tenggarong, mata saya tak habis memandang kota pelancongan ni. Memang bersih dan cantik habis.. Siap ada pulau lagi kat tengah sungai.. Biasanya pulau kat laut kan. Pulau tu namanya Pulau Kumala. Ianya berada di tengah Sungai Mahakam iaitu sungai yang paling besar di Kalimantan Timur.

Bermalam

Masa sampai di stesyen bas Kutai, saya tak tahu dah nak buat apa... Tak tahu nak pergi mana.. Memang seram bila ramai yang tengok saya semacam jer.. Maklumlah...orang luar..

Saya cuma jalan-jalan hingga ke Pasar Jonggon (pasar petang). Pasar ni letaknya di belakang pasar awam Tangga Arang. Syok jugaklah tengok barang-barang kraftangan yang dibuat oleh kaum suku Dayak di Tenggarong ni..

Lama melilau dalam pasar tu, saya melihat pertunjukan silap mata dari seorang penjual ubat. Memang hebat...bila tikam tak lut...potong lidah leh sambung balik... punggung siap leh terangkat dari lantai lagi... fuhhhh....dasyat betul...

Rupa-rupanya, dari awal si lelaki yang buat silap mata perhatikan saya... Habis pertunjukkan, dia terus tanya saya dan teka saya orang Malaysia.. Bangga betul jadi anak Malaysia ni......ramai orang kenal....!

Dipendekkan cerita, lelaki tu ajak saya bermalam di rumahnya selepas pecah perut ketawakan saya. Dia kata saya ni lucu sebab datang jauh-jauh nak menuntut ilmu.. Dia kata saya ni banyak sangat terpengaruh dengan filem dalam TV..

Saya peduli apa dia nak kata apa... Yang penting saya tahu, ada sebab gerak hati menyuruh saya ke sini....

Susuk

Pada malamnya, lelaki saya saya panggil Wak Ijo (hijau) tu offer saya untuk jadi kebal macam dia... Saya yang bodoh ni terima jelah... Rupa-rupanya dia masukkan susuk besi kuning dalam badan saya.. Memang tak lut sungguh la.... sihir rupanya.. Saya pun tak dapat mengelak sebab nak jaga hati tuan rumah...

Ke rumah Kiyai

Lepas subuh, Wak Ijo cepat-cepat bagi saya sarapan.. Nampak macam tergesa-gesa.. Bila saya tanya kenapa nampak gopoh sangat, dia kata dia mimpi kena marah..

Dia kata guru saya bukan dia. Tapi guru saya ada dalam hutan kat pinggir kampung ni (Desa Baroh). Dengan naik motor, saya melalui kebun getah, kubur dan parking motor kat hujung jalan denai. Kami kena jalan kaki pula dekat 2 jam untuk sampai ke tempat yang dituju..

Ditegur
Nampak saja rumah kayu suram di hadapan, Wak Ijo terus tinggalkan saya... Saya ni apalah lagi.. Rasa nak menangis pun ada bila kena tinggal macam tu.. Tapi saya beranikan diri...

Saya beri salam sepenuhnya... Salam saya dijawab, tapi tak pula di ajak masuk ke rumah.. Suara dari dalam tu memarahi saya kerana ambil ilmu kebal dari Wak Ijo....Sebelum di ajak saya masuk ke rumah, dia suruh ambil lalang kat tepi tempayan depan rumahnya...

Masuk ke dalam dengan hati berdebar-debar, saya lihat seorang lelaki duduk atas sejadah. Wajahnya memang bersih.. Memang tenang bila tengok wajahnya...

Dia suruh saya duduk bersila depannya... Lalang tu di toreh di lengan saya... Meraung saya dibuatnya bila torehan tu melukakan saya sampai nampak daging putih.. Tapi yang peliknya, satu titis darah pun tak mengalir... Bertakung jer kat situ...

Digosong-gosok dengan tangan kanan, kemudian dia tunjukkan besi kuning dari dalam tubuh saya. Selepas itu, dia ambil sedikit air dan basahkan tangannya.. Kemudian dia sapu di tempat luka tersebut...

