Jangan Over Sangatttt




Banyak sangat komen yang ambo baca berkenaan ‘kes ketuk pintu’ yang berlaku di Sabak Bernam sejak akhir-akhir ini. Terbaru, gangguan tu dah berlaku di Kuala Selangor pula.

 

Tergelak juga bila baca komen dan pendapat ramai netizen. Kebanyakkannya tak percaya dan mengutarakan analisis logik sendiri termasuk jugak lah kaki sindir. Ada yang persoalkan dengan tiada dalam CCTV, ada yang mengejek kata ketukan kucing, ada yang kata mainan teknologi dan macam-macam hujah serta pendapat diberi. Siap kata gangguan boleh lepas roadblock masa dalam PKP lagi. Jangan over sangatttt... 😃

 

Pendapat ambo pula..?

 

Ambo tak nafikan memang ada pengalaman orang diganggu makhuk halus dengan cara sedemikian. Pintu rumah diketuk, bunyi orang bagi salam tak sempurna, panggilan nama dan bunyi seretan tapak kaki di luar rumah pada malam hari. Hal sedemikian bukanlah perkara pelik dalam dunia perubatan mistik.

 

Ada juga ambo share pengalaman seorang student ambo yang turut diganggu ketukan pintu sebegitu dan caranya berikhtiar adalah dengan menggunakan petua.

 

Cuma apa yang ambo terkilan, ada beberapa orang yang melulu buat tuduhan akan hal tersebut sebagai rekaan. Adakah mereka mengalami pengalaman tersebut..? Tentu sekali tidak. Jadi usahlah buat kepandaian jawapan sendiri kerana itu boleh merendahkan mereka yang benar-benar menjadi mangsa. Jawapan yang paling selamat adalah TIDAK TAHU.

 

Adapun baiknya diajar cara ikhtiar pagar rumah mengikut keilmuan masing-masing. Jika benar itu mainan jin, maka kena lah ikhtiarnya. Jika tidak pun, tak salah dikongsi ilmu seperti itu. Ada juga manfaatnya di masa akan datang. kan..?

 

Jangan sebab diri tu tak diganggu, semborono mengata kat orang. Kena atas batang hidung sendiri baru menggagau nak berubat.

 

*****************

 

Ada 3 kisah yang ambo nak kongsi untuk kita sama-sama jadikan panduan. Harap kalian bersabar membacanya kerana 3 kisah ini sangatlah panjang.

 

Kisah 1 - Jelmaan Langsuir di Air Terjun Sejangkang, Pahang

 

Kisah 2 - Kelibat Pocong di Felda Rasau,Terengganu

 

Kisah 3 – Jelmaan Mayat balik makan nasi di dapur.

 

Kesemua kisah ini punyai ciri yang sama iaitu Allah tunjukkan hikmahNya pada mereka yang tak percaya akan kewujudan makhluk ghaib sedangkan mereka itu ada.

 

Kita mulakan.. Bismillahirrahmanirrahim…

 

 

*****************

 

Kisah 1 - Jelmaan Langsuir di Air Terjun Sejangkang, Pahang

 

Sekitar tahun 2013 dahulu, ada seorang sahabat FB yang sering kecam dengan kongsiaan cerita yang ambo kongsi di blog Darul Manzil. Memandangkan dia juga seorang perawat, yakni sama kerjaya dengan ambo, maka ambo tak panjangkan hal tersebut. Memang bila cerita berkenaan penampakan jin, dia akan ke depan, lantang menegur ambo secara awam. Rasa goyah juga hati bila lihat cara tegurannya, tapi entah kenapa ambo tak rasa nak lawan. Hati ini cuma berdetik dan berdoa agar Allah bukakan hatinya dan berlapang dada dengan pengalaman yang ambo pernah lalui.

 

Seperti biasa, ambo akan umum dalam blog ataupun di FB jika ada rawatan atau aktiviti luar pusat rawatan. Hari itu ambo umum nak bermalam di Air Terjun Sijangkang, Pahang. Asalnya, hanya ambo dan 2 lagi rakan yang akan ke sana. Tapi last minit, hamba Allah berkenaan call nak turut serta.

 

Dia perkenalkan dirinya dengan nama Razif (bukan nama sebenar).

 

Cantik sungguh timingnya. Memang ambo rancang nak bawa ke tempat yang ‘keras’ sedikit agar dapat memberi sedikit pengajaran.

