Ads 468x60px

Penat dalam sejarah

Hari Jumaat (semalam) adalah hari yang paling penat dalam sejarah RIDAM merawat pesakit.

Bermula seawal pagi, RIDAM didatangi pesakit veteran yang mengalami masalah gout. Dengan rawatan herba, insyaallah, pesakit akan sembuh dalam 3 minggu jika mengikut aturan pemakanan ubat seperti yang disarankan disamping bertawakkal pada Allah.

Isteri pesakit juga tidak terkecuali minta di ubati kerana masalah sakit di bawah tapak kaki. Bila di diagnos secara teknik refleksologi, pesakit mengalami masalah pernafasan dan sakit dada. Rawatan padanya akan dilakukan di lain masa kerana tiada bahan ubatan yang dibawa.

Kemudian, RIDAM didatangi pesakit dari Kuala Terengganu yang mengalami masalah lemah badan. Rawatan Islam dan Alternatif diguna dalam mengesan penyakit yang dialami. Hasil diagnos yang dibuat, pesakit disyakki mengalami masalah Enemia / Talasamia. RIDAM syorkan agar pesakit merujuk pada rawatan klinikal terlebih dahulu bagi mengesan ketepatan penyakit yang alami. Jika hasilnya pada penyakit yang tepat, insyaallah, ada ubatnya secara rawatan alternatif.

RIDAM berehat sebentar bagi memberi ruang untuk solat Jumaat.

Sekitar jam 3 petang, RIDAM didatangi pesakit yang mengalami masalah batuk berdarah dan gangguan malas bekerja. Hasil diagnos yang dibuat, pesakit mempunyai masalah gangguan jin tafrik dan 'kaedah tarik' digunakan.

Kemudian, RIDAM dihadiri pesakit downsindrom yang mengalami masalah sakit lutut yang kronik. Hasil diagnos yang dibuat, pesakit mengalami masalah saraf di sekitar tepi tempurung lututnya.

Ibu pesakit juga tidak terkecuali minta dirawat kerana mengalami masalah gangguan sihir dan amalan 'syarat tubuh' yang masih belum dibuang.

Selepas maghrib, RIDAM menyiapkan 'pendinding daun jelatang gajah' yang ditempah pesakit bagi pencegahan dan ikhtiar gangguan penyihir dan jin untuk tidak masuk ke rumah. Amalan ini adalah petua lama sebagaimana amalan membela ikan puyu atau menanam 4 penjuru tebu hitam di rumah bagi tujuan yang sama. Cuma kesannya agak kuat kerana 'daun jelatang gajah' jenis asid tinggi dan susah dicari. Upahnya pun mahal kerana faktor material yang sukar ditemui.

Sekitar jam 9 malam, RIDAM didatangi pesakit yang ingin BERBEKAM dan rawatan tamat sekitar 45 minit kemudiannya..

Jam 12:00 malam, RIDAM melakukan rawatan jarak jauh bagi pesakit kronik sekitar 1 jam 30 minit. Penat badan memang toksah cakap la..

* rawatan jarak jauh sudah tidak dilakukan. Apa yang RIDAM lakukan adalah hanya untuk pesakit lama yang mengidap masalah penyakit gangguan yang berisiko tinggi. Makluman ini perlu diberitahu kerana ramai yang nak ambil mudah berubat secara jarak jauh.. Bukan apa pun, kos petrol, penginapan, masa dan sifat rajin tak perlu dikorbankan... Jangan malas untuk pergi berubat kalau sakit yer... :D

Sekarang, barulah RIDAM boleh check facebook, email dan laman darulmanzil dan akan tidur selepas ni. Esok nak ke Kuala Lumpur kerana ada tempahan rawatan di sana.. Hari Selasa maybe ke Limbang, Sarawak pun sebab tempahan rawatan..

* Memang RIDAM pernah merawat lebih 40 orang dalam satu hari, tapi kalau jenis penyakit gangguan yang sama, bolehlah berubat secara berkumpulan.. Yang penatnya kalau jenis simptom berlainan.. Waduh..bukan senang nak berjuang.. Moga diberi pertolongan Allah sentiasa.. Amin...

Berkenaan Kursus Bekam & Urut Tradisional

Assalamualaikum wbt..

RIDAM mendapat pertanyaan berkenaan Kursus Bekam dan Urut Badan selepas diiklankan untuk kursus tersebut di Sandakan, Sabah pada 10 Oktober 2010 ini..

