Seminar berakhir jam 7:20 malam....!

Syukur ke hadrat Allah, atas izin-Nya, maka sesi Seminar RIDAM di kuantan semalam berakhir dengan baik dan penuh keceriaan.

Sepanjang menguruskan program seminar RIDAM, rasanya di Kuantan pada kali ini yang paling mencabar.. Bermula di awal pagi, pihak pengurusan sudah berkumpul di depan pintu dewan sehingga jam 8:20 ekoran pintunya masih berkunci.. Maka, program bermula jam 9:00 pagi setelah penyediaan sound sistem, projektor dan produk RIDAM selesai diuruskan.

Di awal ceramah, program sekali lagi tergendala ekoran Sound Box sudah sampai ajalnya.. Kerana faktor masa, RIDAM teruskan jugak program dan terpaksalah volume suara di ejas kuat dari biasa.. Sampai serak suara...

Bila tiba waktu rehat tengah hari, RIDAM dan peserta ke restoran berdekatan... Mungkin kena 'tutup' kot, menu RIDAM and geng semeja yang sampai paling lewat. Perut dan berkeroncong sesangat.. Lagi-lagi bila tengok group meja lain dan kekenyangan...Aduhai....

Program bermula jam 2:45 setelah RIDAM and geng ke Bandar Kuantan bagi membeli Sound Box yang baru... Nasib elok kot, dapatlah RIDAM beli 2 Sound Box secondhand yang berharga RM95.00.. Fuh..kalau beli yg baru, sepasang tu dah dekat RM300..Masih elok lagi.. Syukur.

Program berjalan seperti biasa... Peserta kat Kuantan ni ramai sungguh kaki bodek... Yang silibus dah confirm dapat, yang sampingan pun sempat lagi mencelah.. Sorry yer peserta Kuantan, ilmu 47 and ilmu 46 tu bukan senang nak bodek...Silap tanya lah... heheheh :D

Apa pun, syabas buat orang kuantan sebab sanggup mengharungi sedikit rintangan di seminar RIDAM semalam.

Pohon maaf sekali lagi kerana sijil yang diberi, ada yang belum sempat di sign.... Semput betul semalam nak kejar masa...Nanti free datang jumpa atau join Seminar RIDAM Advance untuk sign sijil tu...Maaf sekali lagi...

Semoga perkongsian kita semalam diredhai Allah hendaknya....

p/s: Produk RIDAM terbaru: Rukyah Massage Oil habis dibeli tanpa sempat diumum di blog.. Yang satu lagi, Kasturi Balm Rukyah pun dah tinggal separuh.. Terima kasih kerana membeli produk RIDAM....

Dia berkokok lagi... Hero muncul kembali...Mufti 'instant' memecah sepi..

Sebelum entry ini di taip......

"Ampun Ya Allah..mungkin entry kali ini agak begitu 'pedas' dan mungkin menyinggung pihak yang berkenaan.. Tapi bukan niat ku Ya Allah untuk marak kan api perbalahan. Melainkan ianya untuk tujuan kesedaran sepertimana alasan pihak terbabit dalam entry tanpa usul periksanya. Moga dicelikkan hatinya dan ditambah HIDAYAH dari Mu kepadanya Ya Allah.. Amin Ya Rabbul 'Alamin"

-------------------------------------------

Terjah...!!!
Itulah ungkapan paling sesuai di alaf ini bilamana kenyataan melulu dilakukan. Hal ini berkisar berkenaan topik yang orang dah fed-up nak ingat... Kes Close.. Tapi dia pula membuka bicara.. :D

Apa dia..? Erm.. berkenaan adik manis kita di Jertih.. Balqis

-------------------------------------------

Begini ceritanya..
Dalam entry puak di sebelah sana, suka-suki diorang mengatakan kita ni semua tertipu.. :D Masa tu lah dia mengaku selama ni dia sajer 'senyap' kan diri.. kononnya nak tengok penjelasan logik... Siap beritahu ramai bomoh2 n ustaz tertipu lagi.. Dia tak sedar ke Sifu dia pun pernah ubatkan sekali budak tu..? :D Takkan sifu dia menipu kot?

--------------------------------------------

Mari kita lihat record cerita kena sorok yang berlaku pada budak Balqis ni..

1)Hilang dan dijumpai di tepi batu nisan di kuburan.. 10km jauh dari rumahnya
* Berani betul bdk Balqis ni dok kubur sorang-sorang..? Ada penjelasan logik ker? :D

2)Hilang dan dijumpai lehernya lekat di celah dinding bata.. Saya ulang.. dinding bata..bukan dinding kayu..Maksudnya, kepala sebalah sana, leher dalam dinding dan badan sebelah sini..
*Mcm mana Balqis boleh duk mcm tu? Kalau dia menipu, cepatnya dia pecahkan dinding bata tu dan masuk..Kemudian simen semula..ada penjelasan logik ker?

3)Hilang dan dijumpai atas pokok sedangkan sebelum itu, si Balqis ni dikepung ketat oleh orang kampung di sekeliling rumahnya. Masa dijumpai, ada sorang hero nak selamatkan dia siap kena tolak oleh 'benda' tak nampak lagi.. Angin kot? Takkan ada angin sedangkan pokok tak bergoyang?
*Ada penjelasan logik ker?

4)Semasa di rawat oleh Yg Berbahagia Ust Syarhan At-Tobibi, krew TV3 sendiri kena baling batu. Ada batu sebesar bata lagi tu.. Bukan sorang saksi tau..lebih dari 4 orang tau.. :D Ust Syarhan siap dpt lagi batu bernilai dlm anggaran 2-3 ribu sbiji..
*Banyak benor duit si Balqis nak beli batu tu? Ada penjelasan logik ker?

5)Semasa keluarga si Balqis ni buat majlis doa selamat..si Balqis pulak ada kt situ disaksikan orang yang dtg...tah mcm mana hilang...jumpa pulak dalam almari yg dikunci dari luar..
*Cepat benor Balqis tu hilang.. ada penjelasan logik ker?

6)Akhir sekali bila kes dia naik bas (yg ni leh baca dlm byk entry kt internet).. Persoalannya, kenapa hanya ini yang perlu di rungkai dan dibuat kesimpulan?

Dari 6 senario di atas, hanya yang ke (6) shj dibuat rumusan.

Masa ni lah Hero pun muncul... :D

----------------------------------------------------

Wahai saudara ku yang berkenaan

1- Kenapa tidak engkau sendiri pergi ke tempat Balqis tu?
2-Mengapa tidak engkau tanyakan saksi yang melihat termasuk Sifu kamu sendiri?
3-Mengapa engkau angkuh akan kenyataan engkau?

Mengapa..Mengapa... dan MENGAPA?

Tidakkah kau fikir bahawa kenyataan itu turut mencemar nama Sifu kamu yang turut merawat si Balqis tu? Akai ada ka...?
-----------------------------------------------------

Adakah dengan memasang CCTV baru ada penjelasan logik? Kenapa hal CCTV ni baru sekarang timbul?Sibuk merawat kot sampai lupa nak sampaikan idea tu? :D

-----------------------------------------------------

Sedih...kasihan...

Jangan cari publisiti murahan macam tu.. Malu tau...MALUUUUUUUU... :D

-----------------------------------------------------

Lain kali check dulu yer... Semak betul-betul...

-----------------------------------------------------

Pada senario ke (6), logik tak kalau keadaan Balqis pada masa dia naik bas dalam keadaan di rasuk? Dan semua perlakuannya dalam keadaan separa sedar?

Logik ker?

Dah tu org yang bunuh org dalam keadaan dirasuk kononnya dengar suara ghaib mcm mana pulak? Logik ker?

------------------------------------------------------

Yang Kamu dok kepit kaki pesakit dgn rotan sampai meraung kemudian kamu katakan dia ada jin tu ada penjelasan logik ker? Tahu mcm mana?

