Ads 468x60px

Jom balik bang...Ustaz gila ni...!

Entry ini adalah sambungan kisah rawatan pada menantu pesakit veteran yang datang ke RIDAM pada sesi temujanji pagi.

Sila baca entry ... http://darulmanzil.blogspot.com/2011/01/ilham-dan-mimpihanya-petunjukbukan.html ... sebelum membaca jurnal rawatan ini agar memahami kisah yang hendak dipaparkan.

-----

Sewaktu mendapat maklumat simptom penyakit yang dialami menantu pesakit ini, maka RIDAM memohon agar bahan keperluan rawatan dihantar sebelum asar untuk penyediaan awal sebelum rawatan dilakukan pada malamnya.

Maklumat dari pesakit veteran ini, menantunya dilabel sebagai 'pesakit sawan' oleh pihak hospital. Maka pelbagai ubat penenang diambil bagi merawat penyakit yang dialami secara kaedah klinikal.

Simptom yang dialami pesakit ialah:-
1-Bercakap sendirian
2-Menangis dan ketawa tanpa sebab
3-Mengabaikan makan minum, kebersihan rumah, perihal anak-anak dan suami.
4-Pernah dibuang kerja kerana perilaku tidak waras iaitu menyanyi sembarang dan tiba-tiba duduk bersila DI ATAS MEJA pejabat tanpa sebab di hadapan bos.
5-Pernah MENENDANG PERAWAT dalam sejarah rawatan.
6-Kelihatan mukanya berubah seperti perempuan tua yang hodoh bila sawannya terjadi.
7-Takut untuk dirawat.

Bila mendapat maklumat simptom sebegini, maka RIDAM perlukan penyediaan awal agar proses rawatan di malamnya berjalan lancar. Apa yang diperlukan sebelum rawatan dilakukan (minta suami pesakit hantar sebelum Asar) ialah:-

1-Limau 49 biji (utk mandian)
2-Air mineral/tapis 5 liter (untuk minuman)
3-Garam kasar 1 kg (untuk 'pagar' kediaman)

* Bahan di atas di rukyah awal untuk menjimatkan tenaga yang akan diguna dalam rawatan pada malamnya.

4-Batu bata merah 1 biji.

-------------------------------------------
* Kaedah popular dalam bidang rawatan mistik ini diguna untuk self-defence iaitu bertujuan mengunci 'gangguan' pesakit yang ganas agar tidak melawan sebelum dan semasa rawatan dilakukan.

Caranya ialah dengan meletakkan bata tersebut di hadapan sambil memegang sebatang paku 4 inci. Setelah itu, diucapkan doa ini:

"Ya Allah..aku lakukan amalan ini bukan kerana dendam atau ujubku. Aku lakukan untuk ikhtiar batin pada gangguan yang ada di jasad dan rohani pesakit bernama ...... ibni....... Aku makrifat pada doaku pada-Mu ya Allah agar kesan yang ada pada batu ini juga terasa pada gangguan yang ada di ......ibni.... .. Kuncilah ya Allah pada gangguan yang mengganggu jasad ...... ibni.... . Segala amal ku ini aku serah pada-Mu ya Allah"

Lalu dibaca Al-Fatihah dengan tertib sebanyak 1 kali.

Kemudian, dibaca Yasin:1 sebanyak 7 kali sambil menggores di permukaan bata tersebut dengan paku secara lencong. Bacakan ayat berikutnya hingga habis. Cuma diingatkan bila menyebut ayat 'MUBIN', buat pula torehan secara mendatar.

Setelah selesai, permukaan yang ditoreh tersebut dihangatkan dengan api sebelum dan semasa kedatangan pesakit..

[Ijazah dari Almarhum Ustaz Amin di Bera, Pahang]

-----------------------------------------


Pesakit dan keluarganya tiba tepat jam 9:00 malam. Dengan pendekatan psikologi, pesakit diajak duduk di sofa dan sesi muzakarah dilakukan. Hal ini diperlukan untuk mengenal pasti watak, perilaku dan feedback pesakit secara jelas sebelum rawatan dimulakan.

