Ads 468x60px

CATITKAN SOALAN ANDA … Hahahaha..


 Ok.. Petang tadi ada pelajar saya datang rumah untuk terima ijazah Amalan Derajat (janji pada penyumbang ke Eropah 2012). Alhamdulillah, yang datang dari Kuala Lipis ni orang kedua. Orang pertama pulak orang Melaka. Bersemangat betul diorang ni. Jauh tu..

Apa pun, saya tertarik tentang pelajar dari Kuala Lipis ni. Bila buka sehelai kertas, lengkap sedia soalan-soalan yang akan ditanya. Dah macam reporter. Soalannya tak lah banyak. 18 SOALAN JER…. Hihihhi..

Kagum sungguh. Memang ber sistem. Kalaulah pesakit-pesakit yang datang buat macam ni, tak adalah yang akan call tengah malam semata-mata nak tanya “Ustaz, buah limau ni nak belah berapa sebelum perah dalam air?”.

Ok.. bila buka semula e-diary dalam email saya, tahun 2009 dulu ada sorang pesakit dari hulu Terengganu. Dia lagi ‘Pure System’.. tapi bukan bab soalan, bab PERMINTAAN. Okey, kita lihat senarai permintaan yang dinyatakan (base on my record).

Saya: “Puan nak UST ikhtiar apa sebenarnya?”

Katanya:

“Okey Ustaz. Saya kalau boleh nak ust buat 100 malam solat hajat untuk saya murah rezeki dan berjaya dalam perniagaan saya. Kedua, saya nak ust khatamkan Quran 1 juz dengan niat wakil atas nama saya. Ketiga, kalau boleh ust buat Yasin 41 kali semalam selama 7 malam untuk ikhtiar segala hajat saya.Kalau ada juga sahabat ust yang nak gi umrah, boleh juga ust sampaikan hajat saya untuk didoakan depan kaabah. Saya juga nak ust ikhtiar rawat masalah sendi lutut dan sakit belakang saya. Boleh ustaz yer?”

Bini saya melopong bila dengar permintaan yang 'super hebat' tu.. Saya hanya senyum dan kata yang saya manusia biasa jer. Doa saya pun ada yang tak makbul, ini kan pulak doa untuk orang lain. Hanya untuk sejukkan hatinya, saya kata kan saya akan “fikirkan”.

Katanya, dia berharap sangat. Respon saya masih sama, akan saya “fikirkan”. Namun, saya ikhtiar juga mengubati masalah sarafnya.

Sebelum pulang, dia hadiahkan RM10 katanya sebagai upah rawatan. Katanya lagi, dok berubat fisio kat private hospital dah habis RM20k.

Saya hanya tersenyum… manusia.. manusia..

TANGGUNGJAWAB SUAMI SEBENARNYA APA USTAZ…???


Pagi tadi, saya menerima email seorang suami yang tinggal di Kelantan. Jom kita baca kisahnya. Jadikan pengajaran.
---
Assalamualaikum w.b.t Ustaz Syakirin RIDAM.

Tergerak hati saya di kala ini untuk meluahkan masalah yang saya hadapi. Jika ianya boleh menjadikan Ustaz memberikan pendapat atau nasihat untuk saya yang dhaif ini.

Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata. Di awal perkahwinan kami, ianya sungguh indah. Boleh dikatakan kami digelar ‘the best of couples in the earth’ oleh rakan-rakan kami. Ada yang cemburu mungkin. Namun, kebahagiaan itu akhirnya musnah bila isteri saya curang dengan lelaki yang juga suami orang (juga jiran sebelah rumah kami).

Mereka sedang melakukan seks di katil bilik utama kami semasa saya pulang ketika hari anniversary perkahwinan kami yang ke-7. Saya sangkakan kejutan istimewa saya pulang dari kursus yang sengaja tidak saya maklum mengintimkan hubungan yang kami bina. Tapi rupanya kegiatan haram yang dibuat pula kantoi di depan mata. Apa salah saya Ustaz?

Untuk makluman Ustaz, saya bekerja 8 pagi hingga pukul 5 petang. Setiap hari, saya akan bangun sekitar jam 4:30 pagi untuk solat tahajjud dan kemudian sediakan sarapan untuk keluarga. Pukul 6am, saya akan kejutkan isteri dan saya juga yang siapkan anak-anak mandi, berpakaian hinggalah mengemas-kini beg sekolah mereka. Saya pastikan untuk solat Subuh berjamaah dan kemudian sarapan bersama-sama. Kebetulan laluan sekolah sama dengan ke tempat kerja, maka saya hantarkan anak-anak ke sekolah.