:D

-----------------------------------------------------

Kesimpulannya..kamu and the geng jelah yang logik... kasihan

TABLIGH?

Salam...

Untuk makluman pembaca yang budiman dan kurang ajar, ingin saya jelaskan bahawa saya TIDAK PERNAH menghina TABLIGH seperti andaian sesetengah pihak pada entry 'Pengumuman Jodoh : Interview by RIDAM' .

Saya maklumkan begitu kerana ini PERMINTAAN PENCARI JODOH..

Baiklah, akan saya kupas hasil interview saya dengan pencari jodoh. Kesimpulannya begini:-

Pandangan terhadap Tabligh terbahagi kepada 2 iaitu:-

Pengamal SEPARA Ajaran Sunnah & Pengamal Asli Ajaran Sunnah

1)Pengamal SEPARA Ajaran Sunnah dalam Tabligh

Mengamalkan ajaran yang dilakukan oleh Rasullallah tapi kurang kepada perkara berikut:-
a. Kebersihan tidak dijaga
- pakaian solat nampak berdaki & sudah berminggu-minggu
- kayu sugi yg telah diguna (berbau) diletak dalam poket dan dibawa dlm solat jemaah.
Bayangkan bau busuk tu turut dihidu jemaah disebelah...eiiiii
b. 'Keluar' dlm tempoh tertentu dgn tidak diberi nafkah sewajarnya pada tanggungan.
* Banyak kes ini diadukan pada jabatan agama
c. Bangga dengan pegangan hingga menghina orang Islam yang lain.
* Angkuh, sombong dll

Kerana hal di atas, banyak yang fobia dengan Tabligh. Walaubagaimanapun, masih ada yang mengikuti Tabligh dengan ajaran yang sebenarnya iaitu pada:-

2) Pengamal Asli Ajaran Sunnah

Kelompok ini sepertimana puak (1) suka berjemaah, berdakwah ke jalan kebaikan dan suka mengimarahkan rumah Allah (masjid/surau). Tapi lihat tatacara kehidupan mereka:-

a.Kebersihan dititikberatkan
(janggut dibelai rapi, pakaian bersih dan sukakan haruman, kayu sugi disimpan ditempat sepatutnya bila mahu solat berjemaah)
b.'Keluar' setelah memastikan keperluan tanggungan cukup spt belanja dapur, nafkah batin, hal diri anak-anak sudah disemak dan tidak mengganggu urusan kerja / pendapatan.
c. Bersopan santun dlm percakapan, merendah diri dan tidak menghina orang. JUGA tidak angkuh dengan pegangan malahan mengajak orang luar bersama-sama berjemaah.

Saya mahu tanya pda pembaca..Group mana yang kalian hendak pilih untuk jadi teman hidup?

Tentu jawabnya nombor (2) kan.. Tapi berapa ramai yang macam nombor (2) ni?

Sebab itu, hal golongan nombor (1) ini menjadi punca nama TABLIGH rosak. Kerana itu jangan salahkan orang luar yang pernah mempunyai pengalaman dengan golongan Tabligh nombor (1) merasa FOBIA dalam kehidupan mereka.

Kalau kalian adalah TABLIGH dari golongan nombor (2), maka itulah sebaiknya. Tapi jika anda adalah dari golongan nombor (1), jangan bangga dengan pegangan kamu kerana kamu akan menjadi sendaan mereka diluar sana.

Saya hanya menyampai... Wallahu'alam..

*Guest pengecut ni dah tak ada modal nak 'pangkah' RIDAM gamaknya.. Biar serah pada Allah jer lah....

Candid Seminar RIDAM di Masjid Al-Ghufron, KL

Tahniah kepada peserta Seminar RIDAM di Masjid Al-Ghufron. Semoga perkongsian yang diterima, beroleh keberkatan dari Allah

Eratkan Silaturrahim ketika 5 minutes break


Jangan potong 'Q' ar..

Jangan makan banyak sangat..Lepas ni ada sesi latihan tenaga


Dah baca BISMILLAH ke belum?

Tengok produk RIDAM..? Jangan tengok sajer.. :D

Feel your own energy

Feel the subject energy

Kena praktikal...rasa sendiri..nanti ada orang kata mainan silap mata pulak.. :D

Tarik...jangan tak tarik

Ramai dah balik la...tak ingat nak maklum ada sesi bergambar

Ingat Seminar RIDAM di Kuala Lumpur

Salam..

Seminar di Kuala Lumpur (31 Oktober 2010)
Tempat: Masjid Al-Ghufron, Taman Tun Dr Ismail
Masa daftar: 8:00 pagi

Pada peserta Seminar di KL, sila bawa bahan berikut semasa rawatan:-

1- Pen
2- Botol spray (dah diisi air)
3- Limau nipis 3 biji (yang segar-segar sahaja)
4- Paku 3" sebanyak 3 batang (jgn bawa paku simen)
5- Hati yang ikhlas untuk belajar

Jumpa di Seminar pada 31 Oktober ni..jangan lupa ya.. :D

* Tiada sesi rawatan di sini. Sila buat temujanji rawatan di hari yang lain.. Sekian dimaklumkan

Syabas Peserta Limbang.. Anda peserta pertama menerima ijazah Maghrifat Hifdzo...!

Salam.. Sambutan Seminar Rawatan di Limbang amatlah menggalakkan. Peserta Limbang adalah generasi pertama yang mendapat pengajian Rawatan Islam, pengajian Rawatan Nusantara Kelantan dan Indonesia, Pengijazahan Latihan Maghrifat Hifdzo, Pengajian Tenaga Dalam Islami dan Latihan Praktikal Live bagi rawatan sebenar.

Tahniah... !

Kita lihat candid yang sempat di ambil... :D

Sesi pendaftaran

Latihan Tenaga Dalam

Kita 'rasa' apa tuk...?

Dah 'pagar' diri ke belum?

Fokus ya..

Tunjuk apa la tu...?

LDK Rawatan

LDK Rawatan

Rujukan juga diperlukan semasa merawat

ketika sesi latihan Maghrifat Hifdzo

ramai yang dah balik..ni jer gambar yang sempat di ambil

Bersama group latihan amali rawatan

Bersama orang kuat Limbang di Limbang Airport.
Perpisahan bermula di sini

Maaf lah...saya teramat sibuk

Assalamualaikum..

Saya memohon maaf di atas ketidakupayaan membalas sms dan menjawab panggilan telefon bermula 20hb Oktober 2010 hari tu..Mari kita tengok diari perjalanan RIDAM bermula 20hb Oktober 2010..

20 Oktober 2010 (Pagi)
RIDAM dijemput ceramah di PETRONAS-CUF Gebeng, Pahang sempena hari HSE mereka.

20 Oktober 2010 (Petang)
RIDAM sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, RIDAM singgah di IAB (Institut Amanuddin Baki, Genting) bagi menziarahi ibu mertua yang berkursus selama seminggu di situ.

Kemudian, RIDAM berjumpa x-pelajar seminar di tepi jalan (selepas Tol Gombak) untuk sembang mesyuarat-tingkap kereta sekejap.

Sekitar jam 11:30 malam, barulah RIDAM sekeluarga sampai di rumah mertua di Klang.

Jam 12:30, RIDAM keluar lagi kerana ada jemputan rawatan emergency. Pukul 3:30am baru balik ke Klang semula dan tidur selepas itu.

21 Oktober (Petang)

Cadangannya, RIDAM nak ke Rawang untuk tujuan pemberian sijil pada x-pelajar seminar di Terengganu. Bila keter dan dipandu, rasa bergegar dan diherot terus ke bengkel kereta.. Terperangkap lah RIDAM di kedai kereta..Banyak komponen kena ganti daaa....

Malamnya, RIDAM dan isteri berkemas barang-barang yang akan di bawa ke Limbang, Sarawak.

22 Oktober 2010

Awal pagi, isteri menghantar RIDAM ke KLIA. RIDAM sampai di Miri sekitar jam 10:45 pagi. Di Miri, RIDAM dijemput berubat bekas pesakit yang terlantar di hospital swasta.

