SEMINAR RAWATAN ISLAM - SIRI 2 (esok)
Esok jumpa di Masjid Saidina Othman (Bandar Tun Razak) pukul 8:00 pagi. Kalau nak amal janji MELAYU pukul 8:30 pagi..
Sesi pagi akan dibuat di ruang legar masjid. Lepas rehat pagi baru akan
buat dalam Dewan Seminar kerana baru tadi RIDAM mendapat makluman dari
pihak masjid bahawa awal pagi hingga jam 10:00 pagi ada kelas Iqra'.
Maaf di atas sebarang kesulitan.
Esok kita jumpa..
:D
SEMINAR RIDAM - SIRI 2 + Pengajian Tambahan (Pelumpuh/Pengasih Seru/Ilmu Kiyai Haji Suffian/Pengajian Ilmu Patah Urat Bersambung)
Posted by Darul Manzil at 1:43 PM
Lokasi: Masjid Saidina Othman,Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Tarikh: 2 Feb 2013
Yuran: RM180
Tarikh Tutup: 28 Jan 2013
:: Intisari
Modul 2 ::
Seminar RIDAM
lanjutan dengan pengisian berikut:-
1. Flash back
tatacara rawatan
* Tambahan: Mandi
Nur, Amalan Tegap, Amalan Baju Perisai, Doa Pemudah
2. Mengenal
Qarin, Jenis Jin dan kaedah rawatan
3. Lanjutan
Kaedah Pagar:
Benteng 7 Petala
Langit 7 Petala Bumi (Ilmu Sunan Ampel)
4. Terapi Air
5. Lanjutan
kaedah Scanning
- Teknik ‘NUN’
- Tekan saraf
kepala
6. Teknik rawatan
lanjutan
- Cuka tulang
sulbi
- Rentap
- Rawatan Rajah
7. Rawatan Susuk
8. Kaedah Tarik
Ilmu Salah
9. Kaedah Panggil orang balik / Pencuri
10. Kaedah Pemisah (untuk masalah Gay, Lesbian)
11. Kaedah rawatan jarak jauh
12. Ilmu Pedang Dzul-Faqar (tujuan rawatan sahaja)
13. Ijazah Solat
Hajat 12 rakaat dan doa
14. Ijazah Wirid Penghilang Maksiat
15. Ijazah Wirid Menghilangkan Kesusahan
16. Amalan
Penebus diri
à Sila bawa bersama:
- Pen untuk
menulis
- Sehelai
kemeja/kot/jaket
- Benang 3 warna:
merah, hitam, putih
- Limau nipis 1
biji
- Paku 3”
sebatang
- Air mineral
sebotol
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengajian Tambahan dibuka selepas sesi seminar iaitu:
1) Rawatan Pelumpuh
2) Amalan Pengasih Seru
Pengajian Ilmu Kiyai Haji Suffian (KHS) dan Pengajian Ilmu Patah Urat Bersambung
dibuka pada hari Isnin (4 Feb 2013)
Waktu: Selepas zohor
Lokasi: KL / Selangor
Sila maklum awal
*Rujuk syarat dan mahar pengajian
*Rujuk syarat dan mahar pengajian
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembayaran yuran
pengajian (pengesahan pendaftaran) boleh dibuat melalui:
Nama: Noor Syahida Mohd Suyud
No: 162085479181
Akaun CIMB
Nama: Khairul Syakirin Abdul Wahab
No: 1313-0000343-52-9
Hubungi 019-9891078 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut
Dalam 2 hari yang lepas, saya diuji antara nikmat dan sengsara..
Hari Pertama:
Saya mendapat kontrak rawatan bekam bergerak dengan pekerja perkapalan dan
alhamdulillah mendapat pendapatan yang lumayan. Income saya pada hari tersebut
mencecah ratusan ringgit. Saya bekerja hanya dari pukul 6 petang sehingga pukul
10:30 malam. Dalam masa yang begitu singkat, pendapatan saya seperti 3 hari
bekerja di pusat rawatan.
Selesai rawatan, seorang sahabat meminta saya menghantarnya ke Kuantan. Maka
masakan saya ’berkira’ kerana baru sebentar tadi Allah berikan saya rezeki yang
begitu banyak. Melalui jalan highway dan susur keluar ke arah jalan by-pass ke
Kuantan, laluan tersebut digenangi air (banjir) sepanjang kira-kira 300 meter.
Pada mulanya saya ingin menukar laluan jalan alternatif lain, tapi bila melihat
kereta Wira, Kancil dan beberapa kereta lain berjaya mengharungi jalan
tersebut, maka mencuba dan alhamdulillah, saya berjaya melepasinya.
Selesai urusan di Kuantan, saya pulang melalui jalan yang sama. Saya tidak
bernasib baik pada waktu tersebut kerana ketika kereta sampai dipertengahan
jalan banjir tersebut, sebuah lori dari arah bertentangan bergerak dengan laju
menyebabkan air naik dengan mendadak. Ruang enjin saya dimasuki air dan kereta
saya ’mati’ di situ. Maka saya terpaksa turun dalam banjir tersebut dan menolak
kereta saya hingga ke jalan yang tidak digenangi air.
