Ustaz..leh tak ajar saya ilmu pengasih..?

Salam..rasanya ramai dah maklum pasal ilmu pengasih ini kan?

Kita preview sket pasal bab ni k...

Al-maklum, akan adanya ilmu pengasih itu terbahagi kepada 2 macam iaitu satu darinya adalah ilmu putih (yang halal) dan yang kedua darinya adalah ilmu hitam (yang haram)..

Ilmu Pengasih dari susur galur gelaran ilmu hitam adalah dari ritual dan bacaan yang meletakkan kebergantungan selain dari Allah dalam mencapai hajat pengasihnya. Maka dalam ketika ini, bukan individu yang dituju menjadi jatuh kasih, tapi jin yang merasuk dalam sanubari itulah yang menggunakan body orang yang dituju agar menyerah diri pada si penuju.

Ilmu pengasih dari susur galur ilmu putih pula menekankan pengamalan atau wirid atau kaedah atau cara atau perbuatan yang banyak berkisar pada ayat-ayat Al-Quran, doa dan mantera yang makna isinya adalah memohon pada Allah semata-mata..Tiada lain dari Allah yang Esa yang diminta makbul doa pengasihnya..

Namun, sayugialah dimaklum bahawa bukan semua Pengasih Ilmu Putih itu Halal kerana walaupun dasar umbinya adalah lulus dalam syarak dari segi pengamalannya, niat juga memainkan peranan dalam penentu soal hukum halal atau haram itu..

Contohnya, walaupun menggunakan Pengasih Ilmu Putih, tapi niatnya dituju pada isteri orang, untuk perlakuan zina, untuk memutuskan kekasihnya dari ibu bapanya kerana alasan cintanya, untuk queen / prince control ataupun yang seumpama darinya, maka haram la ia pada hukum pengasihan itu.

Tapi jika kiranya ilmu pengasihan putih itu untuk merapatkan hubungan suami isteri yang bermasalah, hubungan keakraban se-kampung dan sewaktu baik dengannya, maka dibolehkan.

Teringat ambo pada soalan yang pernah ditanya..

"Ustaz..leh tak ajar saya ilmu pengasih..?"

Ambo tak jawab 'YA' dan juga tidak jawab 'TIDAK'... Sebab apa..? Sebab pengalaman kawan-kawan dulu tak nak berulang..

Kena ingat, setiap penggunaan ilmu ada pantang larangnya.. Kalau guna ilmu hitam, pantangnya jangan buat baik..Kita ni manusia..jahat mana pun kita, akan ada amal baik jugak contohnya belanja kawan makan, bantu orang tua melintas jalan, sedekah pada peminta sedekah dan macam-macam lagi.. Cuba bayangkan, kesan pengasihan orang yang kita miliki semakin berkurang akibat pantang yang dilanggar... Masa tu pulak kita sayang maut kat dia...tak ker akhirnya nanti leh bawak bala perpisahan...?

Begitu jugak kalau guna ilmu putih..pantangnya tak leh buat jahat..Nama pun kita ni Manusia...Mesti ada buat jahat jugak walaupun kecil...Kesannya boleh jadi macam langgar pantang ilmu hitam gak la... haru dibuatnya..

I'm suppose to tackle secara gentle..baru ori....!

Tapi ilmu macam ni eloknya ada gak pada perawat Islam sebab nanti confirm ada yang minta tolong pasal kes laki / bini / anak yang lari dari rumah...

Nak tahu ilmu ni, datang ke Seminar Lanjutan RIDAM nanti.. Insyaallah, akan diajar caranya..
Tapi kena ANGKAT SUMPAH dulu iaitu:-

"Aku BERSUMPAH atas nama Allah bahawasanya ILMU PANGGIL ORANG BALIK yang ku terima dari RIDAM hanya untuk kegunaan yang baik dari segi hukum syarak Islam. Aku hanya guna untuk membantu merapatkan suami isteri, hubungan keluarga dan pada kes kebaikan yang wajar dalam Islam. Jika aku melawan sumpahku, maka tawarlah ilmu yang ku pelajari ini".

Sekian dimaklumkan...

