Pengumuman pada ahli RIDAM

Assalamualaikum W.B.T

Khas untuk ahli RIDAM.

Saya memohon jasa baik saudara & saudari yang pernah mengikuti Seminar RIDAM agar menghantar maklumat & gambar di darulmanzil@yahoo.com seperti berikut:

Subject: Pelatih RIDAM

Attachment: Gambar (seeloknya bersaiz passport)

Intisari:
a.Nama, IC, Umur, Alamat,No.telefon,Tempat Seminar & Tarikh penyertaan.
b.Nyatakan samada anda telah menerima sijil / tidak.

c.Pengalaman merawat (tahun atau bulan)
d.Nyatakan samada anda ahli dari perguruan lain
e.Nyatakan samada nama & telefon anda dibenarkan untuk dipamer di blog RIDAM sebagai pelatih RIDAM


Makluman:
1.PC Ridam telah dimasuki virus dan data pelatih telah hilang.
2.Tujuan lain adalah untuk makluman kepada ahli sekiranya ada perbincangan & latihan.

Rancangan masa depan:
RIDAM akan membuat kad ahli bagi pengiktirafan dan bukti keahlian. Hal ini akan dimaklumkan kelak.

Sedekahkan Al-Fatihah....

Sewaktu program Usrah antara ahli Silat Marcom di RIDAM semalam, kami terdengar dentuman pelanggaran yang kuat. Maklumlah, RIDAM dengan jalan utama ke Kuantan letaknya cuma bersebelahan jer..

Maka tak syak lagi, kami andaikan itu adalah accident.Tapi tak pulak kami ke tempat kejadian kerana program masih belum selesai.

Sejam selepas bunyi dentuman tersebut, seorang ahli kami menerima panggilan telefon. Masyaallah....rupanya yang berbunyi tadi adalah accident dari sahabat.Berita yang kami ketahui juga mengatakan rakan ahli tersebut sudah meninggal dunia... Innalillahiwainnailaihiroji'un....

Al-Fatihah kami tujukan padanya.Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.

Esok lusa, mungkin MASA kami pula.. Wallahu'alam

3 SIFAT ALLAH yang utama

Teringat kepada pengalaman saya berguru dengan Arwah Kiyai Haji Sufian di Indonesia dulu. Peringatan pertama yang ditekankan kepada saya adalah ajaran Tauhid. Termenung sebentar bila beliau menekan ajaran tauhid dahulu sedangkan tujuan saya berguru dengannya hanyalah untuk mempelajari ilmu perubatan.

Kiyai hanya tersenyum setelah beliau melihat riak wajah saya pada ketika itu.

Kiyai: Kenapa kejut bangat? Kamu goncangan ya bila bapak enggak lanjut pada pinta kamu?

Saya: Erm...

Kiyai: Syakirin. Kamu usah gusar. Bapak tidak kejam sama kamu.Dari jauh kamu kemari, pulang kamu nanti ke Malaysia tidak sia-sia.Tapi kamu harus kenal Allah dulu. Bila kamu kenal Allah, kamu bisa kenal pada yang Hak, bisa mengenal bathil, bisa mengenal agama...Insyaallah, permintaan kamu akan bapak kotakan.

Saya: Saya keliru bapak. Adakah belum cukup apa yang saya belajar semasa di sekolah dahulu?

*Kiyai tersenyum
Kiyai: Kalau begitu, bisa bapak tanya sama kamu?

Saya: Tanya apa pak?

Kiyai: Nyatakan pada bapak sifat Allah yang kamu tahu? Kita lihat pemahaman kamu..

Saya: Setahu saya, sifat Allah ada 20 Pak.

* saya pun nyatakan sifat 20 yang saya tahu. Tapi kantoi sebab tahu sebut sifat Allah dalam bahasa arab jer. Bila suruh transelit, tak semua boleh.

Kiyai: Itulah. Apa yang kamu belajar dulu cukup kadar mahu lulus periksa saja kan? Apa guna tahu sebut, tapi maknanya enggak bisa nyata.

* Saya mengangguk malu. Memang ilmu tak cukup pun. :D

Kiyai: Anakku, perkara tauhid yang harus kamu tahu pertamanya adalah sifat Allah. Sifat Allah semuanya ada 3. Dapat tu?