Memang pada masa itu saya hanya memohon pertolongan-Nya. Apalah yang saya
tahu berkenaan dengan kereta. Saya bukan bomoh kereta... Tapi Allah taala Maha
Besar. Sewaktu saya menolak kereta dalam banjir tersebut, ada sebuah kereta
Triton lalu di sisi dan 2 daripada penumpangnya turun membantu. Bukan setakat
itu, mereka juga cuba sedaya-upaya
membantu menyelenggara kereta saya kerana selepas kejadian tersebut, kereta
saya tidak dapat dihidupkan. Namun tiada izin-Nya untuk melihat kereta saya
dihidupkan. Terpaksalah saya memanggil ’towing’ untuk menghantar kereta saya ke
Kemaman. Kalau dilihat pada harga asal upah tarik kereta, ianya sekitar RM350
hingga RM500 ringgit untuk satu perjalanan. Ya Allah, kalau aku bayar towing
tu, nak repair kereta pulak macam mana? Aku hanya tawakkal...
Alhamdulillah, driver towing tu melihat satu sticker di kereta saya dan dia
tersenyum. Sticker tu sebuah perkenalan ’sebuah persatuan’ dan atas dasar
ukhwah, dia mengurangkan harga dari RM350 ke RM180.. Syukur, atas harga upah
tersebut, saya bersetuju dah kereta di towing pulang ke Kemaman. Satu masalah
telah selesai.
Hari Kedua:
Pada awal paginya, saya mencuba menghidupkan kereta. Walau beberapa kali
dicuba, engin masih gagal dihidupkan. Saya beranggapan ianya mungkin masalah
bateri. Maka saya meminta pertolongan seorang sahabat yang mempunyai kereta.
Namanya Kasyaf. Dia segera datang dengan kereta Viva nya. Kira-kira jam 8 pagi,
dia tiba di depan rumah saya dan terus saya lakukan ’jumper’. Nampaknya masih
tiada perubahan. Mungkin kerana kekuatan kuasa bateri kereta Viva tidak dapat
menampung aliran cas bateri kereta Exora Bold. Maka saya minta pula pertolongan
jiran di hadapan rumah. Dia memakai Pajero. Pada logik akal, tentu bateri dapat
dicaj kerana keupayaan kedua-dua bateri adalah sama. Tapi tetap tiada
perubahan.
Saya bertambah kusut dan bimbang pada keadaan tersebut. Kasyaf cadangkan
kami pergi ’pekena Teh’ dulu untuk redakan perasaan. Kalau stress, semua kerja
tak menjadi katanya.
Sewaktu di kedai makan itulah saya menghubungi beberapa mekanik yang saya
kenal. Terkejut saya dibuatnya bila mendengar pendapat seorang mekanik yang
mengatakan kereta saya perlu di overhall atau ditukar enginnya. Masalah yang
timbul, kereta Exora Bold masih baru di pasaran dan tiada kedai alat ganti yang
menjual komponenya.. Jika dikira pada budget kasar, saya perlu menyediakan
sekitar RM7 ribu untuk operasi baik pulih tersebut. Masyaallah... mana saya nak
cari wang sebanyak itu.. Sedangkan wang sebanyak itu yang saya perlukan dan
masih mengumbul untuk penjelajahan mencari ilmu di Eropah pada bulan Mac
ini.... Ya Allah, bantu aku yang Allah...
Syukurlah, ada seorang sahabat saya yang juga mekanik secara ’freelance’
menghulurkan bantuan. Saya pernah membantu mengubati ayah mertuanya yang
terkena santau darah. Hasil kepakarannya, rupa-rupanya komponen starter kereta
saya telah pecah. Maka kami bergegas ke kedai menjual alat ganti tersebut.
Nampaknya tiada komponen Exora yang dijual. Tapi penjual kedai tersebut
mencadangkan agar menggunakan komponen kereta Waja Campro sebagai alternatif.
Komponen tersebut hanya jenis ’recond’ dan berharga RM200. Saya terkejut kerana
saya hanya mempunyai RM150 pada masa itu. Tapi masalah tersebut selesai bila
sahabat saya kata dia ingin membantu. Memang saya malu untuk menerima
pertolongannya tapi saya tiada pilihan. Upahnya tentu tidak dapat saya bayar
kerana wang sudah habis digunakan.
Bila sahabat saya cuba memasang starter yang baru dibeli pada enjin kereta,
ianya tidak berjaya kerana saiz spesifikasi kereta Wira Campro tidak sama
dengan kereta Exora Bold. Terpaksalah sahabat saya ke kedai alat ganti tersebut
dan menukarnya. Itupun kalau ada alat ganti yang sesuai. Pada kali ini saya
memohon padanya untuk solat Zuhur. Katanya tidak mengapa, biar dia seorang yang
ke kedai. Dia suruh saya berehat sebentar kerana dari hari sebelumnya saya
tidak tidur.
