PROGRAM BERTAPA BERSAMA RIDAM

Program in ditawarkan pertama kali sebagai pendedahan kepada yang berminat untuk mengenal amalan lama nusantara.

Tarikh: 20 hingga 21 April 2012
Tempoh: 2 hari 1 malam
Lokasi: Pulau Ular, Sungai Ular, Kuantan, Pahang
(masuk ikut laluan Sanctuary Resort)

Yuran: RM80 (termasuk bot,penginapan dan makanan. Air bawa sendiri)

Pengisian: Pengijazahan amalan bertapa dari RIDAM (ayat Quran dan zikir)
Penerangan mendalam dalam amali pertapaan.

Sila maklum kepada RIDAM secepat mungkin untuk menyertainya. Harus maklum awal untuk tempahan pengangkutan bot.

Sila hubungi RIDAM (019-9891078) untuk pendaftaran.

maklumat lanjut, chek kat fb k....

BERTAPA – Satu enigma

Pernah dengar maksud bertapa? Hehehe…majority confirm pernah kan? Kan? Kan?
Dalam bab ini, ramai yang tanya soalan maut.... aper? Ni dier?

Ustaz...Hukum Bertapa Boleh Tak..? Dah tu sampai tinggal solat Jumaat camana pulak?

So amacam...Leh jawab tak...?

Insyaallah…ambo cuba jawab sebaik mungkin…

Bertapa ni senang bahasa adalah sebahagian dari kategori uzlah dan khalwat sendirian. Dalam bertapa, seseorang itu akan berseorangan (menyendiri) jauh dari anasir luar.

Jauh dari anasir luar itu merujuk kepada samada duduk seorang diri dalam bilik, dalam gua, kat pulau, kat dalam hutan atau kat mana-mana yang jauh dari kesibukan dunia dengan niat yang tertentu.

Maka, adapun niat yang dimaksudkan terbahagi kepada pilihan pengamal iaitu:-

1.Kerana ingin mencari redha Allah
2.Kerana nak jazam amalan kerana Allah
3.Kerana nak jazam amalan kerana khasiat
4.Kerana nak dapat berhubung dengan alam ghaib.
5.Kerana nak dapat jin atau nak kawin dengan jin
6.Kerana nak power macam ultraman, batman, kluangman dan seumpamanya.

Maka boleh ker dengan tujuan di atas?

Hihihihihihuhuhuhuhuhuuuuuuu.... :D

Tengok niat la... Apa pun niat dan amalnya, harus ia dengan izin syarak... Apa?

Adapun kerana nak keredhaan Allah, bersunyian untuk menangisi dosa dan bertaubat atau sebagai memantapkan iman (hanya takut Allah walaupun apa yang berlaku), maka harus la hukumnya...Dapat pahala pulak tu...

Tapi, kalau kerana niat dan amal kerana nak power...jeng...jeng..jeng...paham-paham sendiri la yer...Sah kan bertapa, kalau belajar kerana nak power (utk tujuan riak dan same meaning dgn nya), itu pun salah dan berdosa... Takkan lupa kot... Geng-geng syaitan memang suka puak macam ni... Kira dapat ahli recruit baru tu...

.:BAB HUKUM TINGGAL SOLAT JUMAAT pulak camana? :.

Adapun nak bertapa ni terbahagi kepada beberapa hari…Ada yang 1 hari, 7 hari, 21 hari, 41 hari dan 100 hari….

Kalau stakat 1 dan 7 hari tu leh la setting untuk solat jumaat, yang selebih hari tu camana pulak?

Bab ni sebenarnya banyak khilaf dan pendapat juga hujah.. Kita tengok satu-satu k...

Pandangan 1: Haram bertapa kalau tinggal solat Jumaat
Hujah yang diutarakan ialah pada sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia".

Adapun bertapa itu bukan lah perkara wajib pada umat Islam, maka yang wajib (Solat Jumaat) perlu diutamakan.

Pandangan 2: Haram jika tempat bertapa berada dalam mukim yang ada solat Jumaat.

Hujah yang dinyatakan mengatakan bahawa bertapa dengan niat mencari keredhaan Allah dalam tujuan mengenal diri untuk lebih mengenal Allah diharuskan. Namun, jika tempat pertapaan itu berdekatan dengan tempat mukim yang ada solat Jumaat, maka haram la ia pertapaan tersebut.

Pandangan 3: Harus jika tempat bertapa jauh dari mukim solat jumaat / sukar ke tempat solat Jumaat dengan syarat tidak ketinggalan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut.

Adapun pandangan ini mengatakan jika tempat pertapaan (dengan tujuan baik) itu jauh dari mukim solat Jumaat seperti dalam hutan pendalaman, tengah pulau dan seumpama, maka dibolehkan pertapaan tersebut dengan syarat tidak boleh meninggalkan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut.

Pandangan 4: Harus pertapaannya jika jauh dari mukim solat Jumaat walaupun melebihi meninggalkannya 3 kali berturut-turut.

Adapun hujah ini mengatakan bahawa bertapa itu sebahagian jihad diri dalam melawan nafsu dengan meningkatkan rohani. Maka atas dasar pendapat ini, dibolehkan selagi mana hala tuju niatnya kerana Allah dengan tidak meninggalkan solat fardhu yang lain.

Pandangan 5: Haram hukumnya walau pergi atau tidak ke solat Jumaat jika tujuannya selain dari kerana Allah.

