Info RCT (Rawatan Cara Tidur)




Kaedah rawatan RCT adalah kaedah diagnos (mengesan punca penyakit)  yang dilakukan secara kebatinan. Penglibatan kaedah ini semestinya memerlukan kondisi fizikal yang sihat dan spritual yang tinggi.

Kemahiran ini memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar khas untuk memudahkan lagi fahaman dan amali praktis. Sebab itu pengajian RCT hanya dikhaskan tanpa campurtangan keilmuan yang lain supaya fokusnya dapat mencapai objektif di akhirnya.

Gabungan ilmu berkudun, terawangan dan meraga sukma adalah asas RCT dan ianya dilakukan bertahap sekaligus dalam sesi pengajian.

Berikut adalah intisari silibus yang disediakan dalam pengajian:

1-Pendedahan keilmuan
2-Fahaman perbezaan
3-Ikhtiar RCT secara batin
4-Ikhtiar RCT secara fizikal (amali):
   - latihan nafas
   - latihan heningan
   - pendulum aktif
   - latihan fokus
   - latihan berkudun
   - latihan terawangan
   - latihan meraga sukma

5-Kesimpulan latihan
6-Pembukaan Hijab (pengijazahan bersanad)
7-Akad terima amal dan perjanjian

Pengajian RCT pertama kali dibuka pada 7hb Disember 2019.. Bertempat di Azyas Homepati Shah Alam, Selangor.

Hubungi 0129928646 untuk sebarang info klik http://ridamresources.wasap.my/ untuk WhatsApp auto.

Wassalam..

Saya Kena Sihir.. Ustaz..Tolong Saya....





"Mana kamu tahu kena sihir?", tanya ambo pada Zamri bila dia datang ke RIDAM.

"Banyak tempat dah saya gi berubat ustaz..  Semua kata sihir...",luah Zamri. Katanya dah setahun dia tak tidur sempurna sampai doktor kasi ubat tidur berkala. Itupun tidurnya masih bermasalah. Doktor simpulkan Zamri alami masalah Imsomnia.

Kesian juga ambo tengok dia. Mukanya pucat dan nampak kusut sekali.

Maka ambo pun diagnos setakat yang ambo tahu. Pertamanya memang kakinya sejuk bila ambo pegang. Belakang tengkuknya juga tegang. Selain itu, ubunnya memang terasa panas dan kulit badan nampak jelas kusamnya. Memang inilah tanda-tanda biasa orang yang mengalami masalah Imsomnia.

Bila ambo check darah tingginya, bacaan sekitar 160/100.. Tinggi juga tu.. Alang-alang dah diagnos, ambo guna pula Mesin Meridian untuk diagnos abdomen 5 serangkai dan organ yang lain melalui imbasan point akupuntur.

Syukurlah, organ-organ utama Zamri tidak mengalami sebarang kompilasi.

Ambo lanjutkan kepada terapi Islam pula dengan bacaan ayat-ayat rukyah yang berkaitan. Hampir 20 minit ambo merukyah Zamri. Memang tiada pun unsur gangguan yang timbul.

"Maaf Zamri.. ustaz rasa kamu ni ada masalah klinikal saja. Tak tahulah ilmu orang lain, tapi setakat dari ustaz yang ilmu sikit ni gitulah pandangannya.. ", ambo nyatakan secara jujur padanya.

"La.. pulok..? tak kisah la ustaz, asal boleh sembuh jah penyakit saya ni. Pahtu nak ikhtiar camana?", tanya Zamri bersungguh hati.

"Jom...jangan tanya.. ikut jer", ambo ajok Zamri naik kereta. Tujuannya nak ke belakang taman perumahan RIDAM sebab nak ambik Daun Petai Belalang. Kebetulan pokok tu dekat saja dengan rumah.. 😊

Dah cukup bahannya, kami pulang ke RIDAM semula.

Di dapur, ambo rebus dalam 2 cekak daun petai belalang dengan 3 gelas air. Ambo tambahkan juga sehelai daun pandan untuk wangikan aroma. Macam kelas masak pulak jadinya.. 😂😂

Bila dah tinggal segelas, ambo sejukkan di bawah kipas. Nak tunggu air panas gelegak tu suam jawabnya lama la nak tunggu. 😊

Ambo bagi minum pada Zamri dan minta dia terus baring selepas minum. Masa tu ambo layan sembang hingga tak sedar dia dah tidur rupanya.. Berdengkur pulak tu.. 😂😂

Kesian tengok si Zamri tu lena tidurnya, ambo biarkan saja. Dalam pukul 4 pagi dia terjaga. Berkali-kali dia minta maaf sebab lena sangat tidurnya. Dia memohon izin untuk pulang.