* Dalam hati – ’ini sifat Allah mana pulak ni? Tak pernah ku dengar sifat Allah ada 3 ni’

Kiyai: Kenapa? Hairan bila bapak sebut sifat Allah ada 3?

Saya: Tak tahulah pulak saya Pak. Setahu saya sifat Allah ada 20 kan?

Kiyai: Jawapan kamu tu pun betul.Cuma belum bisa lengkapnya . Tiga sifat Allah adalah sifat Wajib, sifat Harus dan sifat Mustahil. Ngerti?

Saya: Erm, tak faham lagi la pak. Boleh terangkan lagi..

Kiyai: Baik, kamu harus tahu sifat Allah yang pertama iaitu SIFAT WAJIB.Sifat WAJIB ALLAH adalah apa yang kamu nyatakan tadi la.

Saya: Yang mana Pak? Yang sifat 20 tu ker?

Kiyai: Iya...

* Kiyai pun memberi penerangan detail. ...

Saya: Dah tu, SIFAT MUSTAHIL ALLAH pulak apa pak? Ke lawan sifat 20 tu?

Kiyai: Betul, ada pun SIFAT MUSTAHIL ALLAH adalah lawan pada sifat 20 tu.Kita lihat ya.....(terang kiyai panjang lebar)

Dibawah ni, saya nyatakan ringkasan je lah. Kalau tak, penuh la blog ni. Inipun ringkasan yang diambil dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/209/sifat-20-bagi-allah


BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata


Saya: Dah tu, SIFAT HARUS ALLAH pulak apa Pak?

Kiyai: SIFAT HARUS ALLAH adalah MUMKIN iaitu sesuatu yang harus ada dan tiada. Maka kita bisa lihat alam ini kerna sifat harus itu. Kita juga bisa lihat adanya manusia, binatang dan ciptaanNya pada dasar SIFAT HARUS ALLAH itu.

Saya: Ooooo...begitu pak. Baru saya faham maknanya..

Kiyai: Syakirin..wajib ke atas kita sebagai hambaNya mengenali sifatNya. Bila kita mengenal Allah, maka jalan iradhat kita enggak bisa rosak. Kerna itu bisa kita lihat mereka yang sesat. Kesesatan itu lahirnya dari dasar hati yang tidak mengenal Allah. Maka kerna itulah ada antara mereka yang bilang bisa bertemu Allah. Maka ada lahir antara mereka yang mengaku Nabi selepas Muhammad. Maka ada antara mereka membayang Allah pada bentuk jasad. Ini semua kerana jahilnya mereka dalam mengenal Allah....

Saya: Saya baru faham Pak. Dalam sungguh perkara ni ya Pak?

Kiyai: Ini baru mulanya Syakirin. Belajarlah..Masih jauh belum kamu temui..

Penerangan kami berakhir setelah senja.

Mengalir air mata bila terkenangkan arwah. Saya bukan mengenangkan jasadnya. Tapi saya mengenangkan ilmunya. Pada ketika saya mendapat khabar kematian beliau pada Januari 2009 dari seorang pekerja ladang indonesia, saya baru bercadang untuk menziarahinya pada bulan Mac berikutnya.

Sayang, hajat saya tidak kesampaian....

Al-Fatihah...saya hadiahkan pada beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba yang soleh...Amin

Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM

Assalamualaikum..

Atas dasar keinsafan dan nasihat rakan-rakan, PIHAK RIDAM menyediakan ruang 'Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM' bagi rujukan dan pemahaman ilmiah.

Untuk itu, diharap, isu artikal 'Sound Tak Habis2' beralih kepada isu ini kerana niat saya hanyalah untuk menyampai, berbincang dan berkongsi ilmu.

Kepada pihak yang berkecil hati, SAYA MEMOHON MAAF secara terbuka jika anda terasa.

Perkara yang lepas juga bila difikirkan, juga sebenarnya adalah kesalahan saya kerana tidak menyemak status pemanggil dan tidak menapis dengan berhati-hati sebelum artikal dipaparkan.

Untuk itu, mari kita perhatikan Soalan dan Jawapan yang telah dan biasa diterima RIDAM sepanjang menceburi bidang rawatan Islam ni.