INTISARI PROGRAM LANJUTAN RIDAM

Terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat yang berminat

Insyaallah, akan dilanjutkan Seminar RIDAM lanjutan dengan pengisian berikut:-

1. Flash back tatacara rawatan

* Tambahan: Mandi Nur, Amalan Tegap, Amalan Baju Perisai, Doa Pemudah

2. Mengenal Qarin, Jenis Jin dan kaedah rawatan

3. Lanjutan Kaedah Pagar:

Benteng 7 Petala Langit 7 Petala Bumi (Ilmu Sunan Ampel)

4. Terapi Air

5. Lanjutan kaedah Scanning

- Teknik ‘NUN’

- Tekan saraf kepala

6. Teknik rawatan lanjutan

- Cuka tulang sulbi

- Rentap

- Rawatan Rajah

7. Rawatan Susuk

8. Kaedah Tarik Ilmu Salah

9. Kaedah Panggil orang balik / Pencuri

10. Kaedah Pemisah (untuk masalah Gay, Lesbian)

11. Kaedah rawatan jarak jauh

12. Ilmu Pedang Dzul-Faqar (tujuan rawatan sahaja)

13. Ijazah Solat Hajat 12 rakaat dan doa

14. Ijazah Wirid Penghilang Maksiat

15. Ijazah Wirid Menghilangkan Kesusahan

16. Amalan Penebus diri

Sila baca artikal berikutnya dan lihat Voting System disebelah kanan blog ini. Harap maklum

Gangguan Ummu Sibyan

Salam..Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ni. Atas permintaan beberapa pelajar RIDAM sebelum ni, RIDAM nak kongsikan perkara ni sebagai menambah ilmu pengetahuan, teladan dan pedoman.. boleh?

Macam ni...Ummu Sibyan ni adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak. Saya ulang... KAUM...bukan jenis.. Yang pasti ia dari jenis PEREMPUAN JIN...

Kalau kat Malaysia ni faham-faham la..Banyak sungguh gelaran yang diberi pada puak jin... Tak kisah la ia dari jenis pelesit, jerangkung, hantu pari or what ever, tapi kalau jenis yang kacau baby atau kanak-kanak dari jantina perempuan jin, maka itu digelar Ummu Sibyan..


Apa kerja si Ummu Sibyan laknatullah ni?

Kerja dia tak lain tak bukan ialah MENGGANGGU baby yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun).

Antara tanda-tanda kenal si Ummu Sibyan ni adalah:-

1.Baby menangis melalak (mata memandang ke atas / sudut tertentu)

2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak

3.Mengigau sambil MENGATIP GIGI berulang kali.

4.Demam panas HANYA selepas Asar hingga sebelum Subuh


Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-

1.Sawan Tangis

2.Autisme (Over Hiperaktif)

3.Nakal tahap Gaban

4.Terencat akal

5.Pelbagai kompilasi otak.


Kaedah rawatan

1.Masa dilahirkan, terus azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri baby.

dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.”

2.Jika lihat kanak-kanak jatuh bersebab, angkat dan bacakan rukyah di ubunnya tak kisah la jenis panjang atau pendek. Paling asas adalah Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul dan selawat.

3.Kalau kesannya pada budak nakal, leh baca Ayat Sulaiman (An-Naml:30-31) pada antara 2 tulang belakangnya. Baca 9 kali.. Sekali baca, sekali tiup dan tepuk. Begitulah yang perlu dbuat setiap malam selama 9 malam masanya.

4.Jika keadaan penyakit sudah berlarutan seperti masalah otak dan sebagainya, boleh guna kaedah rawatan Islam. Bab ni perlu di ajar secara SURI (berguru). Ataupun bawa berubat pada yang ahli.

Itulah serba sedikit berkenaan Ummu Sibyan ni. Sebarkan perkara ni...

Moga kalian di rahmati Allah.

WAFAQ ..ada yang HALAL .. tapi JAUHKANLAH…

Salam...

Lama sungguh RIDAM tak post entry.. Maklumlah, baru dapat baby baru..Erm..pasal tajuk entry terbaru kali ni, rasanya agak ’panas’ untuk dibincangkan.. Tapi atas dasar penyampaian ilmu, elok juga kita perhatikan bab ni..