Masa tu rasa terkilan juga sebab tiada sebarang bayaran upah diberi. Ambo pujuk hati ambo sendiri dengan mengandaikan dia mungkin terlupa. Lagipun dia bergegas pulang sebab masa tu dah pukul 4 lebih. Nanti lepas Subuh dia berkejar memandu pergi kerja yang jaraknya ambil masa lebih 1 jam juga untuk sampai..

REZEKI..

Satu petang lepas seminggu kejadian tu, Zamri datang ke RIDAM. Berkali-kalu dia minta maaf sebab hari tu lupa nak kasi bayaran rawatan. Katanya lupa sungguh sebab malu sangat kes tidur lama di rumah orang.. 😂😂

Alhamdulillah... banyak ratus juga dia kasi. Duit tu boleh la ambo buat beli keperluan dapur dan minyak kereta yang hampir kehabisan... Adat kerja sendiri begitulah.. Ada kerja, berasap lah dapur.. 😅😅

Kata Zamri, tidurnya dah normal sejak amal air rebusan daun petai belalang tu. Ambo ucapkan tahniah sebab masalanya dah selesai. Semoga kebaikan itu berkekalan dan diberkati Allah..

Ambo hanya ikhtiar, pengatur izin dari Allah belaka.. Wallahu'alam



Gadis Kerasukan Gentayan Lelaki Tua




Ketika ambo sampai di rumah Abang Kamal, hujan turun dengan lebatnya. Walaupun dijemput masuk, ambo duduk di kerusi luar dahulu. Penat dan lelah masih terasa akibat memandu seharian dan sesat dari hotel apabila hendak ke rumah Abang Kamal. Sebenarnya, perjalanan kali ini begitu banyak dugaannya..

Bermula dari rumah lagi, ambo terasa begitu mengantuk ketika memandu hingga beberapa kali hampir terbabas di bahu jalan lebuhraya. Anak ambo yang turut menemani ambo pun tidur berdengkur dengan lena. Acap kali juga ambo berhenti di Hentian Rehat Lebuhraya untuk membasuh muka. Sedangkan, sehari sebelum itu memang ambo telah rehat dan tidur secukupnya untuk persediaan rawatan hari ini. Namun, ambo masih berasa mengantuk dan lenguh badan bila nak ke rumah Abang Kamal.

Petangnya, ambo sudah sampai di bandar mukim rumah Abang Kamal dan mencari hotel untuk penginapan semalaman.

Selepas Maghrib, ambo bertolak dari hotel ke rumah Abang Kamal. Namun begitu, laluan yang sememangnya ambo biasa benar kali ini juga tersesat haluan. Perjalanan sepatutnya 10 minit sahaja dari hotel telah menjadi sejam lebih lamanya. Hanya selepas berasa lama perjalanan yang ditempuh dan jalannya mula memasuki jalan kampung, barulah ambo tersedar, itupun selepas ditegur anak lelaki ambo. Lantas ketika itu, ambo bacakan surah Ad-Dhuha sebanyak 7 kali. Setiap kali memulakan bacaan surah, ambo mohon agar Allah tunjukkan jalan. Memang petua ini yang arwah guru ambo ajar kalau tersesat jalan.

Alhamdulillah, akhirnya ambo sampai juga ke rumah Abang Kamal sekitar jam 10 malam.

GENTAYAN..

Ketika Abang Kamal mengadu tentang masalah anaknya tempoh hari, ambo telah diagnos masalah yang dihadapi dengan  membuat kaedah Berkudun.

Secara batin, memang ambo lihat ada kelibat seorang lelaki tua sedang menggantung dirinya di dalam bilik. Sesudah dia menjadi mayat, rohnya berkeliaran tanpa arah tujuan. Walaupun beberapa kali ambo cuba menegurnya, orang tua itu tidak menyahut sapaan ambo. Akhirnya orang tua itu hilang di balik pokok pisang di hadapan rumah. Wayang batin itu berulang beberapa kali…

Ambo ceritakan apa yang ambo ‘nampak’ pada Abang Kamal…

Menurut Abang Kamal, anaknya Fiza sebelumnya normal. Pada petang itu, dia bermain dengan arnab yang dibelanya di hadapan rumah. Memang berdekatan sarang arnab itu ada pokok Pisang dan di situlah juga Abang Kamal nampak Fiza bercakap dan ketawa sendirian.

