Seperti yang dijanjikan, ambo menunggu pesakit yang
berjanji akan hadir jam 3:00 petang untuk rawatan Luka Usus. Namun, masa yang
dijanjikan masih tidak nampak kehadirannya dan ambo cuba telefon untuk
pengesahan.
Bila dihubungi, rupanya pesakit masih jauh dan
masih dalam perjalanan. Terpaksalah ambo tunggu seketika.
RAWATAN..
Pesakit sampai di RIDAM sekitar jam 3:30 petang. Ambo
terus menjemput mereka masuk dan tanpa tertangguh memulakan rawatan kerana
selepas itu ada beberapa urusan penting yang perlu ambo kerjakan.
Menurut pesakit, dia telah pun menjalani Operasi
Kolonoskopi dan menghulur beberapa keping gambar dalam ususnya yang luka, hasil
dari prosedur tersebut. Bila ambo lihat gambar-gambar yang ditunjukkan, ambo
hanya ketawa kecil. Kata ambo, luka tu nak dibandingkan dengan apa yang ambo
alami setahun yang lalu sangat berbeza peratusnya. Giliran ambo pula tunjukkan
rakaman video Operasi Endoskopi yang telah ambo lalui. Memang ketara luka dalam
usus ambo berbanding yang pesakit alami.
Bila diberitakan bahawa pesakit juga mengandung
anak sulong, datang pula rasa risau. Manakan tidak, seharian asyik menahan
sakit perut yang kepedihan terutama selepas makan atau minum. Di samping beban mengandung, rasa perih juga pesakit
kerana dia juga perlu kerap ke tandas. Pesakit juga masih pelajar universiti dalam
Pengajian Syariah dan berkahwin muda. Banyak juga tanggungjawabnya..
Ambo faham akan kerisauan yang pesakit dan suaminya
lalui. Ambo nasihatkan mereka agar bersabar dan meyakinkan mereka bahawa masalah
tersebut boleh di atasi jika kita yakin pada Allah dan berusaha. Contoh mudah
yang ambo berikan adalah diri ambo sendiri kerana ambo pernah mengalami masalah
yang sama, malahan lebih teruk penyakitnnya.
Melalui Mesin Akupuntur, ambo check
point-point badan yang lain kalau pesakit juga mengalami abdomen bermasalah.
Bila terdeteksi point perut menghala point hempedu, ambo pasti pesakit juga
mengalami masalah Gastrik dan soalan ambo diakui oleh pesakit. Selain itu,
hanya ususnya sahaja yang bermasalah.
RUKYAH..
Ambo menyuruh pesakit baring dan menutup hadapan
badannya dengan kain sejadah yang tebal. Tindakan sebegitu perlu untuk
menghindar gambaran bentuk badan pesakit dari pandangan perawat yang bukan
muhrim.
Setelah mendapat izin dari suami pesakit, ambo
letakkan tapak tangan setentang dengan bahagian usus dan memulakan bacaan
Rukyah.
Antara ayat-ayat yang ambo bacakan adalah Al-Fatihah
7x, Doa-doa syifa’ dan Doa Mencantum Luka iaitu “Bismillahi turbatu ardina, biri-koti
ba’dina, yushfaa saqi-muna, bi'izni robbina” sebanyak 3 kali.
Ketika membaca doa mencantum luka itu, ambo qasadkan pemikiran mengikut gambaran usus pesakit yang bermasalah agar lukanya kembali bercantum dan ususnya licin serta sembuh. Kemudian ambo suruh pesakit mengucap 3 kali sebagai tanda rawatan berakhir.
Ketika membaca doa mencantum luka itu, ambo qasadkan pemikiran mengikut gambaran usus pesakit yang bermasalah agar lukanya kembali bercantum dan ususnya licin serta sembuh. Kemudian ambo suruh pesakit mengucap 3 kali sebagai tanda rawatan berakhir.
Ambo senaraikan makanan pantang 40 hari untuk
pesakit iaitu Pulut, Ubi Kayu, Air Kelapa, Air Tebu, Telur Itik dan
mengurangkan makan Taugeh dalam menu makanannya. Tujuan pantang ini adalah
untuk menjaga tubuh badan dari mudah terkena bisa angin yang mungkin
melambatkan proses penyembuhan.
Selain itu, ambo berikan mereka sebotol air mineral
dan 5 botol Air Yougurt yang siap dirukyah dengan ayat-ayat yang sama semasa
merawat untuk diminum selama 5 hari. Dari pengamatan ambo, insyaallah lukanya
akan pulih sekitar 2 hingga 3 hari saja.. Amin..
Memandangkan pesakit masih pelajar, baru berkahwin
dan sedang mengandung, ambo pasti dia memerlukan dana kewangan yang banyak
untuk pengurusan keluarga di awal perkahwinan. Maka, ambo beri diskaun harga
upah rawatan agar tidak membebankan ekonomi mereka.
Semoga pesakit cepat sembuh, sihat kandungannya hingga bersalin dan
bahagia dalam kehidupannya bersama suami. Amin Ya Robbul ‘Alamin..
p/s: Rujukan Doa Mencantum Luka dalam bahasa Arab