Ketika
ambo sampai di rumah Abang Kamal, hujan turun dengan lebatnya. Walaupun
dijemput masuk, ambo duduk di kerusi luar dahulu. Penat dan lelah masih terasa
akibat memandu seharian dan sesat dari hotel apabila hendak ke rumah Abang
Kamal. Sebenarnya, perjalanan kali ini begitu banyak dugaannya..
Bermula
dari rumah lagi, ambo terasa begitu mengantuk ketika memandu hingga beberapa
kali hampir terbabas di bahu jalan lebuhraya. Anak ambo yang turut menemani
ambo pun tidur berdengkur dengan lena. Acap kali juga ambo berhenti di Hentian
Rehat Lebuhraya untuk membasuh muka. Sedangkan, sehari sebelum itu memang ambo
telah rehat dan tidur secukupnya untuk persediaan rawatan hari ini. Namun, ambo
masih berasa mengantuk dan lenguh badan bila nak ke rumah Abang Kamal.
Petangnya,
ambo sudah sampai di bandar mukim rumah Abang Kamal dan mencari hotel untuk
penginapan semalaman.
Selepas
Maghrib, ambo bertolak dari hotel ke rumah Abang Kamal. Namun begitu, laluan
yang sememangnya ambo biasa benar kali ini juga tersesat haluan. Perjalanan
sepatutnya 10 minit sahaja dari hotel telah menjadi sejam lebih lamanya. Hanya
selepas berasa lama perjalanan yang ditempuh dan jalannya mula memasuki jalan
kampung, barulah ambo tersedar, itupun selepas ditegur anak lelaki ambo. Lantas
ketika itu, ambo bacakan surah Ad-Dhuha sebanyak 7 kali. Setiap kali memulakan
bacaan surah, ambo mohon agar Allah tunjukkan jalan. Memang petua ini yang
arwah guru ambo ajar kalau tersesat jalan.
Alhamdulillah,
akhirnya ambo sampai juga ke rumah Abang Kamal sekitar jam 10 malam.
GENTAYAN..
Ketika
Abang Kamal mengadu tentang masalah anaknya tempoh hari, ambo telah diagnos
masalah yang dihadapi dengan membuat
kaedah Berkudun.
Secara
batin, memang ambo lihat ada kelibat seorang lelaki tua sedang menggantung
dirinya di dalam bilik. Sesudah dia menjadi mayat, rohnya berkeliaran tanpa
arah tujuan. Walaupun beberapa kali ambo cuba menegurnya, orang tua itu tidak
menyahut sapaan ambo. Akhirnya orang tua itu hilang di balik pokok pisang di
hadapan rumah. Wayang batin itu berulang beberapa kali…
Ambo
ceritakan apa yang ambo ‘nampak’ pada Abang Kamal…
Menurut
Abang Kamal, anaknya Fiza sebelumnya normal. Pada petang itu, dia bermain
dengan arnab yang dibelanya di hadapan rumah. Memang berdekatan sarang arnab
itu ada pokok Pisang dan di situlah juga Abang Kamal nampak Fiza bercakap dan
ketawa sendirian.
Bila
dipanggil masuk ke dalam rumah, Fiza menurut saja tanpa engkar. Ketika itulah
isteri Abang Kamal mula perasan tentang perubahan Fiza. Amat ketara langkah
jalannya bila masuk ke rumah. Badannya sedikit bongkok dan matanya tajam melihat
kiri dan kanan. Fiza terus masuk ke dalam bilik dan duduk bertangkup dada.
Lagaknya seperti orang yang sudah tua.
Bila
di suruh bangun, Fiza mengamuk dan mula mencakar sesiapa yang memegangnya..
Setelah
mendengar cerita Abang Kamal itu, ambo rasakan itu adalah Gentayan yang berupa
orang tua yang mati bunuh diri itu. Memang spesis jin Gentayan ni suka berupa
orang yang sudah mati dan mengacau orang.
Insyaallah,
jika Allah izinkan, masalah itu boleh diselesaikan. Begitulah ambo katakan pada
Abang Kamal sehari sebelum bertolak ke rumahnya.
SEMBUNYI…
Ambo
tahu memang anaknya Abang Kamal sedang kerasukan ketika itu. Tetapi
memandangkan dia tidak agresif, ambo biarkan dulu kerana mahu berehat dan untuk
mengembalikan kekuatan badan yang keletihan. Selepas hampir 15 minit duduk di
luar rumah, ambo masuk ke dalam rumah..
“Fiza..Assalamualaikum”,
ambo memberi salam kepada anak Abang Kamal yang duduk bertakup dada di depan
katil. Walaupun beberap kali ambo berikan salam, tiada balasan yang ambo
terima. Lalu ambo duduk di sisinya.
Kali
ini, ambo suruh dia mengucap. Suruhan itu juga tidak memberi sebarang tindak
balas. Ambo baca surah Al-Fatihah, Ayatul Qursi dan Al-Ikhlas dan hembus pada
telingannya. Hembusan itu sedikit sebanyak menjadikan Fiza duduk tidak selesa.
Seperti berada dalam dunia terasing, Fiza bermain-main jarinya sendiri dan
merenung lantai.