Bila dipanggil masuk ke dalam rumah, Fiza menurut saja tanpa engkar. Ketika itulah isteri Abang Kamal mula perasan tentang perubahan Fiza. Amat ketara langkah jalannya bila masuk ke rumah. Badannya sedikit bongkok dan matanya tajam melihat kiri dan kanan. Fiza terus masuk ke dalam bilik dan duduk bertangkup dada. Lagaknya seperti orang yang sudah tua.

Bila di suruh bangun, Fiza mengamuk dan mula mencakar sesiapa yang memegangnya..

Setelah mendengar cerita Abang Kamal itu, ambo rasakan itu adalah Gentayan yang berupa orang tua yang mati bunuh diri itu. Memang spesis jin Gentayan ni suka berupa orang yang sudah mati dan mengacau orang.

Insyaallah, jika Allah izinkan, masalah itu boleh diselesaikan. Begitulah ambo katakan pada Abang Kamal sehari sebelum bertolak ke rumahnya.


SEMBUNYI…

Ambo tahu memang anaknya Abang Kamal sedang kerasukan ketika itu. Tetapi memandangkan dia tidak agresif, ambo biarkan dulu kerana mahu berehat dan untuk mengembalikan kekuatan badan yang keletihan. Selepas hampir 15 minit duduk di luar rumah, ambo masuk ke dalam rumah..

“Fiza..Assalamualaikum”, ambo memberi salam kepada anak Abang Kamal yang duduk bertakup dada di depan katil. Walaupun beberap kali ambo berikan salam, tiada balasan yang ambo terima. Lalu ambo duduk di sisinya.

Kali ini, ambo suruh dia mengucap. Suruhan itu juga tidak memberi sebarang tindak balas. Ambo baca surah Al-Fatihah, Ayatul Qursi dan Al-Ikhlas dan hembus pada telingannya. Hembusan itu sedikit sebanyak menjadikan Fiza duduk tidak selesa. Seperti berada dalam dunia terasing, Fiza bermain-main jarinya sendiri dan merenung lantai.

Oleh kerana sudah banyak tindakan rawatan tidak memberi sebarang kesan pada Fiza, ambo cuba pula teknik kepit jari yang biasa ambo buat sebelum ini. Hairan sungguh, kaedah itu juga tidak memberi sebarang reaksi pada Fiza. Pada pengalaman ambo, jika kerasukan seperti itu berlaku, tandanya jin gangguan tidak duduk dalam saraf. Biasanya golongan jin ini akan menyorok di celah-celah sendi tubuh untuk mengelak kesan serangan dari perawat.

Ambo tekan point meridian tubuh Fiza bermula dari betisnya hingga melurut ke atas. Setiap tekanan yang ambo berikan akan ambo sertai dengan kalimah “Allahu Daim”. Akhirnya, Fiza menjerit kesakitan bila ambo tekan poin ‘As-Sirsam’ yakni di belakang tengkuknya.

“Oooo.. duk situ rupanya kamu ni..!!!,” kata ambo ambo tanpa melepakan tekanan.

“Mari mano mu ni..?”

Bertubi-tubi juga soalan sama yang ambo tanya. Hinggalah dia merayu agar dilepaskan dan berjanji untuk keluar dari tubuhnya. “Tolonglah.. aku sakit sangat ni.. Aku tak mahu ganggu doh budok ni..”, merayu-rayu jin itu pada ambo.

“Jawab soalan aku dulu.. Mu ni mari mano..?”.

“Aku mari sini lah.. Sinilah tempat aku!”

“Dah tempat mu pun, kenapa ganggu budok ni? Banyak lagi makhluk lain boleh ganggu. Ayam, Itik, Lembu pun boleh ganggu..”, sengaja ambo berikan provokasi pada jin tu.

“Tolonglah.. aku nak keluar doh.. tolonglah..”.

