[Dari Diari Rawatan RIDAM]
Kisah ni berlaku pada tahun 2016.. Seingat ambo sekitar bulan Mei
rasanya. Ada sorang pesakit ni datang dari Pahang. Umur pun dalam 70an dah..
Ambo panggil beliau dengan panggilan Mok Jah..
Mok Jah ni sakit dah lama. Antara simptomnya adalah seperti sakit
bahagian belakang betis kanan, rasa lesu dan tidak bermaya. Perut pun
kadang-kadang senak tak memasal.
Seperti biasa, ambo tak ambil sebarang kesimpulan sebelum rawatan
dimulakan. Dari cerita anak Mok Jah yang datang sama pada hari itu, banyak
Ustaz-ustaz dan Bomoh kata Saka.. Dan ada jugak kata kena buatan orang..
Wallahu’alam..
Yang hairannya, tak ada lah pulak ‘rasa’ apa-apa. Macam ok jer.. Ambo
syak ni mesti kaitan penyakit Konvensional (penyakit hospital). Dengan alat
akupuntur, ambo check point-point tubuh. Jika dilihat pada hasil diagnos, Mok
Jah ni memang ada masalah ulser dalam usus dan kemungkinan ada masalah dalam
perutnya.
Setelah puas hati dengan diagnos fizikal, ambo mulakan diagnos rohani
pula. Tangan kanan ambo letakkan dibelakang badan Mok Jah. Dengan lantang, ambo
baca ayat-ayat rukyah. Metod pada bacaan kali ini ambo mulakan dengan rukyah
syifa’ dahulu. Kemudian barulah rukyah azab dan perlindungan.
Setelah hampir 10 minit bacaan, tiada apa pun rasa serangan kebatinan
berlaku. Tiba-tiba Mok Jah terbatuk-batuk. Melihat macam susahnya batuk Mok Jah
nak diteran keluar, ambo tepuk sederhana di belakangnya.
Poooommmm..!!!! Kuat juga bunyinya selepas ambo menepuk belakang tubuh
Mok Jah. Anaknya bertanya cemas, “Apa yang keluar tu Ustaz.. ? Jin? Saka? Badi?”.
Macam peluru daa punya soalan..
Ambo hanya mengiling tanda tiada jawapan sebab memang ambo tak tahu
sungguh.. Nak kata simptom gangguan,
memang tak rasa apa pun. Lalu ambo bertanya sendiri pada Mok Jah..
“Mok Jah.. masa Ustaz baca tadi, Mok Jah rasa apa..?”
Sekali jawapan Mok Jah memang memeranjatkan semua yang ada pada hari
itu.
“hok ahu ngok.. hok hek hok hacak hebab hihi haktok..”
Aik.. lain macam bunyi jawapan Mok Jah.. bila di tanya kali ke-2,
jawapannya seakan sama. Masa awal datang tadi, normal jer jawapannya. Anaknya
pulak tanya mak nyer..
“Mak..mak.. Mak cakap apa nih? Ust tanya tu. Mak rasa apa masa Ustaz
Syakirin baca tadi..?”
Slang bunyi jawapan Mok Jah masih sama.. Adus.. pening-pening...
Tiba-tiba ambo lihat ada objek merah muda di bawah kerusi yang
berhadapan dengan Mok Jah. Maka ambo bangun dan mendekati objek tersebut..
Semakit dekat dengan objek tersebut, tak pula rasa apa-apa yang pelik. Isyarat
ghaib masih belum diterima.. Jeng..jeng.. jeng..
Allahurabbi..!!! Rupanya objek tu adalah GIGI PALSU Mok Jah... gelak
sakan siapa yang ada kat situ termasuk lah Mok Jah yang tercabut gigi tu pun
ikut ketawa..
Ingatkan Saka yang keluar.. Rupanya Gigi Palsu...
Pengalaman.. pengalaman..
Apa pun, dah habis puas ketawa sakan, ambo teruskan rawatan dan
nasihatkan Mok Jah dibawa ke hospital untuk semakan penyakit.
Tiga hari selepas kejadian, anak Mok Jah maklumkan melalui telefon
bahawa Mok Jah memang disahkan doktor ada Ulser dalam usus dan ketumbuhan dalam
dinding perut.. Allahurabbi..
Ambo aturkan temujanji baru untuk masalah yang dialami. Alhamdulillah,
selepas kali ke-4 rawatan dengan kaedah islamik dan herba, Mok Jah disahkan doktor
bebas dari dua penyakit bahaya tersebut.
Cuma yang ambo masih tak boleh lupa, setiap kali nak datang rawatan,
ambo akan pesan,
“Gigi Mok Jah tu gam elok-elok. Nanti jadi macam hari tu. Ingat hantu
yang keluar.. Rupanya gigi..”.
Wassalam..
Moral of the story:
1. Jangan mudah buat buat kesimpulan. Semak dahulu.
2. Gigi palsu kalau pakai kena gam elok-elok.
Wassalam..
#patikelorbidararidam
#fft