Adapun dalam hal ini mengatakan bahawa jika seorang petapa itu pergi atau tidak menunaikan fardhu Jumaat, maka haram padanya jika tujuannya melencong dari landasan syarak.

So...semua pendapat dah bagi.. Pandai-pandai la cari dimana dalilnya k... Takkan nak kena suap ke kot....Nak kenyang, sendiri cari la...

Tapi, ambo suka hok nombor 1... Sebab tu selalu g bertapa maksimum 7 hari... Turun petang Jumaat... pagi Jumaat doh kelik (balik) rumoh...

.:Kebaikan vs Keburukan Bertapa:.

Kebaikan Bertapa
1.Cuci diri selama bertapa
(bersih dari umpatan, maksiat, fitnah dunia dan seumpama)

2.Menguatkan rohani agar lebih berani
3.Menajamkan akal
4.Kesyahduan pada ibadat sendirian
5.Yakin hati pada iman dan taat

Keburukan
1.Gangguan selain manusia boleh tahan (binatang, jin)
2.Tersalah niat dan amalan (boleh syirik)
3.Cabut lari...tak habis bertapa..tak tahan dugaan .. :D

So...dah baca kan...?

Tujuan sebenar nak maklum hal ni supaya tak BERGADUH... Masing2 nak tunjuk hero nak pertahan pendapat....

Pandai-pandai la lihat pandangan yang diberikan.. Bukan semua bertapa itu HARAM....!

SABUN HERBA RIDAM - produk terbaru 2012

Sejak penglibatan RIDAM dalam rawatan alternatif ini, sebahagian rawatan yang diikhtiarkan adalah dengan menggunakan herba yang diperolehi samada dibeli atau dipetik sendiri di hutan belantara.

Maka dengan ini, RIDAM perkenalkan 4 jenis pilihan Sabun Herba untuk penggunaan rawatan di rumah.

AURA BALANCER SOAP

Hasil olahan dari produk Aura Balancer RIDAM,
maka terciptalah ABR-Soap yang berfungsi untuk
mengembalikan keseimbangan Aura tubuh,menaikkan
seri wajah, mengurangkan mengantuk, menguatkan
ingatan hafalan, memberi kesegaran tubuh dan sebagai
agen menaikkan hormon testosteron dan progesteron
serta mandian alternatif sebagai pengganti limau atau
mandian bunga untuk perubatan.


SESILOR SOAP

Kebaikan SESILOR yang diekstrak dari ramuan herba
Daun Semambu, Sireh dan Daun Kelor. Insyaallah,
mujarab untuk menghilangkan masalah bau badan,
memberi kesegaran pada tubuh, mengurangkan
kegatalan chicken-pox, menghindari bau keputihan,
sebagai antiseptic, mengubati migrain dan masalah
kegatalan kulit.



KAHANIS SOAP

Dari kitab rahsia RIDAM, maka terhasillah KAHANIS
untuk mengubati luka, membuang angin, perut kembung
dan menghilangkan parut muda pada wajah. Diperkaya
dengan ekstrak halia, kayu manis dan daun kapal terbang
yang dikenali mampu mengatasi masalah kulit yang
bermasalah. Insyaallah.


FIRST NIGHT SOAP

Keintiman suami-isteri adalah asas kebahagian mereka
yang sudah berumah-tangga. Sebagai isteri, penghargaan
suami begitu berharga. Berikan nikmat ‘malam pertama’
sebagai hadiah penghargaannya. Dengan formula rahsia
dari RIDAM, maka First Night Soap adalah rahsia yang
akan menjadikan setiap malam, adalah ‘malam pertama’.
Insyaallah.


Harga Produk (bagi 1 unit) : RM15.00 (Belian Runcit)
Harga Pos (antara 1 hingga 3 unit): +RM5.00 (SM) , +RM7.00 (Swk/Sbh).

Jika belian melebihi 3 unit, sila tanya terlebih dahulu kos penghantaran sebelum membuat bayaran.

Sebarang pertanyaan atau pembelian sila hubungi RIDAM di 019-9891078 / 012-6763447. Harap maklum.


PENGAMBILAN PELAJAR PENGAJIAN WATIKAH RIDAM

PENGAMBILAN PELAJAR PENGAJIAN WATIKAH RIDAM

Tarikh: 28 April hingga 30 April 2012
Tempat: RIDAM Kemaman, Trg
Mahar: RM2500+Baju Putih (XXL)+
Kopiah Putih (22 3/4)+Kain Pelikat

Suasana Pengajian: Rumah, Pantai, Air Terjun

Sila buat tempahan awal. Limit pengajian hanya 4 peserta sahaja. Harap maklum.

PENGAMBILAN PELAJAR - PENGAJIAN KIYAI HAJI SUFFIAN

Ramai yang menghubungi RIDAM berkenaan pengajian ini. Maka dengan ini, RIDAM umumkan tarikh pengambilan KHS sebagai kemudahan pada mereka yang berminat.

*Perlu diingatkan, pengambilan ini hanya terbuka selain dari tarikh 1 Ramadhan hingga 1 Haji.

Tarikh Pengambilan:
1. 9 atau 10 April 2012
2. 16 atau 17 April 2012
3. 23 atau 24 April 2012

Lokasi: RIDAM Kemaman ATAU Tempat Pelajar (jika 7 pelajar ke atas)
Masa: 12pm (sila hadir sebelum masuk Zuhur).

Mahar:
RM1182.02+ Baju Putih (XXL) + Kain pelikat

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.