Bila dengar rintihan begitu, lagi kuat tekanan yang ambo beri. “Hishhh… ingat mudah-mudah nak keluar gitu? Kali ni aku tak bagi mu keluar sendiri. Kalu tak, nanti mu masuk ganggu balik budak ni..”.

“Ikut suka lah lah.. asal aku boleh keluar.. Tolong lah lepas.. aku sakit ni…”, akhirnya jin itu mengalah.

Bila dah nampak kesungguhan jin tu nak keluar, ambo pimpin jin tu untuk bersumpah dahulu. Disertai dengan lafaz ‘wallahi, wabillahi, watallahi’ maka jin itu bersumpah untuk keluar dan tidak akan mengganggu manusia lagi.

Ambo baca beberapa Ayat Tarik dan mengeluarkan jin itu dari tubuhnya dengan kaedah Pasung Limau. Terpinga-pinga Fiza tersedar.

LAPISAN KEDUA…

Rupanya, masih ada lagi jin dalam badan Fiza. Hanya beberapa minit sahaja Fiza menjadi normal. Selepas itu, matanya melilau tajam. Melihat keadaan itu, ambo tekan puncak kepalanya sambil membaca “Inna fatahna lakafatham mubii-na” sebanyak 3 kali dari surah Al-Fath ayat 1. Dia meraung kesakitan dan minta dilepaskan.

Oleh kerana badan ambo sudah keletihan, ambo tidak banyak bersoal-jawab. Ambo terus paksa jin itu keluar dari tubuhnya. Ekoran tidak tahan dengan seksaan yang dikenakan, akhirnya jin itu mengalah dan keluar bila ambo lakukan kaedah Pasung Limau.

Alhamdulillah, kali ini Fiza sudah tersedar sepenuhnya. Ambo turut sediakan air rendaman 7 jenis bunga bersama 7 perahan biji limau nipis untuk Fiza mandi ubat sebaik sahaja selesai rawatan. Tujuan mandian ini adalah sebagai ikhtiar memulihkan jasmani badan dan semangat diri akibat kesan kerasukan yang dilalui. Ibunya juga mandi air perahan 7 biji limau kerana terkena tempias gangguan tersebut.

Selepas itu,  ambo buat amalan Pagar Rumah dengan air garam yang dirukyah di keliling dalam dan luar rumahnya. Ambo juga curahkan Cuka Getah secara melintang pagar rumahnya sebagai petua pelindung sebagaimana amalan orang lama. Selepas itu, ambo bacakan Ayat Pelindung Istana Sulaiman pada lada hitam yang dalam genggaman dan ambo lempar di atas atap rumahnya. Amalan melontar ini juga ambo lakukan pada 6 bahagian sisi atas rumahnya.

Sebelum pulang, ambo ajarkan beberapa petua amalan dan memberi beberapa nasihat kepada pesakit untuk diamalkan.

Rawatan hari itu akhirnya berakhir jam 2 pagi. Ambo mohon izin pulang kerana pagi esoknya, ambo ada temujanji dengan sahabat yang telah mempelawa ambo menaiki botnya untuk mengelilingi sebuah pulau. Selepas itu, perjalanan pulang akan diteruskan dan ambo perlu sampai ke rumah sebelum malam kerana berjanji untuk membantu anak sulong ambo menyediakan bahan-bahan penting untuk aktiviti sekolahnya.

Semoga pesakit berada dalam keadaan sihat dan dimudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.. Amin..