Jika ada yang berminat untuk mempelajarinya di Limbang dan Kuching, sila perhatikan syarat berikut:-

1- Penyertaan minima adalah 3 orang + 1 orang model (lelaki sahaja).
2- Yuran kedua-dua kursus adalah RM500 (harga asal RM600)
3- Membuat pengesahan dan membuat bayaran sepertimana tarikh tutup kursus rawatan Islam dijalankan.

Peluang begini seeloknya digunakan bagi mereka yang berminat kerana jika belajar di RIDAM Terengganu, peserta perlukan kos sampingan yang mahal iaitu kos pengangkutan, makan minum dan penginapan.

Hasil survey yang dibuat, total pengajian bagi ilmu Bekam dan Urut sebenarnya menjangkau ribuan ringgit. Dengan kos yang murah ini, anda mampu untuk jadikan ilmu yang dipelajari sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.. Insyaallah..

Berubat Tour di Borneo - Bahan yang perlu dibawa

Bagi tempahan rawatan di Limbang (24hb Oktober 2010), sila hubungi wakil RIDAM di Limbang (Ust Ahmad:013-8438411)

------

Bagi tempahan rawatan di Miri, Kuching, Brunei & Sabah, sila hubungi RIDAM sendiri di 019-9891078 untuk semakan tarikh, diagnos penyakit & kadar upah rawatan.

-----
Tarikh rawatan akan berubah ATAU TIADA SESI RAWATAN jika k0ata pesakit tidak mencukupi. Sila maklum seawal mungkin untuk memudahkan RIDAM dalam urusan perjalanan penerbangan. Harap maklum
Bahan asas yang perlu di bawa:-

1. Limau 49 biji
2. Air Mineral / Telaga / Tapis / Hujan = minima 5 liter

Bahan keperluan mengikut simptom penyakit:-


1. Masalah saraf / sendi / kegatalan / penyakit kulit:

a. Tepung ubi kayu - 1kg
b. Air Mawar – minima 3 botol
c. Minyak Masak Zaitun – minima 350ml
d. Cuka Epal / Cuka Epal+madu (optional)

2. Anak Nakal / Lembap / Lemah belajar

a. Kismis – seeloknya kismis hitam
b. Aura Balancer - boleh dibeli dengan RIDAM

3. Sakit dalam perut
a. Air Yogurt – minima 3 botol saiz 1 liter

4. Penyakit Gout (hanya yang bebas penyakit darah tinggi)
a. Kopi – minima ½ kg
b. Kunyit - minima 5 tongkol

5. Demam / Panas Badan

a. Bunga Raya – warna merah sahaja

6. Santau
a. Daun Kelor / Remunggal / Saderi – 7 ikat
b. Garam bukit – boleh dibeli dengan RIDAM

7. Masalah dalam telinga (kecuali pekak)

a. Madu lebah – 1 botol
b. Daun ketumbar – minima seikat

8. Masalah mata

a. Air Zam-zam – minima 2 liter
b. Cermin – saiz sepenuh muka pesakit

9. Susah dapat anak (disahkan normal secara klinikal)

a. Minyak Zaitun – minima 350ml
b. Chewing Gum (jenis papan panjang)
c. Serbuk kayu manis – minima 200gm

----------

Amalan Maghrifat Hifdzo

Amalan ini adalah salah satu ikhtiar untuk rawatan maghrifat kebatinan secara jarak jauh bagi Membasmi Amalan Ahli Sihir.

Amalan ini adalah hasil gabungan Ayat-ayat Hafiz dalam Al-Quran dan Doa Mentera Melayu yang sudah diamalkan sejak sekian lama dan kini diamalkan oleh Pengasas RIDAM setelah menerima ijazah amalan dari Allahyarham Tok Ngah, Bera, Pahang

Insyaallah, khazanah berharga ini akan diperturunkan oleh Pengasas sendiri dengan mahar RM77.77

Bagi peserta seminar , yuran penyertaan sudah termasuk dalam mahar pengijazahan. Sekian dimaklumkan.

Saya ni Tok Bomoh Ustaz.....

Saya mendapat pesakit express yang datang ke RIDAM tanpa temujanji.. Dah orang datang, saya layan jugak lah sbb kesian dengan keadaanya..Lagipun, banyak lagi persiapan yang perlu dibuat utk raya ni..

Saya: Kenapa pakcik...? Sakit apa?

Pesakit: Tak tahulah Ustaz... banyak sakitnya saya ni... Semput sungguh ni.. Macam ada benda 'luar' pulak rasanya..

