Erm.. majoriti bila dengar Pengasih jer, memang ramai yang membuat
pelbagai andaian kan? Sebenarnya, Amalan Pengasih ni hanyalah salah satu cabang
ikhtiar kebatinan semata-mata. Itupun setelah dicuba ikhtiar secara fizikal,
barulah mencuba kaedah ini.
Dalam bab mengambil upah Pengasih ni, ada beberapa kategori kes yang
RIDAM tidak akan layan iaitu:-
a. Nak tambah cawangan (kahwin 2,3 atau 4).
b. Nak suami atau isteri orang.
c. Nak tunang / girlfriend orang.
d. Nak pada orang yang tak pernah dinyatakan hajatnya.
e. Nak balas dendam.
f. Lelaki (tackle sendirilah. Lagi gentle beb..!)
Rata-rata yang mengupah RIDAM untuk ikhtiar pengasih ini adalah pada
kes:
1. Suami panas baran tahap Harimau.
2. Bini garang semacam macam Mak Lampir.
3. Lelaki yang main ‘tarik-tali’.
4. Madu yang selalu bergaduh.
5. Hajat pada Lelaki Single tapi tak kesampaian.
Dalam ikhtiar ini, RIDAM tidak membuat 100% rawatan batin semata-mata.
Umpama spy, perihal mereka yang dituju akan disemak terlebih dahulu samada dari
segi karakternya, kehidupannya dan sifatnya. Jika buruk alamatnya, RIDAM akan
berterus-terang kepada peminta. Kita lihat top log-rekod kes yang pernah
dikendalikan. Antaranya:-
Kes 1:
RIDAM telah diminta oleh Puan Latifah (bukan nama sebenar) untuk ‘menjinakkan’
suaminya yang sering ‘makan’ luar. Dengan beberapa amalan dan syarat yang perlu
diikuti, akhirnya dengan izin Allah, si Suami berubah. Kasihnya pada isteri
mula menguntum. Tapi bila dah makbul, sifat Puan Latifah pula yang berubah.
Seakan membalas dendam pada kisah lampau suaminya, dia pula yang curang dengan
Pemandunya sendiri. Berkepit ke sana-kemari hingga menginjak ke bilik hotel.
Hal ini dimaklumkan sepupu Puan Latifah pada RIDAM. Bila dah jadi
begitu, atas sumpah asal amalan untuk perkara kebaikan, RIDAM batalkan semula
amalan. Dengan izin Allah, kecurangan isteri akhirnya diketahui suami dan dia
diceraikan dengan talak 1.
Kes 2:
Ada dua-beradik datang ke Pusat Rawatan RIDAM. Dengan hajat yang sama,
mereka hendakkan pada lelaki pilihan. Sudah puas diberi ‘hint’, para lelaki
tersebut tampaknya tidak serius. Tapi yang hairan, bila tahu pasangannya keluar
dengan lelaki lain, nampak pula cemburunya.
Secara ikhtiar batin dan tempoh 14 hari amalan, si adik dimakbulkan
doanya oleh Allah. Tanpa ribut dan hujan, datang terus dari pihak lelaki dengan
hajat meminang. Kahwin tanpa tunang dengan hajat dipercepatkan. Berbanding si
kakak, nasib tidak menyebelahinya. Respon si lelaki pilihan masih sama. Maka
dicuba amalan batin ke-2 dan hasilnya masih sama. Di sini, RIDAM nyatakan akan
redha dengan keputusan. Mungkin dah tertulis dari Allah. Tapi lain pula jadinya
bila RIDAM dihembus dengan kata-kata dan tomahan. Katanya yang masih RIDAM
ingat hingga kini; “Ustaz Tak Ikhlas Tolong saya..!! Adik saya jadi jer…”
Allahurabbi.. RIDAM ni bukan Tuhan.. Bukan Nabi.. Awal-awal lagi dah
dinyatakan baik-buruk hasil selepas ikhtiar. Bila beberapa kali ditenangkan, RIDAM
sarankan agar dibuat Solat Istikharah selama 3 malam. Mungkin dah tersurat
petandanya, selepas 2 minggu selesai solat istikharah, baru diketahui bahawa
lelaki itu mengidap HIV Positif. Hal ini diceritakan sendiri oleh lelaki
tersebut bersama bukti klinikal setelah beliau merasa bersalah meletakkan
harapan pada wanita tersebut.
Syukur… Perancangan Allah lebih baik..
Sesungguhnya, ikhtiar pengasih adalah cabang doa khusus untuk perkara
yang baik sahaja. Jika dajal niatnya dengan amalan pengasih, maka nanti buruk
padah yang diterima di akhir nanti. Wallahu’alam.