Gi masjid tapi masih bengong…!!!




Saya mendengar luahan seorang pesakit saya petang kelmarin ketika beliau datang berubat di RIDAM (selain kes perubatan). Cerita beliau, masalah yang dialami terjadi sejak dia membeli kediaman baru di sebuah daerah di Selangor dan berniat ingin menetap di situ.



Maka berkunjunglah beliau ke masjid berdekatan rumahnya. Selain ingin mendapatkan pahala ibadah, mudah-mudahan dia dapat kenalan baru di kalangan jemaah masjid. Namun, hal sebaliknya berlaku bila beliau dipulau tanpa sebab hingga imam sendiri adakalanya menyindir beliau dalam khutbah mahupun kuliah yang ada.

Bila direnung kembali sindiran yang diterima, kebanyakkannya berkisar kepada tanda hitam (akibat sujud) di dahinya dengan gerakan Syiah. Nau’zubillah, beberapa kali beliau bersumpah di hadapan saya bahawa dia adalah pengamal Sunnah Wal Jamaah. Bagaimana dahi hitam itu ada di dahinya, katanya ada selepas dia pulang dari menunaikan haji suatu ketika dahulu.

Saya katakan padanya agar bersabar dengan dugaan dan menasihati beliau agar berjemaah  di masjid atau surau yang lain. Hal fitnah yang digemburkan, biarlah ianya diserahkan pada Allah. Insyaallah, Allah itu Maha Penyayang. Dia tak akan sekali-kali biarkan hambanya dalam kesusahan kecuali tahu bahawa ujian itu mampu ditempuh hambaNya.

-------

Bab tanda hitam di dahi itu haruslah kita pandang secara husnul dzon (bersangka baik). Mungkin orang berkenaan tidak betul kaedah sujudnya atau sering sujud dalam solatnya di atas helaian sejadah yang nipis hingga terasa keras simen lantainya. Dah elok-elok buat ibadah di masjid, tambah pula dosa tak pasal-pasal. Gi masjid tapi masih bengong…!!!


Cabaran Seminar Perubatan Nusantara RIDAM..

Alhamdulillah.. dengan jayanya, Program Perubatan Nusantara RIDAM selesai dijalankan di Masjid Al-Ghufran, Kuala Lumpur pada 3hb-4hb September 2016. Memang pada awalnya, program ni mendapat banyak halangan dan fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Antaranya:

1. Program ini dikatakan wujud percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan.

Jawab RIDAM: Seminar tersebut ada peserta wanita tapi tidaklah bersentuhan. Dan mereka duduk berasingan (dengan suami masing-masing) sebagaimana program kuliah yang lain.

*Mereka diam dengan jawapan tersebut. Kemudian kenyataan baru..

2. Program ini dikatakan penyebab parking masjid penuh.

Jawab RIDAM: Apa nak dihairankan dengan peserta yang hanya 50 orang berbanding mereka yang hadir untuk solat Jumaat?

*Mereka diam dengan soalan tersebut..

3. Program ini dikatakan mengajar ilmu sesat kepada peserta.

Jawab RIDAM: Apa bukti isian ajaran sesat sedangkan program masih belum dimulakan (pada waktu tuduhan tersebut).

*Mereka memohon maaf kerana sifat syak-wasangka tersebut.

Sebenarnya, Program Perubatan Nusantara RIDAM ini adalah satu modul pengajian baru (modul ke-5 RIDAM) untuk peserta dalam dunia perubatan alternatif. Objektif program ini adalah untuk merawat walaupun mereka tidak mampu membaca Al-Quran.

Peserta akan didedahkan dengan pelbagai petua orang lama dan kaedah rawatan yang sinonim dalam perubatan asia. Antaranya petua jika berhadapan dengan pelbagai jenis makhluk, kaedah scanning, mengenal pasti laluan jin, petua gerak (persediaan rawatan), senaman jurus untuk kesihatan dan garis panduan merawat pesakit yang agresif.

Pengajiannya sangat santai dan hal ini memberikan impak kesedaran pada peserta bahawa ilmu Allah itu sangat luas dan berbeza pada setiap hambanya. Bagi mereka yang berminat, Seminar Perubatan Nusantara yang kedua akan diadakan pada 1hb-2hb Oktober di Wangsa Maju. Limit peserta pada kali ini hanya 30 orang sahaja. Sila buat bayaran deposit (RM100) atau bayaran penuh ke akaun tertera untuk pendaftaran dan hantar ke 012-9928646 untuk makluman.

Akaun RIDAM:
Bank Islam: 12-234-02-003082-9
CIMB : 7050239388
Maybank: 162085478617
(khairul syakirin bin abdul wahab).


Lihat juga candid Program Perubatan Nusantara yang sempat diambil:








 Jumpa kita di seminar nanti.. Wassalam

Coretan Riadah @ Pulau Besar - Part 1

 
 
Coretan Riadah @ Pulau Besar
5-6hb September 2016

Selesai Seminar Perubatan Nusantara RIDAM di Kuala Lumpur, saya mengambil keputusan untuk ke Pulau Besar keesokkan harinya. Lagipun, sudah 3 tahun tidak saya jejaki pulau tersebut.