SOALAN PERTAMA

Pen-Soal: Pertama, apa related kaedah 'mata batin' dengan perubatan terutama kesan barang sihir?

Saya: Baiklah...kaedah yg saya gunakan pertamanya harus iktikad pada Allah dan yakin akan keEsaanNya. Kedua, anergy / tenaga dalaman yang kita guna dalam membaca ayat rukyah yang akhirnya menghasilkan gelombang/frequensi perubatan ditujukan pada penyakit atau jin yang mengganggu. ketiganya, kaedah perjalanan minda/rohani.Tiga elemen ini diguna untuk mendiagnos penyakit yang ada pada pesakit termasuk barang sihir dan puncanya.Bab ni kena belajar dan perlu ada latihan khas.

Pen-Soal: Dah tu, ustaz kesan barang sihir macam mana?

Saya: Beginilah, kalau soalan tu yang awak tanya, awk pula kesan macam mana?

Pen-Soal: Saya tak pernah kesan pun. Saya perhatikan tanda saja.

Saya: Baiklah...jawapan saya mudah.Barang sihir yang dijumpai adalah dengan keizinan Allah memberi ilham atau gambaran nurani kepada saya.Visual ini datangnya terus ke mata hati.Itu pun saya tidak meletakkan kepercayaan 100%. Tapi tak salah kalau kita mencarinya.Kalau ada, maka betul la.Kalau tak ada, kesembuhan penyakit itu kita terus panjatkan doa pada Allah..salah ker?

Pen-Soal: Apa beza dengan tilik?

Saya: Tilik memerlukan benda atau pihak ketiga dalam menilik sesuatu. Amalan yang saya guna tidak melibatkan sesuatu.Saya hanya memohon terus pada Allah dengan membaca ayat-ayat rukyah yang ada dalam Al-Quran dan hadis.Itu sahaja..

Pen-Soal: Macam mana ustaz boleh tahu itu dari Allah? Saya rasa itu mainan jin..

Saya: Awak ada baca buku A**** W**** S**** B***.Awak dah habis baca bukunya?

Pen-Soal: Dah...satu isinya saya ingat.Kenapa?

Saya: Awk yakin kebenarannya?

Pen-Soal: Ya...saya yakin..

Saya: Kalau begitu, dalam buku tersebut ada dinyatakan 'anda mesti bertanya di mana letak sihir tersebut.....' Sentence ni pulak apa komen saudara? Adakah kamu akan percaya pada jin yang kamu tanyakan tu?

*Maka saya menyambung lagi

Saya: Begitu juga dengan saya. Apa yang dilihat atau ditanya terus pada jin tidak saya letakkan kepercayaan 100%. Kalau jin tu kata ada barang sihir disesuatu tempat, tak salah kalau kita cari dengan niat membuangnya.Kalau tak jumpa, jin tu jenis menipu la tu..dah memang jin tu penipu.

Pen-Soal: Baik, saya check semula buku tu..

Saya: Saudara nak check? Ni hah.. (lantas saya berikan judul buku beserta muka suratnya sekali)..

Pen-Soal: Baiklah...saya mengaku saya belum cukup ilmu lagi.Kita beralih kepada soalan kedua. Boleh?

SOALAN KEDUA

Saya: Okey la..Apa soalannya?

Pen-Soal: Saya baca dalam blog Ustaz mengatakan ustaz ada melakukan rawatan dengan kaedah sembelih jin, bom, pancar api dan sebagainya sebagaimana teknik yang turut diamal oleh AKRINE dan perawat lain..Setahu saya, jin mana boleh dibuat macam tu.Itu semua mainan jin.

Saya: Saudara..pernahkah saudara fikir dengan kaedah membaca rukyah, apa yang menyebab jin tersebut sakit?

Pen-Soal: Pernah..Hanya Allah yang menyembuh.

Saya: Saya tahulah Allah yang menyembuh.Itukan sifat wajib Allah pada ciptaanNya.Contoh lain, bila kamu kenyang, apa yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Mestilah makanan.

Saya: Dah tu, kenapa kamu tak kata Allah yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Itu saya tau la.. (dia kemudian terdiam..)