Sementara sahabat saya ke kedai, saya masuk ke rumah dan solat. Kemudian
saya bertawakkal dengan membaca surah Yasin. Saya juga beristighfar agar Allah
ampunkan dosa saya. Saya pohon pada-Nya andai kerana dosa-dosa saya ditimpakan
bala dalam ujian ini, tolonglah kesian kepada anak-anak dan isteri saya. Mereka
perlukan kereta tersebut untuk urusan harian seperti ke sekolah, membeli bahan
makanan dan kegunaan asas yang lain.
Allah mendengar doa saya. Bila saya keluar dari rumah, saya lihat sahabat
saya tu sedang memasang alat ganti kereta yang Origional !..... Kata sahabat
saya, kedai alat ganti tadi telah pulangkan semula duit pembelian kerana tiada
komponen yang sesuai dengan Exora Bold dijual dalam stok mereka. Maka sahabat
saya bertawakkal ke satu lagi kedai alat ganti. Di kedai tersebut tiada alat
ganti tiruan. Kalau diikutkan harga sebenar Starter Exora Bold adalah RM450....
Tapi taiukeh kedai tu tersalah cakap mengatakan harganya RM150. Bila dah siap
ditulis bil, baru taukeh tu perasan. Tapi dia halalkan kerana kecuaian sebut
harga adalah kesalahan dirinya sendiri. Yang hairannya, macam mana dia boleh
tersalah cakap..... Allah Maha Mengetahui.
Sesudah memasang komponen yang dimaksudkan, maka Exora Bold saya dapat
dihidupkan. Cuma minyak hitam dah filternya perlu ditukar. Kereta kelisa saya
juga dapat dihidupkan dengan bantuan 2 orang sahabat yang datang pada
petangnya...
Pada kejadian ini, saya berbudi pada 5 orang sahabat yang tidak akan saya
lupakan jasa mereka. Mereka adalah:-
1) Kasyaf
Sanggup datang awal pagi untuk jumper bateri kereta saya.
Dengan kereta dan minyaknya, bawa saya minum pagi.
Tolong hantar bateri kereta Kelisa untuk di caj.
2) Lah
Mekanik yang berhati mulia dan expert membaiki kereta saya.
Sanggup membaiki kereta saya dengan percuma sedangkan masih ada beberapa
buah lagi kereta yang perlu di baiki di rumahnya.
Membantu saya menambah duit pembelian spare-part kereta.
Kalau diikutkan kedai, kereta saya tentu akan di overhall atau ditukar
enginnya yang memerlukan RM7 ribu untuk keseluruhan baik pulih.
3) Haikal dan Wan
Dua beradik ni datang jauh dari rumahnya ke RIDAM untuk membantu membaiki
kereta Kelisa saya hingga berjaya digunakan.
Mereka jugalah yang mengambil bateri yang di caj di kedai bateri
memandangkan saya tiada kenderaan yang boleh dinaiki.
4) Abg Towing
Dia telah mengurangkan harga yang amat murah untuk towing kereta saya dari
tempat banjir ke rumah saya.
5) Mekanik Tractor – 3 saudara
Mereka inilah yang membantu saya menolak kereta dalam banjir dan cuba
sedaya-upaya membaiki kereta saya dalam pukul 2 pagi ditepi jalan yang gelap.
Walaupun tidak berjaya, keringat yang mereka korbankan tidak ternilai harganya.
Saya doakan pada Allah agar segala jasa mereka ini dibalas berlipat kali
ganda pada pertolongan yang diberi. Ya Allah, Kau berikan mereka REZEKI yang LUAS-SELUASNYA,
hinggakan BILA MEREKA MENGHULUR, MEREKA AKAN BERASA TIADA KURANGNYA KERANA
BANYAKNYA REZEKI MEREKA. Engkau sihatkan tubuh badan mereka, panjangkan umur
mereka dan sentiasa memberi keberkatan dalam kehidupan mereka. Amin.. Ya Robbul
’Alamin.
Sesungguhnya Allah tidak menipu bila mengatakan dalam firmanNya:
"Berdoalah
kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu
(Al-Mukmin:60)
Yakin lah, Tawakkal lah...
Insyaallah akan berjumpa sinar-Nya..
:: Ini adalah pengalaman RIDAM
sendiri yang berlaku pada 29hb-30hb Desember 2012. Satu kenangan yang tidak
dapat dilupakan.
NO.
|
TARIKH
|
PROGRAM
/ DIARI
|
PENERANGAN
|
1
|
28-30 Dis 2012
|
Pengajian Watikah RIDAM
Lokasi: RIDAM Kemaman
Syarat & mahar boleh layari blog RIDAM (column sebelah kanan)
|
Pengambilan 4 pelajar sahaja.
Sila booking awal.
|
2
|
5-6 Jan 2013
|
Program Outdoor RIDAM – siri 4
Lokasi: Lata Kekabu, Lenggong, Perak
Hanya perlu bawa pakaian, parang, payung dan torchlight. Penginapan,
makan & nota disediakan.
|
Yuran: RM300
Ex-peserta: RM150
Tarikh Tutup: 1 Jan 2013
|
3
|
2 Feb 2013
|
Seminar Rawatan Alternatif RIDAM – siri 2
Lokasi: Masjid Saidina Othman,Bdr Tun Razak, Kuala Lumpur
Sila layari post terdahulu dalam blog RIDAM untuk mengetahui intisari
pengajian.
