Ads 468x60px

MANGGIS OH MANGGIS..


 *coretan diari rawatan

Saya menerima panggilan telefon dari seorang pesakit.

Pesakit: Assalamualaikum.. ni darulmanzil ker? Ustaz Syakirin ker?
Saya: Waalaikumsalam… Ya.. Kenapa tu?

Pesakit: Oh.. bukan apa Ustaz.. nak Tanya malam esok ingat nak buat temujanji.. Bulan puasa ni Ustaz berubat tak.?
Saya: Insyaallah… bulan puasa memang berubat macam biasa.. Tapi kalau kes yang ada sejarah gangguan, hanya selepas Terawih saja.. Bukan apa.. takut tak terkawal bila ada kerasukan tu..

Pesakit: Ish… tak lah Ustaz… Bukan kes kerasukan… nak ubatkan anak saya ni hah…
Saya: Kenapa pulak dengan anak kamu..?

Pesakit:Dah demam seminggu dah.. dua tempat dah gi berubat.. Tak serasi lah Ustaz…
Saya: Lor.. dah bawak gi hospital ker?

Pesakit:Saya bawak gi klinik jer… Ingat kalau tak ‘jalan’ gak lepas ni baru nak bawak gi hospital..
Saya: Eh… kenapa tak di bawa terus..? Saya pun takleh jamin boleh sembuh atau tak…

Pesakit:Yang tu saya faham Ustaz.. kan ikhtiar… boleh lah Ustaz… kalau tak serasi gak saya janji bawa gi hospital anak saya tu….boleh lah Ustaz…
Saya:Ok lah kalau macam tu.. Malam ni tak boleh datang..? Risau pulak bila kamu nak buat keputusan macam tu..

Pesakit: Kalam malam ni lagi bagus… dalam pukul berapa ya Ustaz..?
Saya: Dalam pukul 9:30mlm… boleh?

Pesakit:Ok… ada nak bawak apa-apa tak..? air ker..? limau ker?
Saya: erm.. nak Tanya dulu.. anak kamu tu ada ulser kat mulut tak..?

Pesakit:ada… pastu nampak lesu sangat..
Saya:memang la kalau demam akan lesu… heheheh… Cuba tengok kulit tangan anak awak jap.. Pucat atau lembab…

Pesakit: Ada k at sebelah saya ni.. Pucat ustaz… kenapa?
Saya:Dok tor bagi apa masa awak gi klinik ari tu..?

Pesakit:Ubat demam, vitamin C, antibiotic..
Saya: tak jalan?

Pesakit: tu lah.. tak serasi ngan ubat kot..
Saya: Masa awak gi berubat ari tu perawat kata apa?

Pesakit: Ustaz yang saya bawa gi berubat tu kata bukan gangguan..
Saya: Oooo… pastu ubat apa dia guna…?

Pesakit: Dia suruh bawa air mineral, buah limau 9 biji.. yang Ustaz sorang lagi sama bahannya Cuma limau tu 21 biji dengan tambah bawak minyak zaitun dan dia jual pil habbatussauda’..
Saya: erm.. tak jalan gak..?

Pesakit: tak jalan gak…
Saya: Mungkin tak serasi ubat kot.. ok.. mcm ni.. malam ni bawak air mineral 5liter dan buah manggis 6 biji…

Pesakit: hah..???? buah manggis… nak buat apa Ustaz…?
Saya: nak buat ubat la… bawak jelah.. malam ni cerita…

Pesakit: ok Ustaz.. saya gi beli sekarang bahan tu.. Malam ni jadi yer Ustaz…?
Saya: Insyaallah.. jadi..

-----
Malamnya, datanglah mereka.. Suka tengok keluarga diorang… Ramai betul anaknya…

Maka saya mulakan rawatan pada pesakit (sebenarnya anak pesakit berumur 10 tahun) dengan melihat symptom zahir di badan.. Saya teruskan dengan mendiagnos matanya (Iriodilogy) dan akhirnya saya buat semakan dengan Alat Terapi Elektrik Accupuncture.. Hasil diagnos memang menunjukkan masalah kegatalan kulit, demam, ulser dan kurang gizi dalam badan..

Maka saya rukyah dahulu dengan ayat-ayat syifa penyakit yang di diagnos pada air mineral dan buah manggis yang dibawa pesakit. Sebelum saya mulakan rawatan dengan Kaedah Accupressure pada point saraf yang lemah, saya ‘kopekkan’ 2 biji manggis. Isinya saya suruh pesakit tu makan dan kulitnya saya rebus dengan air sebanyak 3 gelas. Saya biarkan ia mendidih hingga tinggal segelas air..

Elok selesai rawatan acupressure, air yang direbus sudah tinggal dalam sukatan segelas. Agak-agak dah suam, saya suruh pesakit tu minum. Air mineral yang dirukyah saya sarankan agar diminum 3 kali sehari atau lebih. 4 biji manggis lagi saya ajar kaedah yang saya buat untuk diminum dua hari berikutnya…

-------
Semalam saya terima panggilan…….

Pesakit: Ustaz.. Alhamdulillah… Anak saya dah sembuh… Tak sangka buah manggis pun boleh jadi ubat.. Ingat sedap di makan saja…

*Sempat saya menyanyi..
Saya: Memang enak dimakan begitu saja… Oh manggis…

Pesakit:alah Ustaz ni… menyanyi pulak dia… betul ni.. nak ucap terima kasih sungguh..
Saya: Allah… yang sembuhkan bukan saya.. Kerja Dia semua tu.. saya tolong aja.. Kebetulan serasi ubatnya tu..

Pesakit:erm.. Syukurlah.. nak Tanya lagi ni… Kalau masalah sakit saraf orang laki pulak macam mana Ustaz….?
Saya: hayya… ini bulan pun ada lagi soalan macam ni…???

Pesakit: Nafkah batin tetap kena bagi Ustaz.. hehehehe
Saya: erm… awak amal ni… (saya beri resepi rahsia cuka epal + cuka delima + tembikai ~ rujuk pos terdahulu)

Pesakit: Ok Ustaz.. sekarang juga saya beli.. TQ Ustaz…
Saya: Sama-sama.. Assalamualaikum..

Pesakit: Waalaikumsalam….

Sekian…

--------------
Siapa yang ajar saya ilmu guna manggis tu…?

Kredit pahala untuk Allahyarham Cikgu Tok Ayah Pasir Puteh, Kelantan.. Moga pahalanya berganda dengan ilmu yang diajar.. Insyaallah…

Boleh amal.. boleh share…
Doa Syifa bacalah apa-apa ayat pun asal kena dengan penyakitnya.. Nak 'terima' sungguh datang mengadap.. Wassalam..
 
Blogger Templates