Pentingnya Borang Rawatan

Salam semua..

Email ini saya dpt dari pembeli buku PLMPI yang di emailkan pada saya.

Assalamualaikum wthb
Apa khabar utz? sekarang musim jerbu dan macam-macam wabak,walaupun kita sedar semua tu hak ALLAH namun kita minta kita adalah sebahagian daripada orang-orang yang di lindungi NYA..insyALLAH. Bagaimana pula dengan aktiviti di Klinik? Sebab dalam blogs pun lama tak dapat perkembangan terbaru..kadang-kadang tu kalau ana memang tak ada masa nak buat catatan, Alhamdulillah lah utz dan rakan-rakan perawat yang lain bukan setakat catatan malah blogs pun ada,namun ana tak sanggup takut tak terisi blogs lagi pun ana tak berapa reti nak tulis..ha!ha..

Utz,ana tertarik dengan Persedian sebelum membuat rawatan yang utz gunakan iaitu dalam kaedah penggunaan borang. Ana tak terfikir perkara itu boleh membantu pada masa-masa tertentu. Baru-baru ni di tempat ana berlaku satu kes yang ana sendiri terkedu juga mendengarnya tapi apa nak buat sebenarnya bukan hak kita tapi hak ALLAH. Cerita nya begini satu hari sepasang suami isteri mendatangi seorang perawat lain di kampung ana minta khidmat untuk rawat suaminya yang hanya di maklumkan untuk berurut. Jadi selepas peroses mengurut selesai tiba-tiba si suami ( pesakit ) ni tadi sesak nafas lalu dengan kehendak ALLAH berlakulah takdir ALLAH yang mana di katakan ajal maut di tangan ALLAH di ketika itu juga. Punya heboh isteri si pesakit tuduh si perawat tu meninggal akibat di bunuh dengan sengaja oleh si perawat. Ini lah senario nya kita sebagai perawat, kita tolong orang yang di tolong pula pancung..ana tau utz pun faham dalam kes-kes terentu ada yang tembak kita dari belakang tapi dia juga yang minta bantu kita..ha!ha! Cubaan.

Si isteri buat laporan polis namun tak dapat membantu ketulusan hati si perawat yang merawat atas kelebihan yang ALLAH bagi pada nya..telah menolak segalanya. Pihak Hospital / Doktor sendiri yang mengesahkan yang suami si pesakit ada masalah sakit jantung dan pernah membuat pemeriksaan / mendapat rawatan di hospital seminggu sebelum kejadian itu. Apa yang ana fikir? Ana buka semula buku yang ana beli dari RIDAM
.."memang berguna juga benda ni ( borang )..sebelum merawat pesakit kena isi,tanda aku setuju,pernah tak buat rawatan di hospital,ada atau tidak sakit kronik sila nyatakan, tarikh terakhir membuat rawatan doktor dll.." itu yang ana fikir.

Lantaran kerana itu ana minta izin untuk gunakan kaedah pengisian borang ni dan mohon jasa baik utz untuk email atau faks pada ana borang tu untuk ana jadikan contoh atau mungkin mengguna sebahagian isi kandung borang tu nanti. Dalam buku tak begitu jelas dan kiranya perlu "mahar" nya ana minta izin utz untuk jelaskan juga sebagai ganti "penirunan" he!he sindiri punya perkataan tu..

Jadi jika di faks no nya : 086291353 att. nama ana kalau faks cepat rasanya dan tak berat pada emil lagi pun kadang-kadang email ni tak dapat buka ..

Kesekian kali nya jzkk,moga ALLAH mudahkan segala urusan,di bantu dalam segala segi,sihat wal'afiat,di berkati segala ilmu yang di sumbangkan dan terima kasih meluang masa membaca email ana yang remeh isi nya ni.

Salam ukhwah dari Ana..Idil Hj Ismail,btlu,swk...

Teknik Rawat Secara Tidur - TRCT

Salam buat pembaca:-

Pernahkah anda mendengar Teknik Merawat Secara Tidur?

Tentu anda pernah membaca kisah rawatan sebenar dalam Novel Mistik terbitan awal 80an dan 90an.Teknik ini saya pelajari dari seorang Muallij yang berpengalaman disebuah pendalaman di Bera, Pahang pada awal tahun 2003 dahulu. Gelarannya adalah Tok Ngah.

Kebiasaannya, teknik ini saya gunakan di akhir rawatan jika hilang punca merawat penyakit(itupun kalau ingat la).