Pengajian Tambahan dibuka selepas sesi seminar iaitu:
1) Rawatan Pelumpuh
2) Amalan Pengasih Seru
|
Yuran: RM180
Tarikh Tutup: 30 Jan 2013
|
4
|
9-11 Feb 2013
|
Pengajian Watikah RIDAM
Lokasi: RIDAM Kemaman
Syarat & mahar boleh layari blog RIDAM (column sebelah kanan)
|
Pengambilan 4 pelajar sahaja.
Sila booking awal.
|
5
|
14 Mac hingga 9 April 2013
|
Pengembaraan RIDAM ke bumi Balkan, Eropah Timur
|
Pusat rawatan ditutup dari 13 Mac hingga 12 April.
|
6
|
26 – 28 April 2013
|
Program KHS – level 3
Lokasi: Air Terjun Berkelah, Pahang
Yuran: RM50 (makanan)
|
Pelajar yang sudah khatam level 1 sila segera berjumpa RIDAM untuk
pengijazahan level 2.
* pantang 41 hari jangan langgar. :D
|
7
|
13 – 18 Mei 2013
|
Pengembaraan RIDAM ke Filipina
|
Pusat rawatan ditutup mulai 11 – 20 Mei 2013
|
Penerimaan
pengijazahan Ilmu Kiyai Hj Suffian (KHS) –level 1, dibuka pada setiap Isnin dan
Selasa mulai 8 Jan 2013 hingga 11 April 2013. Sila buat tempahan awal
sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh kehadiran.
Pembayaran yuran
pengajian (pengesahan pendaftaran) boleh dibuat melalui:
Akaun Maybank
Nama: Noor Syahida Mohd Suyud
No: 162085479181
Akaun CIMB
Nama: Khairul Syakirin Abdul Wahab
No: 1313-0000343-52-9
Nama: Noor Syahida Mohd Suyud
No: 162085479181
Akaun CIMB
Nama: Khairul Syakirin Abdul Wahab
No: 1313-0000343-52-9
PERINGATAN:
Pada kali ini, RIDAM akan bertegas pada para peserta yang membuat tempahan
’kosong’. Jika menarik diri tanpa alasan yang munasabah ataupun berdiam diri,
maka RIDAM akan menutup peluang pengajian pada individu tersebut dimasa akan
datang. Insyaallah
* Nak belajar KENA BERSUNGGUH-SUNGGUH
.Sebarang
pertanyaan boleh menghubungi 019-9891078 / 012-6763447. SMS tidak dilayan.
Harap maklum.
Insyaallah..
Dalam perancangan RIDAM, akan dibuka peluang rawatan kepada pesakit bahagian
utara pada:
1) 8hb Desember
2012
Masa bermula: 9
malam
2) 9hb Desember
2012
Masa bermula:
8:30 pagi
Tempat: Dewan
Balai Islam, Uitm Penang
:: Cara-cara
temujanji::
1. Sila ke
kaunter hadapan Seminar Rawatan Islam RIDAM, Dewan Islam, UiTM Penang pada 8hb
Desember 2012 bermula jam 9.00 pagi.
2. Daftarkan nama
dan isikan borang pendaftaran rawatan.
3. Anda akan
diberi tiket giliran berkenaan masa rawatan dan keperluan yang perlu dibawa.