Jam 4pm, RIDAM sudah berada di Miri Airport. Tapi flight pulak delay.. Pukul 5:15, barulah dapat terbang ke Limbang, Sarawak.

Sampai di Limbang, RIDAM dijemput orang kuat Limbang iaitu ustaz Ahmad dan ustaz Ghani. Mereka menghantar RIDAM ke hotel dan kami keluar makan selepas itu.

Malam yang sama, RIDAM dijemput berubat. Sesi rawatan selesai sekitar jam 12:30 malam. RIDAM pulang ke hotel dan TIDUR KELETIHAN...

23 Oktober 2010

Seminar RIDAM bermula dari pukul 8:30am dan berakhir sekitar jam 6:40pm. RIDAM kemudiannya balik sebentar ke hotel untuk mandi dan keluar semula bagi jemputan rawatan sekeluarga.

Sesi rawatan berakhir sekitar jam 1:30am. RIDAM pulang ke hotel dan sekitar jam 3:30am, RIDAM diserang ahli sihir menyebabkan sesak nafas dan batuk berdarah. Seorang diri, RIDAM berubat dan melakukan counter-attact pada yang berkenaan. Pukul 5:30am baru dapat tidur.

24 Oktober 2010

Seawal jam 8:45am, RIDAM sudah berada di dewan seminar bagi sesi rawatan dan latihan live pada peserta. Hanya peserta Limbang yang pertama kali mendapat pengalaman begini. Mereka semuanya mendapat pendedahan sebenar yang merasai sendiri teknik-teknik rawatan yang dipelajari pada rawatan sebenar.

Rawatan berakhir jam 2:30 pagi sebelum RIDAM pulang ke hotel.

25 Oktober 2010

RIDAM bertolak dari Limbang ke Miri seawal jam 11:10am. Sedih rasanya meninggalkan Limbang.. Banyak betul kenangan di sana..

Sekitar jam 8:45 malam, barulah RIDAM sampai di KLIA. Kelewatan ini disebabkan flight delay lagi di Miri...

Anak-anak kecil RIDAM merengek minta makan Mc Donald.. Walaupun penat, kesian pulak bila mereka nak bermanja dengan papa nya.. Maklumlah, kena tinggal ari tu.. Pukul 11:50pm, barulah RIDAM sampai di rumah mertua di Klang. Badan penat dan tak cukup tidur toksah cakaplah..

RIDAM bercadang nak berehat dalam 2 hari..

26 Oktober 2010

Awal pagi, RIDAM dok tengah menaip artikal untuk blog ni dan menyemak email serta msg facebook kalau-kalau ada.

* Sepanjang handphone RIDAM yang asyik on-off selama waktu sibuk ni, RIDAM menerima 183 sms, 82 missed call dan 129 email... sebab tu lah RIDAM nak berehat jap... Semput rasanya..

Minta maaf pada yang tak mampu RIDAM balas sms, email dan panggilan... Maaf sekali lagi..

Sekian..

Kenapa perlu RM77.77 sebagai mahar amalan?

Assalamualaikum..

Saya mendapat sms sahabat perjuangan rawatan memaklumkan akan komen seorang 'USTAZ' yang berkaitan dengan angka mahar RM77.77.

Saya balas smsnya dengan menaip.."biarkan dia terjun dengan labu-labunya..:D "

Kenapa saya balas begitu? Kerana 'USTAZ' tu syok sendiri dan jumud. Pepatah Melayu kan ada mengatakan..'malu bertanya sesat jalan'.. Ada tak 'USTAZ' tu tanya saya kenapa dan mengapa angka ni wujud?..Memang kalau dah jenis jumud, jumud situlah..

Nasib baiklah USTAZ tu tak jumud kenderaan..tahu pulak naik kereta..Kenapa tak naik unta? Dan kalau USTAZ tu leh jumud makanan, jawabnya tak berasa makan nasi la kawan tu..makanan utama tak lain tak bukan ialah roti...kah..kah..kah..kesian betul..

Kepada USTAZ tu dan mereka yang ingin tahu..akan saya terangkan kenapa angka 77.77 ini wujud...

Begini..

Angka in hanyalah nak nampak cantik saja. Dan inilah yang saya bayar sewaktu menerima amalannya. Guru saya juga menerangkan akan beberapa sejarah angka 7 ini. Antaranya:-

1) alam ini ada 7 petala langit
2) alam ini ada 7 petala bumi
3) kita hidup dalam 7 hari dalam seminggu
4) anggota sujud utama ada 7 bahagian (dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut & 2 kaki)
5) keutamaan 7 point aura tubuh manusia banyak di aplikasi berbanding 6666 aura yang ada.

Jadi, sejarah angka 7 ini juga mengingatkan kita akan KEBESARAN ALLAH. Ianya sebagai panduan agar kita tahu dan belajar.

Kalau nak jimat sekalipun, takkanlah tak boleh telefon RIDAM untuk bertanya.. ?

Pasal kenapa kena bayar, itu adalah tanda pengorbanan pada mereka yang minta menambah ilmu. Kalau tak minat, tak payah la nak komen sana-sini..

Perlu diingatkan, antara syarat menuntut ilmu, WANG adalah sebahagian syaratnya sepertimana yang diberitahu oleh Imam Syafie.

Nak belajar kat Universiti pun kena bayar.. Nak belajar ambik lesen kereta pun kena bayar..Nak belajar rawatan holistik seperti Homeopathy pun kena bayar. Nak belajar urut dan bekam pun kena bayar.. Nak masuk seminar rawatan Islam pun kena bayar..

Satu lagi, semasa mencari ilmu yang sukar, kos pengangkutan, makan minum, penat lelah dan macam-macam lagi perlu ditanggung oleh pengamal. Tak campur berapa lama baru leh jumpa ilmu yang dicari lagi..

Jadi, hal bayaran dalam menuntut ilmu, ianya dibolehkan. Kalau tak minat, toksah dok canang sana-sini. Kita kena ingat, blog rawatan Islam ni bukan orang Islam jer yang baca. Orang non-muslim pun baca jugak. Tak ke pening bila diorang baca pertelingkahan pendapat sesama Islam...buat malu agama jer..

Kepada orang tersebut, jangan jadi mufti tak bergaji. Buat letih taip artikal jer buat apa..Buatlah kerja berfaedah..Bukalah minda dengan hati terbuka. Jangan dok jumud ilmu...

Saya pun sebenarnya dah tak larat layan lagi dah puak-puak macam ni..Tak sudah-sudah dengan ideologi sempit mereka tu. Kita hidup di zaman teknologi. Selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak, jangan memandai lebih pada JABATAN AGAMA ISLAM pulak. Kalau lah betul alat moden macam akrionik itu salah, kenapa tiada lagi fatwa kebangsaan yang mengatakan itu haram.

Kalau anda tu betul sangat, silalah report. Sahabat saya salah seorang pegawai agama di jabatan agama Islam terengganu dan seorang lagi jabatan agama Islam pahang. Perkara in sebenarnya telah saya rujuk dan dia mengatakan tidak mengapa selagi perkara tersebut tidak berkaitan dengan kepercayaan selain Allah.

AKRIONIK adalah alat perubatan moden yang berkonsepkan rawatan dalaman (DNA). Kita sedia maklum bahawa jin dan syaitan ni punyai kelebihan dan diizinkan Allah, mampu masuk ke dalam manusia hingga ke dalam sel darah. Jadi, rawatan DNA pesakit dijuruskan melalui mesin ini dengan izin Allah agar negatif energy dalam DNA pesakit dapat dipulihkan. Itupun dengan izin Allah jua.

Kenapalah suka berikan komen tanpa belajar. Tak cukup dosa ke hingga nak tambah dosa ikut jalan macam ni? Sudah-sudahlah tu wahai USTAZ tersebut..