Saya: Benda 'luar'..? Mana pakcik tahu...?

Pesakit: Saya ni Tok Bomoh Ustaz... biasalah.. sikit-sikit ada gak lah kena tempias pesakit yang saya rawat..

Saya: 0oooo... kalau macam tu, pakcik blh ubat lah diri sendiri...

Pesakit: Saya dah cuba, tapi tak rasi lah..mungkin dengan Ustaz kot...

Saya: Saya tak pandai lah pakcik.. Lagi pun segan lah nak dipanggil Ustaz.. Saya ni bukannya lulusan agama pun.. Belajar pondok pun masa cuti sekolah jer dulu... Sekolah agama pun setakat tingkatan 3 jer...

Pesakit: Kalau dah macam tu biarlah... Panggilan Ustaz pun bagus jugak.. Kan cantik panggilan tu..

Saya: Biarlah pakcik..panggil saya syakirin dah cukup dah.. Ada orang, dia kata Ustaz ni hanya layak untuk orang lulusan agama jer.. Macam saya yang jahil ni, manalah layak..

Pesakit: Meh sini pakcik nak beritahu.. Anak ingat Ustaz yang balik dari mesir, syria, jordan, mekah tu sumer baik ker.. Pakcik tak kata semua la.. Tapi ada yang guna lulusan tu untuk riak dan mengada-ngada..

sambung pakcik tu lepas terbatuk semput..

Pesakit: Hari tu, ada lah pakcik gi umah anak pakcik kat Gombak.. Ada pakcik tengok budak-budak main depan taman perumahan tu.. Dah nama budak-budak, memang lah nakal.. Biasalah.. Tapi ada sorang ustaz ni, marah budak-budak tu depan orang ramai.. Kalau budak-budak umur 10 tahun tak apa lah.. Ni yang dah tingkatan 5, tingkatan 4... malu diorang..

Saya: Apa yang sampai ustaz tu marah sangat pakcik?

Pesakit: Alah..budak-budak main bola petang-petang.. Pakai lah seluar pendek.. memang la nampak kepala lutut.. Memang lah salah kalau bab aurat.. tapi Islam kan kena tegur secara berhemah.. Pakcik memang tak hormat ustaz macam tu.. Kurang ajar..

Pesakit: Anak tahu tak, bila Pakcik masuk campur, dia kata pakcik ni tegah dia buat benda baik.. Pastu dia tuduh pakcik subahat sama... Macam tu ke gaya ustaz bila bercakap dengan orang tua..?

Saya: Sabar pakcik..kan lagi semput dada pakcik tu..

Pesakit: Pakcik cuma geram jer.. Ni nak luah ni... Pakcik lempang ustaz bangang tu.. Pakcik pun tanya dia siapa..Dia kata namanya Ustaz M*** *******... Pakcik tanya dia belajar di mana? Dia kata belajar di Al-Azhar..

Saya: lepas tu pakcik.?

Pesakit: Pakcik tanya dia...kat Al-Azhar dulu tak belajar hormat orang tua ker? Terdiam jer.. Pastu pakcik tengok budak-budak tu gelakkan dia.. Last-last, dia pergi dari situ..

Saya: Oooooo...macam tu...

Pesakit: Pengajaran cerita yang pakcik nk beritahu, nak jadi Ustaz bukan semestinya kena lepasan pengajian agama..kena ada sijil...Kenapa anak nak malu orang panggil anak Ustaz... Biarlah...kan cantik panggilan tu..anak lulusan apa..?

Saya: Saya lulusan engineering..

Pesakit: bagus sangat la tu.. Ustaz Engineer kan elok. Dua benda dapat.. Dunia dapat..akhirat pun dapat..

Saya: Biarlah pakcik.. setakat tahu sikit-sikit bidang rawatan Islam tak semestinya saya dipanggil Ustaz.. banyak lagi kena belajar ni.. Pakcik tak nak ajar saya..?

Pesakit: Ikut suka anaklah... nak belajar boleh...datang umah pakcik yer...

Saya: erm..ni dah lari topik kita ni pakcik... nak berubat tak?

Pesakit: la...nak la...sebab tu pakcik datang sini...

Saya: kita ikhtiar yer pakcik.. Yang sembuh tu kuasa Allah.. bukan saya yer..

Pesakit: Pakcik tahu...