 

Ambo bertiga bertolak dari Kemaman dan kemudian susur masuk ke Tol Gambang, Pahang untuk mengambil Razif di situ. Nampak juga kesungguhannya datang dengan bas dari Kuala Lumpur. Tapi hajatnya ambo tahu sebab terbaca dalam post FB nya. Kedatangan Razif masa itu adalah nak buktikan manusia biasa tak boleh melihat jin. Begitu sekali tekadnya.

 

Untuk ke Air Terjun Sijangkang tidaklah susah mana jika menggunakan pacuan 4 roda. Kebetulan pada masa itu kereta arwah ayah ambo tiada siapa yang guna, dapat lah ambo pinjam. Kami sampai di tapak perkhemahan sekitar jam 6:30 petang. Walaupun belum pukul 7:00 malam, suasana dalam hutan dah makin gelap sebenarnya. Tanpa berlengah, kami pasang khemah dan sediakan kelengkapan yang dibawa.

 

Hanya ambo yang membawa khemah. Sebuah khemah dengan keluasan 4 orang dan sebuah lagi untuk 2 orang menginap. Sengaja ambo suruh Razif tidur berseorangan di khemah yang kecil dan kami bertiga di khemah yang satu lagi.

 

Malam itu, setelah selesai solat berjemaah dan makan malam, kami duduk bersembang santai. Rupanya sebagaimana Razif di dalam FB, begitulah juga sifatnya di luar.

 

“ Ana still tak percaya manusia boleh nampak. Karut belaka tu. Kalau ‘rasa’ adanya gangguan Ana percayalah, sebab itulah yang Ana alami masa rawat orang..”, katanya.

 

“Tak percaya tak salah, nak sindir dan tegur orang hingga datang aib tu yang salah”, nasihat ambo tanpa berlapik.

 

“aah..! benda karut buat apa nak berlembut. Ni yang ustaz dok cerita, tunjuk kat Ana lah sekarang. Ana nak tengok betul ke tak. Dah dalam hutan ni”, tiba-tiba Razif mula mencabar.

 

Masa tu sabar Ambo pun mari tercabar juga. Tapi sebab ada 2 lagi sahabat yang tenangkan, panas ambo tu sejuk semula.

 

“Ginilah.. doakan malam ni hujan dan ustaz akan tunjukkan. Ada rezeki kamu, dapatlah tengok”. Dia mengangguk. Namun sempat lagi ambo dengar rengusan yang tidak enak dari mulut si Razif, “cis, rezeki taik kucing!”.

 

Memang masa itu, ambo doa banyak-banyak dalam hati. Minta jangan Allah aib kan ambo. Berilah petunjuk pada si sombong Razif tu. Risau juga sebab keadaan bukan boleh dijangka. Kena malam tu jin tak minat nak ganggu manusia, tak ada apalah yang boleh dibuktikan.

 

‘Ya Allah.. dia telah sombong akan penciptaan hambaMu, tunjukkan pula bukti kekuasaanMu padanya’

 

Sekitar jam 12:30 malam, hujan turun renyai-renyai. Tanpa berlengah, ambo kejut si Razif yang sudah lena dalam khemah. Memang ambo ingat sungguh petua yang pernah Tok Ayah Lah beritahu, kalau berada di hutan, Langsuir mudah menjelma kalau manusia ada luka di waktu hujan renyai-renyai.

 

Hanya ambo dan Razif sahaja yang berjalan mudik ke hulu sungai. Dua lagi sahabat sengaja tidak ambo kejutkan dari lena. Kami melangkah menuju ke arah pokok Ara liar. Semasa menyusuri tepian jeram, sengaja ambo lukakan belakang tangan Razif dengan hirisan lalang yang sempat ambo ambil berdekatan khemah. Si Razif pun tidak syak apa-apa kerana ambo berbohong mengatakan tidak sengaja.

 

Sampai di kaki pokok Ara liar tersebut, ambo arahkan si Razif duduk diam di situ. Memang berani sungguh si Razif tu sebab dia yakin dengan pegangannya. Tak sedikit pun dia membantah. Kalau orang lain memang tak sanggup nak duduk sorang-sorang kat situ.

 

Kawasan pokok Ara liar itu menjadi pilihan kerana berada di sempadan kawasan antara Jin Islam dan Jin Kafir di kawasan Air Terjun Sijangkang. Untuk sampai ke kawasan pokok Ara liar tu, kita akan melalui kawasan rimbunan pokok pandan di kiri dan kanan trak. Itu sempadannya.