Sekian, harap
maklum
SEMINAR
RAWATAN ALTERNATIF ISLAM bersama RIDAM
Tempat: Dewan
Pusat Islam, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang
Modul 2 –
Sambungan pengajian Rawatan Modul 1
Tarikh: 8hb Dec
2012
Yuran: RM180.00
(peserta baru)
RM100.00 (peserta ulangkaji – ahli
RIDAM)
Modul 1 –
Pengajian Awal Ilmu Rawatan Alternatif Islam
Tarikh: 9hb Dec
2012
Yuran: RM180.00
(peserta baru)
---------------------------------------------------------------------
:: Intisari
Modul 2 ::
Seminar RIDAM
lanjutan dengan pengisian berikut:-
1. Flash back
tatacara rawatan
* Tambahan: Mandi
Nur, Amalan Tegap, Amalan Baju Perisai, Doa Pemudah
2. Mengenal
Qarin, Jenis Jin dan kaedah rawatan
3. Lanjutan
Kaedah Pagar:
Benteng 7 Petala
Langit 7 Petala Bumi (Ilmu Sunan Ampel)
4. Terapi Air
5. Lanjutan
kaedah Scanning
- Teknik ‘NUN’
- Tekan saraf
kepala
6. Teknik rawatan
lanjutan
- Cuka tulang
sulbi
- Rentap
- Rawatan Rajah
7. Rawatan Susuk
8. Kaedah Tarik
Ilmu Salah
9. Kaedah Panggil orang balik / Pencuri
10. Kaedah Pemisah (untuk masalah Gay, Lesbian)
11. Kaedah rawatan jarak jauh
12. Ilmu Pedang Dzul-Faqar (tujuan rawatan sahaja)
13. Ijazah Solat
Hajat 12 rakaat dan doa
14. Ijazah Wirid Penghilang Maksiat
15. Ijazah Wirid Menghilangkan Kesusahan
16. Amalan
Penebus diri
à Sila bawa bersama:
- Pen untuk
menulis
- Sehelai
kemeja/kot/jaket
- Benang 3 warna:
merah, hitam, putih
- Limau nipis 1
biji
- Paku 3”
sebatang
- Air mineral
sebotol
:: Intisari
Modul 1 ::
Seminar Modul 1
insyaallah akan diisi dengan pengisian berikut:-
1 – Bicara Muallij
2 - Perihal Alam Jin
3 –Tips dan Tatacara Rawatan
4 – Sihir Saka dan Kaedah Pengubatannya
5 - Histeria dan petua rawatannya
(Sesuai untuk guru dan pelajar)
6 – Kepelbagaian Teknik Rawatan Tenaga Dalam Islami
7 – Kaedah makrifat mengesan barang sihir
8 – Kaedah memagar diri dan kediaman
(disertakan amalan pengijazahan Pagar Lam Alif)
9 – Pengubatan Pembatal Ahli Sihir – Maghrifat Hifdzo
2 - Perihal Alam Jin
3 –Tips dan Tatacara Rawatan
4 – Sihir Saka dan Kaedah Pengubatannya
5 - Histeria dan petua rawatannya
(Sesuai untuk guru dan pelajar)
6 – Kepelbagaian Teknik Rawatan Tenaga Dalam Islami
7 – Kaedah makrifat mengesan barang sihir
8 – Kaedah memagar diri dan kediaman
(disertakan amalan pengijazahan Pagar Lam Alif)
9 – Pengubatan Pembatal Ahli Sihir – Maghrifat Hifdzo
à Sila bawa bersama:
1- Pen
2- Botol spray (dah diisi air)
3- Limau nipis 3 biji (yang segar-segar sahaja)
4- Paku 3" sebanyak 3 batang (jgn bawa paku simen)
5- Hati yang ikhlas untuk belajar
2- Botol spray (dah diisi air)
3- Limau nipis 3 biji (yang segar-segar sahaja)
4- Paku 3" sebanyak 3 batang (jgn bawa paku simen)
5- Hati yang ikhlas untuk belajar
-------
PENGAJIAN TAMBAHAN PERSENDIRIAN RIDAM
a. Pengasih Seru
b Rawatan Pelumpuh
Masa: Selepas Seminar (sila maklum awal)
Mahar:
1- RM77.77 (setiap satu di atas)
---> no.2 hingga no.4 untuk 1 sesi perjumpaan <--- br="br"> 2- Baju Putih size XXL (apa jua jenis kecuali Singlet)
3- Kopiah Putih size 22 3/4 (apa jua jenis)
4- Kain Pelikat (baru dan apa jua harga)
--->
b Rawatan Pelumpuh
Masa: Selepas Seminar (sila maklum awal)
Mahar:
1- RM77.77 (setiap satu di atas)
---> no.2 hingga no.4 untuk 1 sesi perjumpaan <--- br="br"> 2- Baju Putih size XXL (apa jua jenis kecuali Singlet)
3- Kopiah Putih size 22 3/4 (apa jua jenis)
4- Kain Pelikat (baru dan apa jua harga)
--->
PENGAJIAN KIYAI HAJI SUFFIAN (KHS)
(sila maklum awal)
(sila maklum awal)
Tarikh: 10 Dec 2012
Lokasi: Permatang Pauh (tempat akan dimaklumkan)
Waktu: 12:30pm - 2:00pm
Mahar:
1- RM1182.02
2- Baju Putih size XXL (apa jua jenis kecuali Singlet)
3- Kopiah Putih size 22 3/4 (apa jua jenis)
4- Kain Pelikat (baru dan apa jua harga)
ILMU TULANG URAT BERSAMBUNG (Ilmu Patah)
(sila maklum awal)
Tarikh: 10 Dec 2012
Lokasi: Permatang Pauh (tempat akan dimaklumkan)
Waktu: 12:30pm - 2:00pm
:: Mahar Syarat Pengajian ::
Lokasi: Permatang Pauh (tempat akan dimaklumkan)
Waktu: 12:30pm - 2:00pm
:: Mahar Syarat Pengajian ::
Ada 2 pilihan
kaedah pembayaran MAHAR iaitu:-
Kaedah pertama:
- RM77.77
- Kain Pelikat – sehelai
- Baju Putih – saiz XXL
- Kopiah putih – saiz 22¾
- TIDAK BOLEH BERHUBUNG DENGAN GURU SELAMA 3 TAHUN,3 BULAN, 3 HARI DARI TARIKH MENERIMA AMALAN WALAU APA JUA BENTUK PERHUBUNGAN.
