Hikayat Rawatan... 1 Batang RM5000 Gua bayar - Part 2



Hikayat Rawatan
1 Batang RM5000 Gua bayar - Part 2
*****************************

Seekor ular sawa sedang tegak melingkar mengadap ambo. Lidahnya terjelir-jelir, bersedia menanti musuh melintasinya. Tengok pada saiznya, hampir juga sebesar peha.

Rasa gugup ambo pada masa itu tak terluah diucap. Merecik juga peluh keluar di dahi.Mujur ambo sempat mati kan langkah. Sambil mengatur nafas perlahan-lahan, ambo baca "salaamun 'ala Sulaiman fil 'alamin. Aku tentera Nabi Sulaiman. Langgar aku ibarat langgar Baginda. Bukan mencari musuh, tapi jauh sekali derhaka. Berkat Lailahaillah, Muhammad Rasulullah.. fuhh!".

Sebaik saja ambo hembus, kelihatan ular itu mula longlai. Nampak tegang asalnya tegak dah jelupuk jatuh ke tanah. Cuma ia masih degil tak berganjak. Kemudian tak semena-mena datang 3 orang budak. Di belainya kepala ular itu. Lagaknya ambo tengok macam membelai manja si kucing jinak.

Budak-budak tu menjeling ambo. Tajam renungannya...

"Abang ke yang buat Bibi jadi macam ni?"

Oh, rupanya Bibi tu namanya si ular.

"Buat apa?", tanya ambo.

"Jadi lembik macam ni lah.. Abang ke yang buat?...!", kali ini suara budak tu makin keras. Memang marah sungguh nampaknya.

"La.. cuba lah tengok. Ada luka ke lebam ke kat Bibi kamu tu?", budak-budak tu mengeleng kepala bila mendengar soalan ambo.

"Maknanya......?" soal ambo berteka-teki.

"Maknanya.....bukan dia yang buat...", kata budak yang seorang lagi.

Ambo cuma tersenyum melihat gelagat diorang.

"Abang buat apa kat sini? ker abang datang dengan orang Cina tu..?, tanya budak seorang lagi sambil mulutnya muncung ke hilir, arah ambo datang tadi.

"Yer.. abang datang ni pun nak tanya pasal tu lah. Pakcik tu cari rezeki. Kenapa banyak pulak masalah?".

"Dah datang kampung orang. Datang lah cara baik. Ni kencing pun merata!", kata budak tu macam melepaskan marah.

"Laaa.. sebab tu ker? Dah nak buat camana? bukannya dia tahu tempat ni bertuan", jawab ambo sambil menepuk dahi.

"eh Abang..! Ayah kami kata semua tempat ni mesti bertuan la.. tu pun tak tahu?", sekali soalan tu kena setepek ke muka ambo.

"erm.. pandai pulak menjawab. Ayah mana?", langsung ambo tanya. Malas juga melayan karenah budak. Lagi-lagi darah berlainan, cuma rumpun saja yang sama.

"Kalau nak jumpa ayah, datang esok lepas Asar. Abang tunggu kat sini. Nanti kita datang ambik", petah budak tu berbicara.

"Sekarang tak boleh ker?".

"Tak boleh.. Ayah dengan Mak keluar cari 'lauk'", kali ni jawapannya lebih tegas.

*'lauk' dalam bahasa bunian bermakna makanan atau bahasa mudah adalah sedang memburu.

"Ooooo... ada nak kena syarat apa-apa tak?", tanya ambo lanjut.

"Datang baik, kita layan baik. Datang seorang jer tau", ringkas saja jawapan sambil dipangku si ular belaan dan berlalu pergi.


Ambo sudah lalui pengalaman berjumpa kaum ini sewaktu berkunjung ke Gunung Tebu di Jertih satu ketika dulu. Jadi pengalaman kedua ini alhamdulillah memberi lebih keyakinan untuk berurusan dengan mereka.


Esok ada tugas berat yang menanti. Entah berjaya atau tidak.. nantikan kisah selanjutnya dalam Part 3.

Wassalam....

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.