Ads 468x60px

Kesimpulan Perbualan Maya

Erm...dah baca entry http://darulmanzil.blogspot.com/2010/12/ini-rupanya-perangainyapatutla-pun.html ?

Kalau belum baca, baca dulu..Baru faham entry ni.

Kesimpulan dari perbualan maya antara Hayat & sahabat ambo pada entry di atas yang petikannya di ambil dari Facebook adalah:-

1. Watak yang ada dalam cerita & perbualan adalah melibatkan RIDAM, TIAF, Darul Saka, Cikgu Nuar & Hayat dari negeri ikan patin berdengung..

2. Hayat telah memfitnah RIDAM ataupun menerima kisah fitnah dari entah mana mamat yang bermulut busuk pada ayat beliau dalam perbualan iaitu:

saya tak mahu
...sebelum ini kita dah ada muzakarah dengan ridam di Darul Hikmah Klang .. akhirnya berakhir dngan kes nak bertumbuk pula...

respon RIDAM:
Tiada maaf bagimu. Walaupun Nabi ampunkan umat, tapi aku bukan Nabi.. Dan aku tak mahu maafkan kau....Jumpa di hari pembalasan

RIDAM tak pernah pun ajak bertumbuk di Darul Hikmah Klang..RIDAM hanya menziarah dan akhirnya meleret hingga bersembang ke kedai kopi bersama beberapa ahli Darul Hikmah Klang. Itu tandanya nak erat silaturrahim

3. Hayat telah memutar belitkan intisari dan ayat dalam artikal RIDAM berkenaan isu Mentera.Ada ayat yang tak habis dipaparkan..Mungkin provokasi kot...

Hal ini dibuktikan dalam perbualan beliau iaitu:-

a.
Ayat Hayat

Baru2 ini Malaysia gempar dengan dakwaan satu blog yang menyatakan bahawa;

MEMBACA MANTERA YANG DIFAHAMI MAKSUDNYA LEBIH BAIK DARI MEMBACA AL QURAN YANG TIDAK DIFAHAMI MAKSUDNYA

Implikasi dari kata2 sebegini akhirnya membuatkan masyarakat jauh dari al Quran KALAM ALLAH..... dengan dakyah mereka... baca al Quran berbakul2 buat apa kalau tak faham? buat apa.. Lebih baik tak baca....

Baru2 ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan seorang hamba Allah yang mendakwa pengamal rawatan Islam menyatakan bahawa membaca mantera dengan difahami maksudnya (walaupun mempunyai unsur syirik yang jelas) lebih baik dari membaca al Quran tetapi tidak difahami maksudnya.

Ayat dalam artikal asli RIDAM - ayat penuh

Memang kalau nak dikira, penggunaan ayat Al-Quran adalah yang sebaik-baik pengamalan. Tapi kalau baca berjela-jela, fahamnya tidak buat apa walaupun tak berdosa tak faham maknanya.. Bila nak berdoa atau merawat, perlulah faham maknanya.. Barulah ikhtiar dan luahan kita pada ALLAH lebih mantop...

Perbandingan-
i. Ada RIDAM letak ayat 'berbakul2' dalam entry nya? (ayat x lengkap ni)
ii.Ada RIDAM letak ayat LEBIH BAIK TAK BACA..? (ayat x lengkap ni)
iii.Ada RIDAM kata 'salah' kalau baca Al-Quran?
iv.Ada RIDAM kata 'walaupun mempunyai unsur syirik yang jelas'..? (ni fitnah ni)

Wahai Hayat. Meh sini ambo nok royak ko demo..
Ambo nak terang dalam artikal ambo bahawa jgn melulu kata haram pada pengamal mantera. Selidik dulu samada bacaannya, amalannya dan syaratnya. Kalau menyimpang, blah la...Tapi kalau pengamal tu baca mentera yang menjurus kepada doa, apa lak salahnya...?