Atau
Kaedah kedua:
- Harga termahal seekor lembu dalam 1 kandang (anggaran RM2500)
- Kain Pelikat – sehelai
- Baju Putih – saiz XXL
- Kopiah putih – saiz 22¾
- TIADA PANTANG BERJUMPA GURU.
-----
PENDAFTARAN
Penyertaan terhad dan tertutup. Daftar segera. Sila sms nama
penuh, no. k/p,dan alamat untuk mendaftar ke 019-4518010 (Ustaz Syariman).
Bank-in ke akaun berikut sebagai pendaftaran selewatnya pada 4hb Disember 2012.
No. akaun MBB : 158088277131 (MAYBANK).
Pemegang akaun: Syariman b Alias
Sila bawa slip bank semasa mendaftar / emailkan ke darulmanzil@gmail.com
Bayaran awal pihak tuan/puan memudahkan urusan perjalanan RIDAM
PENGAMBILAN PELAJAR PENGAJIAN PERSENDIRIAN (Disember)
1) Pengajian Kiyai Haji Suffian (KHS)
2) Pengajian Patah Urat Bersambung
Tarikh:
3@4 Disember 2012 (Isnin / Selasa)
Masa:
12:00 tgh hari HINGGA 2:30 pm
Tempat:
Kediaman RIDAM, Kemaman, Terengganu.
Mahar: Lihat column ke-2 dari kanan
PERHATIAN
Sila maklum awal kepada pihak RIDAM untuk pendaftaran
Tahniah kepada Pelajar Pengajian Watiqah RIDAM (12 Okt - 14 Oktober 2012)
Posted by Darul Manzil at 6:07 PM
TAHNIAH
kepada peserta Ilmu Pengajian Watiqah RIDAM yang telah menamatkan pengajian
mereka walaupun banyak halangan yang dihadapi. Mari kita susuri perjalanan program ini yang
dijalankan pada 12 Oktober hingga 14 Oktober 2012..
11 Oktober 2012
Peserta dari Kota
Kinabalu, Sabah tiba ke kediaman RIDAM sekitar jam 09:00 malam setelah seharian
menaiki penerbangan yang memenatkan.
12 Oktober 2012
Dua peserta dari
Singapura tiba di RnR Chendor dan RIDAM bersama Sdr Haikal serta Imam Yusri
(peserta Sabah) menjemput mereka. Kehadiran peserta terakhir dari Seberang
Takir,Terengganu tiba jam 9:00 pagi.
Seawal jam 9:30
pagi, sesi kuliah dimulakan dan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada
solat Jumaat. Pada perancangan asal, sesi kuliah sepatutnya dimulakan pada jam
3:00 petang, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka pengajian
di mulakan pada jam 5:00 petang.
Pengajian pada
hari tersebut diakhiri jam 10:30 malam dan peserta pulang ke tempat penginapan
masing-masing.
13 Oktober 2012
Pendedahan Kepada Teknik Scanning Tenaga
Program Outdoor
jam 7:00 pagi terpaksa ditangguhkan ekoran masalah cuaca. Namun, keadaan hujan
yang mulai reda pada jam 9:00 pagi memberi nafas yang selesa bagi pelajar untuk
pelaksanaan pengajian yang dirancang. Pengajian ditangguhkan pada jam 11:30 pagi bagi memberi ruang
kepada pelajar untuk pendaftaran keluar dari tempat penginapan.
Pendedahan Kepada 'Rasa Alam'
Pada jam 3:00
petang, RIDAM dan pelajar berkonvoi dengan 2 buah kereta menuju ke Air Terjun
Menderu untuk slot pengajian terakhir. Oleh kerana hari tersebut ialah pada
hari Sabtu, maka skuad RIDAM perlu menunggu pengunjung yang datang bertolak
pulang bagi persiapan tapak penginapan.
Pada sesi
pengajian kali ini, skuad RIDAM diuji dengan pelbagai dugaan dan hanya
kesabaran yang menjadi penunggak jati diri. Antaranya, semua makanan yang dibawa
tidak dapat dimakan ekoran serangan semut hutan yang amat banyak. Kesan dari
serangan ini, skuad RIDAM terpaksa keluar ke pekan terdekat untuk mengisi perut
yang lapar.
Kemudiannya,
tapak belakang pula dihuni ular tedung selar dan mujurlah ia disedari Sdr. Herman.
Maksima dugaan yang dialami ialah gangguan ’ujian’ yang berbunyi dan
mengelilingi tapak pengajian. Alhamdulillah, kami semua dilindungi Allah dan
kesemua pelajar berjaya mencapai objektif intisari program.
Rahsia Keilmuan Pengajian Watiqah
Adakah mereka berjaya 'keluar'..? Tanya mereka
Selesai
keseluruhan penerimaan amalan, pelajar dikhendaki Mandi Adat 313 gayung untuk
meneutralkan isian nur yang diterima. Walaupun pada awalnya terasa sejuk
membeku, tapi dengan isi yakin pada yang Khaliq, maka syarat terakhir pengajian
Watiqah dapat dilaksanakan sepenuhnya. Alhamdulillah.
