RAWATAN ALTERNATIF ISLAM BERSAMA RIDAM DI SINGAPURA..!!!



Kaedah Rawatan:
Terapi Rawatan Islam, Holistik, Naturapati, Dowsing, Iriodologi, Osteopati, Psikoterapati, Herba, Radiestesia, Accupressure dan Rawatan Islamik Nusantara.

Tarikh: 3 April 2016
Tempat: Akan dimaklumkan

Prosedur Tempahan Rawatan:
1. Hubungi wakil RIDAM Singapura (Ust. Sukor) dengan WhatsApp ke +6598153549 dengan isian berikut:

Temujanji Rawatan RIDAM
a. Nama bin Ibu
b. Tempoh lama sakit
c. Simptom dialami secara ringkas

cth:

Temujanji Rawatan RIDAM
a. Borhan bt. Saleha
b. Sakit dah 3 tahun
c. Simptom:  Mimpi mayat, berdebar, sakit saraf kaki, batuk dah 6 bulan


2. Wakil RIDAM akan ‘reply’ dengan maklumat berikut:

Info Temujanji
a. Tempat Rawatan
b. Masa temujanji (sila tepati masa)
c. Barang yang perlu dibawa


Rawatan Yang TIDAK DISEDIAKAN:

a. Pengasih / Penunduk
b. Masalah Dadah
c. Serangan Balas / Dendam
d. Hilang Barang / Orang
e. Major Stroke


Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Wakil RIDAM Singapura (Ust. Sukor) di talian +6598153549 atau info di darulmanzil.blogspot.com.



Semoga diizinkan Allah pada setiap nafas dan gerak perjalanan rawatan.  Ameen.

ILMU TINGGI TAPI TIADA ADAB TIADA GUNANYA…

Assalamualaikum. Sedikit coretan berkenaan diari rawatan.

Semalam saya menerima panggilan telefon sekitar jam 11:45 malam. Memang biasanya waktu itu telefon bimbit saya dah di ‘off’ kan, tapi saya lupa untuk rutin biasa tersebut kerana tidur awal untuk persediaan rohani setiap malam Jumaat.

Dalam panggilan telefon tersebut, kedengaran pesakit sedang kerasukan. Atas dasar tanggungjawab, saya bersetuju ke rumahnya untuk ikhtar merawat pesakit tersebut. Alhamdulillah, tiada halangan sepanjang perjalanan yang jaraknya cuma sekitar 3km dari kediaman saya.

Bila tiba di rumah pesakit, saya dijemput masuk dan segera melihat pesakit. Masyaallah, pesakit di kala itu terbaring di tepi katil dengan ditemani suaminya. Memang keadaan pesakit pada masa itu masih tidak sedarkan diri. Sebagaimana teknik rawatan RIDAM yang saya amalkan sebelum ini, saya sentuh point kaki pesakit untuk menguji sejauh mana kedegilan jin yang merasuk pesakit. Alhamdulillah, jin dalam badan pesakit tidak lah sedegil mana. Manakan tidak, sebelum kedatangan saya, pesakit dan suami serta bantuan ibu bapanya berhempas pulas berikhtiar semampu yang boleh. Ada tikanya pesakit hampir terjun dari tingkap rumah untuk melarikan diri.

Saya tenangkan pesakit terlebih dahulu memandangkan kondisinya baru hari ke-42 selepas bersalin. Jika diteruskan, mungkin jin dalam badan boleh dikeluarkan (insyaallah), tapi risiko keletihan melampau akan merisiko kan pesakit ekoran tarikan tenaga yang akan digunakan oleh jin dalam badan bertindak balas. Pada masa rehat tersebut, saya minta pada keluarga pesakit untuk sediakan telur rebus sebagai kaedah pasungan bagi ikhtiar selepasnya nanti.

Sementara menanti telur direbus masak, saya berbual sebentar dengan suami pesakit. Tika duduk berbual di anjung luar rumah, kakak pesakit yang juga seorang Perawat Islam dan suaminya baru tiba di halaman. Lantas mereka masuk ke rumah. Si suami hanya duduk di muka pintu; diam tanpa bicara sambil melihat perbualan kami.

Agak kekok juga saya sebagai tetamu bila tidak disapa. Sebagai tanda hormat saya hulurkan salam sebagai tanda jalinan ukhwah. Tiba-tiba, kedengan bunyi orang merawat di dalam bilik pesakit. Pada saat itu, suami pesakit kelihatan serba-salah. Rupa-rupanya kakak si pesakit merawat adiknya.

Masyaallah.. kalau dah ada perawat, kenapa saya dipanggil? Kenapa tidak bertanya dahulu? Adakah kehadiran saya hanya ‘makan angin’di rumah pada waktu malam begitu?

Maka, saya maklum dengan cara baik untuk beredar. Tiada guna kalau dipanggil tapi hanya menjadi tunggul pemerhati. Saya masuk ke ruang tamu untuk mengambil beg kit-rawatan dan beredar pulang. Memang sepanjang saya melangkah ke kereta, berkali-kali suami pesakit memohon maaf. Pada saya, yang terjadi bukan salahnya, dan saya tidak berdendam pada keluarga tersebut.

Bila saya sampai di rumah, suami pesakit masih menghubungi saya melalui WhatsApp. Alhamdulillah, melalui ikhtiar kakak iparnya itu, isterinya telah sembuh dari kerasukan. Namun, tekaan saya benar bila selepas rawatan, isterinya keletihan melampau dan sukar untuk tidur dalam kondisi tersebut. Atas dasar insan, saya berikan petua pemulihan tenaga pada suaminya agar kondisi isterinya kembali pulih.


Caranya adalah dengan merebus ¾ air seperiuk bersama 5 batang kayu manis selama 20 minit. Pada masa 15 minit rebusan, tambahkan 2 sudu Serbuk Penaik. Selesai direbus bahan tersebut, campurkan pada sebaldi air dan mandikan pesakit pada bilasan pertama. Insyaallah, tenaganya akan pulih dan tidurnya akan lena.


Dalam cerita ini, apa yang nak ditekankan adalah Adab dan Hormat. Sehebat manapun kita mampu merawat, jangan ‘memotong’ ikhtiar perawat yang masih dalam keilmuan ikhtiarnya. Jika sudah habis ikhtiar atau diminta untuk dibantu, maka barulah kita bertindak.

Setiap orang ada kelebihan atau kelemahan masing-masing. Mana yang kurang, kita sama-sama tambah dan kongsi serta betulkan. Mana yang lebih kita jadikan panduan. Semoga hal ini menjadi pedoman buat perawat di luar sana.

Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Luasnya penyakit, maka luas juga ikhtiarnya. Mana yang serasi, insyaallah akan jadilah ubat penyembuhnya. Sekian… Wassalam..





MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.