Ads 468x60px

SIHIR KUNCI 7 SENDI



Saya mendapat jemputan berubat seorang jutawan di ibu negara sebelum bulan ramadhan yang lalu. Dari maklumat yang saya perolehi dari ‘orang tengah’, pesakit ini mengalami masalah radang sendi yang agak kronik hinggakan langkahnya berjalan seumpama robot…

Maka, saya seperti biasa membawa sahabat saya (Sdr. Haikal) ke rumah pesakit. Memang agak penat kerana jarak perjalanan untuk sampai ke rumah pesakit mengambil masa hampir 3 jam. Kebetulan, pada hari perjalanan tersebut, saya masih belum tidur selama 2 hari berturut-turut kerana menyiapkan tesis pengajian saya dalam bidang psikologi..

Kami tiba di rumahnya sekitar jam 10 malam. Oleh kerana kepenatan, saya tidak terus berubat sebaik tiba di rumah pesakit. Sebaliknya, kami hanya berbual kosong sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Sepanjang penelitian saya ketika bersembang dengan pesakit, saya perhatikan pesakit seorang yang mudah mesra dengan orang walaupun baru saja dikenali. Pengetahuannya yang begitu luas dalam isu semasa dan perniagaan amat saya kagumi. Cuma yang saya sedih bila melihat pergerakannya. Memang benar… jelas kelihatan di raut wajahnya bila dia menahan sakit setiap kali berkalih dari tempat duduk. Dalam hati saya berkata…’andai inilah buatan sihir, maka orang yang menyihirnya memang gila…!’..

::Gambaran

Ketika bersembang dengannya, saya terlihat sekilas wanita berumur 40an dalam benak fikiran… Pada  andaian saya, ini sihir..!! Tapi, saya belum dapat mengenal pasti retorik sihir yang lebih spesifik.. Pada pengalaman rawatan sebelum ini, jika ilham telah diperolehi, maka elok disegerakan rawatan… Jangan tertangguh kerana itu mungkin panduan asas sahaja.. Yang lebih jelas nanti biasanya ketika rawatan. Maka saya tidak bertangguh minta rawatan dilakukan..

Pada peringkat awal, saya mendiagnos setiap point nadi dan saraf di tubuh pesakit. Bacaan point reflek di tapak tangan, tapak kaki, denyut nadi dan bacaan iriodlogi tidak sama… Kejadian ini berlaku biasanya kerana faktor gangguan. Kita sedia maklum, perbezaan penyakit klinikal berbanding penyakit gangguan adalah dari segi keputusan diagnos tubuh. Penyakit klinikal tidak berubah tempat, mempunyai keputusan diagnos yang sekata dan tidak bermusim. Manakala penyakit gangguan pula memperlihatkan hasil diagnos yang tidak sekata dan kadang-kala tiada tanda menunjukkan seseorang itu sakit..!! Tambahan lain, penyakit gangguan sering berubah kedudukan di organ tubuh dan punyai waktu serangan yang khusus seperti serangan selepas waktu asar atau ketika mendengar azan dan seumpamanya…

Selepas berpuas hati dengan diagnos yang dibuat, saya mulakan rawatan dengan merukyah pesakit. Memang nampak taranya pada riak pesakit menahan sakit sewaktu rukyah dibacakan. Ketika merukyah, secara ilham saya melihat sebuah patung  lilin yang dicucuk dengan 7 batang suasa. Saya menghafal kedudukan jarum yang dilihat….

Berbalik ke dunia nyata, saya teruskan rawatan dengan KAEDAH PASUNG LIMAU pada 7 point anggota sebagaimana yang saya lihat secara ilham.. Dengan kudrat tenaga yang memang keletihan akibat tidak cukup tidur dan memandu dalam perjalanan yang jauh, saya berasa keletihan yang amat sangat  setelah selesai teknik memasung dijalankan. Hampir pitam rasanya bila point terakhir di pasung keluar.

Walaupun nampak kesembuhan yang ketara pada pesakit, firasat saya mengatakan bahawa masih ada sisa yang ada pada penyihir. Maka, saya meminta bantuan Sdr. Haiqal untuk rawatan ‘keluar tubuh’. Perjalanan kerohanian tersebut menghantar Sdr Haiqal ke tempat penyihir. Secara batiniah, barang-barang sihir dibuang ke tempat sepatutnya. Kaedah ini ada saya muatkan dalam pengajian khas Watikah atau Kiyai Hj Suffian..

Selesai segala rawatan, saya meminta pesakit untuk merasai sendiri kesan rawatan yang telah dijalankan.

Saya: Bagaimana Abang Man..? Rasa macam mana sendi sekarang.?
Pesakit: Alhamdulillah.. banyak sangat bezanya… Syukur Ustaz…

* Tika itu, dia melompat-lompat keriangan.. Jelas terpancar keceriaan yang dinantikan selama ini.

Saya: Abang jangan over pulak… Gearbox baru tukar tu… Kena ‘masak’ kilometer dulu…Nanti kena overhaul… Susah jadinya..

Pesakit: Alah ustaz.. baru nak exercise… Lama dah tak rasa macam ni…

Saya: Esok-esok la… nanti urat terkejut… Takper, Abang mandi limau dulu.. Kasi segar sikit lagi… Saya nak siapkan ubat selebihnya..

Maka, sewaktu dia mandi dengan air limau yang saya telah rukyah, saya bacakan pula pada minyak zaitun sebagai sapuan pada urat sarafnya.. Saya juga bacakan pada air mineral sebagai bekalan rawatan seterusnya.

Setelah selesai semuanya, saya ke sungai berdekatan rumahnya untuk membuang pasungan yang telah dibuat.. Pada kali ini, pesakit meminta saya tidur di rumahnya untuk perhatian awal pagi keesokan hari. Kata beliau lagi, biasanya sakit yang dialami akan mula menyerang sewaktu bangun dari tidur… Bagi tidak menghampakan permintaannya, saya dan sahabat bermalam di rumahnya..


:: Lanjutan Rawatan

Alhamdulillah, simptom yang pernah dialami sewaktu bangun tidur selama ini tidak menyerang lagi. Sebelum saya pulang, saya lanjutkan rawatan bekam padanya… Tujuan saya membekam adalah untuk membuang simpulan angin di sendi-sendi yang bermasalah akibat serangan sihir dan membuang darah kotor dari tubuhnya.. Memang saya amat bersyukur kerana keperitan yang dialami pesakit selama ini telah beransur pulih… Namun, saya ini hanya tukang ubat.. Yang menyembuh hanya Allah SWT semata-mata..

Saya bertolak pulang tepat jam 10 pagi sambil diiringi lambaian kepuasan pesakit…


:: Panggilan Buruk

Selepas sebulan dari hari rawatan, saya menerima aduan pesakit… Penyakit yang sama berulang lagi… Masyaallah…. Andaian saya serangan berulang kembali.. Saya mula memohon petunjuk dan memang saya pasti, pihak yang sama masih ‘menghantar’..

Apa pun, temujanji rawatan akan dilakukan sebaik sahaja saya pulang berhari raya. Ya Allah… jika itu ujian pada pesakitku, maka Kau hindarkanlah… Jika itu kifarah dosanya, maka Kau ampunkanlah dia.. Seperti aku dan dia, kami ini hanya hambaMu ya Allah… Bantulah kami dengan sebaik-baik sifat Ar-Rahman Mu… Amin..

 
Blogger Templates