Belajar lagi k.. Tua pun takpa kalau bab mencari ilmu ni.. Sampai habis umur pun, manusia kena belajar dan beramal.. Itulah adatnya MANUSIA..

Sekian...salam sayang untuk USTAZ tersebut.. :D

"Macam mana awak cari barang sihir, syakirin?"

Ketika ditanya soalan ini pada saya satu ketika dulu, sukar saya berikan jawapannya kerana hal ini hanya mampu difahami bagi mereka yang pernah mempelajarinya atau yang ahli.

Sekadar berkongsi, kaedah mengesan barang sihir ada pelbagai cara iaitu:

1-melalui mimpi
2-melalui firasat hati
3-melalui tindak balas anggota badan
4-melalui dialog dengan jin

Kita lihat satu-persatu pada perkara di atas.

1-melalui mimpi
Ada pun melalui mimpi ialah samada ditunjukkan secara jelas kedudukan barang sihir tersebut ataupun melalui tanda-tanda yang perlu dicari jawapannya. Misalnya perawat melihat pokok besar di hadapan rumah pesakit. Mungkin ianya tertanam di situ.

2-melalui firasat hati
Ada pun rasa firasat hati merupakan petunjuk kepada tertanamnya barang sihir tersebut. Hal ini boleh berlaku sebelum, semasa ataupun selepas merawat.

3-melalui tindak balas anggota badan
Adapun hal ini berlaku dimana perawat merasai getaran pada badannya, ataupun rasa kebas pada tangannya, ataupun rasa pening ketika melalui kawasan barang sihir tersebut ataupun kebas kaki dan sakit tulang sulbi.

4-melalui dialog dengan jin
Ada pun kaedah ini diberitahu oleh jin ketika pesakit dirasuk.

Macam mana nak tahu kena tipu dek jin atau tidak?


Hal ini tak perlu dirisaukan. Apa yang perlu dilakukan adalah MENCARI BARANG tersebut mengikut lokasi yang diberitahu. Jika tak jumpa, sah la jin tu menipu.

Bila diberitahu, jangan percaya bulat-bulat. Buat panduan sahaja. Tak perlu pelik la kalau kena tipu dek jin SEBAB JIN MEMANG DAH JENIS SUKA MENIPU.. :D

Apa pun, saranan saya bagi yang berminat untuk mempelajari kaedah ini, hadir lah ramai-ramai ke seminar RIDAM samada di Limbang, Sarawak atau di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini.

Semoga pertemuan kita di sana nanti akan beroleh kebaikan dan manfaat yang besar dalam jalan keilmuan.

My Favourite Nasyid- Barakallahulakuma

Best layan nasyid ni..jom

javascript:void(0)

Ni lirik dia..

Baraka Allahu Lakuma
We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Indahnya Perawat Islam dan Pengamal Mentera Islam Bersatu

Erm...saya mendapat panggilan dari sahabat yang melihat proses pengubatan mangsa yang dilarikan jin di Jerteh sepertimana yang dinyatakan dalam akhbar Metro pada hari ini.

Menurut sahabat saya, 2 orang perawat (perawat Islam dan pengamal mentera) bekerjasama dalam membantu merawat mangsa. Pengamal Perubatan Islam bersolat hajat di dalam rumah pesakit dan sahabatnya, bomoh mentera bersedia di luar rumah untuk MENANGKAP jin yang berada diluar kemudian memasukkannya dalam botol..

* Harap yang beri komen terdahulu mula celik akal bahawa ilmu Allah luas.. Tiada apa yang mustahil.. :D

Pada saya, kejadian ini merupakan PETUNJUK ALLAH agar mereka yang suka-suka menuduh pengamal pelbagai teknik rawatan tanpa usul periksa kembali insaf dan belajar lagi dengan lebih mendalam dalam hal-hal rawatan agar ianya berguna untuk membantu mereka yang memerlukan selagi tidak menyalahi hukum agama atau syirik.

Jika masih lagi ingin menidakkan perkara ini, terutama dengan khilaf yang kononnya untuk mengukuhkan hujah, dimana mereka yang selama ini 'riuh sekampung' mengatakan pengamal perubatan Islam dengan kebelbagaian teknik yang tidak ada dalam sunnah, menyimpang dan merosakkan Seni Perubatan Islam?

Tengok toleransi dalam kes di Jertih ini. Masing-masing bekerjasama dan berikhtiar. Tidak ada pun kata-mengata atau mengutuk pihak yang berlainan aliran. Masing-masing juga bekerjasama melawan musuh yang satu iaitu Syaitan dan Jin Jahat laknatullah..

Diharap selepas ini, perawat Islam samada teknik Rukyah, Tenaga Dalam atau teknik-teknik Islami yang lain (selagi tidak berdampingan dengan Jin) dapat bersatu dan bekerjasama dalam hal-hal rawatan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Sepertimana yang pernah di beritahu oleh Ust Wan Asrul (TIAF) dari saranan Ustaz Malek Lazim (Darul Hikmah) untuk mewujudkan kerjasama antara perawat-perawat Islam di Malaysia, hal ini amatlah cantik dan harmoni.

Objektif perawat adalah melawan musuh nyata sepanjang HAYAT yang satu iaitu Iblis, Syaitan dan Jin jahat laknatullah....!

Buang yang keruh...kita ambil yang jernih... Sepakat membawa berkat.

...

Dari petikan metro hari ini:
Berita Pilihan Ahad 10.10.2010

TANGKAP 9 JIN – GADIS GHAIB

JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.
Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.


Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

Masih Banyak Yang Belum Ku Tahu

Sekembalinya saya dari Limbang, saya mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara yang tinggal di Kuala Lumpur. Sempena Aidilfitri yang mulia, kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara menambah keakraban dan silaturrahim yang sedia terjalin.

Namun begitu, saya tidak punyai ruang waktu untuk menziarahi sahabat di PJ dan Keramat ekoran jadual yang teramat padat. Saya memohon maaf di atas ketidak-upayaan yang berlaku. Insyaallah, saya akan menziarahi mereka sekembalinya dari program di Sarawak nanti.. Tunggu ya... :D

Dalam pada itu, saya dipertemukan dengan seorang tokoh pertubuhan NGO di Selangor yang begitu merendah diri orangnya. Maha Suci Allah, melihat kepada pangkat dan ilmunya yang penuh di dada, lagi rasa rendah diri ini bila berhadapan dengannya. Setiap butir bicaranya, selalu sahaja di sertakan dengan ilmu tauhid, nasihat dan ketakwaan. Pada saya, sukar untuk diri ini menjadi sepertinya.

Ketika sesi 'baiah' (akur janji), saya diperlihatkan keagungan hamba Allah ini. Terpancar cahaya putih dari seluruh badannya dikala dia mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH, MUHAMMADURRASULALLAH.. Hal ni merupakan pengalaman kedua saya diperlihatkan iaitu ketika saya bersama Allahyarham Kiyai Haji Suffian dulu.

Saya doakan hamba Allah yang saya temui ini berada d bawah lindungan rahmat Allah sentiasa.

'Minta tunjukkan jalan dari Ladang Kubur, Masih Banyak Yang Belum Ku Tahu'
'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'
'Allah.. Muhammad.. Lailahaillallah.. Muhammadurrasulallah'

Berkenaan Kursus Bekam & Urut Tradisional

Assalamualaikum wbt..

RIDAM mendapat pertanyaan berkenaan Kursus Bekam dan Urut Badan selepas diiklankan untuk kursus tersebut di Sandakan, Sabah pada 10 Oktober 2010 ini..

Jika ada yang berminat untuk mempelajarinya di Limbang dan Kuching, sila perhatikan syarat berikut:-

1- Penyertaan minima adalah 3 orang + 1 orang model (lelaki sahaja).
2- Yuran kedua-dua kursus adalah RM500 (harga asal RM600)
3- Membuat pengesahan dan membuat bayaran sepertimana tarikh tutup kursus rawatan Islam dijalankan.

