Ads 468x60px

DIA TIDAK MAMPU MENELAN SEBARANG MAKANAN

Dua hari yang lalu, saya dijemput oleh ayah pesakit yang tinggal berdekatan dengan RIDAM. Pesakit ini mengalami masalah untuk menelan sebarang makanan hampir 3 bulan lamanya. Mendengar simptom awal yang diceritakan oleh keluarga pesakit, saya memaklumkan kepada pesakit agar menyediakan bahan-bahan rawatan kerana pengalaman simptom seumpama ini pernah saya ubati satu ketika dulu.

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan oleh pesakit adalah:

1- Air Mineral – sebagai bahan rawatan utama untuk aliran tenaga rukyah.
2- Limau nipis sebanyak 21 biji – Sebagai agen rawatan aromaterapi khusus untuk pemulihan selepas rawatan.

3- Cuka Epal – Sebagai tonik sunnah untuk rawatan luka dalam spt ulser dsb.
4- Minyak Zaitun – Untuk rawatan bengkak jika ada.

Maka selepas solat terawih, saya bertolak ke rumahnya. Memang sebelum bertolak  saya dapat rasakan petanda yang tidak elok kerana terdapat halangan yang tidak dijangka. Antaranya saya mulai rasa pening dan sakit perut sebaik saja ingin bertolak ke rumahnya. Tambahan pula, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya hinggakan pandangan jalan agak sukar. Saya tangguhkan dulu perjalanan dan mengambil peluang tersebut untuk bertafakur sebentar. Apa yang terlintas pada fikiran saya pada masa itu adalah berzikir sebanyak mungkin akan ayat yang pernah diamalkan oleh Nabi Yunus A.S sewaktu berada di dalam perut ikan paus dalam Sirah Nabawi.

Sekitar jam 10:00 malam, saya bertolak ke rumahnya walaupun perjalanan yang dilalui disertai rasa pening kepala dan sakit perut. Saya disambut oleh  ayah dan datuk pesakit sebaik tiba di rumahnya.  Sebagaimana amalan RIDAM, rawatan tidak terus dimulakan. Saya berbual dengan pesakit dan keluarganya akan masalah yang dihadapi. Menurut keluarga pesakit, pelbagai rawatan klinikal dan perubatan tradisional telah dicuba. Mereka juga menunjukkan ‘result’ ujian MRI yang dibuat dan ternyata pesakit dikategorikan sebagai NORMAL..!! Bagaimana boleh dikatakan NORMAL  kalau pesakit mempunyai penyakit?

Saya tidk terus menyimpulkan sebarang kesimpulan, sebaliknya meminta izin untuk memulakan rawatan. Sebagaimana teknik yang di amalkan oleh RIDAM sebelum ini, saya memulakan amalan rawatan dengan laungan azan terlebih dahulu. Pada tika azan dilaungkan, pesakit kelihatan menggigil dan bersuara garau. Tahulah saya pada ketika itu, pesakit telah kerasukan. Saya lanjutkan bacaan Al-Fatihah  padanya. Pada ketika inilah, dia mula mengamuk dan mencakar tangan saya. Kalau diikutkan, rasa pedih dari cakaran tersebut, ingin rasanya saya berhenti merawat. Tetapi melihat kepada harapan keluarga pesakit, saya cekalkan hati dan timbul ilham untuk membuat kuncian fizikal padanya.

Tangan kanannya saya kilas ke belakang dan pada masa yang sama atas bahunya saya rebahkan ke kaki sofa. Pergelangan tangan kirinya saya kunci dengan tekanan nadi menjadikan dirinya tidak dapat bergerak. Bila dia cuba untuk mengangkat badannya, saya sendal dengan lutut kiri. Maka dari saat itu saya menyuruhnya mengalah.

Memang jin yang berada dalam badannya amat degil dan tidak mahu bekerjasama. Setelah diberi amaran berkali-kali, saya terpaksa menggunakan kaedah seksaan kerana menurut kata arwah guru, bila jasad disakiti, maka jin yang berada dalam badan akan turut merasa sakit. Saya kepilkan paku di antara dua jari tangan kanannya. Saat itu dia meraung dan mengalah. Dia setuju untuk bekerjasama dan akan menjawab sebarang soalan yang diajukan.

Saya: Kenapa kau ganggu budak ni?
Jin: Aku tak tahu….!

* bila jawapan sama yang diterima, saya buat teknik seksaan sekali lagi..

Jin: Dia kacau aku?

Saya: Kacau kau? Maknanya kau ni bertuan la yer?
Jin: Ya.. Tuan aku yang hantar aku kacau budak ni!!

Saya: Tak logiklah..  Tuan kau tu umur berapa? Budak ni baru 16 tahun.. Masih sekolah.. Apa yang dikacaunya sampai kau sanggup kacau budak ni?

Jin: Budak ni buat aku Tuan aku hilang kerja, fitnah tuan aku sampai ramai orang benci dia.. Tuan aku nak dia matiiiiii!!!

* Ketika ini, saya lihat wajah ahli keluarga pesakit berubah..