Satu lagi, ambo menasihati dan menggalakkan pengamal faham apa yang dibaca. Agar mudahan hati lebih mantop. Ada ambo kata haram baca Quran kalau tak faham makna?

Yang dibincangkan di sini adalah bacaan semasa dalam rawatan. Bukan bacaan selepas solat atau ketika hati nak baca Quran sebagai ibadah am. Dalam rawatan, better faham apa yang dibaca sebab kita sedang BERIKHTIAR SAMBIL BERDOA. TAPI, TIDAK MENJADI SALAH kalau baca Quran walaupun tak faham...

b.
Ayat Hayat

Kemudian orang sama menyatakan bahawa membaca mantera lebih baik dari pada membaca al Quran berbakul2 sehingga sakit tekak sebagai tindakannya memperli dan menyindir pengamal ruqyah syariyyah sedangkan pembacaan yang banyak itu sudah menjadi kebiasaan nabi saw dan para sahabat, tabien dan tabi; tabien dan orang2 soleh….

Komen RIDAM-
Sindiran ni bukan kerana perawat tu amal Rukyah Syariah... Sindiran tu pada perawat yang suka menghina perawat lain. Dalam erti kata yang lebih detail, sindiran tu pada PERAWAT YANG LETAKKAN POWER PADA AYAT.. dan satu lagi.. Sindiran ni dilakukan pada PENCERAMAH yang wajibkan baca rukyah mesti lantang dan kuat tapi akhirnya bila dia sakit tekak, nasihatnya akan kelantangan bacaan pun sendiri tak ikut.. Ni orang kata 'cakap tak serupa bikin'..

Hal ini sebenarnya dah berlaku pun... Masa pesakit sedikit, bacanya kuat dan tertib.. Tapi bila ramai pesakit, baca pun laju macam keretapi.. Makin lama makin slow...makin lama makin senyap.. Lepas tu, selamber cakap kat pesakit tak boleh berubat SEBAB SAKIT TEKAK...

Soalan.
Kalau sakit tekak, tak boleh merukyah ker?
Kalau suara tak lantang, boleh tak baca dalam hati?

Kalau jawabnya 'boleh' pada soalan di atas, kenapa stop rawatan.?.. Tak pikir ker pengorbanan dan kesusahan pesakit datang nak berubat...memang demo ni nak buat provokasi betul...

Demo kena ingat satu perkara Hayat..
Bukan ayat yang menyembuh.. Tapi Allah yang menyembuh.. Panjang, pendek, lantang atau senyap bacaan bukan ukuran dalam rawatan. Nama pun baca/diperdengarkan...mana2 cara pun boleh..Yang utama adalah TAQARRUB perawat itu pada Allah akan kesembuhan pesakit....selainnya adalah ikhtiar...

4.Hayat telah memprovokasi isu komen bacaan yang buruk dan macam budak tadika.

Ridam menjawab-
Yang dinyatakan dalam entry bukan isu hodoh lagu bacaannya.. Tapi isu menunjuk-nunjuk dalam Youtube.

Memang diakui, bacalah Al-Quran walau suara buruk, sedap, serak atau bisu sekalipun sebab pahalanya besar dan mendekatkan diri pada Allah..

Tapi...perlu tengok situasi yang dibincangkan.. Kalau suara tu macam budak tadika (salah baca dan buruk), pandangan masyarakat macam mana? Jangan pulak nanti orang akan fikir Quran ni boleh pakai baca jer...Sedangkan kita tahu, ramai yang berdosa kerana membaca Al Quran disebabkan pembacaannya akibat tidak berilmu.. Maksudnya, kalau lain bacaannya, makna bacaan akan jadi salah..Kan haru biru tu... Mana imej Islam sempurna? So, payah apa nya...Kalau bacaan tu buruk, belajar lah membaikinya... Kalau suara tak sedap, belajar lah agar sedap di dengarkan.. Khusyuk pengamalannya... Jangan pikir nak show dlm Youtube ja.... Bikin malu je...