Peluang begini seeloknya digunakan bagi mereka yang berminat kerana jika belajar di RIDAM Terengganu, peserta perlukan kos sampingan yang mahal iaitu kos pengangkutan, makan minum dan penginapan.

Hasil survey yang dibuat, total pengajian bagi ilmu Bekam dan Urut sebenarnya menjangkau ribuan ringgit. Dengan kos yang murah ini, anda mampu untuk jadikan ilmu yang dipelajari sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.. Insyaallah..

Berubat Tour di Borneo - Bahan yang perlu dibawa

Bagi tempahan rawatan di Limbang (24hb Oktober 2010), sila hubungi wakil RIDAM di Limbang (Ust Ahmad:013-8438411)

------

Bagi tempahan rawatan di Miri, Kuching, Brunei & Sabah, sila hubungi RIDAM sendiri di 019-9891078 untuk semakan tarikh, diagnos penyakit & kadar upah rawatan.

-----
Tarikh rawatan akan berubah ATAU TIADA SESI RAWATAN jika k0ata pesakit tidak mencukupi. Sila maklum seawal mungkin untuk memudahkan RIDAM dalam urusan perjalanan penerbangan. Harap maklum
Bahan asas yang perlu di bawa:-

1. Limau 49 biji
2. Air Mineral / Telaga / Tapis / Hujan = minima 5 liter

Bahan keperluan mengikut simptom penyakit:-


1. Masalah saraf / sendi / kegatalan / penyakit kulit:

a. Tepung ubi kayu - 1kg
b. Air Mawar – minima 3 botol
c. Minyak Masak Zaitun – minima 350ml
d. Cuka Epal / Cuka Epal+madu (optional)

2. Anak Nakal / Lembap / Lemah belajar

a. Kismis – seeloknya kismis hitam
b. Aura Balancer - boleh dibeli dengan RIDAM

3. Sakit dalam perut
a. Air Yogurt – minima 3 botol saiz 1 liter

4. Penyakit Gout (hanya yang bebas penyakit darah tinggi)
a. Kopi – minima ½ kg
b. Kunyit - minima 5 tongkol

5. Demam / Panas Badan

a. Bunga Raya – warna merah sahaja

6. Santau
a. Daun Kelor / Remunggal / Saderi – 7 ikat
b. Garam bukit – boleh dibeli dengan RIDAM

7. Masalah dalam telinga (kecuali pekak)

a. Madu lebah – 1 botol
b. Daun ketumbar – minima seikat

8. Masalah mata

a. Air Zam-zam – minima 2 liter
b. Cermin – saiz sepenuh muka pesakit

9. Susah dapat anak (disahkan normal secara klinikal)

a. Minyak Zaitun – minima 350ml
b. Chewing Gum (jenis papan panjang)
c. Serbuk kayu manis – minima 200gm

----------

Amalan Maghrifat Hifdzo

Amalan ini adalah salah satu ikhtiar untuk rawatan maghrifat kebatinan secara jarak jauh bagi Membasmi Amalan Ahli Sihir.

Amalan ini adalah hasil gabungan Ayat-ayat Hafiz dalam Al-Quran dan Doa Mentera Melayu yang sudah diamalkan sejak sekian lama dan kini diamalkan oleh Pengasas RIDAM setelah menerima ijazah amalan dari Allahyarham Tok Ngah, Bera, Pahang

Insyaallah, khazanah berharga ini akan diperturunkan oleh Pengasas sendiri dengan mahar RM77.77

Bagi peserta seminar , yuran penyertaan sudah termasuk dalam mahar pengijazahan. Sekian dimaklumkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sempena Aidilfitri 2010 ni, RIDAM ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata, tersalah perbuatan, tersalah menulis artikal atau dengan sengaja selama ini.

Kepada pihak yang terlibat, tujuan penulisan RIDAM di blog ini hanyalah sebagai perbincangan ilmiah agar minda kita sebagai umat Islam lebih terbuka dengan keadaan semasa. Tiada niat untuk RIDAM dangkalkan keaiban melainkan ianya sebagai panduan bekalan agar tidak kita melupai Allah S.W.T

Saper-saper yang lalu kemaman di hari raya ke-2 tu, silalah singgah ke teratak buruk RIDAM bagi menikmati jamuan Nasi Arab yang dimasak oleh RIDAM dan isteri sendiri.

*Budget beras Basmati cuma 10kg.. Kalau lambat & kehabisan, makan biskut raja yelah yer :D

Ralat dalam Modul PLMPI

Assalamualaikum..

Kepada pembeli / pembaca yang telah membeli buku Modul PLMPI, sila perhatikan ralat berikut sebagai semakan dan pembetulan. Pihak RIDAM memohon maaf di atas kesilapan cetakan yang berlaku..

1)Modul 2 PLMPI (m/s 15.. bil.10)

- Ralat: Yasin:89 (7 kali)

- Pembetulan: Yasin:82 (7 kali)


2)Modul 5 PLMPI (halaman 4, Teknik 3)

- Ralat: Al-Qasas:28

- Pembetulan: Al-Qasas:29


3)Modul 5 PLMPI (halaman 13, Doa Ilham 1)

- ayat yang di senaraikan adalah PETIKAN SURAH AN-NAML:19 yang diubah kepada bentuk DOA.

- ketika mengamal ayat ini, hendaklah dengan NIAT BERZIKIR DOA, BUKAN membaca Al-Quran kerana ayatnya telah diubah mengikut makna untuk tujuan ikhtiar doa.

- ayat asal surah An-Naml:19

- ayat dalam Modul (sebagai doa ikhtiar dengan kesesuaian maknanya)


4)Modul 5 PLMPI (halaman 13, Doa Ilham 2)

- Ralat: Petikan Surah Muhammad:47

- Pembetulan: Petikan Surah Muhammad:30

5)Modul 5 PLMPI (halaman 18, Ayat surah An-Najm:1-8)


- Ralat: Cetakan surah tunggang-terbalik.

- Pembetulan: Cetakan yang betul


RIDAM mengalu-alukan teguran (secara sms/panggilan shj) berkenaan ralat-ralat yang mungkin ada dalam kesilapan cetakan Modul..

Yang baik itu dari Allah...dan yang buruk itu adalah dari kesilapan saya sendiri..

Yang benar,
Sdr. Khairul Syakirin (Penulis Modul 1-8 PLMPI)

Boleh sesiapa beritahu apa kebender ni..?

Ni yang saya tengok dalam:

http://www.eryevolutions.co.cc/2010/06/foto-makhluk-bersayap-di-atas-bali.html

pelik-pelik yang muncul akhir zaman ni.. real ke tidak gambar ni tak tahulah...


Bila pula masa kita 'tiba'

Sesudah saya bertahajud semalam, tiba-tiba saya mengingati nostalgia lalu akan kenangan bersama orang-orang yang saya sayangi..

Dari arwah Moyang saya yang banyak mengajar saya ilmu saraf.. Kemudian disusuli arwah nenek yang menyayangi saya sebagai cucu sulong dalam keluarga. Walaupun nenek saya buta huruf, banyak diajar saya amalan tegap badan dari ayat dalam surah At-Taubah agar hendaknya sihat dan segar..

Saya juga terkenangkan arwah Tok Ayah Cikgu Lah Pasir Puteh yang meninggal pada tahun 2008. Banyak kenangan saya bersamanya. Antara anak muridnya, saya yang paling dimanja. Hubungan kami juga bukan sahaja sebagai guru dan murid,tapi ada pertalian saudara ekoran anaknya berkahwin dengan emak saudara saya (adik mama saya)..

Tidak lupa juga kenangan manis ketika belajar silat Kalimah di Tumpat bersama arwah Ayah Ku ketika saya belajar di sekolah agama di Kelantan. Layanan beliau pada saya tidak dapat saya lupakan. Saya dimanja lebih dari pelajar yang lain. Hampir setiap minggu, dia yang mengambil saya di asrama untuk ke rumahnya belajar silat dan ilmu kebatinan..