Selebihnya urusan basuh baju, masak makanan tengah hari dan ambil anak di sekolah anak adalah tugasan isteri. Bila saya pulang dari kerja, masakan malam saya akan sediakan. Kemudian solat maghrib berjamaah dan menemani mereka menelaah pelajaran. Setiap minggu pula, kami akan keluar beriadah atau bercuti.

Tiga bulan sebelum kejadian , isteri saya mengadu penat. Maka kerana sayangkan isteri, saya gajikan pembantu rumah Indonesia untuk meringankan bebannya. Barulah nampak dia semakin ceria. Cuma yang menghairankan, handphone nya semakin menjadi rahsia. Password ditukar. Memang pelik sebab sampai bawa dalam tandas bila nak bercakap. Tapi kerana sayangkan isteri juga, saya masih bersangka baik.

Bila kejadian kantoi di depan mata, saya pula dibelasah teruk jiran yang curang dengan isteri saya. Isteri hanya melihat dengan menangis. Tak tahulah apa perasaannya ketika itu. Mujur anak-anak dan pembantu di rumah Mak saya ketika itu.

Selepas lelaki itu keluar dari rumah, saya tanyakan apa lagi yang kurang pada diri saya? Kalau kerana alasan seks, saya mampu bertahan hingga 1 jam Ustaz. Mungkin kerana amalan senaman tua yang saya belajar sejak muda.

Isteri terus menangis dan ucapan yang keluar adalah,
“abang tak pernah salah dengan saya. Saya yang salah”.
Apa yang perlu saya buat Ustaz?

Sekarang, kami masih belum bercerai. Masih serumah dan rahsia ini hanya saya, isteri dan lelaki itu sahaja yang tahu. Apa perlu saya buat Ustaz? Tolong lah. Saya perlukan pandangan Ustaz.

JAWAPAN SAYA >>>>

Waalaikumsalam wahai suami yang dimuliakan Allah.. Kalau betul nak jawapan Ustaz mudah jer.

1.CERAIKAN DIA .. CERAIKAN DIA.. CERAIKAN DIA..
2.CARI BINI BARU.
3.BINA HIDUP BARU.

Sekian… Wassalam..

ADAT ORANG LAMA >>>


Masih saya ingat suka-duka pengembaraan mencari Guru dalam menuntut ilmu yang saya minat. Dari umur saya belasan tahun, sudah banyak tempat saya menginjak kaki dengan harapan berjumpa Mursyid yang berpengalaman.

Sehingga kini, walaupun sudah berkahwin dan sudah mempunyai 5 cahaya mata, saya masih belajar, mencari dan mengkaji. Fahaman saya amat mudah:

"Makin kita Mahir, Makin Banyak Yang Kita Tidak Tahu, Maka Belajarlah Hingga Habis Nyawa Kerana Ilmu Itu Tiada Batas Akhirnya".

Antara hal yang saya perhatikan pada guru-guru yang saya tuntut, satu amalan yang sama ada pada mereka iaitu MENJAMU TETAMU.

Ada guru saya yang Kaya, Sederhana dan Miskin. Tapi bab Menjamu Tetamu sudah jadi kemestian adat pada mereka hatta segelas air kosong. Bila dilihat kehidupan mereka, hatta yang miskin harta benda, kehidupan mereka senang dan tenang tanpa rasa gusar dengan pemberian rezeki Allah.

Satu perkara lagi yang saya perhatikan adalah sifat MERAJUK MURID. Boleh dikatakan hampir kesemua guru saya mudah dan lama merajuk bila mereka sudah dibiar tanpa khabar berita. Ada yang 1 tahun menghilang, kemudian bila ada kesusahan, barulah gagau mencari guru. Pernah juga yang hampir 5 tahun menghilang.

Bagi guru yang sifatnya seperti Saidina Osman, maka cepatlah merajuknya 'sejuk'. Tapi yang sifatnya umpama Umar Al-Khattab, stanby kena lempang atau dihalau begitu saja bila mereka dilayan hanya kerana PERLU.