Program seminar di Kuantan dahulu pernah saya terangkan secara ringkas berkenaan teknik ini iaitu;

1.Kaedah rawatan dijalankan sewaktu merawat tapi perawat dan pesakit tidur setelah membaca surah amalan tertentu yang di ijazahkan oleh guru.
2. sebenarnya, perawat tidur nampak pada zahirnya saja. Pada sesi 'tidur' tersebut,perawat menerobos ke alam batin tanpa disedari/disedari makhluk jin yang mengganggu pesakit.
3. Pada ketika rawatan dijalankan, perawat dan pesakit boleh berkomunikasi secara batin, namun, percakapannya boleh didengari mereka yang melihat proses rawatan.

Kaedah TRCT ini memerlukan pimpinan guru sebelum dilakukan berseorangan.
Saya ada cadangan untuk mengajar amalan ini tapi dengan syarat, pelajar itu harus mengingati semua ajaran yang diajar oleh RIDAM dan lulus ujian yang akan dikendali oleh saya sendiri.

Bila?

Akan dimaklumkan tidak lama lagi...Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu..

Kursus Intensif Di Hutan Belantara

Kepada bekas Pelajar RIDAM dan Yang Baru nak menuntut.

Ketika dalam program seminar yang dianjurkan dahulu, saya ada maklumkan untuk membuat Kursus Intensif Kebatinan bagi program pemantapan kendiri merawat secara Islam.

Masih ingatkah saudara?

Hal ini saya bawa berbincang dengan Orang Kanan saya (Ustaz Azwan).

Setelah bermuzakarah, saya bercadang untuk melaksanakan program secara berikut:-

Tarikh: Belum diputuskan (cuaca kat Terengganu sekarang tak menentu)
Yuran: Belum diputuskan

Tapak: Hutan Lipur Sungai Loh, Dungun, Terengganu
Penginapan: Khemah (bawa sendiri-boleh kongsi kalau khemah besar).
Transport: sendiri
Peralatan perkhemahan (bawa sendiri-lampu,bygon,mancis dll.)

Makanan: Bawa sendiri mengikut syarat RIDAM iaitu:
1) Sardin kecil (1 tin)
2) Roti (1 bata)
3) Gula & Garam secukup rasa
4) Beras (1 kg)
5) Serbuk teh / kopi

Bekas makanan/alatan memasak: disediakan oleh RIDAM

Keperluan diri: bawa sendiri- (baju, seluar,kain pelikat, seluar track/silat, tuala,sabun dll)

Intisari Kursus:
a.Membolehkan pelajar merasai kehadiran makhluk halus secara 'real'.
b.Menguatkan tauhid dan taqarrub pada Allah dengan lebih mendalam
c.Merasai tenaga prana alam iaitu oksigen,nitrogen,karbon dan hidrogen.
d.Aplikasi silibus yang dipelajari dalam program terdahulu.


Syarat:
1.Ikhlas
2.Boleh membaca Al-Quran
3.Sekurang-kurangnya mengingati ayat Manzil / Asas 18 RIDAM / ayatul Ahzab yang lain.

*Saya juga memerlukan cadangan jika ada individu yang ingin menghulurkan idea bagi memantapkan lagi program intensif ini.



Tapak Program - Sungai Loh, Dungun

Kenapa mesti guna botol putih untuk mengurung jin?

Assalamualaikum.
Artikel ni saya khaskan untuk pelajar RIDAM dan perawat Islam yang lain sebagai makluman tambahan.Itupun jika ingin menerimanya..Jika ada komen positif, sila pamerkan di Shoutbox.Jika ada komen negatif, sila maklum ke darulmanzil@yahoo.com dan sertakan dalil/hujah kenapa ianya negatif. Saya menerima teguran jika ia dilaksanakan secara baik dan berhikmah.

Ketika saya menuntut dengan Kiyai Haji Sufian di Tenggarong, Kalimantan, Indonesia dahulu, saya diberi penerangan detail berkenaan tenaga dalam dan tenaga batin yang saya rasa cukup kagum mendengarnya. Antara penerangan yang diberitahu adalah berkenaan menggunakan botol putih sebagai tempat mengurung jin.

Seperti yang pembaca sedia maklum, jin pada zahirnya tidak dapat dilihat. Imam Syafie sendiri menyatakan bahawa kesaksian hamba Allah yang mengaku melihat jin ditolak kecuali Nabi / Rasul. Namun, tidak nampak bukan bererti tidak ada?

Ramai pendapat selain Imam Syafie mengatakan bahawa yang dilihat oleh individu itu adalah jelmaan sahaja... Jelmaan? macam mana pulak tu? Macam mana nak tahu?