Memang semasa sesi muzakarah itu, pesakit lebih bertahan mengatakan dia tidak sakit. Betullah...orang gila pun tak mengaku gila...

Tapi bila ditanya soalan yang berkaitan petanda gangguan kebanyakkannya ada iaitu:

1-Mimpi jatuh tempat tinggi: petanda adanya gangguan sihir
2-Nampak dan mimpi kelibat budak kecil: petanda adanya gangguan saka
3-Ada bermimpi ular: petanda adanya gangguan jin pada dirinya
4-Ada mimpi air ombak yang ganas: petanda amaran awal akan mendapat musibah
5-Sebak dada dan berdebar terutama waktu asar
6-Terasa ada gerak semutan di anggota badan
7-Pelik dengan diri sendiri bila rasa diri 'kosong' tanpa sebab (mengelamun la tu..)

Tapi, bila RIDAM kata "itu KEMUNGKINAN awak punyai masalah penyakit yang berkaitan dengan SIHIR dan SAKA...dia melenting..Serta merta di ajak suaminya balik...

Pesakit:"Jom balik bang..Ustaz gila ni...!

Suami: "Aish...apa cakap macam tu.. Awak tak ingat ker sebelum ni semua tok bomoh awak g i pun kata macam tu..."

Ayah pesakit: "Mu tu hok tok betullll...! Dengar lah apa ustaz cakap tu...Dia nak tolong mu tu..Biar sihat..."

Pesakit: "Erm...takboh (taknak) ah....Nok balik...Meh la balik ayah...

Melihat kepada keadaan pesakit seakan mahu lari, RIDAM segera mengunci pintu grill. Pesakit di duduk kan di ruang rawatan.

Masa itulah dia start mengamuk (kerasukan). Apa lagi, RIDAM pun buat kuncian di bawah tengkuknya. Ayah dan abang pesakit memegang kaki dan pahanya. Manakala suaminya mengunci tangannya.

Berkali-kali di beri amaran agar bekerjasama, dia tetap melawan. Pada tika itulah RIDAM makrifatkan pada 'bata' yang sedang dihangat atas dapur gas di ruang dapur. Berkali-kali hati memohon agar 'gangguan' yang ada di tubuh pesakit terasa sama bahana bahang yang dirasa di permukaan 'bata' tersebut.

Untuk pengesahan, RIDAM semburkan air ke muka dan badannya. Meraung-raung kesakitan.. Konsep ini ibarat minyak panas yang dipercik air. Kesan semburan itu akan membesarkan lagi gelombang panas yang dirasai.

Hampir setengah jam bertarung agar dia bekerjasama, akhirnya dia rebah pengsan akibat keletihan. Keadaannya itu dibiarkan sementara. Bolehlah RIDAM mengambil angin di luar bagi mengumpul semula tenaga yang hilang.

10 minit kemudian, rawatan diteruskan. Sebaik sahaja RIDAM duduk di sebelah pesakit, dia tersedar. Pada ketika ini, keadaan berada di ambang 50% diri dan 50% gangguan. Hal ini dilihat dari tindak balas pesakit yang ditunjukkan.

Diringkaskan cerita, RIDAM membuat teknik pasung dan halau dalam rawatan pada pesakit. Kesan dari 'pasung' tersebut, pesakit tersedar dan keletihan hinggakan perlu dipapah ke keretanya.

Dari pandangan RIDAM hasil pengalaman kes yang terdahulu, gangguan pada pesakit masih ada..tapi bukan lagi jenis 'ganas' yang tinggal di badannya. Yang ada adalah dari jenis 'gangguan hati'..bukan seperti sebelumnya yang melibatkan gangguan fizikal.

Hal ini dilihat dari feedback dialog dan perhatian tingkah laku selepas rawatan.

Seperti biasa, RIDAM berikan tempoh rawatan di rumah selama 40 hari dan perkembangan keadaan pesakit diminta maklum pada RIDAM setiap minggu.

Jika dengan izin Allah sembuh si pesakit ini, aku ucapkan syukur padaMu atas anugerah kesembuhan tersebut. Moga yang sakit beransur sihat, dan yang sihat semakin kekal kesihatannya. Amin...

Tamat


 
Blogger Templates