Vodoo Kosong




Ada sorang Manager mari jumpa ambo. Sambil bawa paper beg, lihat mukanya pucat lesi. Memang nampak sangat risaunya.


Bila ambo tengok dalam paper bag yang diberi, ada bungkusan kain kuning. Siap ada tercucuk beberapa batang jarum dan lilitan benang hitam dan putih di beberapa bahagian.


Ambo suruh dia bertenang dan minta dia tunggu sebentar sebab nak solat Asar dulu.


*******


Selepas solat, ambo memang biasakan diri sekitar 10 minit dengan 'pakaian amalan' yang ambo amal sejak remaja lagi. Cuma waktu itu, sewaktu membaca ayat yang ke 103 surah Al-An'am, mata ni jadi mengantuk dan tertidur.


Dalam tidur tu, jelas ambo nampak pesakit yang mari rumah ambo tu sedang menengking seorang lelaki kerana masalah mesin 'conveyor'. Selain menengking, disumpahnya bodoh, hina dan dicabar pula supaya berhenti kerja.


Kemudian, jasad ambo seakan ditarik ke 'scene' ke-2. Nampak lelaki yang dimarahi itu menangis di sebelah wanita. Ambo andaikan itu isterinya. Terdengar luahan sedihnya pada isteri. Rasa terhina dia dicabar sebegitu rupa. Katanya, jika tak kerana payahnya nak cari kerja lain, memang dah lama dia berhenti kerja.


Sewaktu pasangan suami isteri itu berkongsi derita, sekali lagi jasad ambo ditarik, cuma kali ini dibawa ke luar bilik beradu pasangan suami isteri tu.


Ada seorang lelaki dalam lingkungan 20an sedang 'memasang telinga'. Melihat kepada paras rupanya hampir seiras dengan lelaki yang menangis tu, ambo rasa itu adalah adiknya.


Jasad ambo ditarik lagi. Kali ni ambo dibawa ke kedai ECO2. Nampak lelaki muda tadi sedang membeli patung mainan plastik, tuala muka berwarna kuning, jarum, benang hitam dan benang putih.


Selepas membelinya, lelaki itu membalut patung yang dibeli dengan tuala muka dan diikat dengan benang putih di hujung kepala dan kaki. Kemudian, dililit pula di luar bungkusan patung dengan kain hitam di bahagian leher, perut, pinggang dan lutut. Akhir sekali, dia cucuk dengan jarum sehingga habis 1 bekas jarum yang dibeli.


Dia tersenyum puas dan memandu keretanya ke sebuah lot tapak parking di sebuah pelabuhan yang ambo kenal. Sebuah kereta Honda merah didekatinya. Selepas rasa 'line dah clear', dia letakkan beg kertas yang di dalamnya ada bungkusan patung tadi di bawah viper cermin depan.


**********


Ambo tersedar bila isteri kejutkan... Rupanya baru 10 minit ambo tertidur, tapi rasanya sungguh lama.


Selepas membasuh muka, ambo keluar ke ruang tamu. Ambo bersila betul² depan pesakit tu..


"Kenapa bawa bungkusan ni?", tanya ambo.


"Saya jumpa dekat kereta saya, ustaz. Petang semalam. Lepas tu terus sakit kepala dan demam. Berdebar pun ada nih..".


"Jap bang.. nak merawat dengan ustaz, kena ikut syarat ustaz selagi tak melanggari syarak. Boleh?".


"Boleh ustaz.. saya buat yang terbaik", tanpa ragu dia bersetuju. Orang tengah sakit memang macam tu. 😅


"Sebelum tu, ada sesuatu ustaz nak tanya. Kalau salah, betulkan ya".


"Tanya apa ustaz?".


"Betul ke kamu ni kerja kat company ABCD (nama dirahsiakan)?".


"Betul".


"Kamu ada kereta Honda warna merah dan beg ni jumpa kat bawah viper depan kereta tu?".


"Betul ustaz. Mana ustaz tahu?", dia dah mula hairan sebab dia tak beritahu dia ada kereta Honda. Masa dia datang tu pun naik Triton.😅


Ambo cuma senyum dengan soalannya.


"Jika benar dengan apa yang ustaz 'nampak', dalam bungkusan tu ada patung lelaki. Cuba buka ikatan benang dan buka bungkusan tu", arah ambo padanya.


Walaupun dia rasa takut, ambo gesa juga dan berjanji akan merawatnya jika berlaku sebarang kompilasi. 


Bila dibuka memang jelas ada sebuah patung lelaki bogel di dalamnya. Lagilah lelaki tu hairan. 😅


"Sihir kan ni ustaz? siapalah yang nak aniaya saya ni?", tanya lelaki itu bernada sedih. Sesekali dia menggaru kepalanya. Agaknya jenuh memikirkan siapa punya angkara.


"Kamu ada buat zalim pada orang?", tanya ambo lanjut. Lelaki itu mengeleng kepala. 


"Cuba ingat betul²....", saran ambo lagi.


"Betul ustaz. Tak ada.. Setahu saya lah", tiba² nafanya kendur.


"Ginilah.. ustaz boleh beritahu siapa angkaranya, tapi perlu jumpa dia untuk minta maaf sebab ni memang kesalahan kamu. Kamu kena angkat sumpah supaya tak serang orang tu bila tahu nanti. Sanggup?".


Lama juga dia nak buat keputusan dan akhirnya dia setuju.


Lantas, ambo suruh dia berwudhuk dan bersaksikan Al-Quran di tangan, dia bersumpah seperti yang disarankan.


Selesai bersumpah, barulah ambo cerita 'ilham' yang ambo terima selesai solat Asar tadi dan dia mengiyakan kisah itu 100%. Katanya, kejadian dia memarahi pekerja itu baru berlaku minggu lepas.


Ambo katakan bahawa pekerjanya tak salah. Yang salah tindakan adalah adiknya kerana mungkin prihatin dengan kisah abangnya. Satu lagi, patung tu semua 'kosong' je. Tak dijampi apa pun. Cuma perang psikologi jer.


"Dah saya berdebar hingga sakit kepala dan demam ni camana pulak ustaz?", tanyanya lagi.


Untuk jawapan soalan tersebut, ambo check tekanan darahnya dengan mesin. Mana taknya, bp nya pun dah 203...! Kalau kat hospital tu, confirm kena tahan, makan ubat dan hanya dibenarkan pulang jika bp nya kembali stabil. 😅


Sebelum pulang,ambo sarankan dia ke hospital berdekatan. Ambo rukyah juga ayat-ayat syifa' pada air dan limau yang dibawa. Moga mukjizat Al-Quran itu membantu menyembuhkan masalah yang di alami.


Bila dia tengok  Esen Limau Nipis yang ambo sedia pamer di almari produk, dibelinya 3 botol. Tak jadi dia nak belah limau bagai. Spray lagi senang katanya.. 😅



**********


Moral of this story:


1. Ujian / musibah itu mungkin juga kerana kesilapan kita sendiri.


2. Sehebat mana kuasa yang kita ada, pasti ada kelemahan.


3. Hidayah nak sampai dengan pelbagai cara.


4. Ilham nak terima tak kira masa bila Allah izinkan.


Wassalam

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.