Rakan arwah Ayah Ku adalah arwah Pak Halim yang meninggal di Kampung Tar Tujuh, Pasir Mas, Kelantan juga guru saya dalam seni silat Tongkat dan perubatan herba. Kadang-kadang, masih ingat kedua sahabat ini berbalah mulut sayang kerana mahukan saya tidur di rumah mereka..

Arwah Tok Zali di Kuala Lipis juga menggamit kenangan lama bila saat nazaknya berakhir di atas riba saya sewaktu saya masih menuntut di Bangi. Memang sedih ketika itu kerana niat saya untuk menziarah bertukar menjadi memori pilu yang tak akan saya lupa sampai bila-bila..

Kepada arwah Ustaz Amin yang asal kampungnya di Bera, Pahang, kenangan beliau merotan saya ketika sesi berlimau sebagai ingatan nasihat yang tidak akan saya lupakan. Masih terngiang nasihatnya pada saya.."Syakirin.. ilmu jangan di curah ibarat air di daun keladi.. Apa yang Ustaz ajar pada kamu bukan setakat di hafal...tapi kena AMAL...!"...begitulah kata-kata terakhir beliau sebelum dia meninggal 6 bulan kemudiannya.. Sayangnya, saya tiada di saat kematiannya kerana ketika itu saya berada Dubai disebabkan urusan kerja.

Memori indah bersama arwah Pak Nasation di Yong Peng juga menambahkan syahdu di sanubari insan jahil ini. Masih saya ingat keengganan Pak Nasation untuk mengambil saya sebagai murid dengan alasan, dia tidak pernah menjadi guru kepada sesiapa.. Tapi Allah telah bukakan hatinya selepas dia melihat kesungguhan saya berulang-alik ke rumahnya dari tempat saya belajar selama tiga bulan berturut-turut setiap hujung minggu.. Katanya, dia kasihan sebab saya kena 'ikat perut' duit belanja di universiti semata-mata mahu menjadi muridnya...

Tidak lupa juga kepada arwah Tok Ngah yang banyak mengajar saya ilmu makrifat dan perubatan tanpa rasa jemu. Sayangnya, kematiannya di Selayang pada Oktober tahun lepas tidak dapat saya hadiri ekoran masalah kewangan yang tidak dapat saya elakkan.

Akhirnya, guru yang paling saya sanjung, tak lain tak bukan ialah Allahyarham Kiyai Haji Suffian di Tanggarung Indonesia.. Walaupun saya hanya berjumpanya sebanyak 3 kali sepanjang proses pengajian, saya anggapnya seperti bapa yang penyayang.. Berbanding dengan guru-guru lain, saya tidak pernah di marahi walaupun melakukan pelbagai kesalahan. Pendekatannya lebih kepada nasihat yang membina.. Begitulah sifat orang yang tinggi kesabarannya..

Bila dilihat perjalanan hidup mereka, Allah mudahkan proses akhir kehidupan insan yang saya sayang. Mereka meninggal dalam keadaan aman, tiada sakit sebelum nazak, mudah perjalanan ke tempat kuburan dan tiada hutang pada manusia..

Berbanding diri saya yang penuh dengan noda dan dosa ini, adakah saya juga akan mendapat nikmat seperti mereka.. Mintak dijauhkan azab Mu pada ku ya Allah...

Mereka semua telah meninggalkan kita.. Bila pula masa kita 'tiba'.....?

Layan lagu skali..

Hari ni RIDAM tak nak coret apa-apa kat sini...Layan lagu keinsafan ni pun best gak..

Amalan Maghrifat Hifdzo

Amalan ini adalah salah satu ikhtiar untuk rawatan maghrifat kebatinan secara jarak jauh bagi Membasmi Amalan Ahli Sihir.


Amalan ini adalah hasil gabungan Ayat-ayat Hafiz dalam Al-Quran dan Doa Mentera Melayu yang sudah diamalkan sejak sekian lama dan kini diamalkan oleh Pengasas RIDAM setelah menerima ijazah amalan dari Allahyarham Tok Ngah, Bera, Pahang

Pengajaran amalan ini Insyaallah akan di ajar pertama kalinya di Seminar Rawatan Islam yang bertempat di Limbang, Sarawak pada 23 Oktober 2010 ini.


Insyaallah, khazanah berharga ini akan diperturunkan oleh Pengasas sendiri dengan mahar RM77.77


Bagi peserta seminar di Limbang, yuran penyertaan sudah termasuk dalam mahar pengijazahan. Sekian dimaklumkan.

Pengumuman Terakhir Promosi Produk

Salam..

Seperti yang telah dimaklum, tawaran harga promosi produk RIDAM akan berakhir pada 4hb September 2010. Stok yang masih ada ialah 19 unit lagi bagi mencukupi kuata 66 buah cetakan pertama...

Siapa bayar dulu, dialah dapat dulu.....

Sekian dimaklumkan

Cerita Tipu @ Rekaan shj... Ilmu Parang Terbang bolehkah dipelajari?

RIDAM pada kali ni sajer-sajer nak ceritakan cerita tipu hanya untuk latihan penulisan. :D

Al-Kisah, pada suatu malam yang hening, RIDAM dok syok layan facebook. Tiba-tiba..jeng..jeng..jeng...RIDAM dihubungi oleh seorang peminat rawatan Melayu Kuno yang juga seorang perawat sambilan. Sembang-punya sembang, tiba-tiba masuklah bab ilmu parang terbang ni. Satu soalan yang di tanya, 'ilmu parang terbang ni boleh belajar ker?'..

RIDAM yang tak ada ilmu ni pakai jawab jer lah dengan pendapat yang tak seberapa ni dengan jawapan 'boleh' dan 'tidak boleh'..

Dia bertanya lagi...'kenapa boleh' dan 'kenapa tidak boleh'. Maka, RIDAM yang memang tak ada ilmu ni pun jawablah dengan panjang lebar..

RIDAM kata, ilmu Parang Terbang tu adalah 'Ilmu Bangkit' dalam istilah ilmu Melayu Lama. Ilmu Bangkit ni boleh menjadi dua hala iaitu Membangkitkan Jin atau Membangkitkan Barang.

Ilmu Bangkit Jin ni adalah Ilmu Mendampingi Jin dan ianya dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Tumpang Khadam, Teman Pelindung dan sebagainya. Dan hukum mempelajari ilmu ini adalah HARAM..

Manakala ilmu bangkit barang pula pelbagai jenis dimana membangkitkan sesuatu barang agar ia 'hidup' bagi tujuan tertentu. Contohnya ilmu parang terbang, parang panjang, parang kentot, parang lonjong, parang kayu, parang batu dan pelbagai jenis ilmu bapak parang selain ilmu terbang barang yang lain seperti batu, kayu, besi, ranting dan seangkatan dengannya.

Maka si perawat sambilan pun bertanyalah lagi kepada RIDAM yang tak ada ilmu ni.. 'barang hidup tu macam mana Ustaz..?'

RIDAM dengan perasaan gundah-gelananya pun menjawab..'Barang apa pun dalam dunia ni adalah HIDUP. Dalam Quran pun ada beritahu. Banyak ayat yang menyuruh sekalian makhlukNya bertasbih kepadaNya iaitu:

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Hasyr :1)

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Di
“Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(Al-Jumu’ah :1)

“Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; hanya Allahlah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” (At-Taghaabun:1)

Jadi, dalil yang mengatakan SEKALIAN MAKHLUK itu hidup ada dinyatakan dalam Al-Quran iaitu bilamana disuruh bertasbih pada Allah.

Apa ada dalam bumi? Macam-macam ada kan...? Batu, kayu, besi, pokok, angin dan macam-macam lagi lah... Kesemua makhluk ini mempunyai zarah atau atom hidup di dalamnya termasuklah dalam diri Manusia. Ia makhluk HIDUP.