Alhamdulillah, hormat dan bertanya khabar sudah saya sebatikan dalam adat berguru. Bagi mereka, bukan harta yang jadi utama, tapi SILATURRAHIM DIJAGA.

Ingatlah sahabat, selain ibu bapa kita, guru juga punyai kelebihan kepada murinya iaitu SUMPAH mereka terbela. Maka bagi mereka yang berguru, ingatlah nasihat ini. Insyaallah, barokah kehidupan.


Tinta Maya'09-2015,
Darul Manzil

PENGAJIAN WATIKAH RIDAM 2015

Untuk makluman, 26hb-28hb September 2015 adalah tarikh untuk tidak menerima SEBARANG panggilan, sms, whatsapp dan seumpama dengannya kerana dalam tempoh tersebut, saya sedang menjalankan Program Pengajian Watikah RIDAM.

Program ini merangkumi 4 tempat latihan iaitu kediaman RIDAM, Pantai, Sungai dan Hutan Belantara. Pengajian Watikah adalah khusus untuk melahirkan Perawat Alternatif Islam yang serba-boleh dimana intisarinya meliputi 12 Modul (lihat gambar). Peserta akan mengikuti pengajian secara teori dan amali mengikut pengalaman sebenar RIDAM dan ia adalah latihan asli para perawat Nusantara.

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi 012-9928646 untuk maklumat lanjut. Peserta terhad sehingga 4 orang sahaja bagi keberkesanan dan memudahkan penerimaan ilmu yang dipelajari.
Layari juga: http://ridampengajian.blogspot.my/…/ilmu-watikah-ridam-bers… untuk syarat-syarat pengajian.



AYAT COVER LINE: Buncit itu Menawan..!!!



"Ustaz, ust buat rawatan untuk perut buncit tak?"

"Perut buncit? Busung ker?"

"Eh, bukan Busung Ust. Buncit sebab gemuk. Ada?"

"Lorr.. Kalau Ust ni ada rawatan macam tu, tak adalah Ust ni 'solid' macam Nangka masak... Adoiii".

"Oh, tak ada ker? Bini saya dah 'bising' ni Ust. Ubat dah ambik, Gym dah pegi, tak six-pax jugak Ust".

"Alah.. biar buncit jelah.. Asal sihat. Buncit sebenarnya MENAWAN tau".
 
"Aik.. kenapa pulak Menawan Ust?"

"Yelah, itu tandanya tidak membazir dengan rezeki makanan yang ada. Menawan la tu..Lagi-lagi kalau makanan tu bini yang masak... Penghargaan..Cakap macam tu kat Bini".

"errrrrrrrr......nanti saya cuba try test... hahahaha"


JANJI DITEPATI

Assalamualaikum. Ingat lagi tak bila Ambo ke Eropah dulu. Apa yang Ambo janjikan??? Sehingga kini, tiada seorang pun yang tuntut janji tersebut dengan datang mengadap untuk ‘menerima’nya.

Yang ada hanya ‘bunyi’,’bunyi’,’bunyi’… Tapi nak datang sunyi sepi.

Okey lah.Dah banyak tahun menunggu, Ambo buka peluang untuk mereka datang tuntut janji tersebut sehingga 30 Disember 2015 sahaja. Letih dah dok tunggu lama-lama. LETIHHHHH….
Apa yang ambo ingin kongsikan adalah Amalan yang ambo amal sewaktu pengalaman merantau ke Eropah tersebut termasuk rawatan yang ambo buat pada beberapa sahabat di Turki dan Albania. 

Insyaallah, akan dikongsikan amalan tersebut:-
1. Amalan Pelindung
2.Amalan Pembungkam
3.Amalan Jatuh Kesian
4.Amalan Pinggan Putih
5.Amalan Penaik Semangat
6.Zikir Cermin Ghaib
7.Amalan Pematah

Hanya mereka yang MENYUMBANG sahaja walaupun minima RM10 pada program tersebut. Yang lain pohon maaf banyak-banyak sebab itu ikrar yang dibuat. Semoga diberkati Allah dan sumbangan yang diberi agar beroleh balasan berganda dari Allah.

p/s: Tolong jangan Tanya “yang tak menyumbang ari tu tak boleh ker Ustaz?”. Dah terang dah sebelum ini. Wassalam.
 
Blogger Templates