Ayah pesakit: Saya dah agak ah ustaz…
Datuk pesakit: Masyaallah…. Memang dah kita teka selama ni..
Ibu pesakit: Ustaz hantar semula ke Tuannya… Biar dia rasa..

* Keadaan amat tegang pada ketika itu.. Saya lantas berpendirian bahawa ilmu saya tidak membenarkan saya berbuat demikian.. Keluarga pesakit akur dengan pendirian saya..

Saya: Maaf ya.. Yang penting pesakit ni sembuh.. Kata-kata Jin jangan diterima pakai kerana dah pasti jin sihir dihantar untuk memporak-perandakan orang yang dituju..

Saya memujuk jin tersebut dan akhirnya dia bersetuju untuk keluar.  Memandangkan pengalaman pesakit sebelum ni berubat dengan perawat yang tidak memasung jin yang mengganggu (Cuma menghalau – kemudian datang semula), maka saya guna kaedah pasung limau pada pesakit.

Sebiji limau nipis yang saya bacakan dengan ayat-ayat  pemagar saya letakkan di hujung kakinya. Tangan kiri saya pula saya kepilkan dengan paku yang sudah dibaca dengan ayat-ayat pasung. Saya bacakan ayat-ayat penarik yang khusus untuk memberi ‘laluan’ agar mudah untuk  jin tersebut  ditarik dan akhirnya dipasung pada buah limau tersebut.

Alhamdulillah, pesakit akhirnya tersedar dan saya menyuruhnya mandi dengan air limau nipis beserta air rukyah dengan segera. Sesudah pesakit selesai mandi, masa membuat semakan rawatan sekali lagi kalau-kalau ada saki baki gangguan yang ada. Syukur, pesakit sudah boleh tersenyum. Maka, untuk semakan terakhir, saya menyuruh pesakit makan sedikit makan.

Masyaallah, baru sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut, pesakit berasa pedih dalam perutnya dan tidak sampai 1 minit, dia muntah. Saya menjadi hairan kerana semua rawatan membuang gangguan telah dirawati. Maka saya mengambil lampu suluh dan melihat ke dalam rongga mulutnya.. Masyaallah, ruang Trakea pesakit menyempit dah lehernya bengkak. Pada pandangan saya, mungkin disebabkan gejala muntah yang berlarutan iaitu selama 3 bulan lamanya menjadikan ruang Trakea dan lehernya bengkak sebegitu. Saya minta izin pada keluarga pesakit untuk pulang ke rumah sebentar untuk mengambil Daun Kelor sebagai alternatif rawatan herba.

40 minit kemudian, saya tiba semula ke rumahnya bersama Daun Kelor yang kemudian saya jampi dengan ayat-ayat pembatal racun sebelum ibunya mengisar dengan campuran air rukyah yang telah saya bacakan. Setelah minum air kisaran Daun Kelor tersebut, pesakit muntah dan tika itu boleh dilihat akan banyakknya Hama yang masih hidup dan berkilat dalam muntahnya. Pada hemat saya, mungkin itu adalah saki baki Sihir Angin yang dituju pada pesakit. Sekali lagi pesakit cuba untuk makan dan dia masih muntah sebagaimana sebelumnya..

Kali ini, saya cuba pula dengan kaedah bekam darah pada point-point yang berkaitan dengan saluran koroner dan pencernaan. Sungguh hampa saya selepas itu bila keadaan pesakit masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Oleh kerana waktu sedah menunjukkan pukul 4:00 pagi, maka saya hentikan dulu rawatan. Saya khuatir jika pesakit muntah berulang-kali akan melahirkan symptom yang lain seperti ulser dalaman dan pendarahan. Dengan rasa hampa, saya memohon maaf pada keluarga pesakit kerana tidak mampu mengubati pesakit sepenuhnya. Saya berazam untuk menyelongkar buku-buku pengajian yang saya tuntut kalau-kalau ada kaedah rawatan yang saya terlepas pandang.

Saya berikan masa 3 hari kepada pesakit untuk melihat sebarang reaksi atau perubahan yang berlaku pada pesakit.

MAKLUMAN DARI AYAH PESAKIT.

Hari ini, saya menerima khabar dari ayah pesakit bahawa anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dia bercadang untuk membuat semakan MRI kedua pada anaknya pada pagi keesokkannya. Namun begitu dia berterima kasih kepada saya kerana selepas rawatan, anaknya tidak lagi mengalami masalah gangguan mistik seperti kerasukan, termenung atau menggigil tanpa sebab. Cuma symptom fizikal sahaja yang masih belum berubah.

Saya menasihati ayahnya supaya jangan berputus-asa. Pada masa yang sama, saya juga maklumkan bahawasa saya turut berusaha untuk mencari penawar untuk anaknya sebaik mungkin. Ayahnya bersetuju dan rawatan ditangguhkan seketika.

Ya Allah..
Aku hanya Tukang Ubat.. Namun penyembuhnya hanya Kamu. Tiada kuasa apa atas diriku untuk menjamin segala kesembuhan pesakit yang ku ubati kecuali diberi keizinan dari-Mu ya Allah…

 
Blogger Templates