Yelah, kita kan sedia maklum...kat Malaysia dan negara lain di dunia ini, ada puak yang suka mengkafirkan orang dan ada puak yang suka meng-HARAM kan sesuatu tanpa pengajian mendalam pada sesuatu hukum yang diberikan.

RIDAM di sini BUKAN nak jadi MUFTI INSTANT..Apatah lagi nak jadi USTAZ INSTANT yang sememangnya tiada kelayakan seperti yang di war-warkan.. Namun, adalah wajib untuk RIDAM kongsikan ilmu sedikit yang ada pada diri yang serba jahil ni. Moga Allah memberi petunjuk sentiasa...

Begini.....

Wafaq adalah TULISAN yang dilukis dalam bentuk SIMBOL, GAMBARAJAH, NOMBOR atau HURUF yang tertentu dimana ianya membawa maksud yang tertentu.

Antara bahasa glamour yang digunakan dalam penghasilan wafaq adalah dari bahasa SURYANI, IBRANI, HIEROGLIF atau HURUF HIJAIYAH.

Gunaan wafaq membawa kepada niat yang tertentu seperti pengasihan, kekuatan, amalan, kebatinan dan sebagainya.

HUKUM WAFAQ

Ada 3 hadis / riwayat tersohor berkenaan wafaq ini iaitu:-

1)

Abdullah bin Makrumah bin Abdul Uza meriwayatkan kepada Abu Haqqah bin Makhsy dari Abu Mukhsyim Al Wahat, bahawa Rasullullah SAW sedang berada di atas unta bersama Ali Ra , lalu berjalan seorang lelaki dari kaum al muhajirin, lalu Baginda bersabda kepada lelaki itu..."Apa yang ada pada lehermu itu..?"
Jawab lelaki itu..."Azhiimah (awfaq atau wafaq) yang saya buat sendiri ya Rasullullah...!
...setelah orang itu berlalu, Ali bertanya.."Yaa Rasullullah, tidakkan engkau melarangnya...? Sabda Rasul SAW....'TIDAK MENGAPA...KERANA AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) ITU BERISIKAN KALAMULLAH..."

2)

Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan didengar oleh Rasullullah SAW...Lelaki itu mengatakan: ;' AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) DAN RUQYAH ITU ADALAH HARAM HUKUMNYA
Nabi SAW bersabda kepadanya....'APAKAH ENGKAU TELAH MENERIMA WAHYU ALLAH SEBELUM AKU, MENGENAI HAL ITU?"...dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perasaan malu atas ucapan sindiran Rasullullah SAW...dan dari semenjak itu, dirinya tidak penah terlihat lagi sampai perang badar selesai... (HR MUSLIM).

3)

Ibnu Abbas ra menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah SAW melihat seorang lelaki dari kaum Ansar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila.. lalu beliau bersabda...."Apa yang kamu ikatkan di kepala orang itu....
Jawab lelaki itu " Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq)..
Rasullullah SAW..." Tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat para orang itu" (HR Ibnu Abbas)

------------------------------------------------------

Dari 3 hadis di atas, ada beberapa point yang boleh kita perhatikan pada kisahnya iaitu:-

1- Rasulullah TIDAK MELARANG WAFAQ yang BERISIKAN nama Allah.

2- Rasulullah mengatakan WAFAQ juga sebagai cabang ikhtiar dimana ianya boleh memberi manfaat kepada pemakainya (kuasa mutlak adalah milik Allah) . (lihat hadis no.3)

3- Rasulullah menyindir pada orang yang suka-suka buat hukum sendiri. Maknanya, jangan jadi MUFTI INSTANT...!

----------------------------------------------

Kesimpulan yang lebih DETAIL pada soal perbincangan wafaq ini ialah:

”JANGAN GUNA WAFAQ KALAU TAK FAHAM ISI KANDUNGANNYA..!”

Kenapa?

Jawapan: Ada pada contoh di bawah ni.. Baca dan sabar...

