Taubat tak mahu tengok dah...

 


Taubat Tak Mahu Tengok Dah....!

*******************************


Al-kisah...

Ada beberapa orang yang whatsapp, call dan sms berkenaan nak buka 'mata batin'. Memang jadi kebiasaan ambo akan tanya dulu tujuan apa nak buat begitu. Jika nak seronok semata, gi cari orang lain lah.


Apa yang ada dalam pengajian RIDAM berkenaan keilmuan ini adalah untuk tujuan memudahkan dalam ikhtiar merawat gangguan. Bukan suka-suka suruh scan. Nak scan kenalah ada simptom. Macam nak doktor check, mula-mula sekali pasti rasa tak sedap badan, lanjutnya berjumpa doktor untuk kenal pasti simptom yang dialami. Bukan saja-saja singgah klinik macam si Nurul gi nak jumpa Dr. Khushairi dengan Mak Leha. 😅. Ingat mesin scan tak boleh rosak ke kalau selalu sangat dok guna? satelit pun boleh lari... 😅


Ok.. ini ada satu cerita. Berlaku sekitar tahun 2015..


Ada sorang pesakit yang dah sembuh datang ziarah ambo. Memang banyak pulak tu bawa ole-ole. Siap bawa gudang garam lagi sekarton. Memang nampak benar nak bodeknya... 😅


Setelah ditanya hajatnya, rupanya dia nak tengok Jin. Bila ditanya kenapa, tujuannya nak kenal semata.. 🤦


Ambo nasihatkan tak perlu buat kerja gila macam tu. Ramai lagi manusia boleh kenal. Awek-awek pun ramai boleh usha.. 


Degil sungguh orangnya. Last tengok cara kasi ole-ole tak jalan, dia try umpan guna duit pula. Dia offer 5 ribu kalau ambo boleh tolong makbulkan hajatnya. Pesakit ambo hok ni memang orang kaya. Pakai kereta pun yang 2 pintu. 


Bab duit ni ambo banyak terkena dah. Masa tak boleh, janji bergunung ganang. Dah dapat blah macam tu jer. 


"Nak tengok sungguh?".


Banyak kali dia mengangguk..


"Boleh duduk sorang waktu malam kat hutan atau kubur ? Subuh baru balik?".


Dia sanggup..


"Kalau gitu, dapat tengok baru lunas janji nok kasi tu dan ada syaratnya. Boleh...?"


Dia angguk dan tanyakan pula syaratnya.


Ambo suruh gi cari ayam Selaseh betina. Sembelih macam biasa untuk buat makan. Cuma darahnya simpan semangkuk. Nak yang fresh. 24 jam lepas sembelih boleh guna lagi.


Dia sanggup...! Nanti lain kali dia datang jika dah ada barangnya.


********************


Suatu pagi, dia call. Katanya barang dah ada. Dia beli ayam selaseh tu dengan harga 500 hinggit kat Melaka. Jauh gi cari.


Maka malam tu datang lah dia ke rumah ambo. Terus ambo ajok ke kubur. Di situ, ambo suruh dia duduk bersila kat tengah-tengah kawasan tanah kubur tu.


Ambo bacakan beberapa ayat petikan dalam Quran pada darah ayam tu. Kemudian ambo minta kepastian dia nak teruskan atau tidak untuk kali yang terakhir. Boleh patah balik lagi masa tu.


Dia nekad nak teruskan...


"okey.. lepas buat ni, bertahan hingga darah yang disapu ni kering. Jangan bunyi suara. Perlahankan bunyi nafas. Tengok saja apa yang datang dan yang penting jangan keluar dari bulatan tanah ni".


Dia mengangguk faham...


Ambo oleskan darah ayam Selaseh tu pada atas kelopak mata dan bulu keningnya. Ubunnya pula ambo buat 'bukaan ghaib' dengan isim rajah 'nun'.


Kaedah ini ambo belajar dengan Allahyarham Kiyai Hj Suffian sewaktu berkelana ke Indonesia satu ketika dulu. Kebetulan dapat belajar tu bila arwah guru ambo diwakilkan penduduk untuk tangkap Orang Minyak yang mengganas di Tanggarong. Dah 3 orang anak dara sunti di rogolnya. Pengalaman ni nanti ambo cerita lain kali.


Ambo terus beredar selepas pesakit mulakan qiam dan menunggunya di kereta.


Tak sampai setengah jam, nampak pesakit ambo tu berlari masuk ke dalam kereta. Nampak benar pucat mukanya. Berpeluh toksah cakap la.


Merayu-rayu dia suruh beredar pulang.. 🤦


Sampai di rumah ambo, dia pun ceritalah apa yang berlaku. Ceritanya waktu ambo beredar tu, suasana situ dah mula rasa lain macam. Bulu romanya naik meremang.


Mula-mula dia nampak Pocong. Lepas tu satu-satu makhluk mula nampak lebih jelas. Ada yang putus kepala, lidah panjang, tengkorak hidup, beruk besar dan yang rompang pipinya pun ada.


Bila dia terbatuk, makhluk-makhluk tu mula pandang dan nak datang dekat dengannya. Bila tengok ke atas pokok, Pontianak dah standby nak terbang turun. Masa tu dia cabut. Lintang-pukang habis cakap lu.. 😅


"ada tak diorang tu kata nak buat sate itu manusia..?" 😅


Naik panas member bila ambo tanya soalan macam tu. 🤭


Dia rayu supaya tutup semula mata batinnya tu.


"Taubat tak mahu tengok dah....!", katanya. 😅😅😅


Ambo kata, "don't worry". Sebaik saja darah yang disapu tu kering atau hilang, hijab tu akan auto OFF.


Dah terang macam tu, baru nampak dia hela nafas lega. Menyandar dia ke dinding sebentar.


Sebelum pulang, dia kasilah 50 hinggit.. Upah 'minum air' katanya. 😅🤦 5 ribu ke laut... Dah jangka pun.. 😎


****************


Esoknya, awal pagi lagi bini dia call. Katanya dia meracau masa tidur malam tadi.


Jadi satu kerja pulak nak rawat badi dan 'teringat' dia tu. Tak sakit gi cari penyakit.


Pendek cerita, lepas dia di rawat ringkas, dia pulih semula. Tak ada apa pun.. cuma fobia jer..



*kalau dia baca ni bagus juga.. ada hutang lagi 4950.. Kasi 4000 ok dah.. kira diskaun dah tu. Siapa suruh berjanji..? 😎


Lepas ni malas nak layan dah hajat macam tu. Menyusahkan orang... 


Sekian coretan diari pengalaman untuk kali ini.

Wassalam.


MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.