Jadi pasal Ilmu Parang Terbang tu, zarah dalam parang tu dibangkit untuk berkomunikasi dengan tujuan tertentu.

Ilmu Parang Terbang ni ada dua jenis iaitu HALAL dan HARAM.

HARAM
kalau kandungannya disertai dengan mantera memuja selain Allah atau tujuan menunjuk-nunjuk atau seumpamanya.

HALAL
kalau pengamal Parang Terbang mintak pada Allah dengan doa halal seperti dari ayat Al-Quran/ Zikir untuk terbangkan parang mencantas orang zalim dikala sudah tiada kekuatan diri melawan mereka.

------------

Si perawat tadi bertanya lagi pada RIDAM. 'Kalau macam tu, kenapa tak guna ilmu parang terbang ni agar boleh catas kepala orang Israel zalim di Palestin tu..? kan senang..?'..

Maka dengan machonya, RIDAM menjawab sambil mengujinya...

'saudara..awak pernah tak pagar rumah dengan Al-Quran / Zikir bila merawat?'

Dia pun jawab...'pernah...kenapa?'

'apa tujuan awak...?'

Dia pun jawab lagi dengan confident nya.. 'untuk melindungi isi rumah dari gangguan jin dan orang yang zalim...'

RIDAM pun tak habis-habis lagi tanya...'zalim tu ditujukan pada siapa?'

Sekali lagi dia jawab..'orang jahat la...pencuri ker...perompak ker...orang niat jahat ker...'

Ditanya lagi oleh RIDAM...'SETUJU TAK kalau saya kata Israel kat palestin tu ZALIM dan ORANG JAHAT..?'

Dengan over confident nya dia jawab lagi...'SETUJU...! '

Lalu, RIDAM pun tanyalah soalan maut padanya.. 'Habis tu, KENAPA AWAK TAK PAGAR JER SELURUH PALESTIN TU DARI ORANG ISRAEL TU...? kan lagi senang...? '

Maka dengan kesiannya dia menjawab.. 'terkena saya USTAZ...'

Maka, tergelak-gelak lah RIDAM bila membaca jawapan sebegitu di ruangan chat facebooknya... Tak sangka, bumi tak habis pijak, dah berangan dok sentuh langit...

Orang tua kata apa? Hah....Gajah depan mata tak nampak, nyamuk kat belakang pintu leh pulak nampak..

Dah tu, Orang moden kata apa pulak? .. senang jer, SERBAN atas kepala berbelit TAK SEDAR.. kain selendang orang yang lalu kat pasar malam perasan pulak...

-----

Maka RIDAM menambah lagi cerita kelentongnya itu..Kata RIDAM dalam chit-chatnya di facebook dengan hamba Allah tersebut...

'Jangan terus letak hukum.. BELAJAR DULU dan NILAI kan..jangan pulak melencong ke Tempat Membeli Belah di Nilai pulak...

Nama amalan mungkin sama.. Tapi AMALAN tak semestinya sama..

-----

Tapi yang RIDAM terkejut bila si PERAWAT tu tak mengalah lagi tu....Dia tanya lagi...
"Tapi Nabi tak ajar Ustaz...?' Kenapa PERLU belajar..."

Apalagi, RIDAM sound la balik.. 'Bila pulak saya kata PERLU BELAJAR? Ada ke saya kata PERLU?' Tak ada kan..? '

Terkontang-kanting member tu nak jawab... Mati akal dia...Tapi dia control lagi..
'Maksud saya, kenapa perlu, bagi orang yang nak belajar.. Nabi tak ajar kan..?'

Ish..ish..ish...tak paham-paham lagi budak tua ni....RIDAM pun add lagi statement kelentongnya..

'Kalau setakat nak tahu dengan syarat ilmu tu mendekatkan diri pada Allah, kenapa tidak boleh..? Mintak pun pada Allah, agar parang tu boleh catas kepala orang zalim kan..?Bukan mintak pada parang.... Kan konsep doa digunakan. Nak takwil apa lagi....?' Lagipun, kalau nak mintak parang tu catas semua kepala orang zalim Israel, perawat tu kena ada di sana.. Ilmu Parang Terbang ni disyaratkan bilamana pengamal berada dalam keadaan darurat iaitu darurat yang berkait dengan bangkit jatuhnya Islam. Bukan suka-suka leh demo... PENGAMAL dari Malaysia ni nak g palestin macam mana..? Bukan leh suka-suka masuk palestin.. Kena ada tujuan diplomatik...

Yang dalam kes 16 Mei 1969 tu kan dalam keadaan darurat dimana pengamal sendiri (Kiyai Salleh) ada di situ...'

Maka, si perawat sambilan tu pun surrender la.. Dekat 10 minit dia tak reply chat RIDAM hinggalah di reply..

'tima kasih sheikh..! saya dah faham'

Dan RIDAM dengan selamba pun balas.. 'baguslah kalau dah faham...Sebab letih jugaklah nak ceritakan kisah kelentong saya ni pada awak.. Boleh la saya 'pergi dengan aman..'

Dengan terkejutnya dia menaip lagi...'pergi mana Ustaz.......?????'..mungkin dia jangkakan 'pergi' tu sama dengan 'mati' kot...

RIDAM pun jawab... 'PERGI SAHUR....bye..Assalamualaikum..'

Kemudian RIDAM shutdown laptopnya dan makan sahur bersama isteri tersayang..

TAMAT

............................................................................................

kisah di atas tiada kaitan dengan yang hidup,yang mati,yang bersongkok, berkopiah, tidak berketayap atau yang berserban sekalipun. Semua cerita di atas hanyalah cerita & pendapat rekaan semata-mata tanpa ada niat memburuk-burukkan pihak lain.

Maka, diharap kisah rekaan di atas tidak akan mewujudkan perbalahan atau saman-menyaman diantara sesama manusia atau pun makhluk jin yang masih hidup.. Sekian.. :D

Mentera & Serapah..salahkah pengamalannya?

Assalamualaikum..

Kali ini saya tampil untuk berdepan dengan tajuk yang 'panas' kerana banyak MANUSIA di luar sana yang belum mengerti hakikat penggunaan Serapah & Mantera. Rata-rata bahan bacaan, seminar atau ceramah mengatakan Mentera & Serapah adalah HARAM.. Sedangkan kenyataan mereka itu berkemungkinan akan membawa mereka kepada penambahan dosa tanpa mereka sedari..

Kenapa saya berkata begitu...? (nak kena RIDAM ni...)

Kerana ungkapan HARAM pada isu penggunaan Mentera & Serapah ditujukan secara umum. Secara tidak langsung, pengamal mentera & serapah di pihak yang benar akan terkena tempiasnya dari masyarakat awam seperti dilabel khurafat, bida'ah dan sesat.. Kan berdosa tu kalau orang yang tak bersalah di label begitu semata-mata kerana ungkapan HARAM secara umum...

Mentera dan Serapah terbahagi kepada 2 iaitu HARAM & HALAL.

Jenis HARAM
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan meminta pertolongan selain dari Allah.

Jenis HALAL
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan HANYA meminta pertolongan pada Allah semata-mata.

Contoh mentera:

'Hey Senggoro.
Aku sembahkan 7 ekor jin.
Di atas batu putih. Terlak hitam. Dibawah atap separuh.
Dengan berkat lailahaillallah, Muhammadurrasulallah'

Mentera di atas boleh menjadi 2 hukum pengamalannya iaitu:

1)HARAM jika tidak tahu makna, tashdiq hati pada sesuatu selain Allah & amal secara membabi-buta.

2)HALAL jika tahu makna, tashdiq hati pada Allah dan suci pengamalannya..