Subhanallah, luka saya terus bertakup dan parut ada sampai sekarang..

Dengan senyum, dia kata, parut ni tanda saya telah buat salah... Dia suruh saya mandi, solat taubat dan makan bersamanya....

Sewaktu makan, sempat dia tanya ’KENAPA BARU SEKARANG BARU SAMPAI’. Katanya, dah lama dia tunggu saya......

Mulai saat itu, saya tinggal bersamanya selama 2 minggu. Kemudian saya balik ke Malaysia dengan duit yang terisi semula dalam poket sewaktu saya sampai di KLIA. Dia tak pernah kasi saya duit. Tapi bila sampai kat KLIA, duit yang saya guna untuk ke Tenggarong seperti tak terusik.. Siap bertambah lagi...Saya hanya sempat berjumpanya 3 kali saja. Kali ke-empat dia dah arwah... Tu pun saya tahu selepas mimpikan dia.. Anak murid dia (indon) ada kerja kat Malaysia.. Dia cari saya cuma nak beritahu pasal kematian Kiyai. Kemudian dia terus hilangkan diri tanpa beritahu siapa dirinya...

Banyak jugalah yang akan dimuatkan tentang kisah pengalaman saya bersama Kiyai dalam novel saya nanti. Antaranya kisah bagaimana dia berlawan dengan jin, beristerikan bunian, saya pengsan kerana serangan, bedah batin, ilmu zikir nafas, mata kasyaf dan banyak lagilah...

Banyak-banyak guru, Allahyarham Kiyai Haji Suffian satu-satunya guru yang hanya marah saya hanya SEKALI iaitu sewaktu pertemuan pertama kami...

Kehilangannya amatlah saya rasai.......belum puas rasanya mencedok ilmu dan pengalaman darinya...

Website Terbaru RIDAM

Untuk penerangan produk dan maklumat mengenai RIDAM, pembaca dialu-alukan melayari laman web terbaru RIDAM di:




Jin Gabungan

RIDAM didatangi pesakit lama yang datang dari Kuala Lumpur. Memang selalu diorang menziarahi RIDAM jika balik ke rumah ibu bapa mereka di Kemaman.

Cuma kali ini, si isteri mengadu sakit di bahagian rusuk kirinya. Pada mulanya, saya hanya mengesyakki itu adalah 'gangguan angin' dalam tubuh. Jadi, saya gunakan amalan bangkit saraf dari apa yang di ajarkan oleh Pok Su Nor Bachok kepada saya. Kemudian, saya bekam angin di bahagian tersebut. Nampaknya...kesakitannya beransur kurang. Saya meminta pesakit beli Air Mawar dan Tepung Ubi bagi tindakan rawatan selanjutnya.

Elok juga kata pesakit sebab keesokkan harinya mereka pun dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Setelah mereka keluar dari RIDAM, hati saya berasa kurang selesa. Seperti sesuatu akan berlaku keesokkan harinya. Seraya itu, saya terbayang Signboard Exit ke salah satu daerah di Lebuhraya Pantai Timur.. Kenapa pulak la dah terbayang benda tu..?

Malam itu juga, saya lenakan diri dengan ayat Ilham..Moga-moga, dapatlah petunjuk yang boleh saya jadikan panduan..

Subuhnya, saya terjaga sepertimana rutin harian. Dalam ingat-ingat lupa, saya mengingati mimpi semalam.. Masih saya ingat.. ada dua orang lelaki dan satu makhluk yang mukanya macam anjing tapi berbadan manusia... Lelaki pertama saya lihat sedang menatap gambar wajah si pesakit (isteri) di tepi tingkap. Lagak lelaki tersebut seperti mengalami kekecewaan. Lelaki yang kedua pula kelihatan seperti bomoh indonesia. Saya katakan bomoh indonesia berdasarkan pemakaian dan jampi yang dibaca pada patung yang dibuat dari tanah liat di hadapannya. Makhluk hodoh itu pula asyik memeluk kaki pesakit. Saya seperti melihat sebuah drama. Mereka seolah-olah tidak tahu saya melihat mereka...