Oleh
kerana sudah banyak tindakan rawatan tidak memberi sebarang kesan pada Fiza, ambo
cuba pula teknik kepit jari yang biasa ambo buat sebelum ini. Hairan sungguh,
kaedah itu juga tidak memberi sebarang reaksi pada Fiza. Pada pengalaman ambo, jika
kerasukan seperti itu berlaku, tandanya jin gangguan tidak duduk dalam saraf.
Biasanya golongan jin ini akan menyorok di celah-celah sendi tubuh untuk
mengelak kesan serangan dari perawat.
Ambo
tekan point meridian tubuh Fiza bermula dari betisnya hingga melurut ke atas.
Setiap tekanan yang ambo berikan akan ambo sertai dengan kalimah “Allahu Daim”.
Akhirnya, Fiza menjerit kesakitan bila ambo tekan poin ‘As-Sirsam’ yakni di
belakang tengkuknya.
“Oooo..
duk situ rupanya kamu ni..!!!,” kata ambo ambo tanpa melepakan tekanan.
“Mari
mano mu ni..?”
Bertubi-tubi
juga soalan sama yang ambo tanya. Hinggalah dia merayu agar dilepaskan dan
berjanji untuk keluar dari tubuhnya. “Tolonglah.. aku sakit sangat ni.. Aku tak
mahu ganggu doh budok ni..”, merayu-rayu jin itu pada ambo.
“Jawab
soalan aku dulu.. Mu ni mari mano..?”.
“Aku
mari sini lah.. Sinilah tempat aku!”
“Dah
tempat mu pun, kenapa ganggu budok ni? Banyak lagi makhluk lain boleh ganggu.
Ayam, Itik, Lembu pun boleh ganggu..”, sengaja ambo berikan provokasi pada jin
tu.
“Tolonglah..
aku nak keluar doh.. tolonglah..”.
Bila
dengar rintihan begitu, lagi kuat tekanan yang ambo beri. “Hishhh… ingat
mudah-mudah nak keluar gitu? Kali ni aku tak bagi mu keluar sendiri. Kalu tak,
nanti mu masuk ganggu balik budak ni..”.
“Ikut
suka lah lah.. asal aku boleh keluar.. Tolong lah lepas.. aku sakit ni…”,
akhirnya jin itu mengalah.
Bila
dah nampak kesungguhan jin tu nak keluar, ambo pimpin jin tu untuk bersumpah
dahulu. Disertai dengan lafaz ‘wallahi, wabillahi, watallahi’ maka jin itu
bersumpah untuk keluar dan tidak akan mengganggu manusia lagi.
Ambo
baca beberapa Ayat Tarik dan mengeluarkan jin itu dari tubuhnya dengan kaedah
Pasung Limau. Terpinga-pinga Fiza tersedar.
LAPISAN
KEDUA…
Rupanya,
masih ada lagi jin dalam badan Fiza. Hanya beberapa minit sahaja Fiza menjadi
normal. Selepas itu, matanya melilau tajam. Melihat keadaan itu, ambo tekan
puncak kepalanya sambil membaca “Inna fatahna lakafatham mubii-na” sebanyak 3
kali dari surah Al-Fath ayat 1. Dia meraung kesakitan dan minta dilepaskan.
Oleh
kerana badan ambo sudah keletihan, ambo tidak banyak bersoal-jawab. Ambo terus
paksa jin itu keluar dari tubuhnya. Ekoran tidak tahan dengan seksaan yang
dikenakan, akhirnya jin itu mengalah dan keluar bila ambo lakukan kaedah Pasung
Limau.
Alhamdulillah,
kali ini Fiza sudah tersedar sepenuhnya. Ambo turut sediakan air rendaman 7
jenis bunga bersama 7 perahan biji limau nipis untuk Fiza mandi ubat sebaik
sahaja selesai rawatan. Tujuan mandian ini adalah sebagai ikhtiar memulihkan
jasmani badan dan semangat diri akibat kesan kerasukan yang dilalui. Ibunya
juga mandi air perahan 7 biji limau kerana terkena tempias gangguan tersebut.
Selepas
itu, ambo buat amalan Pagar Rumah dengan
air garam yang dirukyah di keliling dalam dan luar rumahnya. Ambo juga curahkan
Cuka Getah secara melintang pagar rumahnya sebagai petua pelindung sebagaimana
amalan orang lama. Selepas itu, ambo bacakan Ayat Pelindung Istana Sulaiman
pada lada hitam yang dalam genggaman dan ambo lempar di atas atap rumahnya.
Amalan melontar ini juga ambo lakukan pada 6 bahagian sisi atas rumahnya.
Sebelum
pulang, ambo ajarkan beberapa petua amalan dan memberi beberapa nasihat kepada
pesakit untuk diamalkan.
Rawatan
hari itu akhirnya berakhir jam 2 pagi. Ambo mohon izin pulang kerana pagi
esoknya, ambo ada temujanji dengan sahabat yang telah mempelawa ambo menaiki
botnya untuk mengelilingi sebuah pulau. Selepas itu, perjalanan pulang akan
diteruskan dan ambo perlu sampai ke rumah sebelum malam kerana berjanji untuk
membantu anak sulong ambo menyediakan bahan-bahan penting untuk aktiviti
sekolahnya.
Semoga
pesakit berada dalam keadaan sihat dan dimudahkan segala urusan oleh Allah
S.W.T.. Amin..