 

Jika berlaku gangguan, ambo maklum pada si Razif agar lari ikut jalan yang dilalui tadi. Insyaallah, tiadalah dikejar selepas  sempadan kawasan tersebut. Petunjuk yang ambo beritahu itupun hanya di pandang enteng oleh Razif.

 

Biarlah….  Hidayah Milik Allah..

 

Selepas 15 minit ambo tiba di tapak khemah, terdengar orang berlari pantas menghala datang. Dari jauh nampak bayang lampu kelam-kabut cahayanya, berterabur suluhannya. Rupanya si Razif. Tercungap-cungap menghela nafas menahan lelah. Ambo suruh duduk dulu. Nampak benar letihnya berlari.

 

“Kenapa..?” tanya Ambo yang boleh meneka kenapa si Razif lelah sebegitu rupa.

 

“Ana nampak………” bicaranya terhenti setakat itu. Nampaknya dia masih tercungap-cungap keletihan.

 

Ambo hulurkan sebotol air mineral pada Razif untuk dia minum seteguk dua dan bertenang dulu dalam mencari nafas pulih setelah penat berlari.

 

“Kenapa..? nampak apa-apa ke tadi?”, tanya ambo membuka bicara. Kelihatan renek peluh di dahi Razif. Bajunya basah,lencun berkeringat.

 

“Ana minta maaf Ustaz. Ana akan tunaikan nazar yang Ana buat masa mula masuk ke hutan petang tadi”.

 

“Nazar..? Nazar apa pulak ni?”, soal ambo hairan. Kaitan apa pula dengan nazar si Razif ni? Pelbagai persoalan bermain di fikiran ambo.

 

“Ana nazar kalau nampak sungguh Jin, Ana akan tutup akaun facebook yang ada sekarang. Nampaknya memang Allah nak tegur Ana sungguh malam ni”, kata Razif sambil tunduk merenung lantai. Sesekali tangannya menguis-nguis tanah dengan ranting kayu kecil.

 

Ambo masih diam. Sengaja ambo biarkan Razif menyambung cerita. Biarlah bersangkut henti ceritanya asalkan dia rasa selesa. Jangan ditekan raga orang dikala stress, nanti penyakit lain pula yang timbul.

 

“Masa duduk bawah pokok Ara tu Ustaz, Ana tercium bau bunga Tanjung. Itupun selepas hilang bunyi langkah kaki ustaz. Tapi bau tu tak lah lama mana. Bau bungai tu kemudian berganti dengan bau bangkai. Busuk sungguh sampai tak tertahan hidung menghidunya. Tak pernah Ana rasa begitu takut hingga naik bulu roma seluruh badan”.

 

Razif menyambung lagi ceritanya. Nampak benar badannya mula menggigil tatkala bercerita. Hal itu sebenarnya ambo sudah maklum jika pelaku menghadapi pengalaman pertama berdepan dengan makhluk halus. Sudah ambo sediakan sebatang pokok Tepus buat bedalan jika Razif kerasukan.

 

“Dari pandangan anak mata, Ana dapat rasa seperti diperhatikan. Masa tu Ana memang niat nak baca ayat-ayat rukyah yang Ana sedia tahu tapi satu ayat pun tak terlintas di fikiran. Mulut ni pula rasa terkunci. Cuma satu ayat sahaja yang mampu Ana ingat dan baca. Itupun hanya ALLAHU AKBAR. Yang lebih parah, kaki Ana pun rasa seperti dipasak bumi. Malahan gerakan jemari kaki pun tidak terasa”.

 

“Bila Ana dongak ke atas, tiada pula nampak apa-apa. Ana toleh juga ke kanan, masih tak nampak apa-apa juga. Bila toleh ke kiri, ada wanita berwajah hodoh betul-betul setentang dengan muka Ana. Cuma beberapa inci sahaja kulit mukanya dengan muka Ana”.

 

Ambo hanya tersenyum sepanjang mendengar ceritanya.

 

“Demi Allah ustaz, Ana takpernah rasa setakut itu. Masa tu hamba mampu pejam mata dan bertakbir sebanyak mungkin dalam hati. Alhamdulillah, masa tu jugak lah kaki Ana dah boleh di angkat. Elok sahaja perempuan hodoh tu mengilai, Ana cabut lari selaju mungkin. Masa Ana lari tu, mujur Ana teringat pesan Ustaz agar lari ikut trak asal. Ikutkan memang Ana nak terjun sungai. Akhirnya sampai jugak Ana di khemah kita ni. Ana mintak maaf Ustaz.. Ana mintak maaf”, kata Razif berkali-kali.