Pengajian Rawatan Nusantara (Siri 1 dan 2) kini di Shah Alam




Pengajian Rawatan Nusantara (Siri 1 dan 2) kini di Shah Alam..
*****************************************
Info Program:
Lokasi:
Azyas Homeopathy, Shah Alam
Tarikh: 7-8 Disember 2019
*****************************************
Intisari:
Siri 1>>> 8 Dis 2019
-Pendedahan petua rawatan, ilmu melangkah dan amalan orang lama.
-Pendedahan alam jin dari perspektif Nusantara.
-Panduan kehadiran, tanda dan petua mengenal pasti lokasi makhluk halus.
-Pelbagai kaedah rawatan dihadapan pesakit.
-Panduan bagi kes kerasukan dan panduan kuncian.
-Kaedah rawatan jarak jauh.
-Amalan basmi Penyihir.
-Pengijazahan Jurus Rawatan.
Siri 2>>> 7 Dis 2019
Lanjutan Ilmu Siri 1
-Pendedahan petua dan amalan orang lama.
-Petua Sedia Tapak
-Kaedah rawatan dihadapan pesakit
-Kaedah rawatan jarak jauh
-Rawatan gangguan On-Off
-Kaedah pemutus Saka
-Amalan pulang angin serangan Sihir
-Ilmu Akupuntur
******************************************
Mahar Pengajian>>>
Siri 1: RM300, atau
Siri 2: RM360, atau
Package: RM560
Tambahan Malam (Optional):
Kaedah Rawatan Tidur (RM313)
Penyediaan>>>
Nota, Bahan Amali, Sijil
*****************************************
Pendaftaran>>>
a. Pre-daftar melalui Whatsapp ke 0129928646 dengan maklumat Nama, No.IC dan Alamat.
b. Deposit RM180 ke akaun RIDAM sebelum 23/11/2019
c. Bakinya dibayar pada hari kursus
Atau bayaran penuh (digalakkan) untuk kemudahan operasi Pengajar.
Hubungi RIDAM di 0129928646 untuk sebarang makluman.

>>>Daftar sekarang..

*****************************************
AKAUN BANK RIDAM

*Maybank: 563028618870
(Ridam Resources)

*atau—

 Bank Islam:
12-234-02-003082-9
Maybank:
162085478617
(khairul syakirin bin abdul wahab)

*****************************************
Untuk makluman, program di Kota Kinabalu, Sabah telah ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.. Insyaallah

Rawatan Orang Lari atau hilang tak buat dah...




"Bini saya lari ustaz... Anak pun dia tinggal sebab ikut jantan.. laki tu kaya..."

Awal pagi dapat panggilan macam ni.. Sedih jugok dengar. Tapi ambo tak buat dah rawatan orang lari ni..

Amalan panggil balik ni perlukan zikir tapaan di tengah malam. Paling kurang 2 jam atas sejadah.. Nak buat pulak 14 malam.. Bayangkan kesan diri semasa dan selepas rawatan tu? Sakit pinggang toksah cakap la.. Kadang-kala sampai serak suara berwirid. Ambo pulak ada tonsil, tekak jadi kering. Mulalah ulcer dalam mulut.. Keletihan malamnya menyebabkan ambo tak boleh kerja di siangnya.. Sapa nak tanggung sara diri ambo sekeluarga?

Lama juga dia merayu, tapi ambo tolak disebabkan faktor tersebut. Kalau dah sayang sangat kat bini yang curang tu, mari mengadap ambo ambil ijazah ilmu. Ambo ajar dan buat sendiri..

Bila offer macam tu, tahu pulak jawab "ustaz buat lebih afdhol.....".. Ambik kau punya afdhol.. 😂 sebenarnya bukan sebab afdhol, tapi tak nak rasa susah ikhtiar.. Tahu nak sedap bila dapat bini jer.. Apa ingat perawat ni Tuhan ke?

Yang nak rawatan jarak jauh pun ramai macam tu.. Tak lah semua, tapi ramai yang nak ambil mudah.. Sembuhnya nak.. ikhtiarnya malas..

Sendiri terasa ya.. Kesian tu memang ada, tapi geram pun ada jenis perangai macam tu.. dunia oh dunia.. 😎

Minyak Dagu in Package... !!! 😂😂



Dah lama ambo tak jumpa Pok Zul. Sejak ambo sakit berat dulu, memang langsung tak bertemu..

Bila dah terserempak, terus laju ngopi bersama.

Pok Zul: Ustaz sihat doh loni? Napok naik smula badan tu.. 😁😁

Ambo: Alhamdulillah.. dah ok skit..

Pok Zul: Ada cerita sedak nok kabo nih.. Dia tu guru Ustaz jugok...

Ambo: Guru ambo? Hok mano?

Pok Zul: Ada lah.. hok tu last baru beritahu.. cuma nak tanya pendapat ustaz la.. Ustaz percaya dok sihir Minyak Dagu?


Ambo: Bakpo?

Pok Zul: Ada ustaz nih.. Dia scan umah saya.. Katanya ada minyak dagu.. Pastu scan umah kakak, umah mak dan umah anok sedara.. Semua minyak dagu.. Macam pelik la pulok.. 😂😂

Ambo: Pahtu tu dia caj tak?

