Ads 468x60px

Ilham dan Mimpi...Hanya PETUNJUK..bukan KEBENARAN TOTAL..!

Pagi ini, RIDAM dihadiri seorang pesakit veteran dengan menantu perempuannya.

Sebelum ini, pesakit sudah pun berubat dengan RIDAM dan dengan izin Allah, sembuh penyakitnya. Seingat RIDAM, sebelum pesakit pulang pada rawatan pertamanya, RIDAM ada kata macam ni..

"Makcik...saya ni hanya doa dengan ikhtiar...Sembuh atau tidak itu urusan Allah.. Kalau dalam masa 40 hari belum sembuh, datang semula ke RIDAM untuk rawatan seterusnya...Nak cari perawat lain pun tak apa..."

Maka pada pagi ini, katanya pesakit, selepas rawatan tempoh hari, dia sudah sembuh sepenuhnya. Dah boleh baca Quran dan beribadah dengan selesa...Yang peliknya, cukup jer 40 hari, sakit lain pula yang datang..

*Pada kes pertama dengan makcik ni, makcik ni mengadu sakit dada, sesak nafas, susah nak beramal dan terganggu dalam solatnya..

Tambah makcik tu lagi, lepas jer 40 hari rawatan tempoh hari, dia ada bermimpi dua orang 'tanam barang' depan rumah dekat lopak air atas simen..Ada gak dia cari, tapi tak jumpa apa-apa..Maka di tanya lagi pada RIDAM, orang yang di nampak tu (katanya sedara jugak) leh percaya ker...?

Terus RIDAM katakan, ilham samada secara MIMPI atau SEDAR datangnya dari 3 sumber iaitu samada terus petunjuk dari Allah, dari mainan jin dan syaitan, atau dari khayalan diri sendiri..

Untuk mengenal pasti kesahihan sumber ilham ini, maka tiada jawapan yang boleh RIDAM berikan kerana RIDAM pun tak pandai menilainya.. Cuma kalau diberi ilham, RIDAM jadikan panduan...

Contohnya kes sihir:
Jika ilham ditunjukkan gambar si polan, anggap itu fitnah jin..Namun, seeloknya ambil langkah berhati-hati seperti membaca doa penawar jika dijamu makanan oleh pihak terbabit, mengurangi pergaulan yang tidak berfaedah dengan si polan ATAU mengajaknya sama-sama membuat kebaikan seperti berjemaah di masjid dan sebagainya...

Maka, amatlah tidak elok jika PERAWAT menyatakan SIAPA bayangan yang dilihat kepada PESAKIT kerana mungkin ia boleh menjadi fitnah akibat mainan jin dan syaitan... Seeloknya diberi jawapan sebagai SIHIR sahaja..

Contohnya:
"Ini MUNGKIN sihir berdasarkan petanda penyakit yang anda alami..Soal siapa yang buat itu tidak penting...Yang penting sembuh AGAR diri boleh lebih taat dan rajin beribadah.Itu yang sebaiknya...."

RIDAM amat mengagumi pesakit veteran ni kerana niatnya berubat adalah untuk kesihatan diri agar dirinya dapat beramal kepada Allah dengan lebih kuat.. Maha Suci Allah...Kalaulah semua pesakit berniat begini, alangkah hidupnya AGAMA...Maka semakin takutlah puak Jin dan Syaitan yang mengganggu manusia selama ini...

Berbalik kepada kes pada hari i
ni..
Pesakit ini mengadu sakit di rusuk kirinya selepas dia memusing badan menyahut panggilan anaknya.. Setelah itu, sakit dada, berdebar dan berat dalam ibadah datang semula..

RIDAM hanya tersenyum bila dengar luahan nya..Kata RIDAM:

"Sabar makcik..Kita check dulu k...Saya tak boleh nak beritahu apa lagi penyakit makcik kali ni sebab tak berubat pun lagi kita ni..Lagipun saya baru tidur 3 jam sejak dari semalam.."

Maka selepas itu, RIDAM dudukkan pesakit di ruang rawatan dan rawatan dimulakan dengan menekan point gangguan sambil MEMBACA ayat At-Taubah:78 dalam nada senafas.


Tidaklah mereka tahu bahwasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib

Point pertama RIDAM tekan jari telunjuk di antara 2 keningnya..
Point ke-2 di atas ubun nya.
Point ke-3 di belakang kepala setentang dengan point pertama.
Point ke-4 di kedua sisi belakang leher
Point ke-5 di belakang badan setentang dengan jantung (guna ibu jari)..

Setiap point ini RIDAM baca senafas sambil memohon kira ada gangguan di tubuh pesakit, maka akan terasa tindak balasnya..

Hal ini dilakukan sebelum kaedah rukyah sebagai petua agar 'tidak lari' gangguan yang ada pada pesakit yang mungkin akan 'datang semula' selepas sesi rawatan berakhir..

Dengan izin Allah, ketika point ke-2 dipijat, pesakit terasa sakit ngilu yang amat sangat.. Serta merta telinga dan dadanya terasa panas.. Terasa lagi seperti 'panas' tersebut mahu keluar dari tubuhnya tetapi seperti tidak 'lepas' keluar..

Hal ini terjadi kerana gangguan tersebut sudah 'dikunci' sebelum rawatan dilakukan. Hal kunci ini RIDAM suka gunakan sebahagian dari ayat Al-An'am:59 iaitu:

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,..

Kaedahnya ialah dengan menunjuk di belakang kanan badan pesakit. Dibacakan ayat ini senafas sambil menggerakkannya dalam bentuk Lam Alif hingga berakhir di bahagian kiri belakang badannya. Makrifatkan dalam fikiran akan bentuk Lam Alif tersebut sambil berdoa agar tidak dapat lari 'gangguan' dalam tubuh selagi tidak cukup syarat dan sumpahnya pada Allah agar tidak mengganggu lagi manusia.