Saya nyatakan makna mentera serapah di atas iaitu-

Hey Senggoro:
Senggoro adalah bahasa lama Kelantan iaitu bermaksud YANG MAHA TINGGI.
Siapa yang Maha Tinggi? Tentu Allah bukan.. :D

Aku sembahkan 7 ekor Jin:
Jin yang disebut bukan ditujukan pada Makhluk yang bernama Jin. Tapi ianya merangkumi asas bahasa arab iaitu TIDAK NAMPAK. Dalam quran kan ada sebut beberapa kata dari asas perkataan jin iaitu Jannah(syurga), Junnah(perisai), Janin, Jannullail(kepekatan malam).

7 ekor jin pula di istilahkan kepada 7 anggota sujud iaitu kepala, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.. Jumlahnya akan jadi 7 kan? Maknanya lagi difahami sebagai 7 anggota badan yang kena serangan (penyakit) secara tak nampak (ghaib).

Di atas batu putih, Terlak hitam, Di bawah atap separuh:
Di atas batu putih bermaksud warna putih pada biji mata.
Terlak hitam bermaksud warna hitam di tengah biji mata
Di bawah atap separuh bermaksud bulu mata.

Jadi, ketiga-tiga ayat ini bermaksud Mata...

Dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulallah:
Yang ni tak payah terang lah.. Kita ni orang Islam patutnya dah tahu...kan?

-------

Jika saya terangkan kesemua makna mentera serapah di atas, ia akan jadi begini..
Hey Senggoro (Wahai Yang Maha Tinggi, yakni Allah)
Aku Sembahkan 7 ekor Jin (Aku serahkan seluruh anggota badanku pada Mu)
Di atas batu putih, Terlak hitam, di bawah atap separuh
(moga-moga dapatku lihat kesembuhan melalui mataku ini)
Dengan berkat Lailahaillallah, Muhammadurrasulallah.

Salah ke mentera serapah di atas?

Ada yang tanya, "Kenapa tak baca macam maknanya Ustaz? kan leh elak fitnah?"

Jawapan:
Kita kena faham bahawa orang dulu amat sukakan puisi, sajak dan pantun. Senang cerita kira bahasa Sastera la... Jadi, penggunaan sastera tinggi ini sudah menjadi amalan orang dulu-dulu dimana ianya penuh dengan makna tersirat dan tersembunyi agar kita lebih belajar dan memahami hakikat kehidupan.Bahasa Al-Quran juga kan bahasa Sastera Arab tinggi...

Manakala sesebuah mantera serapah (kes Halal sahaja) sudah diamalkan dan diberkati sekian lama..Jadi, siapa yang ambik ijazah dan mengamal mantera serapah tersebut hanya perlu sambung Berkatnya dari pengamal dari generasi ke generasi..

Contohnya jika si A amal doa ni 30 tahun..Kemudian di turunkan pada si B yang kemudian di amal lagi 20 tahun.. Jadi berkatnya dah jadi 50 tahun..Begitulah seterusnya jika ucapan mantera & serapah ini diturunkan dan seterusnya di amalkan..

Jika mula dari asas (contohnya nak amal makna mantera serapah di atas), berkatnya akan dimulai dari '0' kerana ia ucapan doa yang masih baru....

Soalan lagi:
Baik pakai ayat Al-Quran jer ustaz? Lagi berkat...

Jawapan:
Memang kalau nak dikira, penggunaan ayat Al-Quran adalah yang sebaik-baik pengamalan. Tapi kalau baca berjela-jela, fahamnya tidak buat apa walaupun tak berdosa tak faham maknanya.. Bila nak berdoa atau merawat, perlulah faham maknanya.. Barulah ikhtiar dan luahan kita pada ALLAH lebih mantop...

Seringkali kita tengok tok bomoh, dukun atau pawang (jenis HALAL shj) berubat cepat baik berbanding Perawat Islam Moden. Kenapa?

Sebab apa yang mereka baca, mereka faham maknanya.. Jadi, penyerahan diri dan taqarrub pada Allah dalam diri mereka lebih yakin & kuat. Yang Perawat Islam Moden ni dok baca Rukyah berbakul-bakul...bila tanya, makna apa tak tahu...

----

Sebab tu kita lihat, tok bomoh, dukun atau pawang baca perlahan dalam rawatan. Salah satu sebab nak elak fitnah la.. Kalau nak terang satu per satu pada pesakit makna mentera yang dibaca, jawabnya tak merawat la.... Tapi lain pula pada sesetengah penceramah yang mengatakan tok bomoh baca perlahan sebab puja Jin...kan dah jadi fitnah tu.... :D

-----

Sebab itu kita jangan terus 'serang' dan buat ungkapan sebarangan tanpa kita usul periksa.. Kalau tak faham atau mushkil, kita tanya dan jangan beri teguran yang mengaibkan.. Berilah teguran yang berhikmah...Jangan pakai 'sound' jer...

----

Pada yang buat statement HARAM pada mantera serapah tu, cepat-cepatlah bertaubat dan sambung lagi pengajian dalam bidang ni..

-----

Artikal ini ditulis mewakili sahabat saya (pengamal rawatan mantera serapah halal) setelah meluahkan kekecewaannya pada sesetengah perawat & ustaz-ustaz yang buat statement tanpa usul periksa...
-------
Tambahan:
Jika nak berubat, perhatikan syariat perawat seperti solatnya, agama dalam keluarganya dan tatacara kehidupannya samada menepati syarak atau tidak....
Wassalam..

RIDAM Promo Video

Sekali-sekala layan buat animation best gak

Testimoni Khafiat Yasin 41

Assalamualaikum..
Khafiat Yasin 41 adalah satu lagi ikhtiar hajat dengan menggunakan amalan Surah Yasin yang di yakini (dengan izin Allah) mujarab dan berkesan.

Amalan ini adalah amalan ahli Hikmah terdahulu yang diberi ilham dan petunjuk dari Allah.

Senarai Testimoni Pengamal:

1)Ahmad Imran (masalah sihir) - Puchong - SMS
Salam Ust. Saya dah buat 7 malam untuk masalah gangguan pada isteri saya. Orang yang disyakki accident dan meninggal. Isteri saya dah beransur kurang.

2)Jalaludin (pelaris) - Banting - Telefon
Salam Ust. Saya cuba jer. Lepas buat amal khafiat Yasin 41 ni 3 malam, saya tiup pada air 1 baldi. Air tu air yang sama... Kemudian, saya spray depan kedai setiap kali buka & tutup. Dah nampak kelainannya Ustaz..terima kasih Ustaz..

3)Muhd Soleh (rawatan jarak jauh) - Kota Kinabalu - E-mail
Salam Ust. Cuma nak ucapkan terima kasih sebab sudi ijazahkan Amalan Khafiat Yasin 41. Banyak mujarab untuk rawatan jarak jauh. Saya selesa dengan kaedahnya... Terima kasih Ustaz Syakirin..!

4)Pn.Lela (anak nakal) - Penang - SMS
Slm Ustaz! Anak saya dah tak agresif macam dulu. Saya ikut cakap Ustaz suruh baca pada air hujan malam jumaat. Jenuh nk tunggu hujan mlm jumaat turun.. Saya minta tolong dgn saudara saya di KL tadahkan.. Terima kasih Ustaz..

5)Pn. Kamsiah (suami curang) - Singapore - email
Slm. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada Ustaz sebab ajar saya kaedah Yasin 41 tu.. Suami saya dah kenal rumah, saya dan anak-anak. Dia pun dah tak pergi nightclub lagi.. Ramadhan tahun ni adalah yang paling gembira selama 16 tahun kami kawin! Terima kasih Ustaz..

-----------------------------------------

Kalau nak dikira, berpuluh SMS, email dan panggilan yang RIDAM terima sejak buku Amalan Yasin 41 dijual. Dalam ikhtiar, kita gabungkan dengan ikhtiar zahir dan ikhtiar batin. Insyaallah, dengan kesungguhan tersebut, moga doa kita dimakbulkan.. Insyaallah..

Kelebihan Malam Ramadhan

• Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

• Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

• Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

• Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

• Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

• Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

• Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

• Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

• Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

• Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

• Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

• Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
o - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
o - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
o Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

• Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
 Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
 Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

• Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

• Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

• Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

• Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

• Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.