Apa benda pulak la kali ni........? Saya hanya berfikiran positif. Mungkin itu mainan tidur....

Sekitar jam 6 petang, pesakit datang sekali lagi ke RIDAM. Tapi ada sedikit kesilapan bila tersalah beli bahan rawatan. Tepung ubi yang disuruh beli, tepung beras pulak yang disapu.. Suami pesakit minta keizinan untuk datang sekali lagi pada malam yang sama. Kali ni katanya akan dibawa bahan yang sebetulnya.

Sekitar jam 10 malam, pesakit datang. Pesakit saya yang ni memang tak sah kalau datang tak bawa 'buah tangan'. Maka, kami bersembanglah seketika selepas bahan rawatan siap dirukyah.

Ketika membicarakan bab solat hajat, si pesakit kelihatan tidak selesa. Tangannya menggeletar dan matanya berkedip laju... Adus... nak kena serang lagi ke ni...? Saya hanya tenangkannya dengan kata-kata motivasi.. Minta-minta janganlah ada kes kerasukan kerana tenaga saya sudah kehabisan ekoran rawatan seharian yang padat di siangnya...

Saya berikan segelas air yang dirukyah dengan ayat-ayat merawat sakit meroyan. Memang panas-panas 'ayat'nya.. Erm...jenuh jugaklah nak kasi dia minum.. Macam ada sesuatu dalam tubuhnya yang menghalang dia minum air rukyah yang diberi..

Nak tak nak, terpaksalah berubat jugak.. Saya dudukkannya di ruang rawatan dan melakukan kaedah rukyah terbaru hasil ilham yang saya dapat. Konsepnya amat mudah kerana sistem posisi antara pesakit dan perawat meletakkan perawat berada dalam keadaan selamat jika pesakit kerasukan agresif. Ayatnya juga mudah kerana hanya dibaca Azan 1x, Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x, salam 8 dan ayat dalam surah Al-Hasyr.

Pesakit meraung kesakitan bila di rukyah.. Saya juga terkejut kerana aura negatif yang keluar dari tubuh pesakit dapat dirasai hingga jarak 6 meter! Boleh jelas dirasa seperti lingkaran haba keluar dari badan pesakit. Bukan saya seorang yang rasa, bapa pesakit yang berada di ruang menunggu pun merasainya...

Oleh kerana nampak semakin kritikal pada keadaan pesakit dan saya juga kepenatan, saya suruh pesakit balik mandi air rukyah dahulu. Jika belum pulih dalam 1 jam, datang semula ke RIDAM. Rumahnya pulak tak lah jauh sangat dengan RIDAM...Sempatlah saya ubati diri dengan rawatan zikir nafas bagi memulihkan tenaga badan..

........

Tak sampai setengah jam, ayah pesakit menefon saya.. Katanya pesakit dah kerasukan.. Siap merangkak nak lari dari rumah lagi.. Anak yang menyusu badan pun tak dihiraukan... Meraung-raunglah budak tu kelaparan... Saya bersetuju ke rumahnya..

.........

Sekitar jam 11:45 malam, saya sudah berada di rumahnya. Ketika masuk ke rumahnya, dilihat lantai rumah basah lencun. Rupanya, air yang nak dimandikan untuk pesakit ditendangnya. Atar Kasturi Rukyah RIDAM pun dibaling.. Habis hilang isinya...

Waduh...ini kes besar ni.. Bukan kes cap ayam ni.. Cap apa tak tahulah ni....

Saya memegang belakang pesakit sambil dibacakan ayatul ahzab berulang kali. Ketika sesi tersebut, gerak hati menyuruh tangan menepuk-nepuk belakang badannya sambil diulang ayat yang dibaca... Tanpa disedari, saya mendengar bisikan dari arah telinga kanan..

" Ambik kau ustaz...! Aku kasi bisa kala jengking sket kat kau..nah.....!"