Masih saya tidak lupa pada kenangan saat menziarahi makam arwah moyang (Sheikh Ibrahim Kadir iaitu abang kepada Sultan Ariffin Pulau Besar), Maulana Malik Ibrahim dan ahli keluarga yang berjuang menentang penjajah Portugis sebelum serangan besar ke atas bumi Melaka. Masih banyak sejarah yang digelapkan.

Insan yang menyusun dan memecah rahsia keturunan saya daripada leluhur Al-Ahmady (Pattani, Thailand) adalah Tabib Din. Melalui beliau lah, saya bertemu jodoh dengan pulau ini hingga tiba masa rindu datang menjengah, panggilan pulau terasa gundah.

Selepas daftar keluar hotel, saya ke Masjid Al-Ghufran untuk mengambil Haji Hamzah yang menginap di hotel masjid tersebut. Memang kagum dengan pengurusan Masjid Al-Ghufran. Seolah menaiki bangunan pejabat moden, masjid ini dilengkapi ruang solat yang selesa, lif, pejabat urusan masjid, kafetaria, dewan seminar dan hotel 21 bilik. Pendek kata, prasarana di sini sangat sempurna terutama pada para musafir.

'Driver of the Year' sepanjang kelana adalah Hermen Chelvam. Dia ni tidak memerlukan sebarang ubat atau pil jika mengantuk ketika memandu. Sekadar air nescafe sudah memadai dan mampu memandu sejauh 11 jam perjalanan tanpa rehat. Dah bertahun saya bermusafir bersamanya.

Selepas mengisi minyak di Petronas, kami bergerak ke Kerinci untuk membeli alat SmartTag terlebih dahulu. Dengan alat ini, perjalanan di lebuhraya akan lebih lancar kerana tidak perlu beratur panjang ketika pandu-bayar di stesyen tol.

Selesai urusan di Kerinci, kami singgah sebentar di Subang Jaya. En. Alang katanya nak beli handphone baru kerana yang lama sudah retak screennya. Kasihan.. handphone En. Alang terjatuh sewaktu dia keluar dari kereta, depan hotel kami menginap semalam. Pencarian handphone di Subang Jaya amat mengecewakan. Jika lihat di papan iklan luar kedai, katanya harga borong. Tapi itu semua gimik niaga saja. Harganya sama dengan tempat lain. Dah la 10 sen pun tak dikasi kurang. Bila difikir betul-betul, baik beli kat pekan dekat rumah saja. Jika ada apa-apa masalah, tidak lah jauh ke kedai nanti. Kos pun jimat.

Puas hati dengan keputusan yang diambil, kami singgah sebentar di pejabat Pos Subang untuk kiriman produk Minyak Keting Besi kepada pelanggan yang membeli secara online. Maklumat Minyak Keting Besi boleh dilihat di blog darulmanzil. Di situ, segala penerangan berkaitan produk disediakan secara lengkap.

Tepat jam 4:30 petang baru kami bertolak ke Melaka. Mujurlah hari itu hari minggu. Kuranglah sedikit kesesakan lalu-lintas. Kami singgah sebentar di RnR Nilai untuk santapan tengahari. Agak lewat sebenarnya jadual makan kami pada hari itu. Dah terasa keroncong perut baru teringat nak mengalas isi. Kata orang lama, dah masuk angin baru sedia nak menadah.

Kami tiba di Jeti Umbai sekitar 7:30 malam. Abg Napi dan Din dilihat rancak bersembang di kedai makan tepi jeti. Dari petang sabar menanti untuk bergerak sama kami. Kos parking kereta di Jeti Umbai hanya RM5 bagi mereka yang ingin ke Pulau Besar. Insyaallah, keselamatan kenderaan tetamu pulau yang datang dijaga sebaik mungkin oleh pekerja yang bertugas.

Selesai mengeluarkan beg masing-masing, kami menaiki bot Pak Man untuk ke Pulau Besar. Pak Man ni sudah lama saya kenal. Sejak tahun 2011 lagi, bot Pak Man menjadi pilihan jika saya nak ke Pulau Besar. Berbanding pengusaha bot yang lain, Pak Man sangat disenangi pelanggan. Selain mesra orangnya, beliau tidak lokek bercerita. Tanyalah apa pun perihal Pulau Besar, pasti akan diceritakan. Tak hairanlah bot Pak Man penuh dengan tempahan. Jika tak maklum awal sebelum bertolak, mungkin terlepas peluang nak sewa botnya. Pak Man boleh dihubungi melalui nombor 016-6101425.

Hanya 10 minit dari Jeti Umbai, kami tiba di Pulau Besar tepat jam 8:00 malam. Awalnya, kami memasang khemah di bahagian timur pulau dan makan malam di restoran resort selepas itu. Kemudian, kami solat di Masjid Pulau Besar sebelum menziarahi para makam ulamak dan moyang saya di situ. Al-Fatihah untuk mereka yang syahid ketika berjuang menentang penjajah Portugis laknatullah. Begitu cekal mereka berusaha menegakkan syiar agama dan menjaga kedaulatan negara bangsa. Semoga Allah menempatkan mereka dikalangan hambaNya yang beriman. Ameen..

Selesai urusan ziarah, kami rehat sebentar di tapak khemah sebelum aktiviti lewat malam yang dirancangkan..

Bersambung......

#darulmanzil #pulaubesar #perawatnusantara

www.darulmanzil.blogspot.com





MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.