Maka saya lakukan rawatan diagnos terlebih dahulu disertakan dengan scanning gangguan kalau ada.. Hasil dari semakan tersebut, rupa-rupanya pesakit hanya mengalami masalah lelah.. dalam erti kata lain, ketidakupayaan bernafas dengan lancar...

Lalu, saya ambilkan 4 titik getah betik (setelah anaknya ambil di rumah) dan dicampur dengan 1 sudu madu.

Pada bahan tersebut, saya bacakan Al-Fatihah, ayat Lau anzalna 7 kali dan selawat.. Alhamdulillah, semput pakcik tu hilang serta-merta.. Bahan yang sama saya suruh pakcik tu minum selama 7 pagi berturut-turut...insyaallah...sembuh lah penyakit dengan izin - Nya..

Selepas pakcik tu balik, saya dan isteri menyambung semula tugas membersih rumah.. esok dah raya...

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin...

'Pergi' nya dia mengadap Allah...

Malam semalam, saya keluar bersama anak isteri ke bandar untuk membeli beberapa barang yang diperlukan dalam resipi nasi arab yang akan disediakan untuk tetamu pada hari raya yang ke-dua..

Selepas keluar dari pasaraya, saya mendapat panggilan seorang suami pesakit.. Khabarnya, isterinya (bekas pesakit) sesak nafas dan begitu uzur. Dia minta saya datang ke rumah dengan segera untuk melihat keadaan isterinya...

Oleh kerana saya pada waktu itu mempunyai urusan yang belum diselesaikan, maka saya minta tangguhkan rawatan ke hari raya ke-4...

....

Malamnya, saya bermimpi pesakit tersebut berjumpa saya dengan kain putih yang bersih.. Dia hanya memandang saya dengan wajahnya yang bersih dan meninggalkan saya..

Sebaik saja saya tersedar, saya mengingat kembali mimpi yang dialami..

Mungkin mainan tidur...bisik hati yang dhaif ini..

-------

Petang tadi (15 minit sebelum berbuka), saya mendapat panggilan telefon dari suami pesakit.. Innalillahiwainna ilaihi roji'un.... Pesakit saya telah meninggal sekitar jam 5:30 petang tadi...!

-------

Selepas solat maghrib, saya bergegas ke rumahnya.. Takziah saya ucapkan pada suami pesakit dan keluarganya..

Al-Fatihah di tujukan kepada Arwah.. Moga dia berada dikalangan orang yang beriman...

Al-Fatihah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sempena Aidilfitri 2010 ni, RIDAM ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata, tersalah perbuatan, tersalah menulis artikal atau dengan sengaja selama ini.

Kepada pihak yang terlibat, tujuan penulisan RIDAM di blog ini hanyalah sebagai perbincangan ilmiah agar minda kita sebagai umat Islam lebih terbuka dengan keadaan semasa. Tiada niat untuk RIDAM dangkalkan keaiban melainkan ianya sebagai panduan bekalan agar tidak kita melupai Allah S.W.T

Saper-saper yang lalu kemaman di hari raya ke-2 tu, silalah singgah ke teratak buruk RIDAM bagi menikmati jamuan Nasi Arab yang dimasak oleh RIDAM dan isteri sendiri.

*Budget beras Basmati cuma 10kg.. Kalau lambat & kehabisan, makan biskut raja yelah yer :D

Ralat dalam Modul PLMPI

Assalamualaikum..

Kepada pembeli / pembaca yang telah membeli buku Modul PLMPI, sila perhatikan ralat berikut sebagai semakan dan pembetulan. Pihak RIDAM memohon maaf di atas kesilapan cetakan yang berlaku..

1)Modul 2 PLMPI (m/s 15.. bil.10)

- Ralat: Yasin:89 (7 kali)

- Pembetulan: Yasin:82 (7 kali)


2)Modul 5 PLMPI (halaman 4, Teknik 3)

- Ralat: Al-Qasas:28

- Pembetulan: Al-Qasas:29


3)Modul 5 PLMPI (halaman 13, Doa Ilham 1)

- ayat yang di senaraikan adalah PETIKAN SURAH AN-NAML:19 yang diubah kepada bentuk DOA.

- ketika mengamal ayat ini, hendaklah dengan NIAT BERZIKIR DOA, BUKAN membaca Al-Quran kerana ayatnya telah diubah mengikut makna untuk tujuan ikhtiar doa.