 

“Itulah namanya Langsuir. Jin liar hutan yag tidak bertuan….”, terang Ambo pada Razif.

 

“Jika nak tengok cara penangkal nya, jom kita gi sekali lagi tempat tu. Ada cara nak berhadapan makhluk macam tu. Boleh la belajar”, ajak Ambo pada Razif sekali lagi. Bukan niat ambo nak berlagai pandai, cuma ingin berkongsi setakat ilmu yang ada sahaja.

 

“Tak apalah ustaz. Fobia tadi tak hilang lagi. Lain kali lah kita set semula. Boleh ustaz?”, jelas Razif menolak tawaran ambo.

 

“Kalau begitu kata kamu, ustaz okay jer. Dah la tu. Gi tidur. Kan nanti terlajak Subuh”, kata ambo mengakhiri perbualan.

 

Malam itu, Razif demam. Agaknya terkejut dengan pengalaman baru. Ambo selimutkan dia dengan baju jaket ambo agar dapat hilangkan rasa dingin tubuh dari sentuhan embun. Esok paginya, ambo sendiri mandikan Razif dengan jirusan air sungai yang ambo rukyah dengan ayat-ayat perubatan pilihan terutama doa Nabi Ibrahim.

 

Alhamdulillah, suhu badan Razif kebah selepas itu. Sebelum tengah hari, kami sudah pun keluar dari hutan Air Terjun Sijangkang dan Razif ambo hantar ke stesyen bas Kuantan untuk dia pulang ke Kuala Lumpur. Itulah kali terakhir ambo bertemu dan bercakap dengan Razif kerana selepas kejadian itu, akaun FB nya telah ditutup dan nombor telefonnya sudah tiada dalam perkhidmatan.

 

Entah apa yang Razif fikirkan tidaklah ambo tahu. Walau apa pun, jika Razif ada membaca coretan ini, hubungi lah ambo. Tak elok putuskan silaturrahim yang dah dibina. Ambo menanti panggilan mu wahai sahabat.

 

Wassalam..

 

 

 

p/s: Nantikan kisah ke-2 - Kelibat Pocong di Felda Rasau soon. Jumpa lagi.. Tata titi tutu..

 

 

 

 

 

 

 

Ikhtiar Cegah Ketukan Pintu Rumah di Malam Hari

 


"Aci dak guna yang Ridam ajar"

******************


Ambo dapat panggilan daripada student pengajian online Ridam yang tinggal di Sabak Bernam.


"ust tahu kan kes kecoh kat sini? Yang kes ketuk pintu tu lah".


"tahu. ada gak baca. Kenapa? kamu kena ganggu jugak ker?"


"kena lah ust. Memang 3 kali ketuk lepas tu senyap. Banyak kali jugak lah".


"lepas tu kamu buat apa bila kena tu?"


"saya sebenarnya memang nak rukyah. tapi bila pintu kena ketuk, terus tak tahu nak baca apa dulu. Last sekali saya teringat ust kata kalau cara bacaan tak lepas, boleh guna petua".


"Dah kamu guna petua yang mana?"


"Petua bawang putih ust. Saya cucuk ngan garpu, lepas tu bakar sampai hangit dengan lighter sambil duduk kat pintu tu".


"pintu kamu buka tak?"


" tak ust.. takutt..." 😅


"lepas tu?"


"lepas tu saya letak jer kat bawah penjuru pintu tu. 2 hari gak la tak kena. Hari ke-3 kena lagi. Saya buat lagi. Siangnya saya bakar banyak jugak lah. Saya tawakkal sendiri baca Ayat Qursi dan tiup kat bawang hangit tu. Saya letak kat luar rumah 4 penjuru, kat kiri kanan pagar depan dan belakang, kat pasu bunga dan dalam raga motor. Alhamdulillah.. tak kena dah. Ada beberapa kawan saya ajar pun tak kena dah".


"Alhamdulillah. asbab ikhtiar tu. Allah yang kasi perlindungan tu..".


"Yer ust. saya faham.. aci dak guna kaedah yang Ridam ajar nih?"


"eh.. aci..  lagi pun petua tu bukan Ridam punya. Guru Ridam yang punya... boleh jer guna.."


"tq ust"...


"sama-sama".


Wassalam... 


p/s: Kes di Sabak Bernam tu mungkin gangguan jin. Boleh jadi juga mainan manusia yang nakal. Yang pasti, seperti ada nak keluarkan isu untuk alik isu lain yang lebih besar.


Wallahu'alam



MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.