Mandi Adat 313 Gayong
14 Oktober 2012
Selesai sarapan
pagi, skuad RIDAM bergotong-royong melipat khemah besar yang diduduki dan mandi
untuk kali yang terakhir di Sungai Menderu sebelum bersurai.
Sesi Pengijazahan
Kemudian, setiap
pelajar menerima amalan pengijazahan secara suri dan program bersurai pada jam
11:30 pagi.
Bersama Ustaz Sukor, Singapura Bersama Master Yusof, Singapura
Bersama Imam Yusri, Kota Kinabalu Bersama Sdr Hazizul, Kuala Terengganu
Kepada pelajar
Watikah yang berjaya dalam pengajian yang diambil, RIDAM ucapkan tahniah dan
bersyukur di atas kesabaran, ketahanan dan konsentrasi yang ditunjukkan semasa
sesi pengajian dari awal hingga akhir. Gunalah amalan dari sanad 19 guru yang
diterima untuk kebaikan dan jalan yang Haq. Semoga kalian beroleh berkah dan
rahmat dari Allah SWT...
Sekian...
--------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada yang berminat, sila pilih tarikh yang sesuai dan hubungi RIDAM untuk menyemak kelapangan masa. Maksima penyertaan pada satu sesi pengajian adalah terhad untuk 4 orang sahaja.
Lokasi: Lenggong, Perak (tempat akan dimaklum kemudian)
Tarikh: 6 - 7 Oktober 2012
Yuran: RM290
Ada sapa nak ikut..?
- Sila maklum secara SMS sebelum 27 September 2012.
- Sila buat pengesahan bayaran selewatnya 4 Oktober 2012
Kuata pengesahan program minima adalah 15 Orang. Jika tidak mencukupi, wang akan dikembalikan.
Sekiranya telah membuat bayaran, sila SMS Nama, No. IC dan No. Akaun bank ke 019-9891078
Bayaran termasuk Makan minum, penginapan dan sijil.
Sekian...
PENGAJIAN WATIKAH RIDAM
Sebagaimana yang ditanya, maka dikesempatan ini RIDAM membuka peluang kepada Pengajian Bersanad Watikah RIDAM dari 19 guru. Maklumat pengajian dan bayaran adalah seperti berikut:
Tarikh: 12 Okt hingga 14 Okt 2012
Tempat: RIDAM Kemaman, Trg
Mahar: RM2500+Baju Putih (XXL)+ Kopiah Putih (22 3/4)+Kain Pelikat
Maka dengan ini, RIDAM hanya menerima penyertaan awal kerana limit untuk 1 sesi pengajian ini adalah seramai 4 orang sahaja.
Pengajian Watikah adalah pengajian talaqi yang mengandungi 12 modul kepelbagaian ilmu rawatan. Harap maklum.
Assalamualaikum wbt
Syabas diucapkan kepada 11 peserta modul RIDAM
yang ke-4 (outdoor program). Dengan rasa syukur, RIDAM berasa gembira dengan
sokongan peserta yang akhirnya menjayakan program yang sebenarnya sudah
dirancang sejak sekian lama. Di sini dicoretkan diari pengalaman RIDAM dari awal penganjuran program.
:: 6 September 2012
1:00 am
RIDAM dan sahabat (Sdr. Haiqal) mengambil keputusan drastik bertolak ke
Lenggong, Perak untuk melihat sendiri tapak baru program. Pada awalnya, tapak
program yang dipilih adalah Lata Layang dimana kedudukannya jauh dari
penempatan penduduk dan memerlukan 4WD untuk ke tempat tersebut.
Tetapi, maklumat dari saudara yang ada di sana mengatakan bahawa tempat
tersebut baru saja diserang sekawan gajah dan sehari sebelum bertolak berlaku
kemalangan yang meragut seorang nyawa remaja akibat serangan Seladang. Pada
masa yang sama, penduduk yang paling tua di situ menasihatkan agar tempat
tersebut tidak dijadikan pilihan kerana kes serangan baru saja berlaku.
Maka dengan itu, RIDAM bergegas ke sana bagi melihat sendiri tapak baru
yang dipilih agar tidak berlaku sebarang masalah dihari yang dijanjikan.
8:30 am
Sampai ke Kg Luat, Lenggong, Perak. Menginap di rumah emak saudara isteri.
3:00 pm
Melihat tapak program iaitu Lata Kekabu. Mengikut maklumat sepupu, kawasan
air terjun tersebut sering berlaku fenomena kepala air dan beberapa kali meragut
nyawa pengunjung. Namun, atas dasar tawakkal dan kekurangan pilihan di samping
kesuntukan masa, Lata Kekabu tetap dipilih sebagai destinasi program. Langkah
berjaga-jaga tetap di semat dalam kawalan diri. Selebihnya berdoa pada Allah
agar terjaga dari sebarang musibah.
:: 7 September 2012
11:00 am
Membeli barangan keperluan program di Pasar Lenggong.