Pok Zul: Mestilah caj.. Sebotol minyak dagu dia rawat dan tawarkan bisa  akan caj RM800.. Tu sebotol.. katanya umah saya ada 2 botol.. umoh mak dan umah lain banyak gak katanya..

Ambo: Fuhhh.. Kaya.. kaya.. Minyak Dagu Pakej tu.. 😂😂😂

Pok Zul: Dah tu, apa pulok pandangan ustaz?

Ambo: Tak mustahil ada.. tapi mustahil dalam zaman gawat ekonomi nih.. 😊

Pok Zul: Kenapa pulok?

Ambo pun ceritalah...

Seorang ayah angkat ambo ada yang sami buddha kat Kelantan. Ambo panggil dia Pok Su.. asal kenal bila ambo ikhtiar rawat masalah tulang belakangnya. Lama-lama jadi rapat bila ambo selalu tanya bab herba sebab Pok Su ni pandai bab herba dan rempah ubat..

Bila masuk bab jampi, Pok Su tak ajar. Katanya lagi, "baca hok dalam agamamu (ayat Quran dan Doa) sebab baca (jampi) tu hanya doa. Usaha betul tambah doa pulok, lagi ampuh rawatan".

Bila ambo balik Kelantan dan nak gi ziarah dia, dia pesan jangan masuk rumah kalau nampak kereta pesakit depan rumahnya. Tunggu sampai pesakit balik baru masuk.

Entah benar atau kebetulan, Pok Su kata kalau ambo masuk rumah masa dia tengah berubat, rawatannya tak menjadi.. Dewa-dewanya pun tak datang bila dipanggil.. 😁

Ambo pernah jugok tanya pasal minyak dagu ni dengan Pok Su..

Menurut Pok Su, minyak dagu ni ada banyak gred.

Gred A1 adalah air dagu orang kena bunuh. Yang ni harganya RM22k sebotol saiz minyak atar.

Gred 2 pulok adalah dari Mawas atau Beruk punggung merah. Yang ni harganya RM8k.

Gred 3 adalah yang paling lekeh iaitu dari Anjing Hitam.. Yang ni harganya RM3k..

Pok Su pernah tunjuk pada ambo jenis gred A1 yang diwarisi daripada atuknya. Memang bisa juga bila ambo pegang botol tu.. Habis sakit 1 badan..

Hakikatnya, berapa kerat sangat orang nak habis puluhan ribu semata-mata nak dapatkan minyak dagu tu.. Untuk zaman sekarang, amat mengarut orang nak niaya orang dengan keluarkan modal banyak.. Berubat nak hulur RM100 pun berkira, ni kan pulak puluhan ribu.. 😂😂😂

Pok Zul: Saya pun rasa mengarut jugok ustaz pasal minyak dagu umah saya tu.. Pastu dia mengaku dia tu guru Ustaz.. katanya DarulManzil selalu tanya dia amalan yang boleh diguna dalam rawatan..

Lantas Pok Zul tunjukkan simpanan whatsapp ustaz 'guru' tu..

Ambo hanya ketawa riang bila baca whatsapp tu.. Giliran ambo pula tunjukkan perbualan whatsapp ambo dengab ustaz 'guru' tu..

Sebenarnya, ustaz tu yang banyak tanya ambo.. Ayat Khatam Nubuwwah tak kenal, sihir Pelalau tak tahu, tannasukh arwah pun tak paham.. dan banyak lagi lah.. 😁😁😁 Ambo yang masih belajar ni ada jugok ajar dan jawab soalannya jika ada yang ambo tahu..

Tak sangka pulok dia tu kat belakang bertukar jadi guru ambo pulok... 😂😂😂

Apa pun, ambo memang karang kisah benar ni untuk 'ustaz' tu baca.. 😊 Sendiri makan cili, sendiri tanggung pedasnya... 😁

Selamat Membaca... 😎


Luka Usus .. dari Diari Rawatan RIDAM






Seperti yang dijanjikan, ambo menunggu pesakit yang berjanji akan hadir jam 3:00 petang untuk rawatan Luka Usus. Namun, masa yang dijanjikan masih tidak nampak kehadirannya dan ambo cuba telefon untuk pengesahan.

Bila dihubungi, rupanya pesakit masih jauh dan masih dalam perjalanan. Terpaksalah ambo tunggu seketika.

RAWATAN..