Memang selepas itu dalam dada saya panas.. Bibir saya juga kebiruan serta merta... Macam rasa nak mati dah rasanya... Saya termuntah-muntah lendir kuning. Itu pun saya nekad dengan membaca Bismillah 5 berulang kali.. Sakitnya Allah sajalah yang tahu...

Melihat kepada serangan juga ditujukan pada saya, saya berehat sebentar. Keluarga pesakit saya suruh bacakan yasin sebelum rawatan selanjutnya dibuat...

Saya mengambil angin di luar rumah pesakit seketika...

........

Ketika berehat di anjung rumah, gerak hati saya seperti di sapa..

' Kau dah lupa apa yang kau belajar Syakirin...?' halus suara tersebut..

Saya cuba mengingat kembali suara tersebut......siapa empunya suara ni..?

Erm...ni mungkin mainan syaitan...Seraya itu saya bacakan amalan pendinding lam alif.. Mana lah tahu takut-takut......

Tapi tak datang pulak dah bisikan tu...pelik pulak dah...
Saya panjatkan doa pada Allah dengan bahasa awam... Berkali-kali saya minta ditunjukkan jalan.. Pesakit nanti nak pulang ke KL untuk bekerja... Takkan nak cuti jer....

Hati saya tiba-tiba teringat pada arwah guru saya si Pak Zali....

Tiba-tiba......."hah...aku ingat dah...pernah handle kes ni dengan Pak Zali dulu......syukur ya Allah..."

Jalan keluar telah saya temui...insyaallah
......

Semasa masuk ke rumah, sesi bacaan Yasin masih berlangsung. Kelihatan adik beradik dan bapa pesakit bersungguh-sungguh membacanya..

Saya ke dapur berjumpa ibu pesakit. Saya mintakan sebaldi air dan sebatang lilin.. Bahan ini akan saya gunakan dalam rawatan Kebatinan...

---

Saya duduk bersila di hujung kaki pesakit.. Bacaan Yasin masih jelas kedengaran..
Saya bacakan ayat-ayat ayatul ahzab pada air.. Lilin dinyalakan...

Saya memejam mata sambil membaca berulang kali ayat surah Al-An'am:103... Saya pastikan tangan saya dapat merasai hawa dari api lilin dan hawa sejuk dari air dalam baldi. Konsep aura saya gunakan sebagai persediaan awal jika berlaku perkara yang tidak diingini...

Semakin lama saya berzikir, saya tidak merasai jasad diri.. Terasa seperti di awangan......

Maka di situ saya yakin, diri saya sudah berada di alam batin.

.....

Saya berada di hadapan seorang lelaki. Lelaki itulah yang saya lihat dalam mimpi.. Kedatangan saya seperti sudah dijangka..

Lelaki: "Hidup lagi kau yer ustaz muda. Baru setahun jagung nak lawan orang lama...!"

Saya: " Kenapa tanya aku ni hidup ke tak...? kau takut? "

Lelaki: "Takut apa setakat ilmu kau tu kat hujung jari aku ni...kau tak serik lagi ker kena bisa aku hantar tadi?"

Saya: " Bisa tu hanya jadi kalau Allah izin... Kau ni bertaubatlah....masih belum terlambat lagi..."

Lelaki: "Kau ni saper hah budak nak nasihat aku...!Ambik nih.......!"

Jurus api pertama dari lelaki tersebut tidak dapat saya elak.. Memang terasa sakit di ulu hati lepas serangan tersebut... Terbatuk-batuk saya menahan sakit...

Dalam hati saya ulang bacaan 'La takhof wala tahzan innallah ha ma ana' berulang kali..

Dia masih belum puas hati.. Jurus kedua dilancarkan pada saya.. Seraya itu, aura dari air yang telah saya rukyah diguna sebagai dinding. Jurusnya terpadam.....

Lelaki: " Kau pakai apa tu hah....! Jembalang mana kau guna lawan aku ni...?!"