3:30 pm
Operasi penyediaan tapak program dimulakan. RIDAM turut dibantu sepupu
isteri (En. Opi) dan kawannya (En. Bulat).
Peserta dari Melaka (Tabib Din dan Ust. Hanafi) serta dari Singapura
(Master Yusuf dan Ust Sukor) tiba sebagai mukaddimah pendaftaran peserta.
:: 8 September 2012
2:30 am
Peserta dari Penang (Ust Syariman dan Ust Rahmat) menyusul tiba. Pengalaman
mereka sewaktu hendak ke program ditimpa pelbagai masalah. Antaranya sesat,
sistem gps tidak berfungsi dan yang paling takut adalah halangan pokok buatan
khianat penyamun jalanan. Namun, dengan azam dan tawakkal, mereka dilindungi
Allah dan selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah.
7:15 am
Hj Roslan dari Penang mendaftar diri. Sebetulnya, beliau telah sampai di Lenggong
pada jam 3:00 pagi. Tetapi
katanya tidak mahu mengganggu RIDAM, maka dia tidur dalam kereta. Alahai
Haji...kenapa tak tepon dulu..?
8:20 am
Ust Azrin, Ust Farmin dan Sdr. Amir masing-masing dari Keramat, Sri
Petaling dan Puchong datang bersama.
8:30 am
Ust Zabidi mendaftar diri. Dia dekat jer...katanya.. :D
9:40 am
Program dimulakan dengan pengenalan pengajian program tapa. Pada kali ini,
peserta didedahkan dengan pelbagai fahaman makrifat perubatan, khasiat-khasiat
amalan orang lama dan pemahaman dengan ’ayat tidak memberi bekas’.
1:30 pm
Kuliah berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada sesi makan tengahari
dan solat. Seronok melihat peserta makan makanan kampung iaitu Nasi putih
berulamkan sayur pucuk paku rebus, ikan goreng dan sambal belacan yang
disediakan khas oleh emak saudara isteri. Sedap bebenor tengok diorang makan.
Bertambah jugak la...:D
2:40 pm
Kuliah disambung dengan pengajian pengenalan herba tumbuh-tumbuhan yang
amat berguna untuk merawat pelbagai masalah penyakit seperti luka, masalah
kurang power (kelakian), herba ’membesar’, pokok ubat lemah badan, pokok
penghalau gangguan (daun jelatang gajah) dan bunga pengasih.
Seterusnya, peserta di ajar seni pertahanan diri untuk masalah gangguan
amukan kronik. Pada program kali ini, RIDAM mengijazahkan 4 seni buah kuncian
yang turut sama diajar dalam pertubuhan senibeladiri kelolaan RIDAM iaitu
Marcom Martial Art.
![]() |
| Cara nak jatuhkan amukan |
![]() |
| Kunci Rebahan dari belakang |
![]() |
| Sauk tepi |
![]() |
| Kunci Nadi |
Pelajar juga didedahkan dengan 3 teknik jurus yang Insyaallah dapat
membantu melancarkan urusan dalam rawatan.
11:00 pm
Tiba saat kemuncak, setiap peserta dihantar ke destinasi dalam hutan rimba
untuk merasai amalan bertapa orang dahulu kala dengan setiap seorang diberi
misi zikir yang berbeza. Tujuan amalan ini juga adalah untuk menambah kecekalan
hati, menguatkan rohani, meningkatkan sifat tawadduk dan rasa tawakkal yang tinggi
pada Allah.
:: 9 September 2012
4:00 am
Semua peserta selesai menjalani amalan tapa dan pelbagai cerita pengalaman
dikongsi bersama. Ada di antara mereka dilempar dengan batu-batu kecil, terasa
kehadiran ’sesuatu’, melihat bola api, tercium bauan yang amat wangi, mendengar
suara mendengus, mendengar jejak langkah, terlihat kilas gerakan dan
macam-macam lagi.
Alhamdulillah, kesemua peserta berjaya menamatkan misi yang diberi dan
mendapat pengalaman baru yang belum pernah dirasai dalam hidup mereka.
9:00 am
Peserta diijazahkan oleh RIDAM pada semua amalan yang diajar dan program
bergambar bermula.
10:15 am
Program bersurai dan masing-masing berpelukan dan bersalam-salaman tanda
perpisahan..Sedoh sungguh masa ni... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
![]() | ||
dari kiri atas: Hj Roslan, Ust Azrin, Sdr Opi, Ust Hanafi, RIDAM, Tabib Din, Ust Farmin, Master Yusof, Ust Sukor
dari kiri bawah: Adik Amir, Ust Syariman, Ust Rahmat, Ust Zabidi
RIDAM bertolak dari Lenggong menuju pulang ke Kemaman, Terengganu.
---
Untuk melihat gambar selebihnya, sila layari FB RIDAM... Insyaallah,
program berikutnya akan dilakukan pada bulan oktober 2012 nanti. Lenggong masih
menjadi pilihan tetapi tempatnya mungkin bertukar...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