Insyaallah, dengan 'kuncian' sebelum rawatan, masalah gangguan jenis ON OFF tidak berlaku.

Selepas itu, RIDAM lanjutkan bacaan RUKYAH sebagaimana amalan harian. Kesannya dengan izin Allah, pesakit terasa seperti ada 'sesuatu' bergerak dalam perut dan di peha kirinya.. Muka dan lubang telinga terasa pijar..

Pada kali ini, tiada keizinan dariNya untuk 'melihat' gangguan secara batin ditambah pula kekurangan konsentrasi dan rasa letih akibat waktu tidur yang tidak cukup.i Jadi, RIDAM andaikan jumlah 'gangguan' yang diketahui berdasarkan 'rasa' yang di rasai pesakit. Jumlahnya adalah 3 iaitu hasil 'rasa' di tiga anggota badan serentak sewaktu rukyah dibacakan pada pesakit.

RIDAM mulakan dengan membaca ayat 'pagar' pada 3 biji limau dengan membaca Yasin:9 sebanyak 3 kali senafas. Diikuti dengan membaca 'ayat bisa' kepada 3 batang paku bersaiz 3 inci dengan ayat Al-Furqan:23 dan Al-Anfal:16. Setiap satu bacaan diulang 3 kali. Kemudian di tambah ayat dari surah Al-Fiil:4-5 sebanyak 3 kali ulangan keseluruhan ayat.

Point pertama yang dirasai pesakit ialah di ubun kepalanya. Maka di situ RIDAM letakkan limau dan diulang ayat rukyah dari surah Al-Almu'minum kemudian diikut Yasin:58 dan seruan yang berbunyi:-

UKHRUJ YA ADUYYALLAH...!

Apabila terasa pijar pada genggaman yang memegang limau, paku ditusuk sebagai 'isyarat' pasung dan membuang 'gangguan' tersebut.

Hal yang sama dibuat pada point dada (limau tidak diletak pada dada pesakit wanita kerana soal hukum dan risiko fitnah. Alternatifnya adalah di bahu kanan pesakit kerana ianya 'bersambung' saraf dan urat dengan bahagian dada)..

Begitu juga dengan point 'rasa' di peha kanan pesakit. Pada point di bahagian kemaluan ke bawah, limau diletakkan di atas kedua ibu jari kaki pesakit sebagai simbolik gangguan yang hendak di 'buang' keluar melalui kaki pesakit seterusnya melalui limau di ibu jari kaki. Tangan kanan memegang limau yang diletak di atas kedua kuku pesakit, manakala tangan kiri HANYA dihalakan tapak tangan (tidak menyentuh) pada area paha yang di'rasai' pesakit.

Berkali-kali 'ayat tarik' diulang iaitu dengan membaca senafas pada sebahagian ayat dari surah Al-Qasash:88 sehingga lah tangan yang dihalakan terasa seperti ada gelombang caj elektrik bervoltan rendah. Gelombang itu kemudiannya di tarik ke arah limau di hujung kaki yang akhirnya dipasung menggunakan paku.

...Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan

*Kaedah ini telah diajar dalam silibus Seminar RIDAM bahagian pertama.

Limau yang sudah dipasung dengan paku tadi dapat dirasai haba panas bila memegangnya. Tidak dapat dipastikan samada betul adanya jin pada limau yang dipasung atau tidak. Kaedah ini hanya sebagai simbolik rawatan membuang gangguan dan masalah angin dalam badan. Kekuatannya hanya ada pada yakin dan taqarrub perawat. Semuanya tidak mustahil pada kata Kun Fayakun.. Kesembuhan hanya pada izin Allah.. ingat tuuuuu.. :D

Alhamdulillah, rasa sebak dada, panas di muka serta telinga dan sakit kepala hilang serta-merta. Cuma yang tinggal adalah rasa senak di rusuk kirinya..

Diagnos rawatan dibuat dengan lebih mendalam menggunakan Kaedah Acupressure dan Rawatan Kiropraktik. Hasil diagnos ini, pesakit juga mengalami masalah 'sendi melekat lemak' di bahagian tersebut. Ini terjadi bila mana keadaan ketika pesakit hendak menoleh dalam menyahut panggilan anaknya. Pada tika ini, 'silang sendi rangka' berlaku. Keadaan ini juga menyebabkan rasa tidak 'lepas' dan tidak selesa pada anggota tubuh bila mahu bergerak.

*Pesakit dikategorikan separa obesiti.

Untuk merawat masalah ini, perawat dikhendaki duduk bersila sambil kedua tangannya bersulam erat di belakang leher. Perawat kemudiannya menarik kedua siku pesakit ke arah belakang hingga kedengaran bungi 'kreek' dari tulang belakangnya. Bunyi 'kreek' tersebut menandakan posisi rangka dalam tubuh sudah berada dalam keadaan normal (asal).

Perhatian:
Kaedah di atas harus dipelajari dan dipraktikkan di bawah pengawasan pengajar yag arif sebelum melakukan rawatan persendirian pada pesakit bagi mengelak masalah patah sendi dan tulang.

Syukur pada Allah, akhirnya kesakitan yang dialami sembuh 100%.. Moga kesembuhan ini beroleh rahmat dalam meniti ibadah yang menjadi bekal ke akhirat.

Sebelum pesakit pulang, RIDAM diingatkan akan rawatan pada seorang menantunya yang mengalami masalah Kerasukan hingga terabai kehidupan rumahtangganya..

Terima kasih atas ingatan tersebut. Temujanji untuk rawatan tersebut dibuat jam 9:00 malam.

Bersambung...
 
Blogger Templates