Saya: Tengok, jawapan kamu dah macam jawapan saya tadikan?

Saya: Setiap bacaan yang kita baca akan menghasilkan haba. Haba itu adalah tenaga. Tenaga haba punyai zarah-zarah dan atom yang hidup. Saya suka jelaskan secara sains agar awak mudah sikit paham. Atom-atom yang hidup itu akan merakam bacaan yang kita baca dan yakinlah bahawa bacaan alunan Al-quran, doa dan zikir itu punyai mukjizat dah khasiat yang amat besar dengan izin Allah. Dengan keizinan Allah, tenaga haba yang merakam alunan al-Quran akan menyakitkan jin yang mengganggu atau penyembuh penyakit yang ada pada pesakit.

Teknik yang awak tanyakan tadi boleh dilakukan apabila seseorang itu mampu mengawal tenaga haba pada dirinya dan mengolah pada tenaga minda.Kemudian, melalui tenaga minda ini, kita boleh minta pada Allah agar menjuruskan bentuk haba tersebut samada dalam bentuk kilat, api, senjata sembelihan, bom atau sebagainya. jadi, kalau saudara tak belajar lagi bab ni, saya alukan saya awak cari guru yang mahir. Saya mengaku bahawa saya ni masih jahil dan cetek ilmunya....

Pen-Soal: Erm...boleh terima jawapan tu..Ada lagi soalan ni..Boleh ker Ustaz?

Saya: 10 soalan pun boleh..Bagus jugak awak telefon..

SOALAN KETIGA

Pen-Soal: Soalan Ketiga..Boleh jelaskan tentang teknik tangkap jin dalam botol.Saya kurang percaya la..

Saya: Saudara, soal percaya atau tak, itu terserah pada kamu.Tapi, kamu pernah buat pagar rumah kan?

Pen-Soal: Ada..saya baca pada garam dan bahan lain kemudian saya pagar la..

Saya: Baiklah, ada 2 elemen yang kamu kena lihat di sini. Pertamanya adalah garam. Kenapa kena guna Garam? Tak guna gula-gula ker, nasi ker, buah guli ker.?

Pen-Soal: Apa yang saya belajar, garam tu boleh sakitkan jin.Dah memang Allah bagi kelebihan begitu..

Saya: Dah tu, kenapa awak pakai juga teknik rukyah masa merawat? Kenapa tak bagi terus garam atau tabur terus pada pesakit kalau itu kepercayaan kamu..?

* Saya menyambung lagi

Saya: Sudah saya nyatakan berkali-kali..jgn terus nak buat kesimpulan..Garam itu adalah elemen/unsur sahaja dan kita pasti bahawa dalam Garam itu adalah lagi makhluk Allah yang lebih kompleks iaitu zarah atau atom. Makhluk inilah yang akan merakam bacaan dan kemudiannya dijadikan zikir terus menerus. Kita harus paham bahawa syaitan tidak mampu mendekati makhlukNya yang sentiasa berzikir pada Allah..Tapi betul pun teknik saudara tu, cuma penerangan saja yang susah sikit nak diterangkan..Kena belajar pulak cara nak terang...Tapi mungkin saudara dah tahu kot, selain garam, apa jua benda yang bersifat asid lemah boleh diguna seperti lada hitam, cuka, buah kelor dan sebagainya..

Saya: Harap saudara paham.Paham ker?

Pen-Soal: erm...tapi mana jawapan pasal botol tu?

Saya: Sabar..alang-alang nak kasi paham, biar saya kasi paham semua. Kan?

Pen-Soal: Baiklah..

Saya: Elemen kedua ialah rumah yang hendak dipagar. Ada tak rumah yang tidak punyai satu lubang udara pun padanya?

Pen-Soal: Mana ada...paling kurang pun ada lubang tingkap, lubang atas loteng dan lubang bawah pintu..

Saya: Kalau macam tu, apa jaminan kamu yang membolehkan jin tidak dapat masuk rumah lepas di 'pagar'.

Pen-Soal: Itu semua kuasa Allah,hanya ikhtiar..

