Ads 468x60px

DIA BUKAN GILA SEMATA


Segar rasanya selepas dapat menghirup seteguk air sirap yang dipesan. Rasa nikmat tidak terkata bila diminum sewaktu cuaca panas. Begitu juga dengan Faizal yang asyik tadi makan berselang air. Petang itu, saya saja lepak bersama Faizal setelah hampir beberapa bulan tidak bersua muka. Maklumlah, si Faizal bekerja sebagai Safety Officer di Qatar. Bila dia pulang ke kampung, Saya orang pertama yang dicari selepas ahli keluarganya.

“Bila pulak kau nak gi semula ke Qatar?” tanya saya sambil mencucuh sebatang rokok dengan lighter kuning. Soalan saya dibalas dengan isyarat tiga batang jari oleh Faizal.

“Tiga bulan ker...?”

“Hisy.... tiga bulan apa nyer... Masak aku nanti.. ‘Kering’ poket aku.. Tiga minggu lagi la...” kata Faizal membetulkan tekaan saya.

“Oh.. ingatkan tiga bulan.. “

Tiba-tiba, datang seorang lelaki duduk di sebelah Faizal. Dia mengomel sendiri tanpa menghiraukan kami dah pelanggan lain di dalam restauran. Dari reaksi tersebut, lelaki itu tampak kurang siuman. Takut juga kalau-kalau dia mengamuk tak tentu hala. Boleh ribut jadinya nanti.

“Pakcik dah makan..?” saya bertanya kalau-kalau dia belum lagi menjamah makanan pada hari itu. Maklumlah, sudah tentu dia tidak bekerja dan tiada wang untuk berbelanja. Hati saya tersentuh bila melihat dirinya yang kurus melidi serta pakaian yang begitu lusuh. Agaknya sudah berapa bulan tidak mandi. Saya bersyukur kerana masih diberi akal dan kudrat untuk meneruskan hidup di bumi Allah ini.

“Aku dah makan.. Kau dah makan?”

“Sudah.. Pakcik makan apa..? Kat mana..?”

“Aku makan angin.. kat sini”, seraya itu ditunjukkan perutnya.. Sesudah itu dia ketawa... Agaknya dia rasa lucu bila saya diperdaya. Faizal dari tadi diam membisu. Mungkin Faizal takut bila lelaki itu duduk betul-betul di kerusi sebelahnya.

“Kalau macam tu saya belanja nak? Nak makan apa?” ikhlas saya tawarkan padanya. Berapalah sangat kalau setakat sepinggan nasi berlauk dan segelas air. Rezeki yang Allah bagi pada kita sebenarnya bukan untuk kita seorang.

“Tak mahu aku makan kat sini... Kau bagi aku duit jelah dua ringgit.. Aku nak beli rokok.. Boleh?”

“Rokok tak kenyang Pakcik... Pakcik makan lah sikit yer..”

“Aku kata tak mahu, tak mahulah.. Kau, kalau nak belanja kasi aku dua ringgit jer...”, katanya dengan tegas menyebabkan saya tiada pilihan lain. Saya berikan RM2 pada lelaki itu.

Berkali-kali lelaki itu mencium duit yang diberi. Walaupun nampak kurang siuman, dia tidak lupa berterima kasih. Masih ada contoh adat yang mulia ditunjukkan.

“Aku gi dulu deh.. Nak beli rokok. Rokok kamu ni bagi aku boleh?” pintanya dengan sopan pada saya. Faizal menjeling beberapa kali agar saya menolak permintaan lelaki itu. Namun saya berikan juga padanya. Lagipun, cuma tinggal lagi baki dua batang dalam kotak rokok tu. Halalkan jelah.

“Pakcik.. Jangan lupa doakan saya dunia akhirat yer..”

“Insyaallah.. Ya Allah, Mu lindungilah budak ini dari bahaya, luaskan rezekinya dan banyakkan zuriatnya. Amin..”, doa lelaki itu di depan saya. Faizal terlopong dengan perbuatan lelaki itu. Lelaki itu kemudiannya beredar dan kelibatnya hilang di selekoh bangunan hadapan.

“Apa la kau ni Syakirin.. Orang gila kau layan.. Dah tak ada manusia lain ker nak buat baik..?” kata Faizal pada saya selepas lelaki itu beredar.

“Alah.. biarlah.. dia pun manusia.. Sekali sekala jer..”

“Buat baik tu boleh.. tapi tengoklah.. Sekotak rokok kau bagi kat si gila tu.. Duit lagi kau bagi.. Pasni jawabnya rokok aku lah tu jadi mangsa..” kata Faizal menambah.

“Kau ni pun.. Dengan aku pun nak berkira ker? Takperlah.. makan hari ni aku bayar.. Okey..?” kata saya menukar topik. Kalau tak buat macam tu, jawabnya sampai balik saya kena berleter. Faizal ni nama saja lelaki, tapi mulut macam burung Murai.

“Aku ok jer.. Orang nak belanja.. Seronok tu... Nasib baik aku waras.. Boleh rasa nikmat..” seloroh Faizal sambil tersenyum.

“Kau tahu tak, silap hari bulan, makbul doa lelaki gila tu tau...”

“Eh.. orang gila makbul apanya..? Bukan dia faham pun apa dia doa..”

“Itu yang kau tak tahu. Orang gila ni mana ada dosa dengan Allah. Sedangkan dalam syarat hukum seperti solat, nikah, puasa dan macam-macam lagi tanggungjawab pada orang waras, tak wajib untuk orang gila.. Samalah macam baby.. Itu menunjukkan, diorang ni tak ada dosa kecuali dosa sebelum dia waras. Itupun kalau dia tak sempat taubat..” terang saya pada Faizal. Terdiam jugak si Faizal bila saya beri ‘buah paku keras’ padanya masa tu.

“Yelah.. aku ingat.. Ustaz kat sekolah dulu cakap, orang gila mana ada dosa... Rugi-rugi..”

“Rugi apanya..?” hairan saya bila Faizal mengeluh begitu.

“Rugilah aku tak suruh dia doa untuk aku tadi.. Kau jugaklah yang best.. “ ujar Faizal. Mungkin dia rasa kesal dengan tindakannya tadi.

“Alah.. benda nak jadi... Kadang-kadang, gerak kita Allah yang tentukan.. Takperlah.. Lain kali beringat.. Tapi jangan buat hobi baru pulak..”

“Hobi apa..?”

“Hobi cari orang gila.....”, serentak dengan itu kami berdua ketawa hinggakan beberapa pelanggan dalam kedai memandang kami. Mungkin kuat sangat kami ketawa...

----------------------------------
MORAL OF THIS STORY

Jangan pandang ‘sebelah mata’ pada manusia lain.. Setiap hamba-Nya ada kelebihan tersendiri. Salah seorang guru saya pernah berpesan:

“Yang gila itu gila dunia.. Tapi mungkin waras di Akhirat.. Tapi yang waras itu waras dunia.. Belum tentu dia waras di Akhirat.. Yang gila itu mungkin masin mulutnya kerana dia tiada dosa. Tapi yang waras itu mungkin kosong doanya, kerana dosanya tidak terkata.”

Ada faham dengan pesanan ini..?

Sekian,
darulmanzil
 
Blogger Templates