Hikayat Rawatan... 1 Batang RM5000 Gua bayar .. Part 4



Hikayat Rawatan
1 Batang RM5000 Gua bayar .. Part 4

*******************************

"Sebenarnya, kami pun ada hal nak cerita dengan kamu", tenang Hj. Nuar berbicara.

Suspen pulak dengar Hj. Nuar cakap macam tu. "Hal apa Hj. Nuar?".

"Pasal pokok besar yang kamu nak tanya tulah. Cuba tengok molek kat pokok tu", sambil muncung mulutnya menghala ke pokok besar yang ambo memang nak bincang sejak dari mula. 

"Lepas tu tengok pulok rumah kami ni", lantas 2 benda yang disebut tu ambo tatap sedalam mungkin..

Bila di renung lama-lama, baru perasan yang pokok tu adalah tiang rumah Hj. Nuar sebelah dapur. Patut pun tak diberi izin.

Laluan trak potong balak selepas pokok besar itupun akan lalu atas tanahnya. Memang habis la rumah diorang.. 

Yang membezakan keadaan pada masa itu hanyalah pandangan alam saja. Sebab tu manusia tak nampak.

Ambo ni pulak sebab diberi 'kebenaran' tuan tanah. Tapi yang nyata semua tu izin Allah belaka.

"Lepas tu macam mana ni Hj...? Kami pun bawa hajat orang juga ni".

"Begini.. Kami pun dah bincang dengan 'orang rumah'. Rasanya baik kami pindah saja. Lagi pun, jika bukan hari ni, hari lain mungkin terpaksa juga. Laluan rumah ni nanti pun akan jadi jalan. Tak guna juga berkeras", kata Hj. Nuar tampak kesedihannya.

"Dah tu Hj. nak pindah ke mana?".

"Cadangnya nak ke tempat adik Kami tu...",

"Hj. Tasnim ke?", tanya ambo meneka langsung.

Soalan ambo tu cuma dibalas angguk. Dengar juga Hj. Nuar mengeluh nafas. Masa tu, memang ambo rasa simpati. Tapi bukan kehendak ambo semua tu...

"Macam ni, beritahu pada lelaki Cina tu, dalam 3 hari lagi dah boleh tebang pokok tu. Tapi ada syaratnya..",

"Syaratnya...?". Risau juga takut diminta yang bukan-bukan. Kalau diminta hati nyamuk 1 tempayan kan susah juga nak ditunaikan.

Beberapa pantang telah diberi. Antaranya tak boleh kencing sembarangan. Kalau buang air besar, harus najis tu di kambus dalam tanah. Syarat yang lain pula tak boleh buat maksiat. Yang Hj. Nuar jadi marah sangat tu rupanya ada pekerja Tokey Cina tu menurun nombor ekor kat pokok besar tu sehari sebelum diorang nak tebang masa mula-mula masuk hutan ni dulu. Dengan si Tokey sekali join sama.

Tambah Hj. Nuar lagi, adab bercakap tu jaga. Bila nak bergurau sekalipun, jangan lupa ada makhluk Allah yang lain melihat gerak-geri kita. Kalau boleh, jika pekerjanya ada yang Islam, azan lah semasa masuk waktu. Hal baik sangat digalakkan.

"Rasanya hajat kamu kami dah lunaskan. Cuma satu perkara lagi sebelum kamu balik, ambik ni dulu...", sambil dihulur sehelai kulit binatang bertulisan arab di dalamnya.

"Apa benda ni Hj..?", rasanya jalan mudah baik tanyakan terus pada tuan badan.

"Pokok tu dah kami pasung masa mula-mula buat rumah ni dulu. Nak buka pasung tu kena ada pembukanya. Ni lah 'benda' nya", terang Hj. Nuar panjang lebar.

*maaf.. kerana janji sudah dibuat, maka ambo tidak diberi izin menerangkan isian di kulit itu.

Hj. Nuar turut berpesan, agar bukaan pasung pada pokok tu harus segera dibuat sebelum masuk Isyak malam itu juga. Jika tidak, kena tunggu 1 purnama lagi untuk melakukannya.

Maka selepas bicara sedikit tentang ilmu hutan dengan Hj. Nuar, ambo dinasihatkan pulang sebelum matahari tenggelam penuh. 

"Nanti balik karang, terima saja rezeki yang dapat. Insyaallah, Allah ganti yang lebih baik", pesan akhir Hj. Nuar tu rasanya ambo  dapat tangkap. Rasanya juga tak lari dengan firasat masa dalam perjalanan datang tadi.

Kali ini, ambo tak perlu jalan jauh melintas denai atau akar bukit lagi. Cuma perlu berjalan dalam sekitar 20 langkah saja untuk ke tapak balak tu. Kelihatan jelas sahabat ambo dan Tokey Cina sedang asyik bersembang di dalam lingkaran pelindung yang telah ambo sediakan. 


*******************

Sahabat ambo yang dari asalnya duduk, bergegas bangun bila melihat ambo mampir ke tempatnya.

Ambo letak jari telunjuk tegak di hadapan mulut ambo, tanda perlu diam seketika. Tangan ambo sebelah lagi di bentang tapaknya, memberi isyarat agar bertahan dulu sebelum nak tanya apa-apa.

Ada tugas yang belum selesai. Pasungan pokok tu belum lagi dibuka. Maka ambo halakan arah badan ke arah pokok besar tersebut.

Masih ingat lagi langkah-langkah pembuka yang di ajar Hj. Nuar sebentar tadi. Dari penjuru Utara berpandukan matahari petang, tapak awal perlu dimulai sekitar 10 hasta dari perdu akar pokok tu..


Kemudian....... bersambung Part 5 (akhir)

Hak cipta terpelihara ya.. 😎






MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.