Saya mendapat jemputan berubat seorang jutawan di
ibu negara sebelum bulan ramadhan yang lalu. Dari maklumat yang saya perolehi
dari ‘orang tengah’, pesakit ini mengalami masalah radang sendi yang agak
kronik hinggakan langkahnya berjalan seumpama robot…
Maka, saya seperti biasa membawa sahabat saya (Sdr.
Haikal) ke rumah pesakit. Memang agak penat kerana jarak perjalanan untuk
sampai ke rumah pesakit mengambil masa hampir 3 jam. Kebetulan, pada hari
perjalanan tersebut, saya masih belum tidur selama 2 hari berturut-turut kerana
menyiapkan tesis pengajian saya dalam bidang psikologi..
Kami tiba di rumahnya sekitar jam 10 malam. Oleh
kerana kepenatan, saya tidak terus berubat sebaik tiba di rumah pesakit. Sebaliknya,
kami hanya berbual kosong sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan
rumah.
Sepanjang penelitian saya ketika bersembang dengan
pesakit, saya perhatikan pesakit seorang yang mudah mesra dengan orang walaupun
baru saja dikenali. Pengetahuannya yang begitu luas dalam isu semasa dan
perniagaan amat saya kagumi. Cuma yang saya sedih bila melihat pergerakannya.
Memang benar… jelas kelihatan di raut wajahnya bila dia menahan sakit setiap
kali berkalih dari tempat duduk. Dalam hati saya berkata…’andai inilah buatan
sihir, maka orang yang menyihirnya memang gila…!’..
::Gambaran
Ketika bersembang dengannya, saya terlihat sekilas
wanita berumur 40an dalam benak fikiran… Pada andaian saya, ini sihir..!! Tapi, saya belum
dapat mengenal pasti retorik sihir yang lebih spesifik.. Pada pengalaman
rawatan sebelum ini, jika ilham telah diperolehi, maka elok disegerakan rawatan…
Jangan tertangguh kerana itu mungkin panduan asas sahaja.. Yang lebih jelas
nanti biasanya ketika rawatan. Maka saya tidak bertangguh minta rawatan
dilakukan..
Pada peringkat awal, saya mendiagnos setiap point
nadi dan saraf di tubuh pesakit. Bacaan point reflek di tapak tangan, tapak
kaki, denyut nadi dan bacaan iriodlogi tidak sama… Kejadian ini berlaku
biasanya kerana faktor gangguan. Kita sedia maklum, perbezaan penyakit klinikal
berbanding penyakit gangguan adalah dari segi keputusan diagnos tubuh. Penyakit
klinikal tidak berubah tempat, mempunyai keputusan diagnos yang sekata dan
tidak bermusim. Manakala penyakit gangguan pula memperlihatkan hasil diagnos
yang tidak sekata dan kadang-kala tiada tanda menunjukkan seseorang itu
sakit..!! Tambahan lain, penyakit gangguan sering berubah kedudukan di organ tubuh
dan punyai waktu serangan yang khusus seperti serangan selepas waktu asar atau
ketika mendengar azan dan seumpamanya…
Selepas berpuas hati dengan diagnos yang dibuat,
saya mulakan rawatan dengan merukyah pesakit. Memang nampak taranya pada riak
pesakit menahan sakit sewaktu rukyah dibacakan. Ketika merukyah, secara ilham
saya melihat sebuah patung lilin yang
dicucuk dengan 7 batang suasa. Saya menghafal kedudukan jarum yang dilihat….
Berbalik ke dunia nyata, saya teruskan rawatan
dengan KAEDAH PASUNG LIMAU pada 7 point anggota sebagaimana yang saya lihat
secara ilham.. Dengan kudrat tenaga yang memang keletihan akibat tidak cukup
tidur dan memandu dalam perjalanan yang jauh, saya berasa keletihan yang amat
sangat setelah selesai teknik memasung
dijalankan. Hampir pitam rasanya bila point terakhir di pasung keluar.
Walaupun nampak kesembuhan yang ketara pada
pesakit, firasat saya mengatakan bahawa masih ada sisa yang ada pada penyihir.
Maka, saya meminta bantuan Sdr. Haiqal untuk rawatan ‘keluar tubuh’. Perjalanan
kerohanian tersebut menghantar Sdr Haiqal ke tempat penyihir. Secara batiniah,
barang-barang sihir dibuang ke tempat sepatutnya. Kaedah ini ada saya muatkan
dalam pengajian khas Watikah atau Kiyai Hj Suffian..
Selesai segala rawatan, saya meminta pesakit untuk
merasai sendiri kesan rawatan yang telah dijalankan.
Saya: Bagaimana Abang Man..? Rasa macam mana sendi
sekarang.?
Pesakit: Alhamdulillah.. banyak sangat bezanya…
Syukur Ustaz…
* Tika itu, dia melompat-lompat keriangan.. Jelas
terpancar keceriaan yang dinantikan selama ini.
Saya: Abang jangan over pulak… Gearbox baru tukar
tu… Kena ‘masak’ kilometer dulu…Nanti kena overhaul… Susah jadinya..
Pesakit: Alah ustaz.. baru nak exercise… Lama dah
tak rasa macam ni…
Saya: Esok-esok la… nanti urat terkejut… Takper,
Abang mandi limau dulu.. Kasi segar sikit lagi… Saya nak siapkan ubat
selebihnya..
Maka, sewaktu dia mandi dengan air limau yang saya
telah rukyah, saya bacakan pula pada minyak zaitun sebagai sapuan pada urat
sarafnya.. Saya juga bacakan pada air mineral sebagai bekalan rawatan
seterusnya.
Setelah selesai semuanya, saya ke sungai berdekatan
rumahnya untuk membuang pasungan yang telah dibuat.. Pada kali ini, pesakit
meminta saya tidur di rumahnya untuk perhatian awal pagi keesokan hari. Kata
beliau lagi, biasanya sakit yang dialami akan mula menyerang sewaktu bangun
dari tidur… Bagi tidak menghampakan permintaannya, saya dan sahabat bermalam di
rumahnya..
:: Lanjutan Rawatan
Alhamdulillah, simptom yang pernah dialami sewaktu
bangun tidur selama ini tidak menyerang lagi. Sebelum saya pulang, saya
lanjutkan rawatan bekam padanya… Tujuan saya membekam adalah untuk membuang
simpulan angin di sendi-sendi yang bermasalah akibat serangan sihir dan
membuang darah kotor dari tubuhnya.. Memang saya amat bersyukur kerana
keperitan yang dialami pesakit selama ini telah beransur pulih… Namun, saya ini
hanya tukang ubat.. Yang menyembuh hanya Allah SWT semata-mata..
Saya bertolak pulang tepat jam 10 pagi sambil
diiringi lambaian kepuasan pesakit…
:: Panggilan Buruk
Selepas sebulan dari hari rawatan, saya menerima
aduan pesakit… Penyakit yang sama berulang lagi… Masyaallah…. Andaian saya
serangan berulang kembali.. Saya mula memohon petunjuk dan memang saya pasti,
pihak yang sama masih ‘menghantar’..
Apa pun, temujanji rawatan akan dilakukan sebaik
sahaja saya pulang berhari raya. Ya Allah… jika itu ujian pada pesakitku, maka
Kau hindarkanlah… Jika itu kifarah dosanya, maka Kau ampunkanlah dia.. Seperti
aku dan dia, kami ini hanya hambaMu ya Allah… Bantulah kami dengan sebaik-baik
sifat Ar-Rahman Mu… Amin..