Beginilah, andai kata individu itu terlihat makhluk/hantu jenis pocong(hantu bungkus) seramai 3 ekor. Kan semua wajahnya sama.Cuma yang menentukan adalah keadaannya seperti pendek, panjang, tinggi atau rendah. Di sini disimpulkan bahawa jin hanya menjelma mengikut kaumnya sahaja. Contohnya ada 5 ekor hantu raya, kelima-lima ekor tu semuanya berbulu dan berwajah serupa. Itu menunjukkan bahawa spesisnya jenis yang tu la...So, pengakuan mereka yang berupaya melihat jin(jelmaan) samada secara sedar/batin adalah benar (jika bukan kes kelentong la).Semua ini kan kuasa Allah. Allah berupaya mengizinkan sesuatu jika Dia mengkhendaki begitu.

Berbalik kepada botol putih tadi, saya detail kan kepada arus elektrik dan angin. Adakah anda dapat melihat elektrik dan angin? tentu tidak bukan...Tapi anda dapat merasainya dan boleh mengetahui kehadirannya melalui gerak objek lain seperti pokok bergoyang, mentol dapat dinyalakan dsb..

Jin yang mengganggu manusia pun begitu asasnya. (Saya andaikan tidak dapat melihat :D).Kita boleh mengetahui kehadirannya melalui simptom penyakit dan gangguan yang dialami pesakit sepertimana yang diterangkan oleh ulamak muktabar seperti Abdul Wahid Salam Bali misalnya. Kita juga adakalanya boleh merasai samada dalam rasa panas, sejuk, berangin atau berombak. Kadang-kala, nak terang macam mana rasa pun tak tahu.

Kata guru saya lagi, Pergerakkan jin ialah dalam bentuk tenaga. Sama asasnya seperti tenaga angin atau elektrik. Cuma, tenaga yang Allah kurniakan pada jin adalah lebih halus dan kompleks..Teknik 'rasa' ini ada diajar dalam silibus 'mata batin'. Secara sains, apa jua jenis tenaga 'terpantul' apabila cuba menerobos dinding yang berwarna putih.

Jadi, dengan izin Allah, jika jin tersebut dikurung dalam botol yang berwarna putih, maka ianya tidak dapat keluar ekoran sifat warna putih adalah sifat pantulan.

Saya ada juga menggunakan botol kaca sepertimana yang diajar oleh Ustaz Majid AKRINE. Namun, ianya tidak kekal(kebal) untuk tempoh yang lama. Walaubagaimanapun, ianya memberi kebaikan dari segi kuantiti dan untuk transit sementara di pindahkan. Menggunakan botol putih hanya memuatkan seekor jin di dalamnya.Namun ianya tahan lama hingga bertahun-tahun. JIka menggunakam botol kaca, pengalaman saya menunjukkan ianya hanya mampu bertahan sehingga 3 hari sahaja. Wallahua'alam...

Pertanyaan Pelajar

Pelajar: Saya ada menggunakan teknik botol putih Ustaz.Tapi terlepas la..Macam mana tu?

Saya: Macam mana awak guna?

Pelajar: Saya buat kaedah tarik dan alhamdulillah, berjaya dimasukkan. Kemudian lari lagi.

Saya: Tudungnya awak pakai yang mana?

Pelajar: Saya pakai tudung asal botol tu la. Warna biru.

Saya: La, patutla macam tu. Kan saya ajar ari tu supaya menggunakan tudung yang dibuat dari gabus warna putih(Kena potong sendiri).

Pelajar: Oh...macam tu..Okey ustaz, petang ni saya ada pesakit. Kalau berpeluang, saya cuba.

Saya: Okey, tapi kena ingat. Bukan yakin pada botol..Yakin nya hanya pada Allah...

Pelakar: Baik ustaz. Terima kasih..

Kemudiannya, saya mendapat panggilan dari pelajar yang bertanya (keesokkan harinya) dan masalah menggunakan teknik ini selesai.

Pembaca..
Ilmu Allah ini amat luas..Selama mana kita mencari dan menuntutnya, ia tidak akan habis walaupun nyawa bercerai dari badan. Mana yang baik kita kukuhkan dan yang syirik kita jauh kan.

Semoga pembaca beroleh rahmat Allah sentiasa.

Seminar Perubatan Islam di Kemaman, Terengganu

Tarikh: 04 Julai 2009 (Sabtu)
Tempat: Masjid Geliga, Kemaman, Terengganu

Sila klik gambar

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.