- ayat asal surah An-Naml:19

- ayat dalam Modul (sebagai doa ikhtiar dengan kesesuaian maknanya)


4)Modul 5 PLMPI (halaman 13, Doa Ilham 2)

- Ralat: Petikan Surah Muhammad:47

- Pembetulan: Petikan Surah Muhammad:30

5)Modul 5 PLMPI (halaman 18, Ayat surah An-Najm:1-8)


- Ralat: Cetakan surah tunggang-terbalik.

- Pembetulan: Cetakan yang betul


RIDAM mengalu-alukan teguran (secara sms/panggilan shj) berkenaan ralat-ralat yang mungkin ada dalam kesilapan cetakan Modul..

Yang baik itu dari Allah...dan yang buruk itu adalah dari kesilapan saya sendiri..

Yang benar,
Sdr. Khairul Syakirin (Penulis Modul 1-8 PLMPI)

Boleh sesiapa beritahu apa kebender ni..?

Ni yang saya tengok dalam:

http://www.eryevolutions.co.cc/2010/06/foto-makhluk-bersayap-di-atas-bali.html

pelik-pelik yang muncul akhir zaman ni.. real ke tidak gambar ni tak tahulah...


Bila pula masa kita 'tiba'

Sesudah saya bertahajud semalam, tiba-tiba saya mengingati nostalgia lalu akan kenangan bersama orang-orang yang saya sayangi..

Dari arwah Moyang saya yang banyak mengajar saya ilmu saraf.. Kemudian disusuli arwah nenek yang menyayangi saya sebagai cucu sulong dalam keluarga. Walaupun nenek saya buta huruf, banyak diajar saya amalan tegap badan dari ayat dalam surah At-Taubah agar hendaknya sihat dan segar..

Saya juga terkenangkan arwah Tok Ayah Cikgu Lah Pasir Puteh yang meninggal pada tahun 2008. Banyak kenangan saya bersamanya. Antara anak muridnya, saya yang paling dimanja. Hubungan kami juga bukan sahaja sebagai guru dan murid,tapi ada pertalian saudara ekoran anaknya berkahwin dengan emak saudara saya (adik mama saya)..

Tidak lupa juga kenangan manis ketika belajar silat Kalimah di Tumpat bersama arwah Ayah Ku ketika saya belajar di sekolah agama di Kelantan. Layanan beliau pada saya tidak dapat saya lupakan. Saya dimanja lebih dari pelajar yang lain. Hampir setiap minggu, dia yang mengambil saya di asrama untuk ke rumahnya belajar silat dan ilmu kebatinan..

Rakan arwah Ayah Ku adalah arwah Pak Halim yang meninggal di Kampung Tar Tujuh, Pasir Mas, Kelantan juga guru saya dalam seni silat Tongkat dan perubatan herba. Kadang-kadang, masih ingat kedua sahabat ini berbalah mulut sayang kerana mahukan saya tidur di rumah mereka..

Arwah Tok Zali di Kuala Lipis juga menggamit kenangan lama bila saat nazaknya berakhir di atas riba saya sewaktu saya masih menuntut di Bangi. Memang sedih ketika itu kerana niat saya untuk menziarah bertukar menjadi memori pilu yang tak akan saya lupa sampai bila-bila..

Kepada arwah Ustaz Amin yang asal kampungnya di Bera, Pahang, kenangan beliau merotan saya ketika sesi berlimau sebagai ingatan nasihat yang tidak akan saya lupakan. Masih terngiang nasihatnya pada saya.."Syakirin.. ilmu jangan di curah ibarat air di daun keladi.. Apa yang Ustaz ajar pada kamu bukan setakat di hafal...tapi kena AMAL...!"...begitulah kata-kata terakhir beliau sebelum dia meninggal 6 bulan kemudiannya.. Sayangnya, saya tiada di saat kematiannya kerana ketika itu saya berada Dubai disebabkan urusan kerja.

Memori indah bersama arwah Pak Nasation di Yong Peng juga menambahkan syahdu di sanubari insan jahil ini. Masih saya ingat keengganan Pak Nasation untuk mengambil saya sebagai murid dengan alasan, dia tidak pernah menjadi guru kepada sesiapa.. Tapi Allah telah bukakan hatinya selepas dia melihat kesungguhan saya berulang-alik ke rumahnya dari tempat saya belajar selama tiga bulan berturut-turut setiap hujung minggu.. Katanya, dia kasihan sebab saya kena 'ikat perut' duit belanja di universiti semata-mata mahu menjadi muridnya...