Saya: Jawapan ni lagi..Mcm ni, rumah itu adalah elemen. Dengan yakin pada Allah sebagaimana yang saudara beritahu tadi, kita 'pagar' dengan ayatul Quran ataupun doa atau bahan yang dibaca dengan ayat Quran.Maka kita iktikadkan bahawa dengan izin Allah, rumah tersebut tidak dapat dimasuki jin. Betul?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Kalau macam tu, samalah juga dengan memasukkan jin dalam botol. Kita bacakan doa yang bersesuaian pada botol dengan iktikad seperti penjara. Maka dengan izin Allah, kita tarik jin itu keluar dan masukkan dalammnya. Tak boleh keluar jugak jin tu kan? Samakan?

Pen-Soal: Erm...sama..tak sedar pulak saya hal ni.Memang samalah..

Pen-Soal: Maafkan saya ustaz..Bukan niat saya nak buat ustaz sakit hati..

*Dia menyambung lagi

Pen-Soal: Tapi guru saya tu lulusan agama.Tak sangka pulak dia tak sedar perkara ni..

Saya: Lulusan mana, itu bukan persoalannya. Ada ke pusat pengajian buat pengajian khas dalam Degree / Diploma Rawatan Islam? Setahu saya tak ada kan? Kebanyakkannya belajar secara persendirian. Betul kan?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Jangan lihat semua lulusan agama, lurus jalannya. Ada diantaranya menjadi pengasas ajaran sesat di Malaysia. Semua itu ikut pada personaliti dan syariatnya.

Pen-Soal: Saya paham ustaz.

Saya: Saya juga bukanlah Ustaz dari lulusan pengajian Islam. Saya lulusan Elektrikal dan bekas Engineer.Tapi tak salah kalau kita involve bidang Rawatan Islam kan?

Pen-Soal: Ya..saya setuju ustaz. Saya pun bukan lulusan agama gak.Saya kerja pun sektor swasta.

Saya: Baiklah kalau kamu dah paham.Saya harapkan perbincangan kita ini dapat disampaikan pada mereka yang belum paham.Boleh?

Pen-Soal: Boleh Ustaz.Tapi, saya bertanya ni kerana amalan ustaz ni tak pernah di ajar oleh Rasulullah. Sebab tu saya tanya.

Saya: Saya akui, memang tak ada dalam Al-Quran pun. Tapi kita kena paham cara dan kaedah rawatan.Kepada siapa kita iktikadkan? Adakah kita menggunakan pujaan? Adakah kita menipu? Adakah kita beriktikad selain Allah? Kalau kita faham hala taqarrub kita pada Allah, kenapa ia dikatakan salah?

Pen-Soal: Tapi,sya tidak menggunakan teknik sebegitu. Saya yakin pada Quran sebagai syifa'.

Saya: Yer ker? Kalau begitu, dengan jujur saya ingin bertanya. Adakah antara ilmu yang kamu tuntut menggunakan teknik kencing di atas batu panas sebagai kaedah merawat sihir?

Pen-Soal: Ada

Saya: Adakah kamu pernah belajar kaedah menanam baju pesakit di tanah perkuburan?

Pen-Soal: Ada.Tapi mana ustaz tau?

Saya: Yang tu tak perlu kamu tahu.Tapi sila beritahu saya, dari ayat mana dalam Quran atau dari hadis mana amalan ini diambil. Boleh?

Pen-Soal: Yang tu tak ada la ustaz. Tapi confirm dari mereka yang alim la.

Saya: Kalau begitu, tak perlulah kamu bangga dengan statement kamu tadi. Kamu pun ada mengamalkan amalan selain dari yg terkandung dalam Al-Quran dan hadis, tapi kamu yakin tidak menyelewang kerana kamu tahu iktikad kamu pada siapa kan?

Pen-Soal: Baiklah ustaz.Saya dah paham sekarang. Saya minta maaf banyak-banyak.

Saya: Yang penting kamu faham. Boleh sampaikan pada mereka yang lain. Boleh?

Pen-Soal: Boleh ustaz.Saya akan sampaikan...setakat ni sahaja Ustaz.Kita bincang lain kali boleh?

Saya: erm...baiklah..Nanti bila saya balik KL, kita jumpa. Assalamualaikum...

Pen-Soal: Waalaikumsalam..

Macam mana....Ada paham?

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.