Saya: " Jembalang mana pulak ni...? Yakin aku hanya pada ALLAH..Bukan macam kau tu...tak habis-habis buat naya orang"

Sebelum dia bertindak, saya lancarkan jurus api dari aura lilin yang sudah tersedia. Memang hebat lelaki ni... Tiga serangan yang diberi, hanya ditempis mudah...

Sesekali nampak lelaki itu tersenyum sinis...

Saya tidak mudah mengalah.. Maka saya bacakan doa hati quran.. Melalui dua tapak tangan, saya qasadkan bulatan tenaga sebesar ruang tempat duduk lelaki tersebut. Dengan lafas takbir, saya halakan padanya...

Dengan izin Allah, dia terkena serangan yang diberi.. Kalau dilihat, badannya habis terbakar.. Macam daging di salai...bau hangus dapat dihidu....

Kes pertama sudah selesai...Syukur ya Allah...

Saya kemudiannya berhadapan dengan makluk berkepala anjing.. Jika berhadapan dengan jin jenis ini, petua dari Arwah Tuk Ayah Lah saya gunakan... Dengan mengulangi ayat 4 dalam surah Al-Fatihah, saya geserkan tapak tangan. Saya qasadkan saya sedang melenyek-lenyek tubuh badannya..

saya bacakan mantera bangkit sebanyak tiga kali..

" Hey si gembala.. Aku tahu asal usul mu... Mani manikam dirimu bukan dari al-Hak.. Benih kotor luluh asal jadi dirimu.. Jatuhlah kamu pada Al-Jabbar.. Bukan aku yang menikam tapi Allah yang menikam.. Bukan aku yang tumbuk, tapi Muhammad yang tumbuk... Bukan aku yang sentuh, tapi Malaikat yang sentuh.. Sat sifat pandang Wali... Makrifat sejagat kurniaan Allah.. Hancur kamu dengan api neraka tujuh...hancur kamu laknatullah...hancur kamu bagai debu jahannam....dengan berkat Lailahaillallah..Muhammadurrasulallah....."

Makhluk itu melolong kesakitan.. Dia terbakar.. Sedikit demi sedikit jasadnya hilang dibawa angin...

....

Ketiga kalinya, saya melihat seorang lelaki sedang menatap gambar lama pesakit.. Ketika ingin mendekatinya, datang seorang lelaki bercawat. Nampak lagaknya seperti orang asli...

Tiada kata-kata yang dilafaz.. Dia hanya menunjuk isyarat maaf dan menghadang saya mendekatinya. Dari isyarat tubunya, dia tidak mahu berlawan.... Isyaratnya juga menunjukkan dia mahu mengambil semula gangguan yang dihantar pada pesakit...

....

Saya tersedar dari perjalanan kebatinan.. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.. Masih terasa sakit di dada dan ulu hati terasa pedih kesan serangan tadi...

Pesakit sudah beransur sembuh... Saya pinta pada keluarga pesakit mengalih pesakit di bahagian dapur.. Di situ, pesakit dimandikan dengan air rukyah dan dibiarkan 5 minit sebelum dikeringkan.

Pesakit juga saya suruh sapu dengan air mawar dan tepung ubi yang siap dirukyah. Alhamdulillah...pesakit sudah normal dan menyusukan anaknya yang sudah lama kelaparan..

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan dalam kes ini ialah:
1. Pesakit diserang sihir pengasih, sihir sakit, sihir pemisah dan tumpangan jin.
2. Ketiga-tiga jin yang mengganggu pesakit telah bergambung setelah pesakit berniat untuk solat hajat bagi memohon petunjuk angkara gangguan dalam dirinya.

Wallahu'alam
....

Saya pulang ke rumah sekitar jam 3 pagi.. Masih banyak yang perlu saya lakukan untuk merawat diri.. Perjalanan pulang berjalan baik walaupun kesakitan di dada masih terasa...

....

Tiada yang lebih mengetahui kecuali Allah... saya hanya berikhtiar... moga-moga diri ini diberi petunjuk dan diberkati Mu ya Allah..Amin
 
Blogger Templates