Pesakit sampai di RIDAM sekitar jam 3:30 petang. Ambo terus menjemput mereka masuk dan tanpa tertangguh memulakan rawatan kerana selepas itu ada beberapa urusan penting yang perlu ambo kerjakan.

Menurut pesakit, dia telah pun menjalani Operasi Kolonoskopi dan menghulur beberapa keping gambar dalam ususnya yang luka, hasil dari prosedur tersebut. Bila ambo lihat gambar-gambar yang ditunjukkan, ambo hanya ketawa kecil. Kata ambo, luka tu nak dibandingkan dengan apa yang ambo alami setahun yang lalu sangat berbeza peratusnya. Giliran ambo pula tunjukkan rakaman video Operasi Endoskopi yang telah ambo lalui. Memang ketara luka dalam usus ambo berbanding yang pesakit alami.

Bila diberitakan bahawa pesakit juga mengandung anak sulong, datang pula rasa risau. Manakan tidak, seharian asyik menahan sakit perut yang kepedihan terutama selepas makan atau minum. Di samping  beban mengandung, rasa perih juga pesakit kerana dia juga perlu kerap ke tandas. Pesakit juga masih pelajar universiti dalam Pengajian Syariah dan berkahwin muda. Banyak juga tanggungjawabnya..

Ambo faham akan kerisauan yang pesakit dan suaminya lalui. Ambo nasihatkan mereka agar bersabar dan meyakinkan mereka bahawa masalah tersebut boleh di atasi jika kita yakin pada Allah dan berusaha. Contoh mudah yang ambo berikan adalah diri ambo sendiri kerana ambo pernah mengalami masalah yang sama, malahan lebih teruk penyakitnnya.

Melalui Mesin Akupuntur, ambo check point-point badan yang lain kalau pesakit juga mengalami abdomen bermasalah. Bila terdeteksi point perut menghala point hempedu, ambo pasti pesakit juga mengalami masalah Gastrik dan soalan ambo diakui oleh pesakit. Selain itu, hanya ususnya sahaja yang bermasalah.

RUKYAH..

Ambo menyuruh pesakit baring dan menutup hadapan badannya dengan kain sejadah yang tebal. Tindakan sebegitu perlu untuk menghindar gambaran bentuk badan pesakit dari pandangan perawat yang bukan muhrim.

Setelah mendapat izin dari suami pesakit, ambo letakkan tapak tangan setentang dengan bahagian usus dan memulakan bacaan Rukyah.

Antara ayat-ayat yang ambo bacakan adalah Al-Fatihah 7x, Doa-doa syifa’ dan Doa Mencantum Luka iaitu “Bismillahi turbatu ardina, biri-koti ba’dina, yushfaa saqi-muna, bi'izni robbina” sebanyak 3 kali.

Ketika membaca doa mencantum luka itu, ambo qasadkan pemikiran mengikut gambaran usus pesakit yang bermasalah agar lukanya kembali bercantum dan ususnya licin serta sembuh. Kemudian ambo suruh pesakit mengucap 3 kali sebagai tanda rawatan berakhir.

Ambo senaraikan makanan pantang 40 hari untuk pesakit iaitu Pulut, Ubi Kayu, Air Kelapa, Air Tebu, Telur Itik dan mengurangkan makan Taugeh dalam menu makanannya. Tujuan pantang ini adalah untuk menjaga tubuh badan dari mudah terkena bisa angin yang mungkin melambatkan proses penyembuhan.

Selain itu, ambo berikan mereka sebotol air mineral dan 5 botol Air Yougurt yang siap dirukyah dengan ayat-ayat yang sama semasa merawat untuk diminum selama 5 hari. Dari pengamatan ambo, insyaallah lukanya akan pulih sekitar 2 hingga 3 hari saja.. Amin..

Memandangkan pesakit masih pelajar, baru berkahwin dan sedang mengandung, ambo pasti dia memerlukan dana kewangan yang banyak untuk pengurusan keluarga di awal perkahwinan. Maka, ambo beri diskaun harga upah rawatan agar tidak membebankan ekonomi mereka.

Semoga pesakit cepat sembuh, sihat kandungannya hingga bersalin dan bahagia dalam kehidupannya bersama suami. Amin Ya Robbul ‘Alamin..



p/s: Rujukan Doa Mencantum Luka dalam bahasa Arab


Semoga Bermanfaat..

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.