-------------------------------------------------------

Mari kita lihat gambarajah yang selalu digantung di rumah orang, kedai makan, pejabat, sekolah dan sewaktu dengannya.

Gambar 1:

Ada tak tengok orang gantung gambar ni?

Salah tak? Confirm, ramai yang kata tak salah.. kan?

Gambar (2) bawah ni pulak? Salah tak?

Pun ramai yang kata tak salah kan? Sebab faham apa maknanya kan...?

Kalau macam tu, gambar (3) bawah ni pulak..?

Tentu ramai yang kata haram kan...?

Itulah jawabnya kalau tak ngaji, tak belajar, tak faham dan bodoh sombong..! Kalau tak faham, jangan keluar fatwa..! Lebih baik diam dari berkata-kata... Leh jadi fitnah tau..!

Sebenarnya, gambar (3) di atas adalah bahasa SURYANI.. dalam erti kata lain bahasa lama yang diguna oleh Kaum Suryan Kuno.. Itu RIDAM tak display bacaan dalam BAHASA TAMIL lagi... sah-sah lepas ni kata RIDAM sesat pulak dah...Tak pun, ada pulak mulut sumbang yang kata RIDAM ni geng HINDRAF pulak..yelah, bahasa TAMIL katakan... hehehe

Macam ni, kita tengok jadual kod bahasa Suryani di bawah.

Dari kod di atas ni, sebutan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dipecahkan kepada bahagian berikut:-

Maka, disinilah dikatakan wafaq bila ia dipamer dalam gambar yang dinyatakan iaitu:-


Ini tak masuk lagi paparan bahasa lain dalam mempamer ayat 1000 dinar, Al-Ikhlas, ayatul Qursi, Al-Fatihah dan sebagainya..

Persoalannya..

kenapa nak kena tulis dalam bahasa kod ni..? Tak boleh teruskan dalam bahasa Arab ker?

Jawapan:

Kerana, asalnya tulisan sepertimana di atas adalah untuk paparan mereka yang buta bahasa Arab. Jadi, kepada kaum yang tidak pandai membaca dalam bahasa Arab tetapi mahu juga membaca ayat-ayat Quran atau doa sebagai hafalan mereka, jalan alternatif ialah dengan penggunaan bahasa yang mereka fahami digunakan.

Oleh kerana menjadi amalan dari puak sebegini, penggunaan bahasa kod sepertimana di atas menjadi trend dalam Pengamal Ilmu Hikmah sebagai rahsia amalan mereka dari pengetahuan orang awam.

Oleh kerana itu, di zaman moden yang serba canggih ni, elok kiranya kita guna bahasa Arab saja. Kalau alasan tak pandai, banyak cara untuk belajar. Pusat Iqra’ berlambak, sahabat graduated Al-Azhar, Ustaz-ustaz dan ustazah banyak boleh dirujuk. Internet pun ada.. Kamus online bahasa arab-melayu pun ada...Kat kedai buku, bersepah jual buku belajar bahasa Arab... lu pikir lah sendiri k...

Persoalan lagi..

Dah tu, kenapa haram kalau tak tahu..?

Jawapannya..

Ish..bahaya..contohnya, orang yang tak tahu, gantung wafaq seperti di bawah ni..

Tahu tak makna wafaq di atas... ni jawapannya:-


Paham tak...maknanya di atas: AZAZIL... Nama IBLIS tau..! BAHAYA..!

---

Di harap, pemahaman pada perkara wafaq ni memuaskan hati pembaca.

Dalam erti kata lain, TIDAK DIGALAKKAN PENGGUNAAN WAFAQ kerana ia boleh menzahirkan kebergantungan selain ALLAH secara tidak sedar..

Contohnya WAFAQ HALAL dibawa kononnya sebagai ikhtiar perlindungan diri. One day...wafaq tu hilang, maka hati tiba-tiba kata macam ni:-

”Alamak..wafaq tu hilang la pulak.. Habislah aku...siapa pulak nak lindung aku kalau aku kena belasah dek orang nanti...”

Hah...kan dah jadi syirik tu...

Sebab tu lah wafaq ni tak digalakkan.. BAHAYA tuuuuuuu...

Ada pahammmm.......? :D

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.