5. Hayat telah menunjukkan sifat Ego, Sombong dan Angkuh bila menolak niat Cikgu Nuar untuk mendamaikan salah faham yang berlaku. Ayatnya berbunyi begini:-


saya nasihatkan tuan jangan campur hal2 yang sensitif antara pusat2 rawatan... sebagai orang luar..
tuan akan terima tempiasnya nanti...

Saya tak mahu respond lagi...

---------------------------------------------------------------------------

Jadi inilah serba sedikit ringkasan yang dapat dilihat bekenaan perbualan antara Kawan Ambo dengan si Hayat ikan patin ni...

Namun begitu, ada jugak hujahnya betul. Ambo tak marah pada isi kandungan yang betul.. Ambo marah pada fitnah dan provokasi ayat dia tu..

Bukan niat ambo nok pamerkan siapa Hayat ikan patin ni..Tapi namo ambo pun dia boleh keluarkan..ambo pun boleh la kuarkan namanya..Adil la kan... ?

Ambo akhiri dengan mutiara kata:-

Manusia mana sempurna... Tapi jangan kerana ayat ini, manusia mengambil kesempatan untuk membuat kesalahan.

Adakalanya kita boleh berdiam diri...tapi perlu kita LAWAN jika kita di pihak yang benar... Terutamanya bab fitnah.... Tanggung la nanti di akhirat sana....

Sekian...pohon maaf..

Seminar berakhir jam 7:20 malam....!

Syukur ke hadrat Allah, atas izin-Nya, maka sesi Seminar RIDAM di kuantan semalam berakhir dengan baik dan penuh keceriaan.

Sepanjang menguruskan program seminar RIDAM, rasanya di Kuantan pada kali ini yang paling mencabar.. Bermula di awal pagi, pihak pengurusan sudah berkumpul di depan pintu dewan sehingga jam 8:20 ekoran pintunya masih berkunci.. Maka, program bermula jam 9:00 pagi setelah penyediaan sound sistem, projektor dan produk RIDAM selesai diuruskan.

Di awal ceramah, program sekali lagi tergendala ekoran Sound Box sudah sampai ajalnya.. Kerana faktor masa, RIDAM teruskan jugak program dan terpaksalah volume suara di ejas kuat dari biasa.. Sampai serak suara...

Bila tiba waktu rehat tengah hari, RIDAM dan peserta ke restoran berdekatan... Mungkin kena 'tutup' kot, menu RIDAM and geng semeja yang sampai paling lewat. Perut dan berkeroncong sesangat.. Lagi-lagi bila tengok group meja lain dan kekenyangan...Aduhai....

Program bermula jam 2:45 setelah RIDAM and geng ke Bandar Kuantan bagi membeli Sound Box yang baru... Nasib elok kot, dapatlah RIDAM beli 2 Sound Box secondhand yang berharga RM95.00.. Fuh..kalau beli yg baru, sepasang tu dah dekat RM300..Masih elok lagi.. Syukur.

Program berjalan seperti biasa... Peserta kat Kuantan ni ramai sungguh kaki bodek... Yang silibus dah confirm dapat, yang sampingan pun sempat lagi mencelah.. Sorry yer peserta Kuantan, ilmu 47 and ilmu 46 tu bukan senang nak bodek...Silap tanya lah... heheheh :D

Apa pun, syabas buat orang kuantan sebab sanggup mengharungi sedikit rintangan di seminar RIDAM semalam.

Pohon maaf sekali lagi kerana sijil yang diberi, ada yang belum sempat di sign.... Semput betul semalam nak kejar masa...Nanti free datang jumpa atau join Seminar RIDAM Advance untuk sign sijil tu...Maaf sekali lagi...

Semoga perkongsian kita semalam diredhai Allah hendaknya....

p/s: Produk RIDAM terbaru: Rukyah Massage Oil habis dibeli tanpa sempat diumum di blog.. Yang satu lagi, Kasturi Balm Rukyah pun dah tinggal separuh.. Terima kasih kerana membeli produk RIDAM....
 
Blogger Templates