Tidak lupa juga kepada arwah Tok Ngah yang banyak mengajar saya ilmu makrifat dan perubatan tanpa rasa jemu. Sayangnya, kematiannya di Selayang pada Oktober tahun lepas tidak dapat saya hadiri ekoran masalah kewangan yang tidak dapat saya elakkan.

Akhirnya, guru yang paling saya sanjung, tak lain tak bukan ialah Allahyarham Kiyai Haji Suffian di Tanggarung Indonesia.. Walaupun saya hanya berjumpanya sebanyak 3 kali sepanjang proses pengajian, saya anggapnya seperti bapa yang penyayang.. Berbanding dengan guru-guru lain, saya tidak pernah di marahi walaupun melakukan pelbagai kesalahan. Pendekatannya lebih kepada nasihat yang membina.. Begitulah sifat orang yang tinggi kesabarannya..

Bila dilihat perjalanan hidup mereka, Allah mudahkan proses akhir kehidupan insan yang saya sayang. Mereka meninggal dalam keadaan aman, tiada sakit sebelum nazak, mudah perjalanan ke tempat kuburan dan tiada hutang pada manusia..

Berbanding diri saya yang penuh dengan noda dan dosa ini, adakah saya juga akan mendapat nikmat seperti mereka.. Mintak dijauhkan azab Mu pada ku ya Allah...

Mereka semua telah meninggalkan kita.. Bila pula masa kita 'tiba'.....?

Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... } sedikit pengalaman & kajian

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------

Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:

1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

-----------------

1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Sekian..

Layan lagu skali..

Hari ni RIDAM tak nak coret apa-apa kat sini...Layan lagu keinsafan ni pun best gak..

Amalan Maghrifat Hifdzo

Amalan ini adalah salah satu ikhtiar untuk rawatan maghrifat kebatinan secara jarak jauh bagi Membasmi Amalan Ahli Sihir.


Amalan ini adalah hasil gabungan Ayat-ayat Hafiz dalam Al-Quran dan Doa Mentera Melayu yang sudah diamalkan sejak sekian lama dan kini diamalkan oleh Pengasas RIDAM setelah menerima ijazah amalan dari Allahyarham Tok Ngah, Bera, Pahang

Pengajaran amalan ini Insyaallah akan di ajar pertama kalinya di Seminar Rawatan Islam yang bertempat di Limbang, Sarawak pada 23 Oktober 2010 ini.


Insyaallah, khazanah berharga ini akan diperturunkan oleh Pengasas sendiri dengan mahar RM77.77


Bagi peserta seminar di Limbang, yuran penyertaan sudah termasuk dalam mahar pengijazahan. Sekian dimaklumkan.

Pengumuman Terakhir Promosi Produk

Salam..

Seperti yang telah dimaklum, tawaran harga promosi produk RIDAM akan berakhir pada 4hb September 2010. Stok yang masih ada ialah 19 unit lagi bagi mencukupi kuata 66 buah cetakan pertama...

Siapa bayar dulu, dialah dapat dulu.....

Sekian dimaklumkan

Amaran Terakhir Penutupan Shoutmix

Salam..

Ini adalah AMARAN TERAKHIR pada si komen-komen yang BIADAP dan TAK PANDAI BERSOPAN-SANTUN semasa masuk ke Blog RIDAM..

Tujuan adanya ruangan shoutmix chat adalah untuk bertanya khabar, bertanya tentang penyelesaian rawatan dan mengeratkan silaturrahim..

Jangan kerana puak-puak yang KURANG AJAR & TAK SEKOLAH ni, orang lain tak dapat menggunakan keistimewaan ruangan yang disediakan..

Seperti apa yang telah saya beritahu pada ruangan yang lepas, jika tidak berpuas hati, datang jumpa RIDAM..kITA MUZAKARAH cara baik. Setakat nak komplen tapi sorok identiti buat apa..? Lama-lama tahu jugak...

So..ni final warning... kalau masih ada lagi nukilan sumbang dalam shoutmix ridam ni, ianya akan ditutup serta-merta.. Letih dok melayan puak-puak hati batu ni... penat...

Moga-moga..bulan 10 malam Ramadhan akhir ni akan menyedarkan korang yang berkenaan..

p/s: Kepada sdr nick ZAMANI..sila hubungi saya.. .SAYA TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENARIK DAKWAAN SAYA KERANA SAYA ADA BUKTI... Sila hubungi saya dan saya akan berikan BUKTI tersebut.. Demi Allah, saya tidak MENIPU.. Berani kerana benar...!

Sekian...wassalam
 
Blogger Templates